Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Sunday, May 30, 2010

.::Mayat Berjalan di Tana Toradja::.

30052010(Ahad)
Hmmmmpphhhh!!! Sedapnya udara waktu pagi di kampong ni kan? Rasa cam nak kembang jek idong mau hirup udara puas2. Yalah. Mana dapat udara macam ni dekat bandar. Xsama langsung. Di kampong, siap dengan pakej kicauan burung. Ah. Lagi best bila aku sedang menaip ni, sekaligus ditemankan oleh burung merpati yang sedang sibuk buat sarang betul2 di tepi tingkap rumah ni. Kalau dekat bandar? Pakej bunyik hon sekali dengan asap kenderaan. Ahh.. Rimas dong ah. Eh, sekali tercakap indonesia la pulak (ada member aku kat indonesia cakap, adalah tidak baek memendekkan nama negara mereka. Ianya bisa menimbulkan kemarahan kalau kita sebut begini di sana. Eh2.. tercakap bahasa indonesia lagi ya)


Oya! Bila sebut pasal negara Indonesia ni, teringat aku satu blog mak nenek yang pernah mengepost tentang mayat berjalan di Tana Toradja. Heheh.. Jangan marah ye cik. Boleh rujuk di blog beliau di sini untuk gambar ya. Aku xdapat nak upload sebab.. Ehem! internet tahap siput sedut yang kesepian. Eheh! terbuat lawak xbest plak ye?

Ok2. Sambung. Tana Toradja@Toraja ni berada di Indonesia. Untuk penerangan lebih lanjut sila pergi ke blog beliau ni ya. Di blog beliau ni, dia ada buat penerangan pasal tempat tu. Aku lebih suka serahkan pada beliau memandangkan beliau sendiri berasal dari sana. Hahaha. Yang sebenarnya, aku malas mahu menaip. O yeah.

Sejak baca entry mak nenek DL pasal mayat berjalan ni. Aku jadi curious.Aku jadi neves. Aku jadi penasaran. Dengan itulah, aku dengan gigihnya menggoogle pasal mayat berjalan ni. Macam2 cerita aku baca. Tapi, hanya gambar yang sama aku dapat tengok. Gambar wanita tua berbaju hijau yang maybe itulah mayat. Huhuh! Then, beliau yang sama jugak ada sentuh pasal mende ni. Mayat berjalan. Dia penah nampak snirik ok. Kalau aku, nampak menda cmnih, kompom pengsan bertubi2.

Lagi best, bila aku tengah google nih, bapak aku ada dekat seblah. Memandangkan my Dad ni adalah kelahiran Indonesia, aku dengan semngatnya bertanya. Lagi mengejutkan, my dad pon penah terserempak dengan mayat yang berjalan ni. Menurut my dad, kejadian tu berlaku masa dia kecik2 dulu. Tengah berjalan pulang dengan my nenek, suddenly my dad di inform oleh seorang pakcik soh jangan tegur bila sumbody berjalan dengan baju putih dibelakang. Terus terang dicakapnya, itu adalah mayat. Ya ALLAH. Subhanallah. Macam2 ada di dunia nih kan?

Menda ni jadi, bila seorang insan bersuku Toradja@Toraja meninggal jauh dari Tana Toraja tuh sniri. Jauh beribu batu ok. Contohnya, kalau c mati tuh mati dekat KL, nak balik Kelantan untuk upacara pengebumian. Itu kalau dekat semanjung. Kalau dekat Sabah ni.. jaraknya dari KK ke Tawau. Oh, jauh ok. Dem!

Dekat sana, kenderaan xde. Hidup susah. So, demi xmo menyusahkan orang nak pikul c mati, diwujudkan mereka ilmu sebegini. So, mereka xpayah pikul. Biar si mati berjalan senirik sampai jumpa rumah sendiri. Bapak aku, siap demonstrasi lagi da way c mati nih jalan. Macam robot katanya. Perggh!:damn:

Wah! Panjang gila jugak entry aku kali ni kan? :gatau::gatau::gatau:. Haha. Ok, stop here.

p/s:kang kalau aku mati, menyusahkan orang tak? Gulp!

Monday, May 24, 2010

.::Sedeyh::.

24052010(Isnin)

Oh. Xsabar menanti CSI NY new siries malam ni. Feveret siries selain Las Vegas dan Miami. Memang sangat feveret. Dulu, very de verangan mo jadi macam dorang. Menyiasat. Terrer dalam sains dan logik. Tapi.. Nan ado... Ambil math komputer grafik.. Sekali dengan package extend bertubi2. Dem!

Mana silap aku? napa boleh extend? Pengaruh rakan sebaya? Kucing mak bedah ganggu aku study. Tiap kali study, datang menggesel. Atau.. Keriangan zaman remaja yang terlalu riang hingga buat aku lupa diri. Lupa tujuan masuk U. Lupa segalanya. Ah! Semua alasan! Sekarang? Dem!!! Aku menyesal ok. Sapa bilang aku fine. Memang. Fine.. Aku redha. Mungkin ni jalan yang terbaik untuk aku. Lesson untuk aku. Supaya di masa depan. Be who i shoud to be. Jadi student, maka, tanggung jawabnya as student la. Ada paham? Sila study sampai lebam. :males:


Lagi menyedihkan. Ni Puan Suzzie ni.. Adoi.. Dia suda bagi hint2 yang subjek dia aku dapat gred yang teruk. Dem lagi skali. Why puan? Saya suda buat sehabis baek. (Tapi mengaku yang mid term aku hancur). Semuanya gara2 tesis!. Oh ya.. Puan yang satu lagi.. Kalau mo turunkan lagi gred saya.. Terserah. Saya malas? Hanya ALLAH yang tahu betapa MALAS nya saya. Apa pun.. Terima kasih Puan *********. May ALLAH bless u n ur family.

Ada aku kesah? (Memang aku kesah).Hurm.. Ko, sebagai pensyarah aku. Ko add aku dalam FB. Ada aku kesah? Hurm.. Sampai sekarang aku xapprove:sombong:.Saja menyombong. Hahahahahaha.. Tapi, sebenarnya. Takut. Ya, aku takut dengan ko. Dan nanti, tidak ada privasinya dunia FB ku. Dem! (sekarang pon memang suda tidak privasi ok)

It sad to be sumbody yang hanya sumbody isnt? Xpaham? Sila buat2 paham.
.........................................................................................................................................
(Konsentrasi terganggu dek CSI NY. Walaupun sekadar ulang tayang)

Tadi di meja makan. Sedang enak makan gado2. Tau gado2 tu apa? Karang aku cerita. Nanti lari tajuk lagi.

Bapak aku. Cerita pasal ke'rude'an manusia sekarang. Bapak aku sekarang ada lori. Bila orang perlukan lori, biasanya akan kol bapak aku ni. Angkat lori, angkat barang, angkat itu ini. Tadi, ada makhluk kol bapak aku. Kestau tempat sekian2. Diperlukan untuk kerja yang sekian2. Bila bapak aku sampai, ntah, maybe tempat tuh restricted. Xsemua orang boleh masuk. Bapak aku disoal macam penjenayah. Bila bapak aku kestau nama orang ni, that orang masih bercakap dengan nada rude. Cruel. Disuruh tanya orang sekian2 supaya dapat buat keja sekian2. (Sila jangan pening)

Dem! (Aku tacing ok):nangis: Tengah makan, menda yang aku makan tu xboleh mau masuk kerongkong pun. Sedih memikirkan bapak sendiri dilayan sebegitu rupa. YA ALLAH. Susahnya mau mencari sesuap nasi. Bapak aku stay d tempat tu, sampai sombody mesej dia soh blah. Dengan alasan, lori bapak aku xcukup besar untuk buat keja tu. Tacing lagi.....
:nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis::nangis:

Ya ALLAH..
Tabahkan hati kedua ibu bapa ku..
Bukakan hati mereka agar senang menerima qada' dan qadar mu ya ALLAH..
Jadikan mereka orang2 yang sabar..
Kuatkan hati mereka..
Timbulkan sabar di hati mereka..

Jangan biar kesusahan ini ya ALLAH..
meragut kesabaran mereka...
Jadikan mereka orang2 yang faham tentang ketentuanMU..

~~Amin..

Dan Ya ALLAH..
Murahkan rezeki kami..
Murahkan rezeki ku.
Mudah2an, aku dapat habiskan study aku. Dapat keja. Boleh bela nasib keluarga. Amin.

mood: Tacing dan berdoa kuat2, semoga segala kesusahan akan berlalu pergi. Semoga study aku ok.

p/s: Gado2 tuh sejenis makanan jawa. Ada kuah kacang beserta sayur rebus seperti kangkung dan.. erk.. xtau. Ada keropok ikan dan nasi himpit. Sila google untuk keterangan yang lebih lanjut. Mood tengah tacing ni. Ok.

Sunday, May 23, 2010

.::R.U.D.E::.

22052010(Ahad)

Kisah ini sudah basi. Pasal AF. Hahaha..
Ni Hadek aku tengah tengok ulang siar AF ni. Semalam, tengah sibuk begaduh rebut channel, dia tertidur. Aku xmau terlepas tengok Bishop sekeluarga yang genius itu. Maybe pengaruh aku jarang berada di rumah.. Tuh yang c hadek ini bertolak ansur. Kalau tidak.. Haremmmmmmmmmmmmmmm..

Aku xda nafsu serakah pon mau tengok AF ni. Tapi suda terhidang depan mata. Aku online ni depan tv la. Hadoi.. Sendiri saket hati. Tengok Maulana yang over konfiden.. Habes lagu yang syok dijadikannya xsyiok langsung. Jazz la kononnya? Tolonglah.. Pengsan!:tendang:C shahir ni pulak, segala lagu dibuatnya ghazal. Dem!

Ok. Sebelum aku melalut pasal AF ni. Baek aku senyap.

Bak kata pengkritik tegar bila Shahir abes nyanyi.
'Apesal dorang ni.. Adoi..'

p/s:Adlin memang rude

Saturday, May 22, 2010

.::Kucing, Ayam, Kematian dan Sanggul Tinggi::.

22052010(Sabtu)
Its rain outside. Hoh. Hujan di awal pagi. Best jugak. Boleh lah tido panjang sket. Cait! Tido? Aku suda melangok di depan lappy. Sambil2 melihat adek aku yang bongsu itu bersiap ke sekolah. Kesian budak2 zaman sekarang nih. Xda rehat aku tengok. Oh, lupa. Adek aku tu akan amik UPSR tahon ni. Sebab tu dia bz. Weekdays balik pukul 5 petang, weekend plak, balik pukul 12 tgh hari. Xpa la dek ya.. InsyaALLAH peroleh kejayaan. Amin.

Semalam, aku mimpi pasal ayam. Uff. Ya, beberapa hari lalu, aku menyebabkan kematian seekor anak ayam. Sedih.
......
("-_-)
Takut sebenarnya. Yalah, bapak aku baru berjinak2 dalam industri pemeliharaan ayam kampung. Aku plak,boleh lupa yang sekor mak kucing peliharaan kami yang bernama MILA ni gian sangat mau makan ayam. Kejap jak aku lepaskan mereka2 dari kandang. Zeuss... Aku dah nampak sekor anak ayam dalam gonggongannya. Zapppp! Jantung aku berdenyut kencang. Lebih kencang dari terpandang mamat hensem berspek itam dengan TOYOTA CAMRY. :damn:

Ya ALLAH. Tu jek mampu aku cakap. Selain merampas bangkai anak ayam tu dari mulut MILA ni. Haish! Kurung MILA balik, then cepat2 tanam bangkai anak ayam tu di dekat tiang bawah rumah. Sumpah. Kalau bukan kerana internet berkelajuan siput sedut ni, sudah banyak gambar yang ku upload sebagai bukti. Sungguh! Internet ni low sangat. Ok,tutup cerita pasal kucing, ayam dan kematian. Gulp!

Sambil menaip entry ni, sambil blogwalking di blog kegemaran gue. Dapat lagi ilmu pagi2 ni kan. As a perempuan, as a muslimah, aku suka berfesyen, dan aku juga bertudung. Tapi, rupanya.. Hahahambek.. Dalam tengah berusaha bertudung sambil berfesyen, aku tersilap perhitungan sket. Sila la berblogwalking ke blog MOMMY QASTALANI ni ye kawan2.

Mengenai penggunaan SANGGUL TINGGI. Di arab memang trend. Tapi, bila trend, xsemestinya menda tu betulkan? Sykurlah, aku belom ada hati lagi untuk membeli sanggul palsu tu. Heheheheheh.. Sebab apa? Aku student yang miskin.:sinchan

So wat huh?:sombong:

p/s:Sebal, pagi2 suda kena scout! Haish..

Thursday, May 20, 2010

.::Stress? Apa puncanya ya?::.

20052010(Khamis)
Bila berada di rumah. Hahhah.. Bosan melanda. Syukur, aku punya adik yang ramai. Er.. Adek beradek yang ramai. Beberapa orang xda, ada lagi beberapa orang stay d rumah. Xda lah meroyan sangat kan? :ayuk:(erk.. Seolahnya, ramai sangat plak hadek beradek i ya? 7 orang ok. Anak nabi kita.. Ada tujuh orang.. Tiga lelaki, empat perempuan. Exactly da same macam kami orang. Ahhah!)

Apa lagi kerja ku di kala cuti sem ini. Oh, tidak sabar rasanya mahu menghabiskan sisa sem yang ada. Melangkah ke alam baru. Bukan sebagai student lagi, tetapi, seorang dewasa yang bersedia untuk mencari rezeki. Aku tau, bukan mudah. Tapi.. Aku mahu berhenti dari bergantung dengan orang lain.

Dengan beberapa keadaan yang aku alami. Kejadian pelik yang aku depani. Aku berfikir. Stress itu memang membunuh kan?

Stress tu apa?
Selepas menggoggle dengan kelajuan internet selaju siput sedut. Ada jugak beberapa informasi yang aku dapat. Stress ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori penyebab. Ah, start ayat keling suda ni.. Hantuk kpala kat dinding:damn:

Beberapa kategori penyebab stress yang umum adalah:

1. Stress Keperibadian(Personality Stress)
Stress ni disebabkan oleh dalam diri insan tu sendiri. Da way dia pandang masalah.. Dan tahap keyakinan terhadap diri sendiri tu. Yalah, kadang, ada manusia yang asik pandang masalah ni dari side negatif saja kan? Sedangkan, bila kita fikir, renung sedalamnya, masalah itu adalah nikmat. Masalah tu salah satu warna dalam kehidupan. Juga tentang keyakinan diri. Oh. Mungkin aku juga salah satu penghidap stress ini. Kurang keyakinan terhadap dirir sniri.

2. Stress Psikososial
Stress ini disebabkan oleh hubungan relasi diantara penghidap stress dengan orang sekelilingnya ataupun masalah sosial contohnya masalah chenta, study, family dsb.

And ada dua lagi jenis penyebab kepada stress ni. Tapi, aku suda malas untuk menaip.Hahaah..

p/s:Perlukan penyelesaian untuk stress ni. Tolong.

Wednesday, May 19, 2010

.::Cerita Campur2::.

19052010 (Rabu)
Pagi di Tawau. Tawau di mana? Di mana lagi? Sabah lah. Huh, aku baru balik dari KL. Seminggu di sana memang syok. Sangat!!!! Kalau ada rezeki,aku mau ke sana lagi. Pasal tempat tidak jugak mengagumkan. (Kagum la sebenarnya. Haish!)Suka tengok Menara Berkembar Petronas. Terbayang bar2 coklat yg disusun2. Wushhhhh.........:damn:(Sila jangan berangan!!!!!). Kalau la wujud kan? Heeeee.....
Bila sampai ke tanah tumpah darah aku snirik. Uik.. Jaoh beza. D sana, bangunan tinggi2.. Menceracak sana sini. Bila sampai sini, erk.. Bangunan ketot2. Malu agaknya mau tumbuh. Hohohho.. Tapi. Haah, ada tapinya. Bila naek kereta, aku rasa save. Tiada lagi pemanduan ala2 formula 1 di sini.

Oh! Kini aku sebok menanya kengkawan yang ada tau di mana aku boleh mendapatkan keja sepanjang cuti 2 bulan lebih ni. Bosan weyh.. Aku bosan duduk d rumah tanpa berbuat apa2. Adik2 semua sekolah. Anak2 kucing aku pun malas jak aku tengok mau melayan aku. Sapa2 yang boleh membantu. Sila roger ok. Dengan syarat, mestilah d Tawau. Heehhee...

Oh ya, walaupun agak terlambat, kepada pasukan Malaysia, sila lah jangan berkecik hati dengan kekalahan di Piala Thomas ya. Sila la setangkas pemain China jika hendak main lagi. Agak2nya, siapakah pelapis BAM untuk dua tahun dari sekarang? Akukah? Sekali lagi.. :damn:JANGAN BERANGAN!

Juga aku masih tertunggu2, apakah hasil prosiding kisah DSAI dan SayFool itu? Semoga ALLAH mengampunkan dosa2 mereka yang berbuat fitnah.Dan berbahagialah mereka2 yang difitnah. ALLAH itu MAHA ADIL.

Oh, lagi satu... Hehehehehe.. DAP. Sila lah tepati janji kepada rakyat di Sibu tau. Sekian.