Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Sunday, June 20, 2010

.::Rindu::.

20062010(Ahad)

Rindu. Esok start sekolah suda. Maka, adik aku balik ke sekolah dia.
Rindu. Tiada kelibat dia di mana mana. Selalunya, di mana aku ada, dia ada. Sebok mengendeng mahu itu ini. Bagai henpon dengan topap. Saling memerlukan.

p/s:Tidak balik ke sekolah semula boleh?

Friday, June 18, 2010

.::Imam Muda Abe Syara::.

18062010(Jumaat)

Kenapa JERMAN?! Kalah 1-0 dengan Serbia? Sadis betul. *Emo plak ko kan minah?*

Asyik tengok bola, baru aku sedar yang aku sudah ketinggalan hampir seluruh waktu dengan rancangan IMAM MUDA. *shy*. Haah, aku tengok IMAM MUDA. Comel kan? *pengsan*. Rancangan realiti begini lagi menarik minat berbanding rancangan realiti lain yang lebih kepada hiburan. Plastik. Penuh dengan lakonan. Dan aku tau, sejujurnya, kredit telefon yang mereka-mereka bazirkan untuk mengundi sekian sekian artis (artis ka?) bukan telus pun kiraannya. Jadi, jangan harap dapat undian dari aku!:sombong: *emo lagi*

Selama tiga minggu berturut-turut tidak ada penyingkiran. Bagus lah, sempat IMAM IMAM MUDA tuh tuntut ilmu banyak banyak. Tapi, untuk minggu ke empat ni, tidak ada rezeki untuk IMAM MUDA kelahiran SARAWAK ini. Aha, cuba teka.. Siapa dia...

Ha?! Tidak tahu?:gatau:. Ok lah, aku paham. Kamu tidak tengok rancangan ini kan? Mengaku saja.

Minggu ini, IMAM MUDA yang tersingkir adalah ABE SYARA. Sedikit sebanyak tentang beliau:


NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: MIRI, SARAWAK
TARIKH LAHIR: 01 JULAI 1984
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: GRADUAN UKM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN FALSAFAH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

sumber


Ada empat orang IMAM MUDA yang dapat teguran tadi. IMAM MUDA NURI, IMAM MUDA SYAKIR, IMAM MUDA AZHAR dan IMAM MUDA ABE SYARA. Tapi yang tersingkirnya seorang saja.

Tidak mengapa lah. Aggap saja rezeki tidak ada di situ ya ABE SYARA. Eh eh eh.. Macam la ABE SYARA tu baca blog aku yang hina ni kan? *shy*

p/s:Istighfar banyak banyak. Banyak betul setan ni.

Thursday, June 17, 2010

.::Heeee.....::.

17062010(Khamis)

Sekarang tengah on match Argentina vs Korea Selatan. Dan sangat sedih. Ada bagi masuk gol sendiri!
...........................................................................................................

Maaf, perenggan terawal tuh aku taip beberapa jam lalu.:ngiler:. Apa? Jangan marah, ha. Sekarang ini Greece vs Nigeria. Sudah masuk waktu kedua pun. Sadis.

Aku masih berdoa. Demi KOREA. Entah. Semangat keASIAan aku memuncak. Napsu untuk menyokong mereka yang setanah dengan aku membuak-buak. Salah ka? Tidak kan?

p/s:Matilah lampu utama ruang menonton belum di off kan.


Sunday, June 13, 2010

.::FIFA team B::.

13062010 (Ahad)

:music::music::music::music::music::music::music::music::music::music::music::music::music:


Semangat FIFA WORLD CUP! Sambil dengar lagu tema untuk piala dunia tahun ni, dinyanyikan oleh anak murid aku, Syakira yang badan bentuk S tu. (Tolonglah, asik replay lagu yang sama semenjak dua menjak ni). Huh! sudah namanya anak murid aku. Mestilah bagi sokongan dengan lagu lagunya. *pengsan*

Oh ya, semalam match untuk kumpulan B. Kumpulan B terdiri daripada Argentina, Greece, Korea dan Nigeria. 1st match Korea vs Greece. Seperti biasa, Asia menang dengan penuh kebanggaan 2-0. Oh. Sangat berbangga aku dengan pencapaian Asia. Asik bersorak 'Korea!' 'Korea!' 'Korea!' Sambil wat demonstrasi macam orang tengah mogok di tengah jalan. Maybe sebab pemain Korea dengar sorakan aku, berjaya beb.. Berjaya biarkan Greece dengan telurnya. I mean, angka 0 ok! :ayuk:

Then, next match, Argentina dengan Nigeria. Seperti yang ku jangka. Argentina mendahului. 1-0.

Hurm, masuk grup C pagi tadi. Aku tidak sempat tengok perlawanan ni. HEYH! memang TIDAK SEMPAT ok! Aku busy buat hal lain. Ehehhehe..
Tapi yang aku tau, England vs USA sama-sama dapat 1 gol.


Argentina


Republik Korea aka Korea Selatan


p/s:terasa ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada team ASIA. Tidak mustahil tahun ini ASIA juara.


Saturday, June 12, 2010

.::Buat SEKS dengan Lembu. Kasihan Lembu Itu::.

12062010(Sabtu)

Heyh! Cepat sket la! Uik.. Marah betul. Huh.. Tiada apa. Cuma marah dengan kelembapan internet di rumah aku ni. Lampu broadband ni asek kaler ijau memanjang. Bila la agaknya lampu broadband ini akan kembali berwarna biru? Atau sekurang-kurangnya biru tua dan bukan haru biru. *tiba tiba*.

Eyh, semalam pembukaan FIFA WORLD CUP kan. Persembahan menarik dan banyak menerima WAU, UH, WAHHHHH, UIK, ORANG BANYAK ITAM (Macamkawputihsangat), HAHAHAHAHHAHAH, dari kami adik beradik. Lebih-lebih lagi dengan stadium baru mereka itu. Impress yang amat. Tahniah ya Afrika (Ada ka orang Afrika baca blog aku?:gatau:). Semalam juga menyaksikan perlawanan pembukaan oleh South Africa dan Mexico. Oh, sangat ramai manusia indah ciptaan ALLAH di dalam pasukan Mexico. Jadi apa tujuan aku melihat FIFA? Mencuci mata?! Shut up!:tendang:

Ok. Melihat kepada tajuk. Kenapa perlu kasihan dengan lembu itu. O ya, sebelum aku teruskan menaip mengenai cerita ini, sila la membuat persediaan untuk muntah dan dan mempunyai perasaan seriau dalam badan. Hal ini kerana *tersengih, awat ayat aku skema bebeno?* cerita ini sebenarnya sangat jauh dek akal manusia yang waras lagi berakal. Aku tidak tahu kenapa bah kau berubah wahai manusia. :music:

Proceed to the true story. Di Bali Indonesia sana, seorang pemuda bernama Ngurah Alit yang baru berumur 18 tahun (did i say BARU?) telah dijumpai oleh pakcik bernama Gusti Ngurah Dinar (Apa ke pelik nama-nama mereka ini?) tengah bertelanjang sambil memegang belakang kerbau betina tersebut yang dibilangnya adalah wanita yang santek. Lebih baek aku mengcopy dan paste saja artikel ini dari blog DONIA CACAMARBA ini.

Seorang remaja Bali ditangkap sedang melakukan seks dengan seekor lembu yang dipercayainya seorang gadis muda yang cantik. Budak yang dikenal dengan nama Ngurah Alit, 18, dari Kampung Yeh Embang di Jembrana ditangkap oleh penduduk kampung, Gusti Ngurah Dinar yang pada ketika itu sedang telanjang sambil memegang bahagian belakang lembu itu di kawasan sawah di kampung tersebut.

Ketika disoal siasat oleh penduduk kampung, Ngurah menegaskan bahawa lembu yang dinodainya itu ialah seorang "gadis muda yang cantik". Kata Ngurah, "gadis" itu memanggilnya sambil mengeluarkan kata-kata yang menggoda sebelum mereka melakukan seks bersama. Lembu malang itu akan dilemaskan di laut untuk menyucikan semula perkampungan tersebut.

Berdasarkan kepercayaan penduduk, Ngurah akan turut menjalani acara penyuacian di laut, dan dia dikehendaki membayar 2000 syiling tradisional Bali. Pemilik lembu, Wayan pula akan menerima pampasan sebanyak Rp 5 juta.

Kejadian ini adalah yang kedua berlaku di Bali. Kejadian pertama berlaku pada tahun 2008, apabila seorang lelaki tua, Nengah Sutarya,70, melakukan perbuatan yang sama terhadap seekor lembu. Yang peliknya, dia turut menyatakan kepada orang kampung bahawa lembu yang dinodainya itu seorang "anak dara". Kerana kejadian itu, lembu malang itu turut dilemaskan oleh penduduk kampung yang mempercayai bahawa Nengah telah membuntingkan lembu tersebut.

Duniacacamarba.



see? kasihan bukan?:nangis:

Sunday, June 6, 2010

.::Tips Memakai Tudung Syria::.

07062010(Isnin)

Ooooooo yeah!!! *tiba-tiba*. Ok ok. Korang, korang tau kah sejenis tudung yang bertajuk tudung syria? Haah betul la tu. Tudung yang datang sekali dengan pakej anak-anak ikan eh anak tudung tu. Tudung syria ini adalah tudung yang sedang hangat di pasaran sekarang. Anak-anak tudungnya pula, sekarang ini sudah ada yang sampai layer tahap ketiga. HA?! APA?! Tidak paham? Pahamkan lah.

Anak tudung syria 1 tone


Mahu lebih paham? Yang ini, dalam gambar ini adalah anak tudung syria 1 layer aka 1 tone suara SHUT UP!. Warna selamat semestinya adalah warna hitam. Di samping boleh menyerlahkan keghotikan diri sendiri *pengsan*:damn:, ianya jugak boleh digunakan dengan apa jua warna selendang atau tudung syria yang ada. Kiranya macam jenis manusia yang mempunyai darah jenis AB la, semua boleh ngam. Semua boleh terima tidak kira penderma adalah dikalangan manusia berdarah A, AB, O ataupun berdarah sejuk. (Bukan cold blooded seperti ISRAEL laknatullah itu) bak kata astrologywan, bagai manusia berzodiak gemini. Kan orang yang berbintang gemini CUT!! Sila proceed.

syria two tone


Yang seterusnya, adalah syria double layer aka 2 tone. Sekarang ini juga sedang hangat di pasaran seperti hangatnya jualan kuih muih di bazaar Ramadhan. Banyak disaksikan si zaman sekarang ini, anak-anak gadis tidak terkecuali mak kepada anak-anak gadis menggunakan anak tudung jenis ini. How to menggunkan anak tudung ini? Heh! Sila google. sekarang sudah banyak blogger yang baek hati membuat tutorial untuk kemudahan para wanita.

Manakala yang tiga layer itu pula anda bayangkan sendiri lah ya. Ataupun sila la menggo0gle sendiri kerana aku masih belum mempunyai keinginan untuk mencuba memakai anak tudung syria 3 tone ini. APA?! Suka hati aku lah.:sombong:. Hahaha.. Jangan marah Ha..*Buat dalam nada Seniman Bujang Lapuk*. Lagipun, penggunaannya boleh mendatangkan komplikasi ke atas otak aku memandangkan aku memang malas mahu me'match'kan warna tudung dengan baju. SUSAH! (Ikutkan hati, aku hanya berminat dengan anak tudung syria yang satu tone sahaja. Senang, cepat dan pantas).

Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji semuanya. Ara, stop it, itu tidak lawak ok? Ok ok. Pemarah! Sebenarnya, di atas itu hanya pengenalan. (Wat! hanya pengenalan? Panjang berjela bak surat chenta? *sigh*)

Beberapa bulan lalu, bila aku terserempak dengan fashion terbaru bersyria ni, hati aku tertarik. Budget bentuk muka aku akan seswai dengan tudung syria ni aku dengan tamak dan rakusnya telah memborong beberapa anak tudung syria semestinya di butik online la. Harap di Sabah ini mahu jumpa tudung sebegini? Sila pahamkan pepatah 'bagai menunggu member membuat rambut rebonding'. Boleh terima kah pepatah ini? Sungguh lambat ok. Dua butik online yang bagi aku murah dan best ini adalah butik CIK AYUNAR dan erm.. Oh. Aku suda kehilangan link blog tersebut. Mahapkan saya *muka kesian dengan mata bersinar-sinar*. Semua koleksi (tolonglah koleksi ya, maka ada beberapa keping anak tudung saja pun. Tidak layak dipanggil koleksi) anak-anak ikan mak.. Auw.. *tolonglah pondan* anak-anak tudung syria aku datangnya dari butik mereka berdua ini. Selain materialnya best, anak tudung mereka juga seswai untuk makhluk berkepala besar. Kepala besar ok. Bukan besar kepala. Ada beza di situ. Hurm.. Seperti aku *sigh sambil tertunduk pasrah*. Hey! Sila bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih ada kepala. Ya kan?

Selepas menerima parcel dari Cik Ayunar dan Cik yang aku hilangkan linknya itu , aku dengan jakun dan excitednya mencuba anak tudung syria dengan feeling-feeling chantek dan gorgeousnya. Sekali tengok cermin :nyerah: harapan aku musnah *pengsan bertubi-tubi*. Aku sendiri confius dan berada dalam keadaan unconcious beberapa ketika. Dalam hati bertanya-tanya samada yang berada di cermin itu aku kah atau talam dua muka kah. Sangat bulat menyerlahkan kelebaran muka tanpa berselindung lagi. Melebih-lebih betol ayat aku kan?

Selepas beberapa ketika, aku mengalami kemurungan, depresi, termenung di sudut-sudut dan hilang keyakinan diri untuk mengenakan tudung syria ini lagi. (Aku menipu.Kadang-kadang aku masih menggunakan tudung syria untuk ke kedai Ah Heng) sehinggalah aku terjumpa page DOKTOR Fatin Liyana ini. Kenapa aku capital letter kan word doktor tu? Kenapa?!

Terima kasih PAWA ROOT! Ah terima kasih kepada doktor in kerana memperkenalkan tips yang sangat seswai untuk aku praktiskan terhadap anak-anak tudung syria ku. Tips apa? Tip ini berjaya menaikkan semula keyakinan diri aku untuk bersyria semula. *Sangat gembira*. Hanya dengan mengoperate sedikit saja syria anda,muka lebar bulat dapat lonjongkan sedikit bentuknya demi mengelakkan kekeliruan masyarakat di antara talam dengan muka anda.

Apa tipsnya? Tetas saja sedikit demi sedikit hujung syria anda sehinggalah anda boleh memperolehi bentuk muka yang anda ingini. Sedikit demi sedikit ya? Jangan tetas sekali banyak. Kang menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna lagi. Senang kan?

Kenapa dan mengapa lah aku tidak terfikirkan idea ini semenjak dulu lagi? Mungkin saja aku bukan DOKTOR. Cis! Ada kaitan ka?

p/s:Siang malam pagipetang aku asik mencuba tudung syria yang suda dioperate dengan jayanya. Jakun tidak? Biarkan.:sombong:




Thursday, June 3, 2010

.::Manusia ka? Eh.. Binatang kot!!?::.

03062010(Khamis)

Sekarang ni masih hangat lagi kes ISRAEL yang sengal tu. Kesian. Mereka2 yang jadi mangsa. Kita ni pun mangsa sebenarnya. Mangsa kepada nafsu sendiri. Dalam Malaysia ni pun, berapa ratus barangan, memang yang kita perlu guna adalah barangan ISRAEL. Dalam sedar xsedar, rupanyanya kita ni pembunuh secara xlangsung la. Erk.. Pembunuh?:nangis:
Haah.. Kita beli barang ISRAEL, pas tu, duit yang kita guna tu, beli alat senjata untuk bunuh saudara ISLAM kita. Hah? Betul kan?

Ok2.. Tutup pasal ISRAEL. Kang kita cerita laen hari ok. Hari ni, aku mau bagi korang teka teki teka tekuk. Ahahahaha.. Jangan nebes. Sapa bijaksana, silala jawab ye.

Ok. Teka teki i berbunyi begini. Dalam gambar di bawah ni.. Apa beza antara MANUSIA dengan ANJING aka BINATANG? Jawab jangan xjawab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

anjing ke ni? konpius arrr...


ini plak?



Kambing itam ke?

Tengah blogwalking, ini yang aku jumpa.
^.^"
Jangan fikir negatif ok. Aku xbukak side2 lucah nih! Xcaya, jenguk ke blog ini.
Ok2.. Aku mintak mahap ok kalau gambar2 ini adalah gambar2 dengan aksi melampau. Jijik kan? Melampau kan? Best ke tengok gambar2 macam ni?

Huh! Ada nilai kemanusiaan ke ni? Manusia yang berakal buat macam ni ke? Ke mereka ni bukan manusia. Oh, syukur la ini bukan rakyat MALAYSIA. Harap2, sampai bila pon, xkan jumpa di MALAYSIA kalau gini gayanya. Hehehhe.. apa? ya2.. rakyat MALAYSIA bertamadun. Jangan risau. Xkan jumpa la perbuatan macam ni. Xkan.. Betul.. Jangan risau.

RAKYAT MALAYSIA... Tidak akan ada perbuatan sebegini yang berlaku kat MALAYSIA kan?

...................................................................................................................................................

Huh? :gatau:

Wednesday, June 2, 2010

.::MENYOKONG BLOGGER MOFASAD, "KAMI BLOGGER PICISAN, MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL"::.

02062010 (Rabu)

Makin menjadi-jadi kebiadaban ISRAEL. Dan aku tertanya-tanya, kenapa PBB terlalu payah untuk membuat tindakan atas kebiadapan ISRAEL laknatullah ni? Eheh!
Siapa xemo kalau saudara sendiri yang menjadi mangsa. Kalau nyawa yang jadi taruhan?

Apa pun, syukur sehingga kini, ALHAMDULILLAH.. Rakyat malaysia yang ada di sana semuanya selamat. Dan harap yang lain, yang berada dalam tahanan juga selamat. Sumber rujuk di sini.

Aku bukan siapa2. Aku menulis juga bukan untuk femes or wateva. Aku suka. Wujudnya blog ni pun, hanya beberapa yang jadi pengikut. Thanks kawan2. Xda menda sangat yang aku tulis. Lebih banyak merapu dari kebenaran. Lebih banyak auta dari fakta.

Namun, hanya di blog dan beberapa laman sesawang yang aku miliki yang aku mampu gunakan untuk menunjukkan betapa aku benci dengan ISRAEL laknatullah! ALLAH HU AKHBAR!

Dari blog incik MOFASAD ini, aku sebagai salah seorang blogger picisan, menentang sekeras-kerasnya kelakuan rejim ISRAEL yang tidak punya perasaan itu.

So, mana2 blogger yang tersesat sampai ke page aku ni.. Untuk sama2 kita menentang kekejaman ISRAEL tu.. Mari sama2 kita menunjukkan sokongan kita dengan berbuat yang serupa dengan aku suda buat ni ya.

Mari kita sama2 berdoa, solat hajat semua.. Biar kebenaran terserlah. Biar ISRAEL hancur dengan ketamakan mereka. Amin..

p/s:Doa banyak2 semoga semuanya selamat. AMIN.

Tuesday, June 1, 2010

.::CELAKA, JAHANAM ISRAEL::.

01062010(Selasa)

Suda masok bulan ke enam kita di tahun 2010 ni ye. Cepat jek masa berlalu ni kan? Rasa macam baru je bangun pagi di suasana tahun baru. Ah. Sebut pasal masa ni.. Apa mau jadi dengan tahanan2 ISRAEL LAKNATULLAH tu ya? Aku hangen betul la. REJIM ISRAEL ni, manusia ka, atau binatang ka, atau syaitan bertopengkan manusia ka? Semoga ALLAH menghancurkan mereka dan kaum mereka yang tidak berhati perut itu.



Menyerang MAVI MARMARA di perairan antarabangsa ok. Sekali lagi aku ulang cakap, PERAIRAN ANTARABANGSA. ISRAEL xda hak, langsung xda kedaulatan diperairan antrabangsa untuk buat serangan. DEM!

Mavi Marmara ni, kapal induk, salah satu dari tujuh kapal yang lain yang membawa bantuan makanan, pakaian dan bahan bina untuk saudara Islam kita di Gaza. Disebabkan ISRAEL ni sendiri takut dengan bayang2 sendiri, alasannya takut Gaza dibekalkan dengan alat2 dan bahan api yang boleh dibuat senjata, habis segala bantuan dibantutkan. Betapa biadapnya ISRAEL!!

Hinggakan simen yang digunakan untuk buat bangunan tu pun, dorang cakap boleh digunakan untuk buat senjata api. Dem!

Mintak PBB ambil tindakan yang paling tegas ke atas kaum laknatullah ni.

p/s: Semoga ALLAH