Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, August 29, 2009

.::Kejadian Selepas Sahur::.

29082009 (Sabtu.....)

Xlama lagi jam enam pagi. Aku mengambil keputusan untuk mentenetkan diri sesudah sahur dan menyembah tuhan ku tadi. Hmm.. Trying untuk membeli teket balik kampung, tapi masih belum berjaya. Kecuakan tadi, bila ku hengat aku hampir berjaya membeli, namun malangnya, web MAS agak weng. Uh, aku start neves suda nih. Nanges la aku di sudut2 kalau xdapat beli teket raya nih kan? Raya di sini sorang2, sedangkan aku ada family terchenta nan jauh di Tawau itu. Uhhuk! Tidak.. Mungkina aku patut mencuba lagi kan? next2 tym. Yah, Next2 tym, kalau mahal harga teket lagi kan, baru aku terkejut di sudut2. Napa? Napa mesti sudut? Sebab, kalau sudut, dia nampak dramatik sket. Wek!


Bangun sahur tadi, aku tengok anak pakcik Mat Deris belum tidur. Ha! Online lah tuh. Uh.. Biasa lah kan, dibiliknya xdapat internet, tuh agak jakun menintenetkan diri di bilik ku. Ka dia xda tempat untuk tido? ahahaha.. Sabar la ya nak. Lagi, bangun tadi, sedang aku siapkan juadah untuk bersahore (Mushrum+chicken soup ngan bread) My rumate gitau, dia ngan lelaki itu sudah officially break up. Hurm.. Bila dengar cerita dia, apa yang lelaki itu cakap dengan dia, terasa tidak logik dan konsisten alasan lelaki tersebut. Juga, agak selfish bagi aku alasan lelaki itu. Takut xdapat fokus la, performance xmantap la, memandangkan, lelaki itu melalui final year tahun ini. Apakah... Alasan yang sangat selfish di situ.

So, apa lah gunanya kapel, kalau lelaki itu hanya memikrkan untuk dirinya sahaja? Bukan kah berkapel, maksudnya kita berkongsi. Yah.. Berkongsi. Apa jugak masalah yang timbul, bawak2 la berbincang kan. Sudah la kantoi menipu, kata xbuat, tapi, kedapatan. Nah! makan mu kendos... (Dan aku tertanya, kenapa aku yang emo dalam hal ini?) Mungkin, mungkin aku boleh menjadi presiden yang memartabatkan hak2 wanita. Aiyork......

Last2, aku biarkan minda ku lari ke tempat laen. Apa dia? Keja sampingan. Ada beberapa questioner lagi aku belum key in. Kalau siap nih, InsyaALLAh, dapat la aku RM30. Syukur... Sapa mau bagi RM30 macam tuh jek kan? At least,lepas lah duit makan. Ahahahah... And sekarang, aku masih tertanya2, bila aku dapat beli hp nih. Now aku dah ada 2 hp. Rasa cam membazir jak kalau mau beli baru lagi kan? Tapi, ha.. tapi, duit nih ada pun, sebab makhluk ALLAh tuh hilangkan Hp pemberian beliau kepada aku. So, aku kena beli juga hp semula. Walaupun.... Wateva..

Ok, aku mau sambung keja... Adios Amigos..

P/S:Aku mesti sabar. Sabar itu kan separuh daripada iman?

Wednesday, August 26, 2009

.::Ramadhan ke-5::.

26082009 (hari ini hari rabu)
Ah, sudah masuk hari Rabu? Dan sudah mau masuk ke penghujung bulan Ogos. Cepatny6a masa berlalu kan? Macam baru semalam aku tersa permulaan tahun 2008, now sudah berada di pertengh\ahan, mau masuk hujung tahun.


Selama beberapa hari ini, aku dilingkari kemalasan yang amat. Lagi best, seminggu bercuti ini, kami betul2 menggunakan waktu bercitu. KAMI stand for me and ma kroni la kan. Aih, walaupun berlakunya kejadian yang menyayat hati, aku kepatahan jari anak kaki kanan ku. Ah sudah, komplikated jak sebutannya ya? Yah.. Pada 16082009 yang lalu, kemalangan berlaku semsa esaited yang amat ingin bermandi manda di sungai Moyug itu. Maka, aku hanya mampu bermandi manda sekejap gara2 insiden yang berlaku. Sampai now, aku still xdapat jalan dengan lenggang lenggok model baju kurung lagi, uffff.. Kenapa aku mention baju kurung? sebab? Jawapannya? hanya aku yang tau..

Ok, seminggu itu jugak, aku senang la kan, senang menghabeskan duit poket yang kakak aku kirim. Yalah, seminggu tuh kami ada kereta, apa lagi, kafe kolej sudah tidak ada maknanya lagi bagi kami. (tapi now, bermakna balek tau, sebab.... Xda pilihan laen). Tu jak la satu2nya tempat untuk membeli makanan, di kala gastrik sampai ke....... walaupunnn... Makanan di situ, bak kata pepatah yang aku cipta, orang gastrik pon bleh sembuh bila melihat juadah yang disediakan dengan harga yang tidak berpatutan langsung.

Tapi tulah.. manusia ini, memang tidak pandai bersyukur kan? at least, aku boleh lah jugak berjalan dengan aman menuju ke kafe tanpa serangan dan sekatan rejim-rejim Israel, tanpa kereta kebal yang bila2 masa jak bleh mengkecaikan tubuh badan bak model Arab aku nih (dalam insap, sempat perasaan).. Ahhaks... Kan sepatutnya, aku harus bersyukur.. Syukur2...

Hari ini, sudah masuk hari ke lima kita berada di bulan Ramadhan kan? Xsedar.. Lepas nih, seminggu berlalu, dua minggu, tiga minggu.. Xsedar, masuk raya sudah. Ramadhan kali nih? boleh dikatan agak kurang berbanding tahun lalu. Banyak menda yang aku wat Ramadhan lalu, kali ni, aku xbuat? apa dia? Mungkin, ianya hanya perlu berlegar di minda ku sahaja.

Status study? masih dalam urusan. Hope TUHAN dengar doa aku. Doa kawan2 ku. Smoga semuanya berjalan dengan baek, dan lancar. Tadi, habes kelas Statistik Ekonomi, aku dan Dila ke bilik Puan A. ALHAMDULILLAH, dapat tips untuk mid term esok. Hope, yah... Asik berHOPE jak aku nih kan. Hope, aku dapat jawab dengan baek, dan baek... Apakah?

Oh? sudah pukul 11 lebeh? Ok.. Mari beransur pulang...

P/S Petang nih buka apa kah? Jangan membazir.

Saturday, August 15, 2009

.::Jumaat punya kisah::.

15082009 (Sabtu)
Now, jam menunjukkan pukul 12:36 tengah malam. Tengah malam tuh, waktu di antara malam dan pagi. Agak lewat untuk waktu malam, dan awal sangat unutk pagi. Tlong lah, kenapa aku explain tentang benda nih? Ok, sebelum aku mengarut dengan lebih banyak, aku sebenarnya ingin bercerita tentang hari jumaat ku, yakni yang telah berlalu 38 minit yang lalu.

Pagi jumaat, aku bangun dengan harapan, semangat yang aku dambakan datang balik. Aku bangun awal, mandi awal seperti kebiasaan yang aku lakukan, ketika bersemangat waja dulu. Yah, dulu.. Masa muda-muda dulu yakni tahun lalu2.

Aku brekfest seperti biasa, nescafe cicah beskot gula munchys, dambil ngadap tv. Oh, selepas itu, aku try connect internet, tapi maybe id n password untuk acces internet sudah diblok oleh pihak universiti, aku kena terima kenyataan yang id itu expired.

Pas tuh, aku mesej kroni-kroni yang berkaitan dengan hal yang bakal aku uruskan. Terasa darah naik ke muka bila yang berkaitan itu masih berdengkur atas kati, walhal sudah pukl 9,30 di kala itu. Aku pujuk diri sendiri, besridap ala kadar, aku dengan menyusun langkah menuju ke bawah bus stop. Tapi sebelum tuh, hajat di hati ingin mendapatkan sticker kediaman yang perlu dilekat pada kad pelajar, yang sampai sekarang aku xtau apa tujuan pelekatan itu.. (Matilah ayat.. Bikin panas!!)

Sampai ke skola (sampai sekarang aku heran kenapa fakulti untuk universiti laen, tapi sekola untuk universiti aku), aku cari port untuk menunggu manusia yang ingin aku jumpa. Tengok sana, ah ada orang, kiri, ada orang, kanan, ada orang, tengok di sudut-sudut sket, hah! tempat kosong! Melabuhkan (tempat kososng), aku duduk sambil mata melilau, takot terlepas pandang kelibat manusia yang aku tunggu-tunggu. Tengah syok menunggu, aku diganggu dengan kedatangan makhluk bermata sepet, dok kat depan aku. At 1st, aku mau buat bodo jek, last2, datang segerombolan makhluk bermata sepet yang laen. Mengerumumi (betol ka hayat aku tuh?) meja tempat aku duduk tuh, sambil menghadang pandangan aku ke arah tempat untuk melihat manusia yang ku tunggu. Aku start buat muka (tapi, orang kata, aku xpayah buat muka pon, memang muka jenis ngeri, korang kejam!!!!)

Sambung crita, daripada aku dok mencarut dalam hati, aku mengambil keputusan untuk blah, sambil menanti dengan penuh sabar kelibat manusia itu. Tunggu punya tunggu, last2, dapat lah jugak aku bertemu beliau. Maka, sesi beramah mesra berlaku, diakhiri dengan keputusan yang aku sendiri xtau mo explain camana. Semuanya terlari daripada apa yang dia kata sebelum ini. Dan now, aku ada kerja baru, menuntut surat daripada semua lecturer2 yang aku join kelasnya, bagi surat sokongan, tunjuk dekat TNC, yang aku ikut penilaian berterusan selama berminggu-minggu nih. My GOD.. Jantung aku macam mahu pecah! (statement nih, melebih2, sebab aku xrasa macam tuh pon. Rasa cam mo marah, sambil ingin menangis di sudut2)

Sambil berjalan dengan langkah longlai menuju ke lebri (untuk surf internet, bukan untuk study) aku terserempak dengan sorang kroni. Jumpa aku, dia bagi signal hp, aku wat2 signal xpaham. Dekat jak dengan aku, tanpa kata-kata, dia gosok bahu aku, signal supaya aku banyakkan bersabar, tenang. Aku biar, tapi, honestly, ia sangat membantu. Selepas itu, bermula lah sesi umpat mengumpat, vcarut mencarut plus cerita dongeng yang akan kami tambah2, membayangkan menda2 yang tidak akan jadi, diakhiri dengan gelak akibat lawak yang kami sendiri buat.

Sampai di lebri, surf internet kejap, then pegi menjamu perut yang meronta-ronta ingin di isi. Aku kerling hp, ah, hp off. Bateri low. So, pada siapa2 yang mesej aku di waktu ini, harap mahap. Waktu berjalan, aku dan Dila bergerak ke skola balik, untuk berinternet. Menghubungi ketua program aku untuk tanya dia pasal surat tuh.

Selebihnya, banyak kejadian yang menyayat hati aku, di hari jumaat:

1. Aku buat muka dengan kroni aku yang laen. (aku saket hati ok)
2. Aku carik pasal dengan sum1.. Again!

p/s: Semoga aku berubah..

Thursday, August 13, 2009

.::Berat::.

13082009 (Kames lagi)
Oh, aku telah mengepost 3 post pada hari bertarikh 13082009. Today besday my fren time skola menengah dulu. Happy besday kamurang.. Semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki hendaknya. Itulah wish yang biasanya di beri kepada mereka-mereka yang menyambut hari kelahiran setiap tahun. Ok wat kan? Mendoakan yang baek-baek...


Aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa aku bersedih. Diulang tanya oleh seseorang juga, kenapa aku bersedih. Mungkin kerana perasaan sedih aku ini, telah meng 'effect' (pap! sekor nyamuk telah berjaya dibunuh akibat bertindak nakal disebalik kain singkat baju tido aku) keadaan aku dengan sekeliling aku. Membuatkan keadaan conversation itu berada dalam kondisi yang tidak selesa. Yah..Mungkin.

Kenapa aku masih berasa sedih? kenapa semangat yang aku cari, yang ku sangka sudah ku temui di lebri tadi, kembali hilang? Kenapa? boleh sesorang bagitahu aku? Sebenarnya, jawapannya hanya ada pada diri aku. Seperti yang dikatakan oleh seseorang kepada aku, hanya aku yang boleh bantu diri aku sendiri. Orang laen hanya mampu menghabeskan liur, atau meng'cramp'kan tangan, meng'sms' aku untuk menaikkan semangat aku, comfort aku (Terima kaseh untuk itu). Tapi, segalanya, masih bergantung pada aku, hati aku, jiwa aku. Jadinya, hanya aku yang mampu buat semangat itu kembali pada aku.

Hati aku berat. Berat sangat... Tapi, xla berat sangat pun, tapi, masih boleh dikategorikan obesiti. Ketenangan itu hilang... I need sum1..... Yang betol2 boleh fahami aku, yang xkan pernah bosan dengan aku... Yang boleh buat aku tenang balik.. Is there anyone out there?


p/s : Tolong jangan tambah lagi masalah aku.. Plis.. Aku ok dengan ko sekarang...

.::surat untukmu::.

13082009 (Kames)

Tajuk : Surat untuk semangat
Tujuan : Memohon agar semangat yang hilang kembali datang
Tempat : Bilik db2.06
Format : Separuh formal, separuh xseberapa nak formal


Kehadapan semangat ku yang bernama cik semangat. Apa kabar cik semangat sekarang? semenjak pemergian cik pada hari Isnin yang lalu, hidup saya sudah tidak setenang dulu. Kenapakah perkara ini terjadi, cik semangat? Kenapakah? Kenapakh cik semangat menghilangkan diri di saat saya betul2 perlukan cik semangat dalam hidup saya. Saya, sangat memerlukan cik semangat...
Tolonglah kembali...

Di mana cik semangat ketika ini? Saya perlukan cik sangat2. Keadaan sy sudah seperti manusia kehilangan kete toyota camry. Katil sy sudah tidak sekemas dulu. Meja saya sudah tidak cantik susunannya, seperti dulu. Nota2 saya, semuanya bertaburan. Hidup saya sangat kacau bilau!!

Cik semangat!! tolong datang balik. Saya perlukan anda!!

Yang benar,
Makcik kehilangan semnagat


Wednesday, August 12, 2009

.::Malas::.

13082009 (Khamis)
Hai, nama saya Kaseh (Menurut kuiz FB, 'apakah nama klasik anda'. Ok jugak bah.. Kaseh.. Betul2 klasik. Hari ni, masuk hari Khamis suda. Sangat cepat masa berlalu. Xtau apa lah yang aku buat sepanjang minggu nih. Start hari Isnin, motivasi diri sendiri turun dengan mendadaknya.

Kenapa kah? semuanya gara-gara nama ku tiada dalam attandance. Di situ aku mula sedar, yang aku xpatut pon berda dalam kelas tuh! Uh.. Sadis jugak cerita aku nih. Dan selepas itu.. Aku pun.. Aku pun mengambil keputusan untuk tidak pergi ke mana-mana kelas pun. Terus terang, aku menipu dengan banyak orang. Cakap xda kelas, tapi sebenarnya aku malas. Malas pergi kelas. Motivasi diri suda hilang. Sampai ke tahap kosong, malahan negatif! Encik TNC, saya perlukan jawapan pasti. Tolong lah....

Well.. Bila orang laen baca apa yang aku tulis nih, kompom dorang cakap, aku beralasan. Tapi biarlah, mereka tidak berada di tempat aku. Semangat yang selama ni aku ada, aku simpan, semuanya sudah hilang. Bila aku malas pergi kelas macam ni, satu benda yang aku ingat, kesian mak bapak aku. Kesian kakak aku yang every month still setia send aku money. Lagi buat aku terkesima sat, my sis tuh, soh aku bli hp baru bila aku bagitau dia hp aku rosak. Aku xmintak pon, tapi dia yang baek hati soh aku bli hp baru. OMG! Lin.. Semoga di murahkan rezeki.. Tapi tu lah, aku tetap malas. MALAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, August 11, 2009

.::Termenung::.

11082009 (Selasa)
Need a place to rest my head.. Uff... Sangat banyak masalah..
Haih! kenapakah aku merasa down yang amat? Semalam, masa aku pegi kelas Math Fuzzy, time untuk sign attandance.. Aku mencari di manakah nama aku. Then, aku terkedu sibut sekejap, bila nama aku tiada dalam senarai. Uh.. Adakah aku terlupa, yang sememangnya, nama aku tiada dalam sistem. Cyannya aku...

Sejurus selepas itu, semangat aku mulai down, sedikit demi sedikit, lama2 jadi cetek semangat aku. Mengong.. Selepas itu, aku mula berfikiran yang bukan.. Menyesal ikut kelas la, apa lah. Stop. Itu bila aku bersendirian. Tapi, bila jumpa jak dengan kroni2 aku, pergh.. Keinginan untuk sambung study sem ini, makin membuak2. Ketahui lah sahabat, korang lah penguat aku. Koranglah pendokong aku. (Sila jangan kembang idung...)
Petang semalam, math lanjutan ada test untuk bab satu. Hehehe... Boleh jawab kot, cuma xtau batul ke idaknya. Sempat watkan answer untuk sorang kroni aku itu. Sama status macam aku gak. Haih.. After kelas, kitorang berasakan menuju ke kampung.. Kampung e la ngek... Kediaman di universiti aku nih, pelik sedikit namanya. Boleh pakai kampung2. Xkomersial langsung!

Pegi lah menghabeskan duit di sana. Syukur aku berpuasa. Hahaha.. KAlau tidak, ada rabak poket aku. Bukan apa, di sana, banyak pilihan, berbanding dengan kolej kediaman aku. Harammmm!!!
Berbuka puasa di bilik, minum air biasa dan secubit kuih cakui, then mandi dan solat. After that, mendaki bukit menuju ke bilik mereka2. Hehehe... Riuh sekampung bila kami berbuka sama.

Ni pon, cuti sem next week. MAcam2 rancangan kitorang dah buat. Salah satunya, berenang2 bak itik pulang petang ke keningau. Biar betik dorang nih! aku hekutkan jek lah.. Dah dorang merancang, kesian plak kalo xmenjadi kan. Acecece..PAdahal, aku memang teringin untuk berenang walaupun aku tidak tahu berenang. Ceh!

Pagi nih,aku bangun.. Mood kurang ada. Bangun, after termenung di meja study, aku g mandi lama2. PAs tuh, sambung termenung. Hidup2... Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan...


Friday, August 7, 2009

.::Not in mood::.

07082009 (Jemahat)
Ha! Dah masuk ari jemahat sudah kan? Sangat cepat masa itu berlalu. Tanda-tanda hari pembalasan makin hampir. Well, today, macam xda mood jek. Bangun pagi, ingat mahu mengejar TNC sebab dia ada kelas, mengajar dekat sekolah tuh. Tapi, kroni aku cakap, xpa, biar dia pegi jumpa. Last2, aku dapat mesej, TNC cakpa, dia xdapat buat apa2. Kena tunggu senat jugak.



Aku tidak lah heran kalau kena tunggu mesyuarat senat tuh kan, tapi, aku mahu tahu, TNC tuh boleh tolong kami mendaftar untuk semester ini atau tidak. Tuh jek. Tapi, until now, aku masih memujuk diri sendiri untuk positif. Masih berharap, yang dia akan menolong. Masih meletak harapan.. Tolonglah..

Ok, pagi tadi, aku melepak di bilik kroni. Zay sorang yang ada. Layan movie sorang2 sebab mereka2 ada test petang itu. Ntah napa, aku ngantuk, aku terlelap kat atas katil zay. Bangun2, aku rasa lemah sangat badan. Kepala weng.. Berjalan pulang ke bilik, sampai bilik, rumate aku bercerita geng2 mereka bergaduh denga pihak JAKMAs. Semuanya pasal kediaman. Hahhah!

Today, masuk 15 orang dah mangsa H1n1. Kes terbaru, budak umur 5 tahun. Ngeri xngeri bala yang ALLAH bagi nih? Now, tengah jerebu, makin tinggi risiko untuk penyakit ini menular dengan jayanya. Dekat universiti aku, menurut TNC itu, xkan penah kena tutup gara2 ini bala. Biarlah, maybe dia nak ada yang gol dulu kot baru nak tutup. Dan yang paling ngeri, kat kolej kediaman aku ni, ada 3 kes, daripada 5 kes yang terdapat di U aku nih. Ngeri tak ngeri? Semoga aku, dan orang2 yang aku sayang, tidak terlibat dengan penyakit ini. Amin..

Lagi, petang tadi, aku melantak tido sampai pening. Makan malam, lepak dekat bilik kawan lagi. Sumthing happened, aku balek bilik. Rosak la pulak segala plug kat bilik nih kan. Ish2.. Dugaan2.. Bangun, aku tersa ingin meluah.. Maka terhasillah post ini...

p/s: sunyi, sepi, dingin. Aku mahu bebas!!

Thursday, August 6, 2009

.::Putus Selipar::.

06082009 (Khamis)

Hari nih, Nisfu Sya'ban. Aku xposa pun. Mengong. Uff.. PAgi tadi, bangun agak lewat. Sentap jugak. Dah start nebes.Nebes sebab? esaimen fuzzy blom print lagi. Hengatkan mau print malam semalam. Penuh semangat ku sarungkan jumper ke badan, pakai tudung, zupppp!! Aku sudah berada di luar blog.


Tapi, dengan sendirinya, aku pandai masuk dalam blok balik. Hohhoh... Semuanya kerana, keadaan time tuh agak seram2 keliwon gitu. Sunyi bebeno.. Almaklumlah, time tuh, sudah menunjukkan pukul 1 lebeyh. Nak dekat pukul dua dah la. Haih.. Sudahnya, aku print esaimen tuh, pagi2 tadi. Lebeyh kurang pukul 7 gitu. Ha.. vouge jugak aku ni kan.. Cekap! Hehehe.. Zay, thanks untuk print itu ye. Kang aku kaya, aku blanka ko tengok Toyota Camry.. Zasss!!

Sudahnya, bila aku dok bilik dorang tuh, kitorang pun sampai lambat ke kelas. Tapi, selambat2 aku, lambat lagi lecturer aku kan. So nice, sempat jugak terbeli karipap seketul 2. Rezeki ada lagi, kakak kafe tuh bagi free sebijik kuih yang bernama... Ntah. Yang kelar coklat tuh, pahit2. Tapi, aku agak bernapsu pagi tadi, aku terbeli plak satu lagi kuih yang berpuding di tengah.

Kelas punya kelas, sampai pukul 12. kelas tadi, sempat lagi Puan A menasihati tentang penyakit H1N1 tuh. Sempat hangin bila dia bercakap, budak Cina gelak2. Hohhoh! Emo! macam aku jugak... Makan dekat kafe lebri, nasib kurang baek bila cashier dijaga oleh makcik kedekut. Xmunasarawak betol dia bagi harga. Tapi aku redha jek la kan.

Pas makan, hengat mahu balik ke bilik. Berehat, sebab petang kang, ada kelas lagi. Tapi, cek mek sorang tuh halang. soh teman dia sampai pukul 2. HAdekah patut kan. Tapi disebabkan aku ni kawan yang baek, aku teman la jugak. Bila dah kat lebri, kami termelangkah ke UMTP, apa lagi, semuanya kerana online. Tapi.. Sayang seribu kali 12, komputer aku problem la pulak... Dah tuh, aku pun nekad untuk balek ke bilik.

Naik bas, turun bas, nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku. Selipar yang aku sudah guna selama 3 semester telah putus. Sedeyh2. Cam nak nanges pon ada. Sabar lagi.... Terpikir, camana mo pegi kelas, kalau selipar putus kan? Niat untuk memonteng tuh, dah ada. Tapi, aku kena pegi jugak. Akhirnya... Aku pegi jugak. Dari jauh, aku dah tengok Zay and Ayyim sengeh2 ayam. Gelak lah tuh kan? xpa2.. Aku sabar lagi..

Kelas Math Lanjutan tadi, aku dan kroni2 masuk lewat. Heehhei.. Ropanya, mereka sedang menunggu. Almaklumlah, kelas tuh, hanya untuk supersenior. Mangkok tingkat berbunga2 jugak lah...

Ok, la ni pun, aku baru abes mandi. Hehhe.. Sempat lagi. Ni mahu menggerakkan diri ke blok kroni2 tershayang.. Korang... Aku shayang korang2 semua sangat2 tau... Adios amigoes..

.::Sendiri::.

Aku boleh hidup sendiri. Tipu lagi. Lagi menipu diri sendiri. Kawan2, aku perlukan korang dalam hidup aku tau. Korang la penguat semangat aku untuk terus berjuang... Zay, Dila, Saniah, Ayyim... Xlupa Mira, Alin. Hehe...

Aku nih, bukan kuat pon sebenarnya. sangat lembek. Mengong. Camana nak buat hati jadi ais? Biar jadi ala2 iceberg gitu. Biar xda prasaan sket. Baru lah cool kan. Tapi masalahnya, aku hot. Yeap.. Hot tempered. Bengong kan? yah.. wateva n eva la... Lantak la korang kan..

Oh, ini post yang agak merapu. K, siyes.
Aku baru saja menyiapkan esaimen matematik fuzzy. Dan pagi tadi, aku ada midterm untuk subjek Kalkulus. Fine, boleh jawab, tapi xtau betol ke tak. Mari berdoa, semoga aku dapat markah setinggi langit. Mampukah? Hope so.

Panas plak malam ni kan? Memang panas. Aku hanya menggerakkan jari jemari ku saja, tapi aku dapat merasakan haba yang dilepaskan oleh badan aku. Kenapa? aku sudah tinggalkan Biologi 5 tahun yang lepas. Kalau aku ada anak, dah masuk tadika dah anak aku tuh. Hohhoh! Ok stop..

After midterm, aku pegi jumpa Puan A. Hantar Tesis satu. Rupanya, aku telah advance membuat tesis. Bab yang sepatutnya bab 4, aku sudah masukkan ke bab 3.Wateva n eva la.. Janji dapat B. Oh, B pun, status aku tetap GB. Haih!

Masalah2............

p/s~~Maybe aku boleh idop sendiri kan?

Tuesday, August 4, 2009

.::Berperang dengan Semut::.


04082009 (Selasa)
Aku kan, rasa macam mahu marah. Marah dengan orang. Yelah, xkan nak marah dengan gorilla pulak kan. Berat kepala hotak aku ni dengan masalah GB nih. Sampai sekarang, xda perkembangan. Dok dekat u ni, bukannya xguna duit kan. Ni dok tungu, dok tunggu, kang kene extend gak satu sem, ada aku kena bunuh bertubi2 ngan mak bapak aku ni kang! Tapi, mahu marahkan siapa kan? Cet! Xpasal2 nak marahkan anak orang.



Semut ni bengong.
Tiap2 hari aku bakar spesis dorang nih, tapi masih ada lagi yang berkeliaran kat atas meja aku ni. Kat laptop, kat dalam air minum, dalam loker. Pokoknya, mana2 tempat yang mereka boleh ada. Heran aku. Masa baru balek dari cuti hari tuh, xda pulak aku tengok, ni aku dah duduk kat cni, baru berkoyan2 datang nak menyusahkan hidup aku.
Mid term..
Even nama aku blom termasuk dalam sistem universiti aku ni, tapi aku dinasihatkan untuk menjoinkan diri dalam semua kelas yang aku sepatutnya amik. Makanya, tomorrow never die. Mengarut. Tomorrow aku ada mid term la. Subjek Kalkulus pemboleh ubah kompleks. Ntah, masuk dua bab, tapi dua bab tuh, banyak yang perlu dihapal, dan aku baru baca 10 % daripada keseluruhan bab yang masuk. Memang sengal.
Kroni..
Hepi lah korang dah dapat kolej kediaman kan? Tinggal aku sorang2 kat kolej kediaman puaka nih. Tiap2 pagi, aku nak g kelas dengan sapa lagi weyh? Rebut bas sorang2 la aku, pegi kafe sorang2.. Uhhuk.. Nanges la aku disudut2 sorang2 nih! Tapi xpa la, at least korang dah dapat kediaman, tuh yang penting. Xpayah risau dah tentang tempat tinggal kan? Aku gembira untuk itu.
Haih! Banyak betol masalah. Tapi, manusia mana yang xda masalah kan? Apa2 pun, semoga TUHAN permudahkan urusan aku. Di dunia, jugak di akhirat.. Amin..

.::21::.

02082009 (Ahad)
02:34 am. Masih belum mengantuk. Tadi layan cerita bertajuk 21. Gambling, teamate, stab back, dan paling penting, matematik. Pelajar miskin, punya kekuatan untuk belajar yang kuat, sangat berdikari, paling penting, skali lagi, dia bijak dalam nombor. Sebab dia bijak dalam matematik, prof dia tertarik dengan kebijaksanaan dia. Profnya ni pulak, bak Dr, jekyl n Mr. Hyde. Weekdays jadi lecterur, weekend pulak jadi gamblers. Illegal gamblers sebab dorang counting card. Ada strategi, teamate.



Lecturer ni juz amik budak2 yang bijak, then jadikan dorang rakan bisnes. Bisnes hapanya, dia juz kuarkan modal, student2 tuh gamble, keuntungan 50% dia amik. Banyak jugaklah nila2 murni yang boleh di ambik dari cerita ini. Yang penting, kerjasama. Ces.. cam wonderpet plak kan.
Skali lagi, di malam kelam nih, jari jemari aku pandai membuka winamp, play my fav song.
‘baby i can feel ur halo....’
Bila dengar lagu ni, nafsu untuk menaip meluah2. Banyak yang ingin dikongsi, hanya dengan mu microsoft word. (Tenet tengah weng.. sebab u aku nih miskin). Kalo tenet ok, bleyh terus taip dekat blog. Xpa lah, kang copy paste jek lah kan. Apa susah.
Semalam, 1 ogos, hari bestfren sedunia. Pagi2 lagi, aku mahu mengwish every kroni2 aku. Tapi disebabkan aku bz untuk ke kelas, terlupa plak. Malam tadi baru aku selamat mengwish tiap2 mereka. Gurls.. Hope our friendship will last forever. Love u oll....
Xbanyak menda yang jadi, Cuma ketenangan hati belum dapat sepenuhnya.. aku kol TNC, ceh! Aku xberani mahu bercakap dengan TNC pon, walaupun pakai hp aku, aku soh geng aku yang cakap. Last2, TNC tuh x hangkat pon. Xpa la, kang aku kol PA dia, soh dia ingatkan janji2 manis dia dekat kamiorang. Sekali lagi aku berdoa, TUHAN, tolong permudahkan urusan kami... Amin...
Kini mata terasa berat... tym to sleep... Gud nyte.. Salam.