Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, July 31, 2009

.::Umpatan::.

31072009(Jumaat)

Hoh! Kini berada dipenghujung bulan Julai. Xlama lagi posa la pulak kan.. Fuhh.. Sangat penat. Buat esaimen dekat lebri sejak pagi tadi lagi. Letih otak. Oh, dan letih mulut jugak. Aku dan kroni2 mengumpat anak orang.. Ish2...




Makhluk bertuah yang diumpat pada hari ini, xlaen xbukan, seperti biasa, makhluk tuh lah. Kadang aku heran dengan diri sendiri tau. Umpat anak orang, macam aku nih perfect sangat. Tapi biasalah, makhluk TUHAN kan. Ah, aku ini makhluk biasa yang biasa juga melakukan kesilapan. Dikala aku berjaya menahan seluruh pancaindera aku untuk mengumpat, dapat la aku tahan dari menambah saham dosa yang telah sedia ada tuh. Uff.. TUHAN.. Ampuni dosa2 ku.

Hahahah.. Bukan apa, kesian gak dengan tuan yang kena umpat tuh. Xabes2. Tapi, apa aku kesah kan, tuh hal dia. xmenyusahkan aku pun. Tapi, tapi... Dia menyusahkan kroni2 ku yang laen. Wateva la geng.. Aku layan jek korang menstab back dia. Aih.. Korang jangan stab back aku dah le...

Hahha! lagi satu, aku belom hantar tesis aku. Sungguh mangkuk. Janji dengan puan hari ni, tapi, telajak mengumpat sampai ke petang, syukur esaimen dah antar. Hari ini jugak, aku berjaya menipu pihak jakmas. Tapi semua ku lakukan demi kroni2 yang xdapat kediaman. Cyan korang kan.. Xpa2, mari kita berdoa, moga kita semua murah rezeki dan dimudahkan urusan.. Amin...

Malam nih, bercadang untuk menyempit di bilik tumpangan korang. Bercadang jak la.. Kalau aku rajin jalan, aku pegi lah, kalau aku malas2 ayam gitu, aku xpegi lah ye. Tomorrow ada kelas pulak.. Oh, aku kehilanag weekend nan indah. Ok lah, mahu mandi, seterusnya menjalankan kewajipan as student....

Thursday, July 30, 2009

.::Let Us b Fren::.


30072009 (Khamis)

Skali lagi aku termelayan lagi Halo ini. Uh.. Sangat best. Ok, today, aku ada kelas sejak lapan pagi lagi. Kelas pukul 10 lebeyh itu dihabisi awal oleh empunya subjek. Aku terus balik ke bilik sebab sorang kroni aku mesej, mahu membuat esaimen matematik lanjutan. tomorrow kena submit. Yah, seperti biasa lah, esok submit, baru bz menyiapkan.



Ah, now baru aku tahu, napa aku boleh masuk dalam senarai pelajar2 yang malang. Bukan kerana kebodohan melekat di kepala, tapi... Tapi... Sebab mistake aku menghafal fakta, dan kecelaruan minda mengeluarkan jawapan. Haih, sedeyh ati aku, Pengaturcaraan Matematik tadi, soalan mintak kaedah 2 fasa, tapi aku bagi jawapan dengan penuh yakin dan keikhlasan, mengenai kedualan. Bukankah itu satu kesia2an, bilamana markah yang diberi adalah 10 markah. Aku ingin marah, tapi pada siapakah kemarahan ini ingin dilampiaskan kerana segala kesilapan itu datangnya dari aku... (bestnya lagu Beyonce ni........ Huh! sempat...)

Well.. After buat esaimen dengan kroni aku tadi, aku tido dalam setengah jam gitu. Pas jalankan kewajipan, bincang sat tentang H1N1 yang khabarnya sedang menular di universiti aku ini. Tuhanku, jauhkan aku dan orang2 yang aku sayangi daripada terkena bala ini. Amin..
Dan aku mula berinternet dan melayari....... Melayari blog2 anak orang, makhluk2 ciptaanNYA.

Bila tengok blog2 orang.. Chantek2.. Jeles aku tengok, tapi xpa.. Keep learning, practise, bukan kah semua itu make better. Oh, bukan itu yang ingin aku katakan di sini. Berfikir, yah.. Aku berfikir bila melihat blog2 insan2 lain, aku berfikir dengan kejadian kita. Golongan itu, aku berminat untuk menjadikan mereka teman. Menjudge? tidak sama sekali. Seseorang mengajar aku supaya tidak menjudge orang sesuka suki. Berkawan.. Kalau kita heklas, dengan izinnya, segalanya akan berjalan lancar. Untuk mereka2, sudi2 lah berkawan dengan aku yah?

Uff.. Petang ini, aku ada kelas pulak. Math lanjutan.. Tuhan.. Aku masih menunggu perkhabaran tentang pelanjutan pengajian aku nih... Bila jawapan yang pasti akan keluar? Berdoa, hanya itu aku mampu lakukan. Semoga segala urusan aku akan berjalan lancar... Amin...

Beriya kah aku? masih berusaha menjadi matang.

~+ Masih menikmati lagu ini.. Halo..+~


Monday, July 27, 2009

.::Selepas Makan::.

27072009 (ISNIN)

Baru selelsai makan untuk hari ini. Sekarang sudah pukul 5. Alhamdulillah.. Dapat jugak makan untuk hari ini yah.. Syukur2...
By the way, saya baru balik dari kelas matematik lanjutan. Dapat lagi ilmu. Erm.. Dekat kelas, aku semangat untuk ulang kaji pas nih. Tapi, bila dah kenyang ni, HuH.. Mula lah rasa malas menginterrupt. Dalam ketika ini pun, aku berada di library. Ingin menghabiskan esaimen, sambil menunggu panggilan dari prof, apa lagi.. Mengenai status aku ni lah.. Budak GB.
Well.. 2 jam berada dalam kelas math lanjutan tuh, uff.. Pada mulanya, aku tersengguk2 bak burung belatuk, tapi ntah napa, tiba2 mengantuk aku hilang. Bukan disebabkan kecantikkan miss K, tapi maybe kesedaran untuk belajar itu datang. Dan mata plak segar bugar secara tiba2. Dan, selepas itu, aku pun memaksa otak ini unutk menganalisis data dan input yang miss k bagi. Hope, subjek ini nanti, aku boleh skor, demi meningkatkan mutu dan keunggulan PNGK ku. Oops.. Banyak mahu tulis ni, tapi otak jem dan agak2 malas2 gitu.. Then, aku berhenti kat sini saja lah ye... Adios..

.::Fuzzy Math::.

27072009 (ISNIN)



Ah, baru habes kelas matematik kabur. Yah.. Hari ini, aku menanti lagi. Menanti panggilan dari TNC mengenai rayuan kami untuk meneruskan pengajian pada semester ini. sejak tadi, hp cap ayam ini tidak penah lepas dari pandangan ku. Sangat menunggu panggilan tersebut. Sekarang, berada di lab komputer sekolah aku. Sekolah untuk universiti aku ini sama dengan fakulti bagi universiti2 lain. U aku memang unik. Yah.. Unik lah sangat..



Kelas tadi, bila study pasal theorem, formula2 matematik, adalah disebutkan kisah pencipta2 theorem matematik kabur bagi compliment. Ntah kenapa, nafsu aku untuk teruskan pengajian makin membuak2. Makin memuncak2. Uff.. hati ini kadang menyesali diri yang tidak belajar bersungguh2 dahulu. Cait! Walaubagaimanapun.. Inilah perjalanan hidup aku. Sebab, kadang tuh, aku study bagai nak rak pun, result tetap dok macam tuh jugak. Ah! wateva la kan, menda dah jadi. Apapun, hidup mesti terus. Terus dan terus..



Kali ini, aku terdetik untuk menyiasat kehidupan beberapa tokoh2 matematik yang aku sudah belajar tadi. Tidak lah belajar pasal mereka pun, cuma belajar tentang theorem2 mereka. Pertama, pakcik yang bernama Sugeno. Agak sukar untuk mencari asal usul kejadian manusia ini. Yang aku jumpa kebanyakan berkaitan dengan Fuzzy dan disebut sedikit2 tentang beliau. (ah, keypad komputer ini tidak best!). Sugeno ini, hebat bagi aku kerana mencipta theoremnya sendiri berkaitan dengan compliment dalam fuzzy math. Yah.. Melalui theorem asal compliment yang mana semua orang tahu, dia mencipta formulanya sendiri, juga under compliment.

A­­­­­c=1-µA(x)
Formula di atas ini adalah formula biasa yang digunakan sebagai compliment, di mana, nilai µ ini adalah nilai untuk 'degree of membership' dalam bahasa melayunya.. Erm.. Lu pikir la sendiri. Dengan kebijaksanaan Sugeno, pakcik ini telah mengconvert formula di atas dengan formula beliau sendiri yakni
cλ= 1-a
1+λa
Dengan nilai parameter λ, dan a itu adalah 'degree of membership'. Aku sendiri terdetik untuk mengenali beliau,tapi malangnya, kurang informasi tentang kehidupan beliau. Selain Sugeno, makhluk lain yang turut menyumbang dalam matematik kabur ini, adalah Yager, Dombi, Dubois dan Prade. Ah, itu jak la buat masa ni yah.. Sebab masa tidak mengizinkan dan line not clear. ok.. Bye!

Friday, July 24, 2009

.::Today is Friday::.

24072009 (Jumaat)

Ooopss! Masuk hari Jumaat dah ari ni. Yah.. Disebabkan kebocoran yang melanda, pagi ini, aku bangun sangat lewat. Ya iyalah.. Lewat bagi aku. Pukul 9.30 pagi. Seperti biasa, selepas membersihkan diri, aku ingin menyiapkan esaimen yang ada. Kalkulus. Ehem! Sebenarnya, esaimen ini wajib hantar hari ini. kompom la aku mahu siapkan hari ini jugak. Baru siap satu soalan, another soalan, akan disiapkan bersama teman-teman yang lain (aka meniru). Meniru? bagus... Boleh menaikkan prestasi. After siapkan satu soalan, yah.. Aku dapat SMS dari teman-teman ku. Budak GB kan.. Urusan belum selesai, perjuangan masih diteruskan, demi meneruskan pengajian pada semester ini jugak! Sekali lagi, mesti diteruskan pada semester ini! Oops.. Cerita belum habis.Teman-teman aku menyuruh aku untuk ke sekolah sekarang, supaya dapat berjumpa dengan TNC bahagian akademik. Yang berbahagia Prof sedang mengajar kelas mereka. Salah satu lagi sebab aku patut bersyukur ke hadrat ALLAH, TNC tuh merupakan salah seorang kroni course kami. Dengan status dia tuh, insyaALLAH dia paham permasalahan budak matematik.

Aku apa lagi, bersiap apa yang mampu, terus melangkah kaki menuju ke bas stop. sempat mengurat pakcik bas, dan terus sampai ke sekolah. Aku lihat teman ku dari jauh, dan teman-teman yang lain, sempat memberi support kepada aku. Haahahaha.. Thanks korang.. Korang da best kroni in da world! Eh, apa2 pun, sejurus prof keluar dari kelas, aku terus menerkam. Oh, menerpa... Terus kemukakan masalah. Huh! pada mulanya jantung aku hampir gugur bila dia cakap kami not sure bleh daftar semester ini atau tidak. Walaubagaimanapun, after beberapa soal jawab, ALHAMDULILLAH.. Aku mampu menarik nafas lega bila prof bagi jaminan. Syukur ya TUHAN.. Mulanya, dia suruh kami bersemuka dengan pegawai dia dibahagian akademik, Puan Aida. TApi, after that, dia minta nama, no matriks dan jugak PNGK kami supaya senang dia berurusan. Lagi, dia sempat meminta no telefon kami, supaya senang dia hubungi katanya.. Pergh! senang hati aku. Apa pun, aku masih belum boleh lega sangat selagi aku dan teman-teman yang terlibat belum mendaftar.

Thursday, July 23, 2009

.::MANUSIA::.

Ah, selangkah sebelum meninggalkan library ni, sebab aku mahu pulang ke bilik. Oh, dalam FS, aku ada aktif dalam beberapa grup. Yah! Grup.. Dan ada jugak mengepost beberapa topik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang grup member yang aku lihat, tidak senang dengan posting2 aku. itu yang membuat aku tertanya2. kenapa dan mengapa? Mungkingkah mereka tidak berpuas hati dengan aku? atas sebab apa? aku ada sakiti hati mereka kah? atau sakiti hati mak bapak mereka kah? atau aku ada mencederakan kucing2 peliharaan mere kah? itu yang menjadi titik soal di sini. kenapa, dan mengapa?

Ah, walau bagai manapun, sebenarnya, aku tidak berapa kisah pun. Bak kata pepatah, ADA AKU KISAH KE? semua itu tidak memberi kesan pun dalam hidup aku, hatta rezeki aku sekalipun.