Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, April 28, 2010

.::Banyak Fikir::.

Rabu (29042010)
Agaknya, bila kita banyak guna otak untuk berfikir, badan jadi letih. Even xda la guna fizikal sangat. Itu yang aku peratikan bila aku habes jawab paper. Penat yang dirasa tu, memang jauh beza dari joging sekampung. Aku apa lagi, after paper pagi tadi, (After tengok AdaMaya), terus pengsan sampai la pukul 1.30 pagi tadi. Sedar diri belom menunaikan tanggungjawab, aku terus bangun cepat2. La ni, xtido lagi. Tengah buat pembetulan untuk disertasi. Hm, masa makin suntuk.


Tadi, ada orang cakap dekat aku, yang aku ni terlalu banyak fikir. Sampai dia rasa bosan dengan aku. Sentap?:nyerah: Ya.. Sangat. Tapi bila fikir balik. Mungkin betul. Bosan? Biarlah.
Memang fitrah sebagai perempuan. Banyak fikir itu perlu. Tapi, mungkin benda ni effect dia kan, so.. Sotong. Ok, im sorry ok? Will not bother u.

Aku ada dua paper lagi. Hurm, semoga aku dapat harungi semua ni.

p/s:Mengalami mood yang kurang selesa.






Saturday, April 24, 2010

.::Gadget Baru::.

24042010(Sabtu)
Semalam adalah aktivi merabakkan dompet:nangis:. Memang sangat rabak.Tapi.. Walaupon rabak, aku cukup2 berpuas hati. Berpuas hati sampai menari2.. Mula2 aku buat macam ni..:ayuk:, pastu, macam ni..:nggaya: diikuti :senam:dan akhir sekali :sinchan


|"-_-|
Erk.. Xla jugak puas hati sangat pon.Cuma keinginan untuk menukarkan HP cap SE ke cap NOKIA suda berjaya. Dan yang lagi bestnya, sebenarnya HP SE itu adalah rosak ya... Hahahahhahahahahaha... Sebab tuh beriya sangat mo treat in. Kalo bukan sebab HP SE tuh xdemam, jangan harap aku mo membazir tukar2 HP ni. (Maka, pandai tertukar ke HP yang 'agak' mahal. Yalah2, bagi aku mahal ok. Harga? Biarlah rahsia. Hehehe..


Dari yang ini,


aku 'terpaksa' membeli yang ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ok. Betul2 terpaksa ok. Sebab, kedai tu jak yang mo terima HP SE aku tu tanpa banyak songeh dan menawarkan harga paling tinggi. Ada satu kedai tu, dia boleh ambil HP SE aku tu hanya dengan harga RM80. Bapak dia RM80. Harap mahap la. Aku ambil HP aku tu, langsung blah. Kedai apek nama Kelvin (aku yakin jak eja nama dia ni) ni jak ambil HP aku tu dengan harga dekat RM200. Ohho.. Tapi, sayangnya, dekat kedai apek Kelvin ni, xbanyak pilihan HP. Bila aku mo ambil HP yang aplikasi dia lagi sedikit berbanding dengan HP SE tu, dia heran. Gulp. Aku memang namo menimbulkan keraguan dihati beliau. Takut dia detect apa yang sebenarnya berlau dengan HP aku tu.

Ya.. HP tu demam. Bila aku cas, badan jadi sangat panas dan bateri xpandai full. Yang lagi pelik, dia hanya problem bila dengan aku. Bila aku bagi kakak aku, yang berada di tanah melayu sana, HP ni dikatakan tidak pernah berbuat masalah. Kenapa? Kenapa bila dengan aku dia pandai demam? Uhhukk...:nangis:

Ha! tulah sebabnya aku terpaksa menerima kehadiaran HP yang baru ni dalam hidup aku. Hahahaha.. Adalah jugak dalam RM300++ aku tambah. Tabek dengan apek ni sebab sangat keras hati. Aku punya lah menurunkan hikmat memujuk ala2 Tun Teja. Tapi tidak berhasil.

Lagi aktiviti yang merabakkan.. Adalah membelanja dua orang rumateku yang lahir pada tarikh yang sama, walau berlaenan tahun. Oh, rumateku.. Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam lindungan ALLAH s.w.t Amin.. Oh ya, Kak Ra heklas belanja korang tau. Sila jangan sentap dengan ayat di atas.


P/S: Aku xtau sangat pon apa bestnya dengan HP ni. Hahahahahhahahahaha.. Siapa2 tau, sila tunjuk ajar.



Thursday, April 22, 2010

erk.. kenapa post aku before xboleh komen ea? Salah aku ka?



.::='(::.

22042010(Khamis)
"Datang jumpa saya esok, projek kamu sangat kritikal">"

Semalam, masa tengah syok2 berborak dengan budak2 bilik, aku dapat mesej ni. Dari sapa? Ya, semestinya penyelia projek aku.
Dup dap dup dap jantung aku berbunyi weyh.
Bila aku tengok hp, xda mesej, aku selalu wat ayat.. 'xda sapa ka mo mesej aku neyh..'
tapi, bila aku dapat mesej ini macam, aku tiba2 terdetik. Oh, lebeyh baek xda sapa mesej. Sangat nebes. Aku, bila nebes, mo buat apa2 pon xdapat. Tomorrow ada exam ok. Math lanjutan 2. Belom habes study lagi. Sudah tu, bila aku nebes, aku xda mood mo buat apa. Then, seawal jam sepuloh, aku suda memengsankan diri. Ah, nebes punya pasal.


Tapi tu lah, kalau tido tanpa menjalankan tanggung jawab aku sebagai seorang Islam, alamatnya tido xtenang. Pukul 1 pagi, aku terjaga. Dengan hawa yang sangat panas, aku bangun. Buat apa yang patot. Ya ALLAH.. Aku mimpi penyelia aku, ok. Sempat study beberapa perkara, sebelom membuka site yang membolehkan aku gelak puas2. (Xpuas pon, sebab terpaksa tahan dari gelak besar. Orang bilik tengah tido, ok!)

Pagi ni.. Sesudah berjumpa dengan beliau.. OMG.. Perasaan sangat sedih. Motivasi jadi kurang. Tolong lah.. Ada sapa2 boleh bagi khidmat nasehat? Katanya,

"Tolonglah buat kerja betol2. Saya mahu tolong kamu, kamu yang xmahu tolong diri sendiri. Beli buku, tapi xtengok."

Uhuk2. My bad. Peringatan kepada diri sendiri, jangan buat kerja sekadar siap.

P/: Sangat memerlukan sesorang. Tapi.. Xda. Ok. Ara, sila pujuk diri sendiri ok.

Tuesday, April 20, 2010

.::Kebenarankah?::.

20042010(Selasa)
Petang ni aku start masuk exam. Pengaturcaraan matematik. Hm? Ya.. Suda2, aku suda habes mentelaah:males:. Diharapkan paper ini aku boleh skor. Sebab paper ini la satu2nya untuk aku perolehi gred yang baek. Kalo tidak, matilah. kene :tendang: dengan mak bapak. Harapkan 5 paper yang laen tu? Urghh.. Kureng!

Best jugak ada blog ni. (Tiba2).
Yalah2, bukak blog yang baek2, baek la yang dapat. Kalo bukak blog yang nonsense, nonsense la jugak jadinya. Betul kan?
Oh ya, aku mahu berkongsi maklumat mengenai negara kita. Hah, tau takpe.. Kena la tau perkembangan negara sendiri kan?


Mahu tahu pasal apa? Sila klik di sini. Sudah? Kalau suda, apa pendapat korang? Percaya atau tidak?

Oh ya, tahniah untuk blog tersebut. Sedikit sebanyak, dapatlah membuka pemikiran rakyat kita ni. Walaubagaimanapun (penanda wacana di situ), kena fikir jugak. Jangan terus percaya ya. Tapi, aku yakin..Masyarakat kini bukannya masayarakat yang lurus bendul lagi. Masing2 ada otak, boleh berfikir. Yang mana mutiara air masin atau mutiara air tawar. Hahahaha..

Erk..
'^_^ ~~ ok2..


Sila mendoakan keberlancaran hotak aku untuk berfikir dan kebolehan daya ingatan yang mantap ketika menjawab exam nanti ya. Thanks..

Buat baek di balas baek tau.

P/s: Sedang dalam usaha mengelakkan pemakain spek kerana bukaan mata semakin sedikit aka mata suda menjadi sangat sepet. :nangis:

Sunday, April 18, 2010

.::=P::.

18042010 (Ahad)
Hm, banyaknya sawang. Dah boleh jadi binik spiderman dah empunya blog ni. Semuanya disebabkan perasaan malas dan jjgak kebizian yang melimpah ruah. Kesibukan ok, bukan malas sepenuhnya. Bukan jugak tiada cerita untuk dikongsi, banyak. Banyak cerita dan kejadian2 yang aku rasa haruslah dikongsi bersama, namun.. Yah.. Suda dikatakan sebelum ini, kebizian dan jugak kemalasan yang berlapis2 seperti lapisan lemak diperut tuttt...:ngiler:
If only i can.. Juz berehat2 tanpa membuat apa2.. Uhh.. Tapi itu useless kata HM Tuah Iskandar. Orang yang tidak berbuat apa2 adalah orang yang saket sebenarnya. Luaran nampak ok, tapi dalaman tidak ok. Dan aku.. Bukan dari golongan orang yang tidak ok itu ya.. Er.. I guess!

"^_^


April 2010.Macam2.
April 2010, menyaksikan aku berhempas pulas menyiapkan disertasi. Kena marah dengan penyelia disertasi, berhempas pulas siapkan esaimen. Dan bulan ini juga menyaksikan aku terbuat (terbuat ok!) lawak spastik tym VIVA. OMG! Sangat2 menguji kesabaran dan ketabahan.Tapi, memang benar kata2 orang yang bijaksana, yang tahu untuk berfikir. Ujian itu satu nikmat. Dan, hanya ALLAH jak yang tahu macamana perasaan aku after VIVA hari tu. 15042010. Leganya.. Terasa sebahagian beban terangkat. Semoga segala yang aku usahakan membuahkan hasil yang baik. InsyaALLAH. Amin.. Oh ya.. Ucapan jutaan lemon terima kasih untuk Miss Ruzzakiah Jenal. (sapa2 budak UKM yang amik kos math, yang terbaca post ini, maybe kenal dengan miss ni), tanpa beliau, memang xsiap la disertasi aku tu. Sangat2 berterima kasih.

April 2010.
2 of ma buddy kehilangan orang yang tersayang. Takziah untuk Farah n Dayang... Pemergian Ayah n Mak masing2 pada bulan ni, memang ujian untuk korang. Aku as kawan, hanya mampu bagi semangat dekat korang. May ALLAH tabahkan hati korang dan keluarga korang. Amin..
Dengan kejadian yang menimpa mereka2 ini, aku tiba2 menjadi rajin untuk selalu menelepon rumah. Motip?

April 2010
Banyak manusia disekeliling aku yang lahir bulan ini. Ah.. Rabak.. By the way. Happy besday la ya. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalamlindungan dan rahmatNYA. Amin

April 2010
Exam month!:konslet:
Study sampai lebam:males:
So, stop here!!!!