Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, December 23, 2010

.::Berlakon Busy::.

Salam Alaikh.

Memang sudah ku jangka perkara begini bakal berlaku. Tapi tidak pula aku jangka bakalan secepat ini. Terlalu cepat donk. Makanya, aku ini baru 2 mingu berpraktikal.

Dipaksa mendengar kata kata mengumpat, memburukkan orang lain memang bisa membuat neuron bertindak pantas. Jauhi mereka. Kenapa kak? Kenapa harus aku yang dipaksa mendengar. Jangan kau sangka aku bakalan menyokong mu. Eh, aku ini budak baru. Baru 2 minggu berpraktikal. Memburukkan orang hanya membuat aku menilaimu dengan nilaian yang negatif. Kenapa tidak kakak katakan terus ke empunya badan? Biar yang kusut terlerai. Dosa terhindar. Sakit hati pun hilang. Eh, seperti slogan pula.

Hairan betul aku. Kita kenal pun tidak seberapa. Jangan libatkan aku dengan pertengkaran kalian. Sungguh childish sedangkan umur kalian jauh bezanya dengan aku. Bila mahu matang nih? Ecececeh. Yalah, aku pun bukan matang sangat. Tapi perlakuan sebegini memang sebolehnya aku mahu hindarkan.

Mungkin gara gara ini aku dijangkiti selsema. Atau demam juga. Tekanan tahu. Kalian bermain dengan psikologiku. Ah? Salah eja? Biar! Belikan aku obat cepat!

Oh. Sepanjang berpraktikal, seingat aku, ini hari ku yang paling busy. Atau mungkin lebih tepat, pura pura busy. Memandangkan bos besar sudah pulang. Garang muka oh. Neves i. Baru macam macam kerja gua dapat. Cari fail lah. Tulis alamat lah. Kemaskini fail lah. Yang sebelum ini aku hanya invisiblewoman. Seronok! Tiba tiba teringat kenangan masa sekolah menengah. Bila terdengar saja rotan cikgu Rasul (Bukan nama sebenar) orang yang tidur automatik bangun membuka buku dan kelihatan khusyuk membaca. Ajaib.

Ai, mahu mahu muntah. Till then. Bai!

Wednesday, December 22, 2010

.::Geram Dan Tag::.

Salam Alaikh!

Aih. Aku geram betul la. Berapa hari nih, Kak Peah (bukan nama sebenar) bagi peluang aku bawa kunci ofis memandangkan beliau asyik terserempak aku pura pura membaca board jabatan diluar ofis sambil menunggu. Dan beberapa hari ini lah, Encik Ghazali (juga bukan nama sebenar) berjaya mendahului aku. Maknanya, aku diberi kunci tanpa sempat aku mempergunakannya. Tup tup semalam, bila Kak Peah mintak balik kunci dia, dan dan hari ni, aku terpaksa tercongok lagi depan board tuh. Ah, geram! Eh, aku sudah cakap tadi geram. Biarlah. Mau cakap lagi. Geram betul!

Seperti biasa, buka pc ofis. Log in ke blog ni. Terus ternampak. Eh eh, ada orang tag aku. Yihhi!!! First time okeh. First time dalam dunia blogging nih ada orang tag aku. Siap cakap aku comel lagi. Haha. Nah nah cik DL, 20 ratus rupeah. Mau jawab la. Sebab jawapan aku ini berbayar.. Muahahaha. Thanks Nick!


1. oke copy dan paste pic kat ats nie... buat tajuk entri kenali diri jawapannya di hati.
~Haa.. Sudah di copy.


2. anda dikehendaki menjawab soalan ini.
-siapakah nama anda yang sebenar.?(maknanya)


~NUR _ _ _ _ WANI
(Nur tuh cahaya. Tempot kosong tiada makna. Wani tuh, ntah la. Ada orang cakap keriangan. Riang la sangat. Hehe..)
-pernah x anda jatuh cinta?(ceritakan sikit)
~Hih, ya pernah la. Seumur hidup ni. Rasanya, jatuh cinta secara serius adalah sebanyak dua kali. Dan dua kali ini juga la jatuhnya sampai patah riuk. Dasar manusia yang tidak tahu mengambil iktibar. Paling memberi kesan adalah yang sebelum ni. Tapi sudah kecheper juga. Jadi, mahu pergi nanges dulu. Bye!
-apakah yang anda cintai buat pertama kali nya.?
~Lupa. Seni jahitan barangkali. Atau hokikah. Tapi kini aku jatuh cinta dengan Mesut Oezil.
-sukakah anda dengan kelebihan yang ada pada diri?(nyatakan knp)
~Ya, sukalah. Suka tanda bersyukur. Iya kan? Ini yang aku rasa lebih pada diri aku lah. Pada aku ya. Pada aku, ini sudah cukup lebih untuk orang macam aku. Ah, berbelit!
1. Aku boleh mengait alas meja. Boleh menjahit tudung sekolah adek adek, boleh buat sulaman pada baju.


2.Mampu menaip sms tanpa melihat ke hp. Haha. Itu pun dengan typo error yg akan diulang oleh si
penerima. Cis!


3.Mampu memujuk diri sendiri bila sedih. Muahaha. Ini berlaku sejak break hari tuh. *clap clap clap*


-pernah x anda menangis dalam kesedihan? apa yang anda lakukan.?

Haih. Mestilah tidak pernah. Aku perempuan kool tau. Okeh, aku tipu. Ya, pernah. Aku menangis bila kenang diri banyak dosa dan berdoa banyak banyak supaya dijauhkan dari melakukan dosa lagi. Ini pasti jawapan poyo. Sebenarnya, aku nangis di tengah malam gara gara terlalu teringat dengan anak orang yang putusin aku. Aku akan bangun. Peluk makhluk bear berwana pink, then tepuk kat bahu baru cakap, its ok Ara.. Ko boleh lalui semua ni. Cuma ambil masa. Sabar eyh. Selepas itu, tidur dan mengalami nightmare dan kemudian nangis lagi.

-sekiranya anda dalam kegembiraan... apakah yang anda akn ingt untuk ucapkan..?

~Tiada ucapan. Cuma bermonolog dalaman yang biarlah hanya aku yang tahu. Bahaha..

3. pas dah wat entri ni tagged kepada 3 org rakan anda..

~Siapa aku mahu tag ni ya? Ha, siapa yang baca ini entry, anda disilakan untuk menjawab ya.

4. link kan entri anda ke blog ini..dekat post comment bwh ni ye... nti sy dtg lawat :)
sekian terima kasih.
smoga ukhuwah dapat diteruskandengan keredhaan dan nikmat IMAN dan ISLAM

~Haa.. Aku link ke blog cik DL la, memandangkan beliau yang mentagged aku.

Tuesday, December 21, 2010

Salam Alaikh.

Masuk ofis pagi tadi. Lengang. Eyh. Mana orang?
Tanpa memikirkan hal hal karut, aku laju laju ke pc tempat biasa aku lepak . Turn on (bukan sangap) the pc. Then mula lah mengonline.
Rupanya, cik ghazali sudah berada di pantry. Makan ban sambil buat air teh. Okeh, aku tipu. Dia minum air biasa saja.

Sempat juga pohon satu pekerjaan bertaraf spm. Tidak mengapa. Aku mohon saja. Mudah mudahan ada rezeki, dapat kerja sebelum konvo. Daripada menjadi petani tidak berpendapatan menanam anggur. Yang peliknya, menanam anggur tapi lemak pula yang banyak terhasil. Anggurnya entah hilang di mana. Hairan betul.

Syok online, tiba tiba masuk mesej. yes!!! Ada orang cari aku.

"Hot sexy Japanese/Korean model. (Wahh! Pasti teruja) Klik link untuk gambar yang lebih jelas"

Thanks!
Tidak guna!

Wednesday, December 15, 2010

Salam Alaikh.

Entry ini ditujukan khas buat seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku.

Hari ini, hari kelahirannya.

Mak,
Terima kasih lahirkan anakmu yang ini.
Terima kasih lahirkan kakak, abang, adik adik buat teman bergaduh.
Terima kasih besarkan kami dari kecil, sampai sudah BESAR macam sekarang ni.
Terima kasih bagi kami pendidikan sampai tahap begini.
Terima kasih walau selalu marah, tapi tetap sayang kami.
Terima kasih bagi kami peluang pelihara kucing.
Terima kasih bagi kami rumah yang selesa.
Terima kasih bagi kami kasih sayang walau selalu nampak macam tidak seberapa sayang, tapi kami tau kami disayang.
Terima kasih mak, atas segala galanya.

Mudah mudahan mak panjang umur, ALLAH murahkan rezeki, limpahkan rahmat dan kurniakan mak dan keluarga kita penghidupan yang harmoni.

Semoga anak anak mak bakal jadi anak anak yang tahu berterima kasih. Kepada TUHAN khususnya, dan kepada manusia amnya.

Eerm, jam sudah tunjuk angka untuk anakmu yang ini bersedia untuk balik. Lepas ini mo keluar cari kek untuk birthday celebration mak malam nanti. Uff, kenyang. Alhamdulillah.

Terima kasih ya ALLAH, kurniakan kami mak nan satu itu. Walau banyak kurangnya, tanpa dia, siapalah kami ini.

Yang tersangat Heklas
AraWani
Salam Alaikh.

Hai. Berjumpa lagi. Ini hari ketiga aku menjalani kehidupam sebagai seorang pelajar praktikal.

*Membetulkan spek*

Semalam punya pagi, aku try memakai lipstik. *pengsan*
Calit calit, tiba masa melihat cermin. Ah?! Siapa tu? Serupa pondan. Laju laju aku cari baby oil, then tisu. Lap lap. Euw. Bukan. Bukan aku gadisnya yang jenis memakai lipstik. Pernah cuba, tapi terasa berat bibir. Rasa cam Angelina Jolie pun ada jugak. Hahaha. Ha, yelah. Saya tau saya perasan. Bye! Haha.

Oh oh. hari kedua, masih tidak melakukan apa apa pekerjaan. Cuma ngecop. Then mengular. Borak sana borak sini, gelak gelak. Pahtu, bos masuk pandai takut. Tapi syukurlah, staf sini semua baik baik. Ramah ramah dan tidak lokek ilmu. Terima kasih ALLAH.

Till today. Hari ketiga. Nih, camana boleh online kalau ada kerja kan? Sekarang tiada kerja okeh. Siap ngah borak borak lagi. Aih, gomen nih memang heaven untuk dijadikan tempat praktikal. Ni belum dorang belanja makan lagi. Ofis nih ada tukang masak tau. Oh, memang best!

Aaaa... Apa lgi ya.
Ok, habis cerita. Bye!

Monday, December 13, 2010

Salam Alaikh.

Sekarang aku sedang melalui hari pertama praktikal. Tapi aku merasa hairan, kenapa pada hari pertama aku berpraktikal ini, aku masih boleh berinternet tanpa sebarang perasaan neves lagi. Iya. Hal ini kerana, mereka yang menyuruh aku online. Aih, segan betul. Betul nih. Tengah online nih pun, aku masih merasa segan silu. Tapi, aku online saja. Daripada duduk belek majalah yang sama seratus kali tanpa paham, baik aku online.

Erm. Setelah sekian lama senyap. Kini seperti hilang keupayaan untuk menaip. Ok, bye!

Monday, December 6, 2010

Salam Alaikh.

Apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ni? Apa tujuan aku dilahirkan oleh parents aku ke dunia ni? Untuk lengkapkan keluarga? Untuk senangkan mereka di kala tua? Entahlah. Kadang kadang, bila aku tenung, fikir fikir tentang hidup ni. Aku jadi pening. Pening betul. Sampai kadang kadang migrain. Sebab tu aku malas mahu fikir pasal kehidupan ni. Aku lebih suka memasang angan angan indah. Dalam bahasa sopannya, merangka masa depan.

Bila aku berdepan masalah, aku mudah kembali menjadi pemikir. Bagi aku pemikir lah. Tidak tahu pula bagi orang lain. Kenapa. Kenapa aku yang dipilih untuk berdepan masalah masalah tersebut. Bila melibatkan family, kenapa. Kenapa aku ditakdirkan untuk dilahirkan di dalam keluarga sekian sekian. Kenapa bukan dilahirkan pada keluarga yang sekian sekian. Bila berdepan dengan masalah study, kenapa aku. Kenapa bukan orang lain. Biarpun terlalu banyak soalan pop kuiz yang hati aku bagi kepada otak aku untuk difikirkan, jawapannya. Haruslah aku sentiasa berfikiran positif. Kalau tidak, sia sia aku membuat membercard kedai buku popular. Sekarang memang sudah sia sia kerana daerah aku ini tiada kedai buku popular mahupun harris. Sekotak buku buku motivasi yang aku beli bakal menjadi sia sia kalau aku tidak didik akal aku untuk berfikir secara positif. Jadi, aku mesti berfikiran positif dan tabah di samping bersabar.

Semasa aku di alam rahim lagi, aku sudah bersetuju dengan perjalanan hidup yang ALLAH tentukan buatku semasa hidup di dunia ini. Jadi, aku tidak perlu pertikaikan apa apa. Kerana aku yakin, apa yang terjadi itu adalah sebaik baik kejadian walaupun aku terpaksa merasa sakit dan boleh menyebabkan menangis sampai bengkak mata sambil berdoa semoga segala galanya cepat berlalu dan ALLAH gantikan dengan nikmat yang bermanfaat.

Aku bukan lahir dari keluarga yang sempurna. Aku juga bukan lahir dengan otak yang genius. Malah, aku juga bukan lahir seiring dengan kekayaan harta benda. Mungkin sebab itu aku tidak suka minum menggunakan gelas. Aku lebih suka minum melalui botol air. Senang. Cuma teguk dan boleh menyukat jumlah air yang sudah aku minum untuk hari ini. Oh ya, aku seorang yang mementingkan jumlah air yang aku minum setiap hari. Malah, cepat risau jika botol air aku dikongsi dengan orang yang kuat minum juga tapi malas masak air. Harap harap bila kerja karang, aku tidak akan bertemu lagi dengan manusia seperti ni. Amin.

Sebenarnya, aktiviti menulis blog ini seboleh bolehnya aku tidak mahu ada sesiapa yang aku kenali pun tahu. Kerana aku merasa malu. Bila membaca entry yang sudah aku tulis pun aku akan merasa malu betul. Sebab itu, once aku sudah publish satu satu entry, aku akan sedaya upaya tidak membaca semula kerana aku akan merasa malu dan rendah diri. Mungkin aku akan pengsan sekiranya mengetahui ada adik beradik atau keluarga aku yang membaca blog ini. Baca saja tidak mengapa, tapi jangan mengulang tayang segala yang aku tulis dengan suara yang mengejek. Itu aku tidak boleh terima. Pernah kejadian begini berlaku apabila adik aku menjumpai diari aku yang terlalu banyak rahsia di dalamnya dan mengulang tayang apa yang aku tulis di samping adik beradik lain khusyuk mendengar siap bergelak ketawa lagi. Maka, dengan tanpa sedar aku telah melempang beliau. Tapi mereka tetap tidak serik dan akan sedaya upaya mencari lagi diari aku yang aku sembunyikan. Hairan betul aku. Apa yang syok sangat membaca diari orang. Tapi memang seronok juga sebab aku pernah membaca curi curi diari peribadi adik angkat aku. Mungkin, inilah namanya karma. What goes around, come around.

Minggu hadapan aku akan mula berpraktikal. Berdebar pun ada juga. Al maklumlah. Dunia baru. Berhadapan dengan kerja kerja ofis. Macam mana agaknya penerimaan mereka ke atas aku? Berdebar pula bila memikirkannya. Sedangkan sedang menaip ini pun aku merasa berdebar juga. Takutnya!

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Mudah mudahan tiada subjek yang sangkut dan mudah mudahan pointer aku lebih baik dari sem sebelumnya. Amin. Dan mudah mudahan juga, aku akan segera dapat kerja. Tidak sabar rasanya memulakan hidup baru dengan tiada kebergantungan kepada orang lain.

p/s:lagi sedang kacau dan sekadar menghapdate blog supaya jangan disangka tidak bertuan.

Sunday, November 21, 2010

.::Serupa Beruk::.

21112010


Salam Alaikh!

Hm?! Beberapa hari lagi, masuk la sudah kita ke blan 12. Disember. Penghujung tahun. Bulan yang paling bongsu. Kalau panjang umur, dapat la menghirup udara 2011. Kalau janji dengan ALLAH sekadar sampai tahun ini saja, maka cukup sampai sini sajalah usia kita, Kena la sedar diri, ye tak? Kita ini sekadar hamba. Merancang mampu, tapi ALLAH jua yang menentukan.

Dunia ini sudah tua. Sedang masa Rasulullah di israkkan, bumi ini digambarkan dengan perempuan tua yang bongkok tiga. Agak agaknya, macam mana la rupa perempuan tua yang bongkok tiga masa Rasulullah diisrakkan tu sekarang ye? Dah terbaring? Tunggu saat mati? Euw. Nevesnya. Tidak mahu rasa azabnya kiamat. Ngeri okeh. Tiada tempat berlindung langsung. Nauzubillah.

Tempohari, terlihat kejadian yang nauzubillah di depan mata. Serius,bila tengok, berombak dada tahan marah. Dua gagak (tidak sudi menggunakan word merpati untuk kapel tiada maruah seperti mereka)berciuman di khalayak ramai. Cium mulut okeh. Rasa macam mahu ketuk jek kepala dua dua tuh. Orang lain pun kapel jugak, tidalah seperti mereka yang menunjuk nunjuk sangat kejahilan. Ok, start mahu marah lagi. Tapi, supaya hati tidak dihasut setan seluruhnya, aku assume mereka bukan muslim. Oh, bukan muslim kot. Sebab kejadian berlaku tepat waktu solat jumaat. Dengan lelakinya serupa lembu bertindik sana sini. Bila kejadian berlaku, hanya mampu stare dekat kapel tuh. Bila dorang tengok aku, aku geleng geleng kepala.

*geleng geleng*

Serupa beruk.

Apamahu jadi dengan anak anak muda zaman sekarang ni? Di khalayak ramai macam tuh,agaknya kalau bukan dikhalayak ramai?

Ya ALLAH, jauhkanlah aku dan keturunan ku dari kejadian sedemikian. Takut juga dengan kejahilan diri sendiri. Terfikirkan adik adik yang sedang meningkat remaja, dengan dunia macam ni.. Haih. Nauzubillah. Hancurnya hati kalau dapat tau adik adik aku yang 4 orang tu berbuat macam kapel beruk tempohari. Ya ALLAH, jauhkanlah.

p/s: Semoga sentiasa terpelihara daripada melakukan benda benda yang menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga dan juga agama.

Wednesday, November 3, 2010

.::Sayang Mengakibatkan Bahagia, Juga Mengakibatkan Bencana::.

031110(Rabu)

Salam Alaikh.
Ini mungkin entry terakhir sedang aku akan berhadapan dengan perang final. Doakan aku semoga berjaya habisi halangan terakhir ini. Amin.

Hari ini, sekadar ingin berkongsi artikel yang bersumberkan blog DUNIACACAMARBA. Menyayat hati sebenarnya. Dua kejadian merenggut nyawa. Atas alasan sayang tapi ditunjukkan dengan cara berbeza.

Kedua-dua cerita tentang SUAMI ini saya petik dari HM terbitan hari ini. Kebetulan, kedua-duanya dijadikan berita utama di akhbar itu. Saya cantumkan dan berikan nama baru. Agak bersesuain dengan latar cerita kedua-dua berita. Seorang membunuh kerana cemburu, seorang lagi terbunuh kerana mahu melindungi isterinya.

Kedua-dua cerita ada kaitan dengan perasaan "sayang".

Yang terbunuh sanggup membiarkan dirinya disengat ribuan lebah kerana sayang akan isterinya. Si arwah seboleh-bolehnya tidak mahu seekor pun penyengat menyakiti isterinya. Dia sanggup berkorban nyawa.

Yang membunuh hilang kewarasan kerana berang selepas isteri yang disayanginya dilihat minum bersama-sama dengan lelaki lain. Tertuduh ini meminta isterinya beredar. Namun, si mati enggan berbuat demikian. Ego tertuduh tercabar, maruahnya tercalar. Oleh sebab maruah dan egonya dimalukan di depan rakan-rakannya, maka si lelaki ini yang hilang kewarasan dan pertimbangan membelasah si isteri sehingga mati.


TERBUNUH:


[HM] KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri....- Hadzlan Hassan



MEMBUNUH

[HM] BINTULU: Bagaikan dirasuk syaitan, seorang suami membelasah, menendang dan memijak isterinya sehingga mati dipercayai akibat perasaan cemburu buta selepas melihat isterinya minum bersama rakan di rumah mereka.

Kejadian berlaku di rumah kongsi tempat tinggal pasangan suami isteri itu, Jalan Pesisir di Nyalau, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, lelaki berusia 33 tahun itu memukul isterin yang setahun lebih tua daripadanya di depan anak tunggal mereka berusia tiga tahun serta beberapa rakan sekerja.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.

“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.

“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan.

“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis menerima maklumat orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang selain mengalami lebam di beberapa anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dengan kesan lebam ditemui pada badan mangsa,” katanya.


Beliau berkata, suspek yang berasal dari Dalat, Sibu kini direman bagi membantu siasatan dan polis tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian...- Alias Abd Rani

Menyayat hati kan? Suami terbunuh gara gara lindungi isteri tercinta. Ini baru namanya 'kerana mu aku sanggup mati'. Eheh. Xpayah ungkap kata, hanya tunjuk pada perlakuan. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Yang dibunuh pula. Ntah. Tidak mahu komen apa apa. Cuma itulah, isteri isteri yang masih hidup, dan bakal bakal isteri, taatlah dengan suami atau bakal suami anda selagi mana ianya tidak mengarah kepada kemungkaran, atau kemudaratan pada diri dan keluarga. Semoga dijauhkan dari kejadian sebegini. Amin.

p/s: Tiada kekuatan selain dari kekuatan ALLAH swt. Its been 2 month. 0_o

Monday, November 1, 2010

.::Azab Untuk Kita Bergelar Perempuan::.

01112010(Isnin)

Salam Alaikh.

Sekadar mahu berkongsi ini. Mudah mudahan dijadikan iktibar buat kita semua kaum hawa.

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

p/s:Sebar sebarkanlah ilmu yang kita perolehi. Buat peringatan sesama saudara.

Friday, October 29, 2010

.::Berbasikal Demi Menjadi Tetamu ALLAH::.

29102010(Jumaat)

Salam Alaikh.

Hai, nama saya Ara. Pagi pagi lagi saya sudah tercongok di depan laptop saya. (Motip? Ntah!)

Hari ini, mari kita berkongsi mengenai betapa kalau kita hendakkan sesuatu, berusahalah. Kalian mungkin sudah mendengar atau membaca mengenai ini, tapi..Ah, tidak kira. Mahu bagitahu jugak. Ehehehe.

Semangat dua pemuda Muslim yang berasal dari Afrika Selatan untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 patut dicontohi. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal. Percaya atau tidak?




Ternyata, kedua-dua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mendedahkan kegembiraan mereka setelah masuk ke kota Tabuk, sempadan negara Arab Saudi.



"Akhirnya kami berjaya mencapai impian untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini," kata kedua-dua pemuda ini.



Caimcross, yang bekerja di kota Cape Town mendedahkan bahawa menunggang basikal dari Cape Town ke Arab Saudi amat memenatkan.



"Kami memilih berangkat ke Makkah dengan cara ini agar kami benar-benar dapat merasakan pengalaman suka duka menunaikan ibadah haji," ujarnya.



Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari lalu. Mereka berbasikal menyusuri negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria dan Jordan sebelum sampai ke sempadan Arab Saudi.



"Ini haji pertama kami. Kami boleh saja menaiki kapa terbang tetapi cara begini adalah impian kami. Kami mahu menunaikan haji dengan cara yang berbeza. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang suka berbasikal," ujar Caimcross.



Setiap hari, kedua-dua pemuda itu berbasikal sejauh 80 hingga 100 kilometer. Mereka berehat di masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian meneruskan perjalanan setelah selesai solat Subuh.



"Di setiap tempat yang kami lewati, masyarakat di kawasan itu memberikan sambutan dan bantuan, tambah-tambah pula selepas mereka mengetahui bahawa kami dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tidak ada masalah kerana banyak orang yang menawarkan makanan kepada kami," tutur Caimcross.



Semasa dalam perjalanan, mereka juga kadang kala melewati kawasan muka bumi yang sulit untuk dilalui seperti kawasan pergunungan yang memerlukan tenaga tambahan untuk mengayuh pedal basikal. Kendala lain adalah perbezaan bahasa.



Caimcross juga mengungkapkan rasa terharunya kerana banyak orang yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa-apa yang diperlukan oleh mereka.



Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius.



"Perkara yang sering kami lakukan ialah menukar tayar dan membetulkan rantai pedal," ujar kedua pemuda itu.



Caimcross berkata, perjalanan haji dengan berbasikal memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan banyak orang dan kesempatan itu digunakan untuk berdakwah.



Caimcross dan Harun merupakan mahasiswa jurusan syariah Islam. Kedua-duanya masih belum berkahwin



Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan berbasikal. Bukankah semangat mereka begitu mengagumkan?



Sanggupkah kita berbuat demikian?


DUNIACACAMARBA

Benarlah kan? Bila kita menuju ke jalan ALLAH, apa saja yang kurang, insyaALLAH, ALLAH akan cukupkan. So, buat siapa siapa yang sedang menuju ke jalan NYA. Sabar. Apa yang kurang, yakinlah ALLAH akan cukupkan.





Yang tersangat Heklas
AraWani

Wednesday, October 27, 2010

.::Ciri Ciri Wanita Syurga::.

27102010 (Rabu)

Salam Alaikh.

Semalam punya semalam aku tidak sihat. Tapi semalam aku sudah mampu berjalan ke KK. Muahahah. Bukan apa, ada kepentingan yang perlu dipenuhi. Terlalu penting untuk diabaikan. Tapi biarlah rahsia. Tidak perlu dihebohkan di sini. Hehe.

Bila berada di KK, destinasi pasti yang aku dan kawan aku pergi adalah Popular.Walaupun kami ini tidak lah sepopular mana kan. Belek sana belek sini, aku terpaku pada satu rak. Lama aku belek buku tu. Siap duduk di lantai lagi. Baca punya baca, aku nekad. Inilah. Biodata seorang Rasul. Harus aku baca. Aku ini nama saja pengikut Muhammad bin Abdulah, tapi hanya sedikit mengenai baginda S.A.W yang aku tahu. Malu pun ada. Kalau pasal Halley William aku boleh tau, kenapa bukan pemimpin agung utusan ALLAH ini kan? So, kawan kawan yang belum jelas tentang baginda, lets beli buku ini. Kalau boleh beli baju baju cantik, tudung tudung mahal, masakan buku ini kita tidak mampu beli. Ye dop?




Lagi murah bila kita ada member kad popular tuh. Eheh!
Best. Percayalah. Susunan ayat penulis mudah, ringkas dan senang difahami. Asalnya buku ini diterbitkan khusus buat saudara baru kita, tapi buat kita yang dalam perjalanan mengenal baginda ini, eloklah baca yang ringan ringan dulu. Semoga temui kekuatan untuk mengamalkan ajaran agama ALLAH ini dengan melihat betapa payahnya Rasulullah berjuang dalam membawa Islam ke muka bumi.

Oh, kalau aku rajin, after baca karang, aku kongsi dengan kalian yang sudi baca blog ini ya. InsyaALLAH.

Mari berkongsi lagi mengenai 15 ciri wanita syurga. Moga kita sama sama berusaha ke arah ini. Amin


1. Bertakwa.



2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.



3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.



4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.



5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.



6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.



7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.



8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.



9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.



10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.



11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).



13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.



14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.



15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Yang tersangat Heklas

AraWani

Sunday, October 24, 2010

Keajaiban Azan

24102010 (Ahad)

Salam Alaikh.

Subhanallah. Maha suci ALLAH. Allah hu Akhbar. ALLAH maha besar.

Sedang berjalan jalan, melilau sana sini, aku temui ini.

Besarnya kebesaran ALLAH. Hanya yang berfikir saja akan lihat, betapa ALLAH itu Tuhan yang maha besar. Maha mengetahui, Tuhan yang tiada sesiapa pun yang boleh menyerupaiNYA.

Azan. Hari hari kita dengar azan. Syukurlah, bahawa kita ini tinggal di negara Islam. Negara yang masih mengamalkan ajaran Islam. Masih, bebas melaungkan azan di mana mana. Kita bebas tanpa perlu ada rasa takut pun untuk melaungkan kalimah memuji kebesaran ALLAH ini. Syukurlah. Syukurlah dengan nikmat ALLAH yang ini.

Lihat. Fikirlah. Tiada siapa pun dikalangan kita ini yang mampu melakukan perkara sedemikian. KalimahNYA sentiasa bersahutan di muka bumi tanpa henti. Tanpa culas. Sentiasa. Muadzin bersahut sahutan. Menyeru supaya kita, umat islam menuju ke arah kejayaan. Sembah ALLAH yang satu.

p/s : Sila senyap time azan ya anak anak.

Yang tersangat Heklas

AraWani

Saturday, October 23, 2010

.::Tanda Tanda Hati Kita Keras::.

23102010 (Sabtu)


Salam Alaikh.

Jalan jalan di ILI, buat aku tertarik dengan semua artikelnya. Thanks untuk yang sudi sharing. Tapi aku lagi tertarik dengan artikel yang ini. Tanda tanda hati kita keras.


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.




Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.



Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:



1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan



Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)



2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran



Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)



3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat



Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.



4. Kurang mengagungkan Allah



Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

check jangan xcheck!


p/s: Agak nya, hati hati kita ini bagaimanakah?



Yang tersangat Heklas
AraWani

.::Islamic Festival, Antara Jahil dan Jahiliyyah::.

23102010 (Sabtu)

Salam Alaikh..

Astaghfirullah.. Aku ini jahil. Memang jahil bab bab agama. Cetek ilmu. Kurang. Tapi rupanya, masih ada orang yang kononnya berkedudukan tinggi, berpelajaran tingkat atas, yang lagi jahil dari aku. *gelengkepala*

Fesyen muslimah itu bagaimana ya? Muslimah yang berfesyen? Wujudkah? Perlu ada nama Rasul junjungan kita di dada kah? Itu baru namanya muslimah? Bodoh. Kalau sudah jahil, jangan tunjukkan dengan semua orang yang kita ni jahil. Cukup kita tau sudah. Cuba baiki apa yang kurang.

Kalian mesti tau tentang Monte Carlo's Islamic Fashion Festival yang sudah berlangsung itu kan? Islamic la sangat. Tapi sayangnya, festival festival yang menghina kesucian agama ini punya penasihat yang beragama islam. Isteri kepada pemimpin yang dipilih atas dasar kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Syabbas! Semoga ALLAH tidak menurunkan bala ke atas malaysia.





Haah, Islamic sangat!
 sumber di sini dan sini

p/s : Muslimah itu adalah yang menjaga maruahnya. Semoga ALLAH bukakan pintu hati pemimpin kita dan keluarganya.



Wednesday, October 20, 2010

.::Bury the castle::.

20102010 (Rabu)

Salam Alaikh.

Letih. Letih aku melayan kamu wahai perasaan. Mungkin sudah tiba masanya kamu berhijrah. Pergilah ke lain. Lain tempat yang boleh kamu berbuat onar. Hati yang iini sudah letih. Capek dek karenah kamu yang tidak malu mengasak sana sini. Pergi ya? Biarkan hati ini beristirehat dengan tenang.

Adnan kata, 'dalam hati ada taman'.
Tapi aku kata, 'dalam hati ada istana'.

*diam*

Tapi itu dulu. Istana dulu penuh dengan cinta. Penuh dengan rasa. Sekarang istana itu milik puteri seorang. Pasangannya sudah tiada. Berhenti memerintah. Letih barangkali. Duduk la puteri seorang diri. Sunyi. Sepi.

*diam*

Mungkin. Puteri sudah tidak perlu menunggu lama? Pindah saja ke rumah biasa. Yang pasti tersedianya bahagia. Istana tiada makna, bila rajanya sudah tiada. Carilah bahagia wahai puteri. Bahagia memang perlu ada seiring dengan cinta, tapi cinta tidak harus hanya kepada dia.

CINTA HAKIKI HANYA PADA ILAHI

Ok. Mengerti. Bahagia banyak definisi. Kejar bahagia yang hakiki. Pasti tidak kecheper di lain hari. Bak kata pujangga, cintakan manusia, manusia akan mati. Opss. Mati. Ngeri.

Layan ini.
Bury the castle..

Bury the castle..

Bury the castle..


Brick by Boring Brick : PARAMORE

She lives in a fairy tale
Somewhere too far for us to find
Forgotten the taste and smell
Of the world that she's left behind
It's all about the exposure the lens I told her
The angles were all wrong now
She's ripping wings off of butterflies

Keep your feet on the ground
When your head's in the clouds

Well go get your shovel
And we'll dig a deep hole
To bury the castle, bury the castle x2
Ba da ba da ba

So one day he found her crying
Coiled up on the dirty ground
Her prince finally came to save her
And the rest you can figure out
But it was a trick
And the clock struck 12
Well make sure to build your house brick by boring brick
or the wolves gonna blow it down

Keep your feet on the ground
When your head's in the clouds

Well go get your shovel
And we'll dig a deep hole
To bury the castle, bury the castle x2

woah woah

Well you built up a world of magic
Because your real life is tragic
Yeah you built up a world of magic
If it's not real
You can't hold it in your hand
You can't feel it with your heart
And I won't believe it
But if it's true
You can see it with your eyes
Even in the dark
And that's where I want to be, yeah

Go get your shovel
We'll dig a deep hole
To bury the castle, bury the castle x2
Ba da ba da ba...


p/s: Tolong. Aku malas cakap mengenai hal itu lagi kalau akhirnya kamu tetap begini.




Yang tersangat Heklas
AraWani

Sunday, October 17, 2010

.::1, 2, 3. . . ::.

17102010 (Ahad)

Salam Alaikh.

Pagi. Menghampiri ke pukul 2. Ngantuk, tapi atas dasar janji, aku temani cinggu. Dasar burung hantu, pantang benar kalau tidak melihat cerita. Takut basi kali, basi kalau disimpan lama lama di dalam external disk. Sudahnya, aku juga yang terkebil kebil. Terkebil kebil sambil cuba menaip entry. Sekadar membersihkan sawang diblog sekadar picisan ini.

Sibuk menekan icon kalendar. Aku meghitung hari. Menunggu tarikh bahagia. Heh. Bahagia bila gadget berbunyi, mesej dari kakanda terchenta,umumkan uangnya sudah masuk. RM*00. Kerajaan gaji bila? Selepas 20 hb kan? Itu yang pasti. Ngahahah. Terima kasih kakanda. Moga ALLAH murahkan rezeki mu.

Melihat perjalanan masa, tinggal beberapa minggu lagi final exam menjelma. Akhirnya, insyaALLAH ini exam terakhir yang bakal aku tempuh sejak mendaftarkan diri sebagai mahasiswa. Perit. Tapi mungkin akan berakhir dengan bahagia. Mungkin, mudah mudahan. Sekarang pun sedang sibuk mengisi jawatan kosong kerajaan. Cuba saja. Mana tahu ada rezeki. Kalau ada, ada. Tiada, diam diam sudah.

Sepi. Jangan rasa sepi. Kau ada aku, dan aku sedar, aku still punya kamu. Pergilah cinta.Mungkin bukan sekarang masanya. Diam, mudah mudahan keperitan berlalu seiring dengan masa. Kita sabar, bukankah sabar itu separuh daripada iman?

Masih menunggu jawapan pasti. Company mana yang sudi menerima aku. Risau pun ada, bila jawapan masih tiada. Tidak mengapalah. Tunggu hingga minggu depan. Mana tahu akan ada berita gumbira. Haha.



Yang tersangat Heklas
AraWani

Sunday, October 10, 2010

.::Aku dan Aurat::.

1010101(Ahad)

Salam Alaikh.

Masih menuggu teman teman berkonvo. Iya. Mereka belum pulang.
Menunggu sambil blogwalking memang best. Kesukaan ku. Blogwalking di blog blog ilmu. Blog Kakchik, GreenAppleKu terutamanya.

Fokus ku tentang aurat terutamanya. Aurat. Hm. Menutup aurat itu wajib. Itu aku tahu. Memang sudah disogokkan sejak kecil. Sekolah rendah, aku dimomokkan oleh ustazku yang garang. Ustazku yang memberi amaran. "Awas, kalau ustaz jumpa kalian tidak bertudung. Ustaz akan denda kalian di sekolah". Takut! Heh. Seawal darjah dua aku sudah mengenakan tudung. Berbaju kurung. Almaklumlah, zaman zaman awal 90-an dulu, sekolah rendah tahap satu yakni darjah satu, dua dan tiga tidak diwajibkan berbaju kurung untuk murid murid perempuan. Masih ingat? Baju uniform warna biru gelap? Free. Kerajaan bagi.

Masuk sekolah menengah. Aku ditempatkan di sebuah SBP. Agak jauh dari rumah. Syukur. Sekolah itu banyak membentuk aku sebenarnya. Terlalu banyak kenangan di dalamnya. Sekolah kami, seolah olah sekolah agama. Solat dijaga, aurat dijaga. Malah akan ada sesi tegur menegur. 2 minggu sekali. Setiap hari Sabtu. Apa, siapa yang tidak berpuas hati. Biasanya, teguran dari senior ke adik adik junior. Usrah setiap Jumaat. Ada kakak naqibah yang akan memantau adik adik di bawahnya.

Tapi memalukan sebenarnya. Aku bukan dari golongan mereka yang bijak pandai. Malah aku ini budaknya degil. Suka memberontak. Haha. Pernah dipanggil menghadap Penolong Kanan HEM atas kesalahan tatatertib.  Melawan pengawas. Ingkar arahan. Lambat ke perhimpunan. Lambat ke prep. Skip kelas. Skip keluar petang. Cis! Kalau diingat kembali. memalukan sungguh. Haha. Budak budak belum matang memang macam tu. *senyum*

Masuk matrix di labuan, aku jadi terkejut. Perlahan lahan aku sedar dengan realiti dunia. Hidup rupanya macam begini. Macam begitu. Macam macam. Manusia dengan ragamnya. Aku dihadapkan dengan kejadian kejadian rakan sebaya yang terlalu mengikut nafsu. Takut. Takut takut aku turut terjebak. Tapi syukurlah. Aku kira, ALLAH itu sedang memelihara aku. Aku punya sahabat sahabat yang terlalu menjaga maruah. Walau bukan alim. Tapi akhlak baik. Solat terjaga, aurat terjaga. Ehem. Aurat. Tidak seberapa. haih. malunya!

Dalam peringkat universiti pula. Still. Syukur Alhamdulillah. ALLAH temukan aku dengan insan insan yang masih sama attitudenya. Baik. Sopan. Saling menjaga. Cuma, kami ini masih terlalu kurang bab agama. Terlalu cetek ilmu ilmu mengenal ALLAH.

Bercakap pasal aurat. Pernah satu masa dulu, seorang sahabat yang terlalu rapat dengan aku bekata.

'Saya takut la ara. Saya takut mati. Amal saya kurang. Dosa banyak. Aurat pun tutup belum sempurna'

Aku diam. Selepas itu, boleh pulak aku cakap.

'Hurm, kalau bab aurat, sy rasa, sy dh ok kot'

PAP!!! *pengsan*

Boleh aku cakap macam tu? Malu. Iya. Malu sebenarnya. Tiada yang ok. Tiada. Belum sempurna aurat yang aku tutup. Masih belum sempurna. Masih belum sempurna hingga semua anggota yang ALLAH wajibkan untuk tidak ditayangkan kepada ajnabi itu aku tutup dengan sebaik baik penutupan.

Bila?

*diam*



Yang tersangat Heklas
AraWani

.::Sketsa::.

1010110(Cis, chantek betul tarikh hari ni!)

Salam Alaikh.

Sedang tunggu air mendidih. Kedengaran lagu 'If we ever meet again'. Lagu ini ku angkat menjadi ringtone. Haha. Suka punya sebab. Unknown number kelihatan. Siapakah?

"Haloooo... Ara... Ko di mana ni ha?"

..................*neves*

"Aku. Aku di kampus. Siapa ni?"

"Heh. Bila ko konvo? Aku mahu hadir"

Gulp!

"Aku.. Aku belum konvo lagi lah. *shame*"

"........... Oh. Tidak mengapa. Akan tiba masa"

Sekalian. Kami berborak. Beliau kawan lama. Kawan lama yang pernah rapat.
Selepas beberapa minit, perbualan kami putus tiba tiba. Habis kredit katanya.

Masuk bilik air. Aku termenung. Haih. Aku juga bakalan konvo. Tapi bukan sekarang. Bukan masanya. Nanti. InsyaALLAH. Ada yang belum beres. Tapi nanti juga aku akan. Akan memakai jubah. Meraikan kejayaan. Walau lambat. InsyaALLAH. Cuma bukan sekarang waktunya. Sabarlah. Hahahahahahahaha. Aku gelak sorang sorang dalam bilik air.

Heh. Malas lah. Malas mahu fikir. Siapkan member. Hantar sampai depan pintu. Chantek. Kalian semua chantek chantek. Semoga kejayaan tetap milik kalian. Serius ni. Aku sayang kalian.

Biarlah. Rezeki di tanagn TUHAN. Sebelum beredar. Aku ingin berkongsi ini.


ANDA KECEWA DALAM CINTA? BACA INI..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
p/s: Jutaan tahniah untuk si dia yang pernah kumiliki hatinya. Semoga kejayaan, kebahgiaan selalu mendampingi kamu.
 
Yang tersangat Heklas
AraWani

Saturday, October 9, 2010

.::Tiada Tajuk Spesifik. Bye!::.

09102010(Sabtu)

Salam Alaikh.

*sengih*
Waktu subuh itu tenang. Tenang sangat. Tenang sangat sangat. Cuma, di kolej kediaman ku ini, subuhnya sudah terkacau dek suara enjin ciptaan manusia. Vroom vroooooooommm! Ciptakan pencemaran. Berbeza dengan subuh di kampung halaman. Subuhnya hening. Sunyi. Sejuk. Harum. Harumnya itu yang kurindu. Harum alam. Terasa puas bila menghirup. Syukur.

Alhamdulillah. Masih berezeki menghirup udara pagi. Pagi ku manis. Manis dek terbangun dengan suara comel burung burung di luar tingkap. Kayaknya seperti alarm. Riuh. Entahkan mereka dihantar oleh Sang Pencipta untuk sedarkan manusia. Semestinya, sedarkan manusia yang tahu berfikir saja. Entahkan mereka dihantar oleh Yang Maha Mulia. Riuhlah. Bangunkan hambaKU untuk menyembah. Selang beberapa minit. Tepat. Azan terdengar dari hujung sana.

Terima kasih ALLAH.
Dan. Ehhe. Terima kasih burung.

Jalan jalan. Erm. Jalan jalan sambil duduk. Terjumpa satu blog yang membincangkan tentang agama. Hukumnya mewarnai rambut. Bukan apa, marcapada, terlalu banyak kekeliruan mengenai ia. Boleh atau tidak boleh? Baca la artikelnya. Sebab iya melalui hadis hadis yang sahih. Mahap. Aku orangnya cetek ilmu agama. Sedang mencuba untuk menambah ilmu.

Perempuan fitrahnya suka akan kechantekkan. Betul bukan? Chantek. Chantek itu apa? Chantek itu subjektif la kawan kawan. Lain orang, lain penilaian chanteknya. Cuma, sedikit tidak setuju, bila ada segelintir umat yang berpendapat. 'Kalau pakai tudung, tidak chanteklah. Rambut jadi rosak. lagipun, susah mahu bergaya'.

Cisdell betul. Apakah? Sedikit pendapat dari aku. Bertudung itu bukan saja melindungi kehormatan kamu. Malah bertudung juga memelihara rambutmu dari sinar UV tahu. Heh. Mari. Aku kongsi sedikit petua untuk rambut yang sihat hatta kita ini bertudung sekalipun.

  1. Basuh rambut ikut keperluan. Jangan kerap sangat. Dikhuatiri rambut rosak dek bahan kimia. Jangan pula peram sangat. Kang tumbuh pulak buah buahan di kepala tu. Haha. Ok,tidak lucu. Bye!
  2. Pastikan after syampu, guna air suam basuh rambut tu. Supaya rambut suci dari syampu la. Ha, masa bersyampu,bersihkan kulit kepala guna hujung jari. Hujung jari ya. Bukan kuku. Kang robek pulak kulit kepala tu. Urut urut sikit. Demi melancarkan pengaliran darah.
  3. After bilas, pakai conditioner aka perapi. Supaya rambut lembut. Halus. Perlu diingat. Perapi  ini just untuk rambut. Kulit kepala tidak terlibat sama sekali. Biar beberapa minit. Then bilas dengan air sejuk.
  4. Lagi tips, pastikan rambut sudah kering, then baru pakai tudung. Sekian.
Ok. Itu saja. Cubalah. InsyaALLAH berkesan sebab after kongsi dengan rakan rakan, semua setuju dengan perubahan yang lebih baek. Hahaha.

So, tiada lagi word 'kerana tudung, rambut rosak'.

p/s : jangan pula buka tudung bila rambut jadi chantek. Awas!

Yang tersangat Heklas
AraWani

Thursday, October 7, 2010

.::To my Cinggu Again!::.

Salam Akaikh.

Ah? Mungkin ini sekadar entry pendek. Hanya untuk melahirkan rasa yang tiba tiba teringat kejadian yang bakalan berlaku.
Memang aku sekarang sedang berbahagia. Berbahagia atas kehadiran kalian. Kita berbahagia. Sebab dapat berpeluang tidur setotobantal makan sepinggan sekarang ini.
Tapi. Bahagia ini akan terenggut tidak lama lagi. Uhm. Kalian bakalan pulang. Tinggalkan aku lagi di sini. Ehem. Tinggalkan aku dan Niah.
Kalian tahu kan. Aku menghidap simptom. Simptom alah. Alah ditinggalkan. Aish. Senang saja aku menangis bila nampak kalian masuk dalam kereta. Lambai lambai.
Entah selepas ini, bila lagi kita dapat berkumpul begini. Belum lagi kalian pergi, sudah ada rindu mengintai.

Jangan ada ucapan selamat tinggal pliss. Kalau mahu pergi. Pergi saja. jangan berbicara. Jangan pesan apa apa. Ok. Sedih. Off to nanges. Bye.

p/s:Hey, perempuan memang lembut hatinya. Bye!

Yang tersangat Heklas
AraWani

.::Buat My Cinggu::.

071010 (Khamis)

Salam Alaikh.

Lagi 3 hari. Hm. Lagi 3 hari, mereka akan berkonvo. *senyum*
Iya. Sahabat sahabat aku bakalan konvo. Keraian meraikan mereka disambut secara besar besaran oleh pihak universiti . Mereka. Bukan aku. Tapi mereka, sahabat sahabat ku. Teman seperjuanganku. InsyaALLAH, aku doa biar ukhwah yang ada antara kami lama. Biar sampai hubungan kami ini kekal hingga ke akhirat sana.

Supposely, keraian ini juga untuk meraikan aku. Tapi.. Hm. Tidak kesampaian. Aku haha saja. Walau dalam hati terdetik. Ya ALLAH, jelesnya. Sedihnya. Orang konvo, aku masih menghadap buku. Tapi, tidak mengapalah. Ada la yang DIA mahu tunjuk ke aku. Ada lah perancanganNYA yang aku tidak tahu. Sabar sajalah. Sebab aku sedar, aku ini hamba. Hanya mampu merancang, selebihnya ALLAH jua yang tentukan.

Apa pun, aku doakan saja kebahagiaan teman teman ku ini. Seratus juta tahniah untuk kalian. Zay, Alin, Mi, Farah, Zura, Ayyim, Dila. Tahniah. Ikhlas dari aku. Mahu bagi bunga. Tapi, erm.. Tengah miskin. Lagipun kalian ramai. Mahu robek poket seluar. Hadiah postpone lah ye. Karang orang dah keja orang bagi la hadiah. InsyaALLAH. Ke kalian mahu mendengar sebuah lagu yang orang nyanyikan khusus ke korang? Ha?! Apa? Tidak mahu? Ok, agak dah.. Tau, suara orang sedap sangat. Eh, ucapan belum habis. Semoga kejayaan terus kekal milik kita. Dan, bila korang kerja dulu, jangan lupa bank in duit ke akaun orang tiap tiap bulan, ok. Thanks. Sekian. Bye!

Another 3 weeks before final exam. Semoga saja, aku dapat hadapi saat saat akhir untuk berjuang sebagai pelajar ini dengan yakin dan bergaya. Lepas itu, praktikal. Dan. Dan.. Haha. Tunggu lah masa untuk aku juga diraikan. Dengan izin DIA. Semestinya, dengan izin DIA. Mudah mudahan saja berjalan dengan lancar. Amin.

Ok, sebelum aku menghabisi ini entry, suka untuk aku kongsikan ______ di bawah ini, untuk para lelaki. Haha. Ya, untuk kalian. Baca. Fahami. Hayati.

Wahai asshabab, (pemuda)
Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...

Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan shaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..
Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...
Oleh itu, 
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar



Yang tersangat Heklas
AraWani

Tuesday, October 5, 2010

.::Takziah sekalian Tahniah::.

05102010 (Selasa)

Salam Alaikh.

Takziah, teman. Atas pemergiannya. Abah tercinta. Moga ALLAH kuatkan semangat kamu, teman. Takziah. Mungkin senang, sesenang memakan popcorn untuk aku katakan ini ke kamu. Tapi, hanya ini mampu aku lakukan. Doakan ketabahan kamu. Dari jauh. Bagi kamu semangat, supaya kamu kuat. Biar hanya bermediumkan hp chap ayam, dan blog semata.

ALLAH itu Maha Pengasih. Maha Penyayang. Ingat ini kawan. Tidak diuji kamu tanpa ALLAH tahu, kamu mampu menghadapinya. Sabarlah. Ujian ALLAH, jika kamu sabar, tinggi nilainya disisi DIA.

Kuatlah. Hadapi dengan tenang. Aku ada, walau jauh. Still, kamu ada aku, walau semua orang meninggalkan kamu. Jangan risau itu. Selagi ada kredit, selagi ada ibu jari kanan khususnya dan jari jari lain, amnya, yang ALLAH pinjamkan ke aku. InsyaALLAH. Tidak aku biar kau sendiri.

Erm. Takziah untuk pemergiannya. Tahniah untuk bakalan konvo.

p/s:Al-Fatihah untuk arwah.


Yang tersangat Heklas
AraWani

Sunday, October 3, 2010

.::Kasihan DE LHo! *Thumbs up*::.

03102010(Ahad)

Salam Alaikh.

Sekali lagi. Kasihan dhe Lho! Eh eh. Tiba tiba pulak kan?
Baca khabarnya, harga rokok bakal naik RM0.70 esok. RM0.70? Berapa sangatlah kan? Setakat RM0.70, aku tidaklah merasa hairan sangat. Kata si perokok tegar di dalam hatinya.

Tapi. Bagi aku. RM0.70 itu besar nilainya tahu. Boleh beli sepotong fishkek dengan baki doposen.

HARGA ROKOK NAEK

Islam bukan terrorist. Sekali lagi statement yang tiba tiba. Tapi benar ni. Islam bukan agama terrorist. Dan kami yang muslim juga bukan terrorrist. Kalaupun ada terrorist yang beragama Islam. Terang lagi bersuluh, terrorist beragama Islam itu terkeluar jauh dari ajaran Islam. Islam agama yang membawa kepada kesejahteraan. Islam itu syumul. Betul ni. Tiada penipuan langsung. Kalau statement ini diuji kebenarannya menggunakan truth table sekali pun. Pasti akan memberi nilai TRUE.

Mencari Ilahi




Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit seakan membaca mantera. Diakhir dengan menoleh kiri dan kanan, seakan-akan baru keluar dari alam lain.



Lama aku menjenguk mereka ini. Aku tidak faham.



Apa sebenarnya mereka lakukan. Tidakkah letih. 5 kali sehari, setiap hari tanpa ada keringanan?



Tetapi, tidak langsung pada wajah mereka riak kepenatan. Jauh sekali kebosanan.



Apa sebenarnya mereka ini?



Seakan-akan makhluk lain yang wujud di alam semesta hari ini.



Aku terus memerhati. Sambil mencari makna yang tersembunyi.



Di dalam kehidupan sekelompok manusia bergelar Muslim.



*****



“Hoi terroris.”



Dia tidak menoleh.



Aku memanggilnya sekali lagi. “Hoi terroris”



Dia tetap tidak menoleh. Jauh sekali mengendahkan. Seakan-akan itu bukan panggilan yang layak untuknya. Aku jadi sedikit geram. Lantas bergerak menarik bahunya.



“Aku memanggilmu tadi. Apakah kau tidak mendengar” Suaraku sedikit tinggi.



Kali ini dia menoleh. “Namaku Mursyid. Seorang muslim, bukannya terroris” Lembut dia memperkenalkan diri, tetapi terserlah ketegasan yang tinggi dalam nada suara. Tanda dia punya rasa kehormatan yang tinggi.



“Bukankah orang Islam yang menghidupkan keganasan, meruntuhkan bangunan, membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak kecil?” Provokasi kukeluarkan. Sengaja kusembah petrol pada api yang kuwujudkan.



Mursyid tersenyum. “Mari duduk saudaraku” Tangannya menarikku dengan lembut. Bangku kayu berdekatan menjadi tempat landasan punggung.



Dari sini, aku dapat melihat ramai muslim yang keluar dari masjid. Selesai solat waktu petang mereka. Di tengah keterasingan suasana kehidupan, memandangkan ini tanah airku, bukan negara orang-orang Islam.



“Islam agama kami bermaksud kesejahteraan.” Suara Mursyid tenang. Seakan-akan mengusap lembut jiwaku. Ditambah pula senyumannya yang manis itu.



“Dan kami tidak akan membawa apa-apa melainkan kesejahteraan”



“Bohong. Bukankah orang-orang dari agamamu yang menyalakan api kekacauan? Meruntuhkan World Trade Centre dan mengancam kedamaian ummat?” Aku tidak berpuas hati.



Mursyid menggeleng. “Kalau kami perlu berperang sekalipun, perang kami adalah yang membawa kesejahteraan”



Aku terjeda. Adakah wujud peperangan yang membuahkan kesejahteraan?



“Adakah kamu meneliti Sirah Rasulullah SAW?”



“Muhammad bin Abdullah yang gila seks dan dahagakan darah itu?”



Terkoyak senyuman Mursyid. “Nyata kamu tidak mengenalinya. Kamu sekadar membaca tulisan orang-orang kamu, kemudian kamu menilainya dengan penilaian kamu. Bukankah itu tidak adil?”



Ya. Jujurnya, tidak adil. Aku mengetahui itu. Sekarang aku seakan terperangkap.



“Baginda Rasulullah SAW, berpesan kepada kami agar tidak memotong rumput dan kayu sebarangan jika berperang, tidak menganggu rumah ibadah, dan tidak memperapa-apakan perempuan dan anak kecil”



Aku terdiam. Begitukah?



“Dan kalau kamu ingin tahu, baginda Rasulullah SAW memaafkan semua kaum yang menyeksanya dahulu, ketika baginda telah berjaya menguasai kembali Makkah”



Aku terjeda sekali lagi.



“Bagaimana kamu boleh nyatakan bahawa baginda dahagakan darah?”



“Habis, kenapa ummat Islam hari ini mengganas? Membunuh orang, dan merosakkan kedamaian kehidupan masyarakat? Lihat apa terjadi pada negaraku hari ini. Kacau bilau dan ketakutan disebabkan orang Islam”



Mursyid kulihat tidak berubah wajah. Tetap tenang dan menyenangkan. Aku yang melihatnya juga, secara tidak langsung seakan tersapa dengan ketenangannya. Seakan-akan dia menghidupkan jiwaku yang selama ini kacau.



“Ketahuilah saudaraku…” Mursyid mengurut lembut bahuku. “Aku tidak percaya itu dilakukan oleh orang Islam yang betul-betul beriman kepada Allah SWT dan taat kepada rasul-Nya. Dan jika benar sekalipun orang Islam yang melakukan, maka itu bukan anjuran Islam. Dia telah terkeluar dari jalan Islam yang sebenar”



Aku tidak mampu berkata apa-apa. Jika aku hendak menyalahkan agamanya kerana tindakan penganut, maka pastinya aku akan tertimpa dengan serangan ke atas agamaku pula. Bukan sedikit paderi-paderi yang terdedah melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur. Itu belum dikira dengan kempen menentang keganasan yang membuahkan lebih banyak kerosakan.



Kulihat Mursyid tersenyum. “Saudaraku, kami ini adalah yang berusaha untuk menonjolkan imej Islam yang bersih, agar kamu semua melihat kasih sayang Allah terhadap kamu. Rasulullah itu, datang dengan Islam, dan Islam itu membawa kesejahteraan pada seluruh ummat. Kami, sedang membuktikan itu”



Aku tunduk. Tujuan utama untuk memprovokasi umat Islam di kediamanku terpatah begitu sahaja.



“Jemput datang ke rumahku?”



“Eh?” Aku terkejut. Mursyid tetap dengan wajah yang berseri.



“Mari. Agar kamu berkenalan dengan keluargaku. Siapakah namamu wahai saudaraku?” Mursyid menghulurkan salam.



“Ru.. Ruben” Aku secara automatik menjabat. Seakan-akan ada kuasa ghaib menggerakkan tanganku.



“Ruben, mari.” Dia menarik tanganku lembut.



Seakan membawa jiwaku bersama dengannya.



*****



“Islam dengan orang Islam itu adalah dua perkara yang berbeza. Islam daripada Allah SWT, maka peraturannya solid dan sempurna. Tetapi pada masa yang sama, orang Islam adalah manusia yang mempunyai kelemahan. Ada yang berjaya memanifestasikan Islam, ada yang tidak berjaya. Tetapi masih lagi, jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup, ketenangan akan muncul dalam jiwa kita”



Itu kata-kata Mursyid ketika aku menziarahi rumahnya.



Rumahnya sangat bersih. Walaupun kecil, tetap membahagiakan. Entah kenapa, aku seakan terserap ke dalam syurga. Anak-anaknya baik dan beradab. Isterinya juga amat menjaga diri dan tidak terlalu bergaul denganku. Berbanding isteriku yang terdedah pada lelaki-lelaki lain dan anak-anakku yang langsung tidak beradab ketika berbicara denganku, aku terasa segan dengan Mursyid.



“Islam ini, pada mereka yang faham, adalah 24 jam, sepanjang 7 hari. Yakni setiap masa. Tiada rehat dalam menjadi hamba Allah SWT. Maka, setiap masa perlu kekal terikat dengan peraturan Islam”



“Adakah kamu semua tidak penat?”



“Apakah kebahagiaan itu satu kepenatan? Di dalam Islam ini, peraturannya, membuatkan kami bahagia” Mursyid mengusap kepala anaknya yang comel itu, sambil memandangku.



Aku tersengih bila mengingati bicaranya itu. Agamaku, hanya wujud di hari ahad. Malah, bila melakukan dosa, boleh pula diampunkan hanya dengan membayar wang. Dari satu sudut, aku melihat itu satu manipulasi gereja untuk mereka yang berdosa. Bagaimana manusia yang berdosa, yang tidak sempurna, boleh mengampunkan manusia lain?



“Kamu mempercayai Allah. Justeru, di mana Allah?” Soalan yang aku tertanya-tanya selama ini. Hairan dengan orang Islam yang mampu taat, sedangkan tuhan mereka tidak kelihatan.



“Kamu hidup selama ini dengan menyatakan wujudnya nyawa. Justeru, di manakah nyawa?” Mursyid menjawab soalanku dengan soalan.



Mataku membesar. Jiwaku rasa tertusuk. Perasaan apakah ini?



“Allah itu amat dekat dengan kita wahai Ruben. Dia adalah Pencipta kita. Yang paling memahami kita. Yang memenuhi hak-hak kita”



“Bagaimana dia boleh membahagikan masa pada ramai manusia di atas muka bumi ini? Aku tidak nampak logiknya” Aku masih ragu-ragu.



“Adakah Tuhan perlukan logik manusia? Dia itu Tuhan Ruben. Tuhan. Dia tidak terikat dengan hukum-hukum yang mengikat manusia serta makhluk-mahkluk lain”



Dia itu Tuhan Ruben… Dia itu Tuhan… Tuhan…



Aku rasa tertampar-tampar. Ya, apakah jika benda yang dipahat oleh manusia, boleh dikatakan sebagai Tuhan? Apakah yang memerlukan orang lain, boleh menjadi tuhan?



“Keistimewaan Islam, kami ada rasa hubungan yang dekat dengan Allah SWT. Dia ghaib, tapi kami beriman dengannya. Tanpa ragu. Menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa dan waktu dalam memenuhi amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya. Ini juga membuatkan kami tidak takut, tidak mudah berputus asa, dan tidak merasa lemah”



Aku tersengih sendirian.



Perbualan-perbualan dengan Mursyid, membuatkan aku banyak berfikir.



Adakah kepercayaan, hubungan dengan tuhan ini, menyebabkan mereka seperti apa yang aku nampak?



Tenang, kuat, mempunyai maruah dan setiasa berkeyakinan?



“Tidakkah Islam ini ideologi Muhammad bin Abdullah sahaja?”



Mursyid menggeleng. “Islam itu adalah daripada Allah SWT. Rahmat pada sekalian alam. Rasulullah SAW hanyalah manusia yang dihantar untuk menyampaikannya, dalam keadaan baginda menjadi contoh hidup sebagai bukti bahawa Islam itu mampu diimplementasikan manusia”



Hatiku bergetar.



Islam…



Allah…



******



Aku mengkaji dan mengkaji Al-Quran selepas perbualan dengan Mursyid tempoh hari. Mursyid yang menghadiahkanku Al-Quran terjemahan ke bahasa ibundaku sebagai hadiah semasa aku berpapasan dengannya.



“Di dalam Al-Quran ini, ada petunjuk”



“Aku bukan orang Islam”



“Tidak semestinya orang Islam sahaja yang perlu membaca Al-Quran”



Dan aku mula mengkaji. Perbincangan dan perbahasan dengan Mursyid tempoh hari membuatkan aku dahagakan kebenaran. Aku mula melihat betapa Islam ini adalah satu sistem hidup yang patut dijadikan panduan.



Aku yang awalnya mengkaji Al-Quran untuk mencari kelemahannya, kini tidak mampu lagi menahan perasaan hati yang akan bergetar hebat setiap kali membaca ayat-ayat yang dikatakan kalam tuhan itu.



Pertama kali mengkhatamkan terjemahannya, aku berkata di dalam jiwa:



“Ini bukan kalam manusia”



Semestinya. Aku tidak silap akan itu. Tiada kecacatan, malah pemilihan perkataan yang digunakan, adalah yang paling sesuai pada tempat yang hendak dinyatakan. Tiada percanggahan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Jika ada kekeliruan, sentiasa ada penjelasannya. Malah, satu sistem hidup yang cantik dapat dilihat daripada Al-Quran ini.



Aku jadi rasa tidak cukup, lantas aku mengkaji kehidupan Muhammad bin Abdullah. Aku selak hadith-hadithnya. Aku teliti perjalanan kehidupannya. Akhirnya aku tidak menjumpai apa yang dinamakan kecacatan.



Yang selama ini membuat tohmahan daripada kaumku, aku dapat merasakan mereka mempunyai niat yang busuk. Mereka sekadar memotong-motong juzu’ hidup Muhammad bin Abdullah ini, tanpa mengungkit pula bahagian lain yang mengimbangi tindakannya pada bahagian yang disebutkan tadi.



Yang ada hanya kebenaran.



Jiwaku seakan meronta-ronta.



Aku inginkan kebenaran!



Tuhan, apakah Kau membenarkan?



Sekarang aku mahu bukti yang terus daripada Tuhan yang bernama Allah ini.



Ya, aku ingin mencabarnya. Buktikan bahawa Dia benar. Aku tidak mahu mendengar kata orang lain. Aku tidak mahu bergantung pada buku. Aku sudah puas mengkaji. Sekarang, aku ingin Dia sendiri keluar membuktikannya kepadaku.



******



Aku duduk dikelilingi lilin. Sengaja kututup lampu bilikku, dan membiarkan tingkap terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan lilin itu meliang liuk. Aku membina satu medan yang dinamakan sebagai medan spiritual.



Aku percaya bahawa Allah itu ada di dimensi lain. Dan hendak memanggil-Nya keluar, aku kira perlu menggunakan cara ini.



Aku memegang Al-Quran, membaca-bacanya dalam bahasa arab mengikut ajaran Mursyid selama ini. Aku sudah boleh membaca Al-Quran dalam bahasa aslinya. Lebih menusuk, lebih memberikan kesan.



Sampai ke satu muka surat, aku berhenti. Aku mengambil nafas. Aku rasa sudah bersedia untuk memerhatikan tanda, keajaiban secara langsung daripada Allah SWT.



“Ya Allah!” Aku menjerit.



“Jika Engkau benar, maka berikan aku tanda!” Launganku keluar menerobos tingkap.



“Aku lihat Islam adalah agama yang baik, tetapi aku masih tidak cukup yakin. Sekarang, berikan aku tanda yang boleh membuatkan aku masuk ke dalam agama-Mu ini!”



Sunyi. Sepi. Aku sendiri dan tiada apa-apa berlaku. Di dalam kepalaku, aku mengharapkan lilin-lilin tadi menjadi api marak menjulang, atau rumah ini bergegar, atau dinding roboh secara tiba-tiba, atau ada makhluk datang memberitahu aku itu dan ini.



Tetapi tetap tiada apa yang berlaku.



“Allah, ini peluang kau. Kalau tak, aku tak akan menerima Islam ini” Aku mengugut.



Aku hendak Allah muncul sendiri, atau paling kurag menunjukkan tanda.



“Bukankah Kau sangat berkuasa Ya Allah. Tunjukkan kekuasaan-Mu itu sekarang!”



Masih sunyi sepi. Yang menemaniku hanya desiran angin yang mask melalui tingkap.



Aku menggeleng. Mungkin Allah sibuk. Itu fikiranku.



“Tak mengapa. Aku masih memberikan Kau peluang. Aku akan tunggu petanda Kau di sini, dan Aku tidak akan berganjak!” Aku bersemangat dan bertegas.



Maka, aku memilih untuk menyambung pembacaan Al-Quranku tadi.



Kuselak muka surat sebelah untuk menyambung pembacaan.



Ayat itu kubaca.



“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.



Dunia seakan menjadi terlalu sunyi. Aku seakan terserap ke dalam alam lain. Bulu romaku meremang naik. Tubuhku bergetar hebat. Pada pemikiranku mula muncul awan tanpa tali, bumi yang berputar pada paksi tetapi tiada yang menjadi paksinya, planet-planet yang bergerak dengan kemas di dalam orbit tanpa berlanggaran, kitaran hidup haiwan dan tumbuhan, kitaran air, kadar udara yang sangat-sangat sempurna, peredaran darah di dalam tubuh manusia, dan 1001 lagi kejadian yang menakjubkan yang berlaku dalam kehidupan manusia.



Air mataku mencucur.



Allahuakbar.



Allahuakbar.



Allahuakbar.



Aku sujud.



“Sesungguhnya aku naik saksi, tiada tuhan melainkan Alla, dan Muhammad itu Utusan Allah”



******



Aku mengangkat kedua belah tanganku separas telinga, kemudian aku terkumat-kamit membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Quran, kemudian aku mengangkat lagi kedua tanganku dan tunduk separuh tubuh, kemudian bangun semula dan sebentaar kemudian turun sujud. Kuulang semua itu sebanyak empat pusingan, kemudian kututup dengan menoleh kanan dan kiri sambil memberi salam.



Aku bertahmid, bertasbih dan bertakbir perlahan.



Tiba-tiba pehaku ditepuk lembut. Aku menoleh. Mursyid dengan senyuman manis. Aku membalas senyumannya.



“Mari ziarah ke rumahku petang ini” Mursyid mengajak.



Aku mengangguk. “Biar aku berdoa dahulu?”



“Baiklah” Mursyid kembali ke posisi duduk antara dua sujud.



Aku mengangkat tangan.



“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang telah Kau berikan kepadaku”


p/s: genap sebulan, kalau ditakdirkan ALLAH aku mati, mati ku boleh dikategorikan syahid...  kot. Haha!. InsyaALLAH.

Yang tersangat Heklas
AraWani

Saturday, October 2, 2010

.::Aku Dan Kesalku::.

021010(Sabtu)

Salam Alaikh.


Entry ini mungkin mem’boring’kan kalian. Maka, kalau boring, close saja window itu. Eheh!

Aku jalani kehidupan sehari demi sehari. Bila difikir, ditenung tenung. Apa yang aku telah lakukan sedang usiaku sudah menginjak 20-an. Ehem. Pembetulan. Hampir ditengah 20-an. Apa yang aku buat, yang kalau panjang usiaku dengan izin-NYA, yang boleh aku ceritakan kepada anak cucu sebagai satu peristiwa yang membolehkan aku bangga dengan diri sendiri. Yang boleh aku jadikan tauladan, sempadan, garis panduan buat bakal waris keturunanku (yang juga hanya atas izin DIA) menjalani kehidupan.

*diam*

Tiada. Iya. Belum ada.

Tidak ada sepicing pun peristiwa yang boleh membuatkan aku bangga dengan diri sendiri. Kehidupan yang hanya kehidupan biasa. Yang kadang aku terasa siksanya berada jauh di bawah dan kadang dikurniakan Sang Pencipta nikmat indahnya berasa bahagia. Sedang aku lupa, memang demikianlah tabiatnya perjalan. Dunia ini kan hanya persinggahan? Persinggahan untuk kita sediakan bekalan. Bekalan menghadapi penghidupan yang kekal abadi.

Bila dirundung duka. Hati berdetik. Kenapa? Kenapa seperti ini kejadiannya? Kenapa begini. Kenapa bukan begitu? Kan lebih baik kalau begitu. Tidaklah aku jadi begini.

Heh! Inilah lumrah manusia namanya. Ah, lebih telus. Lumrah seorang aku. Terlalu banyak yang aku persoalkan bila musibah menyinggah. Sedang aku lupa kata pujangga.

'Manusia itu, adakalanya membenci sesuatu, sedangkan di dalamnya terkandung kebaikan buatnya. Dan manusia, adakalanya menyukai sesuatu, sedangkan di dalamnya terkandung seribu keburukan buatnya.'

Aku lupa, selagi mana aku masih bernyawa, aku tidak akan lari dari beroleh penyakit, musibah, nikmat dan juga bahagia.

Perkiraan ALLAH itu, adalah sebaik baik perkiraan untuk hambanya. Tidak dijadikan sesuatu itu sia sia. DIA bagi hak untuk kita merancang, sedang DIA yangmenentukan. Kita hanya mampu memujuk hati untuk pasrah, reda dengan ketentuanNYA.

Dan yang lagi penting, usaha. Sesuatu pasti akan berakhir sesuai dengan adanya permulaan buatnya. Jika derita, yakinlah ia bukan selamnya. Jika bahagia, sedia saja untuk berduka.

Ok. Cukup sampai disitu. Heheh.

Barusan ditelefon oleh adik aku. Calon PMR tahun ni. Mintak maaf katanya. Mohon didoakan kejayaan untuk perjuangan yang belum selesai. Hehe. Kalian yang terbaca entry ini, tolong doakan sekali ya. Haha. Thanks.

Ah. Lapar. Mahu makan dulu. Daa~~

p/s: Fanpage cik shida sudah tiada. Harap yang membenci dia riang gembira. Hope kalian gembira bila dia diam seribu bahasa.



Yang tersangat Heklas
AraWani

Thursday, September 30, 2010

Cikgu Shida - MIMING Yank (Wali Band)





30092010(Khamis)

Salam Alaikh.

Oh, aku tidak peduli apa orang busukhati kata. Sememangnya aku minat dia. Muahahahaha.. Thanks tu Nanick sebab perkenalkan dia ke haku. Cis. Nih yang rasa mahu download laju laju ni. Serius, kelakar gila!

Ah? siapa?


Dengar kata dia ni cikgu. Tapi tidak kisah lah siapa dia. Yang penting dia memang best gila.
Miming Yank  
Miming Jahat

 
Yang tersangat Heklas
AraWani

.::Antara Kecheper Dan Ilmu::.

29092010(Rabu)

Salam Alaikh.

Mata mengantuk tapi belum mahu ke alam lena.
Akal berfikir hati merasa.
Hai jiwa, kenapa tidak mahu lupa?
Biarkan semua.
Tolonglah biarkan semua.
Perlahan lahan hilang mengikut masa.

Heh! Tolonglah Ara. Jangan diingat kisah lama. Antara kamu sudah tiada apa. Kenapa harus sentiasa terkenang dia. Sedangkan kau ada keluarga yang mencinta, sahabat suka duka. Dan yang lagi penting, cuba teka. Eh eh eh. Ha, apa dia?

ALLAH...

Iya. Kita ada DIA. Kenapa harus berduka bila DIA tidak pernah tinggalkan kita. Tenangkanlah hati. Ingatlah DIA. Doakan saja kebahagiaan orang di sana. Mudah mudahan, tiada dendam di dada. Lapanglah jiwa.

Ok. Sudah. Jom tidur. Bye! Eheh!

Kejap! Stttttrrrrrrrrreeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttt! <---Bunyi tayar kereta yang berhenti tiba tiba.

Sebelum itu, mari kita berkongsi ilmu dan fakta. Eheh. Tentang kaitan solat dan kesihatan. Mudah mudahan, dengan artikel ini, kita sama sama perbaiki apa yang kurang dalam ibadah kita demi mendapatkan kesihatan yang baik.

RAHSIA SOLAT DARI SUDUT SAINS DAN KESIHATAN (mesti baca)



Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.



Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:



AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas



Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.



"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.



ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok



Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.



"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya



Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.



"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.



Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.



Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.



Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim



Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.



Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.



"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.



Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.



Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.



Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.



"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.



"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.



Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.



Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.



Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.



Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.



Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.



Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.



"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.



Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.



Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.



"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.



Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit



Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.



"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.



Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.



- Berita Harian
Sumber.

p/s: Supposely entry ini dipost semalam. Tapi.. Uff. Internet sekadar berkelajuan tahap siput sedut. Lidud!
Yang tersangat Heklas