Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, February 18, 2011

.::Kubur Berapi::.

Salam Alaikh.

Penghulu segala hari, hari jumaat. Aku juga lahir pada hari ini. Eheh! YA! YA! Aku tau. Kalian tidak tanya pun. Cis! Kejam betul.

Hari yang mulia ini, mari kita share ilmu. Di tepi aku ini, ada sebuah buku bertajuk

PENENANG JIWA
PENGUBATAN & RAWATAN

by

IMAM GHAZALI
Terjemahan kitab
MUKASHAFAH AL QULUB

Its a nice book. There is 111 chapter where each chapter show us the way how to tenangkan jiwa. Sahabat, ketenangan jiwa itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Nikmat ALLAH yang tiada tolok bandingan. Ada harta bergunung ganang pun, kalau hati tidak keruan, memanglah tiada maknanya kan. Kan kan kan? Kalian setuju kan? *sambil cucuk belakang korang dengan pisau*

So, aku mahu kongsi satu chapter dari buku ini. Ok, mari kita lihat chapter apa yang kena........ *baling dadu*

Dapat bab 20. Aku ada banyak dadu okeh!

Ha, buka muka surat ke 86. Tajuknya ialah  GHIBAH (MENGUMPAT) DAN MEMFITNAH.

ALLAH SWT mencela orang yang suka mengumpat yang mana golongan ini bagaikan golongan yang suka memakan bangkai.

Dalam chapter ini diceritakan mengenai betapa mengumpat itu adalah satu perbuatan yang tidak sihat. Bukan saja di dunia, malah di akhirat sana. Hinggakan ada diberitahu, si pengumpat, pencela ini paling cepat meruntuhkan agama daripada sipemakan bangkai. Euw. Makan bangkai? *vomit*

Dikisahkan  

Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan di suatu kampung sedang mengalami sakit tenat. Maka, lelai itu menziarahi saudara perempuannya itu sehinggalah saudara perempuannya itu meninggal dunia. Lelaki tersebut mengucapkan takziah sambil mengiri saudara perempuannya itu sehinggalah selesai saudaranya itu dikebumikan. Sekembalinya beliau ke rumah, lelaki tersebut teringat akan dompetnya yang tertinggal di kubur. Ia meminta temannya untuk menolong. Teman itu segera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, "Bagaimana keadaan saudara ku?" Lalu teman itu membuka sebahagian lubang, tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya "Ceritakan padaku apa cela saudaraku?" Ibunya berkata, "Saudara mu itu suka pergi ke rumah jiran meceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah." 
Sekadar Hiasan ehsan makcik google.

Wallahu 'alam

Ngeri bukan? Ada api menyala nyala dari dalam kubur.

Mengumpat., mencela, menceritakan keburukan orang.. Memang sedap. Tapi, apalah erti kesedapan itu jika dibandingkan tentang azab yang bakal diterima. Na'uzubillah min zalikh.

Sedikit petikan ayat al-Quran yang berkaitan dengan tajuk ini.

"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)."                                                                                                             (Q.S Al Hujurah: 12)
"Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela."                                                                                                            (Q.S Al Humazah: 1)

Lelaki, perempuan. Semua sama sama ambil peringatan. Termasuk aku juga.


Moral of the story, kalau mahu hati tenang jauhi aktiviti ini. Kalian sedar tidak? Bila kita bercerita tentang keburukan orang lain, orang bukan judge yang dicerita, tapi orang judge si pencerita. Percaya atau tidak, ya.... Terserah! *rolling eyes*
                                             





Thursday, February 17, 2011

.::Kau yang Ke-200::.

Salam Alaikh.

Ehem!
Follower aku sudah sampai ke tahap mokja 200 orang. Orang yang bertuah itu adalah............ *bunyi drum*



Aku tanya dia,

'Mahu hadiah ka?'



"NOPE, CUKUPLAH SEKADAR SEDEKAHKAN AKU AL-FATIHAH"


DEBABOM!!! KEPRAKOMBURRRRRR!!!

Mak rase hinsap nyah..
Ang memang hekot blog aku secara rela hati kan? Kan kan kan? *nanges*




p/s : Baru jek ingat nak bagi sebuah kereta toyota vios. Tapi dia refuse. Ok...

.::Kimora Lee Simmons (kot)::.

Salam Aliakh.

Dear my maya diary.. *muntah*

Semalam, aku tengok rancangan feberet. Berulang ulang. KLS. Kimora Lee Simmons (kot ejaan dia macam nih). Life In The Fab Lane.


Bila tengok rancangan ni, macam macam perasaan timbul. Sometimes it was like,

'Uh. yakinnya dia nih. Bagus bagus, i loike' But Sometime,

'Eyh minah ni banyak songeh. Mahu yang perfect saja' And sometime,

'Ngeri eyh ini wanita'

Memang macam macam ada. Shes's perfectionist. She's the icon of fabulocity. She's want everything happened the way she want it to be. Uh. Geram saja tengok. Kerja di bawah dia memang perlu kecekapan dan kesabaran yang tinggi di samping kreatif dan inovatif.

Bagus untuk dijadikan ikon. Erk. I mean, yang positif sajalah. Jangan sesekali ikut the way she's dressing. Mahu nangis mak bapak tengok.
Lihat the way she work, the way she's thinking, the way she's treating her childrens.. Ming, Aoki and Kenzo. Yang baik baik saja. Orait?

(Drafted sebab dah pukul lima petang)

Semalam pulak aku tertidur awal. Konon mahu tunggu waktu Isyak, maka baring-baring. Sekali tersedar, uh. Sudah pukul 10 malam. WHAT?! *bangun cepat cepat sambil pening*

Lepas tengok KLS, tengok America Next Top Model pulak. Haish. Tidak tahu lah season keberapa suda. Hih. Lucu. hidup obses dengan kechantekan, backstabbers, cakap belakang. Itu sudah lumrah barangkali. Maybe?

KESIAN...


p/s : Chantek itu subjektif.

Monday, February 14, 2011

.::Retro Menggamit::.

Salam Alaikh

Pulang sudah. Abangku yang satu ini. Safe journey ya. Panjang umur, berkumpul lagi kita satu keluarga. (Kelip-kelip mata sambil tarik nafas)

Hari ini berapa haribulan? Ha? Tidak ingat. Bye!

Semalam, sedang membasuh pinggan mangkuk kuali sudu garfu sambil menghadap alam ciptaan TUHAN, terus terfikir.

Eyh. Masa sangat cepat berlalu.

Tiada sudah zaman bermain guli.
Tiada sudah zaman bermain lempar selipar.
Bermain masak masak.

Bermain panjat pokok.
Bermain pertandingan menyanyi.

Zaman pergi rumah kawan panggil nama kawan ramai ramai secara berirama.
Zaman kalau balik rumah terlampau petang mak menunggu dengan rotan.
Uff.
Zaman kalau dapat seringgit, pergi jumpa kawan dan menayang seolah olah "ah? akulah paling kaya sebab ada seringgit' sambil bermuka riak.
Zaman masih menggunakan lampu minyak. Tunggu arwah atuk hidupkan lampu bersama kazen kazen lain. Heyh, sekarang mana ada orang guna lampu tu lagi kan?
Zaman kalau hujan, sanggup berkaki ayam demi mengelakkan kekotoran pada kasut. Sayang okeh!

Zaman yang ada 'eh, ko sudah bekawan dengan dia balik?' "Ha? Mana ada, aku kawan pura pura seja okeh.."

Oh. Rindunya. sekarang ini zaman moden. Zaman kena bergerak pantas. Zaman sudah besar tidak boleh bermain permainan kanak kanak dulu. Uhh. Permainan kanak kanak sekarang apa? Tidak mengeluarkan peluh langsung!

Jauhnya aku tinggalkan masa dulu. Sekarang sudah tua. Masa depan pula tidak pasti. Haruslah hargai apa yang ada sekarang ni.

Erm. Berada di minggu terakhir praktikal. Harap murah rezeki senang dapat kerja. Amiiiiin.


p/s : Apa beza budak dulu dengan budak sekarang?

Friday, February 11, 2011

.::Sentap!::.

Salam Alaikh........=|

Pagi ini, rasa macam hilang semangat brader-brader dalam hati aku. Eyh, semangat brader-brader memang la tiada. Aku ini 'not a girl, not yet a woman' okeh. Ahkak ahkak rock gitu kan. Tapi, tidak kira macam mana lah rock aku, still ada hati kecik yang kadang kadang boleh merasa pilu piah bila something happened. Hari ini, my sis n BIL will be back to Malaya Land. Again. Uhhhhh...='|

Dua minggu seronok berkumpul ramai-ramai, kali ini satu persatu pula balik ke tempat mencari rezeki masing-masing. Isnin my bro pulak balit (balik) ke seghawak. Tinggal la kami dekat rumah ni ha. Suuuuuuunyiiii la balik. Biasanya, bila time belajar dulu, aku pun akan meninggalkan rumah. Ni sudah habis, mau ke mana lagi? Duduk la rumah kan. HAAHAAA.. Sambil sambil cari kerja sementara tunggu konvo.

Tengah sentap sentap ni, masuk ke RUMAHWARNACOKLAT, dengar lagu.. Terus..

Isk isk isk. Wuuuuuuuuuuu~~~~~  -_-

Tapi jangan sangka i nanges secara realiti. I lagi suka nanges alam maya tau. HAHA!

Tengok, eh. Ada barang bagus. I loike ini barang bagus. So, apa lagi, memang haruslah di tempek ke dalam blog ini kan. Biar sama sama kita sebarkan benda baik ni.

Barang baiknya adalah...........*bunyi drum*

KEMPEN KAMI TAK SAMBUT VALENTINE



By SUNAH SUKA SAKURA

dan

KEMPEN SAYA CINTA RASULULLAH


by AL-HAKIM
Ok guys. Boleh klik gambar bukan untuk tumbesaran, tapi untuk terus ke blog pencetus kempen.

Uh? Valentine? Even tengah kapel dulu pun kami tidak sambut. Puhhhliiiissss.. Untuk apa? Hari-hari kami berkasih sayang ok. HARI HARI. Sampai break. *cry*

Ok ok. Itu cerita time kapel, time unkapel ini, laaaaaaaagilah tidak sambut! Aku yakin siapa yang baca ini tahu. Kalian bijak pandai, carilah laman web agama. Cari, kenapa kalian harus eh wajib berhentikan niat untuk sambut hari valentine ini.

p/s : Sebut pasal kapel, sudah lime bulan semuanya habis begitu saja. Biarlah!

Tuesday, February 8, 2011

.::Ampun Aku!::.

Salam Alaikh.

ALLAH mahu uji kesabaran aku dengan hantar En. H kepada aku. Alkisahnya, En H mahu repeat paper math Julai ini. So, dia tahu aku amik course mathematic, maka dia dengan rela hati melantik aku sebagai cikgu untuk ajar dia subjek inilah.

Isk isk isk isk *nangis*

Tapi memang menguji kesabaran ajar orang ni kan. Aku.. Aku ni. Kalau bukan memandangkan En H ni tua tiga tahun dari aku, ada aku denda dia nih panjat pokok taugeh di tengahari.

Setiap kali ngaja dia, aku perasan ada asap keluar dari hidung aku. Kenapa ya?

"Faham?"
'Ooooo.... Okeh. Faham faham'

Buat laporan sungguh sungguh sebab khamis ini sudah mau kena observe dengan lecturer. Padan muka! Buat kerja last minit lagi kan.

2 minit lepas tu.

'Eh, cik ara. Ini macam mana pula?' (soalan konsep sama, tapi tukar nombor)
*tariknafas panjang*
"Macam ni En H.. Bla bla bla bla bla....."

'Oh, ok ok'

2 minit lepas tuh

'Yang ini?'

*Beristighfar*
"Baru saja saya explain tadi kan? Tidak ingat sudah?"

'Tidak'

"Ok. Begini.. Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Tolonglah En H. Tolonglah ingat"

'Haha. Orait orait'

SEMINIT lepas tuh.

'Yang ini pulak?'

*pitam*
Arkib google.

p/s: Patutlah mohon cegu tempohari tidak dapat!

Monday, February 7, 2011

.::GA Pertama PONDOKKECILKU::.

Salam Alaikh.

Orang orang tua kata, banyak bejalan, luas pemandangan. Tapi bloggers kata, banyak bejalan, mata rabun. Cis! Ha.. YAlah. Bila kuat bW, mata asik tengok skrin. Bila tengok skrin lama lama, apa ang dapat? Mata berair kan?

Tapi. Memang berbaloi mata berair kalau boleh dapat hadiah GA dari PONDOK KECILKU nih. Berair banyak banyak pun, aku tidak kesah. Macam orang putih cakap tu.. 'do i look i care? I dont care eh eh eh eh.. I dont care eh eh eh eh eh..' Kalau ada antara pembaca blog aku nih hantu korea, mesti derang tau aku tulis apa tuh *rolling eyes*

Eh. melalut jauh. Just mahu membagitahu, aku telah menjoin satu contest dengan hadiah lumayan berupa sebuah kereta vios dan pakej percutian makan angin di bali. HAHA. Aku tipu. Hadiah dia adalah.. *bunyi drum*

Hadiah pertama

Hadiah kedua
 Amacam? Bukak  mata luas luas. Chantek hokeh. Tau harga dia berapa? *angkat kening*

Check la dekat blog penganjur. Hahahahahah~~~~*gelak sambil cekak pinggang*


p/s: korang xyah join pun xpe... Kuhkuhkuhkuh..

Friday, February 4, 2011

.::Penyiasatan Sia Sia::.

Salam Alaikh.

Syukurlah. Lepas kenduri secara kecil kecilan tadi. Cukuplah kroni hadek beradek mak aku. Itupun bukan semua ada. Walaupun bukan semua ada, jumlahnya kanak kanak yang hadir masih boleh mengakibatkan taufan di rumah kami. Sabar sajalah! Nasiblah comel. Boleh buat stok geli geli dan cium secara pukal. Muahahahaha!

Oh. Tidak lupa jemput someone. Yang mak aku cuba jodohkan aku dengannya. Tapi aku say BIG NO sebab i had no feeling towards him. Bukan sebab hapa, aku sudah menganggap beliau as ahbang kandung, kawan yang terlalu kamceng sampai tiada rasa untuk lomentik lomentik. Jadi peringatan kepada yang suka aku tu, sila jangan kawan dengan aku rapat rapat. HAHAHA. Tolonglah perasan.

Tadi aku baca mesej dalam hp beliau. Oh, ada gadis mesej mesej dia dengan panggilan sayang.*pengsan*

I was like.. 'WHAT?! Sudah ada gefren?'

Eh. Kamu kamu kamu, sila jangan berprasangka. Aku tidak jeles hokeh. Aku juz, 'Eh, lelaki ini. Kata sudah serik mahu menaruh harapan lagi'<-- Merujuk kepada kes hatinya kecheperan gara gara aku.

Lantas aku pun menubuhkan satu pasukan CSI untuk menyiasat di mana aku telah melantik diri sendiri sebagai Horatio Caine, Mr Wolf dan (Siapa ya, nama gadis berambut perang dalam CSI MIAMI tuh? I lupa la.. Sapa dapat jawab, kang aku bank in doposen)_______(Untuk dijawab oleh yang terer).

Sejurus beliau pulang rumah, aku pun mulalah menjalankan penyiasatan menggunakan sistem pesanan ringkas aka SMS.

Aku : OoOoooo.. Suda ada gefren ya?
Dia : Ehehe. Belum lagi. Masih ngorat ngorat.
Aku.: Cis. Kenal mana?
Dia: Adalah..Biarlah rahsia.
Aku:%$%@#$#! Dengan aku pun mau berahsia ka? Serius la suka budak tu?
Dia: Ntahlah. Sedang mencuba. Budaknya kuat main main. MACAM KO PERANGAINYA.

gulp!
Dengan statement sedikit perasan.

Aku: Eh, jadi ko suka dia ni sebab dia berperangai macam aku ka? Ko masih ada feeling dengan aku kan?(Memang sangat perasan!)
Dia: Haha. Ntahlah. Ada tu memang ada. Kan aku sudah bagitau ko before, once aku sayang orang, memang aku sayang betul betul. Tapi itulah, aku kena buang jauh jauh. Cuma semua ni ambil masa.
Aku:Oh? Sabarlah. Aku paham perasaan ko. Tapi, kalau ko tidak pasti dengan perasaan ko dengan budak tuh, sila jangan bagi harapan ya. Lagi satu, suka orang biarlah based on peribadi orang tuh sendiri. Bukan sebab ko terkenangkan siapa siapa. Itu culas namanya. Lagipun, bila aku baca mesej budak tuh, memang nampaklah budak tuh sudah mula berperasaan terhadap ko.
Dia:Tulah, aku pun rasa macam tuh. Dia sudah ada feeling sikit sikit. Ada budak suka dia, tapi budak ni tolak dengan alasan budak ni sudah ada aku.
Aku:Haih, memang comfirm la dia suka ko tu.
Dia:Ntahlah. Aku anggap dia main main saja. Budak ni umur sama dengan ko tau. Tapi dia chantek sket daripada ko. Hahahaha.
Aku:$#^#$^#$%#@$%#^$^. Watever!


Ini bukanlah text sebenar seperti yang kami lakukan. Aku bedah sikit ayat ayat supaya senang cerita. Tapi memang begini la sedikit dari laporan penyiasatan yang aku lakukan. Aku bukan apa, before ni, aku ada tanya dia pasal seorang gadis. Ingatkan mahu kenalkan dia dengan seorang gadis ni. Family aku juga. Bila tanya dia, dia macam mahu juga. Tapi la ni, tup tup dia sudah mula kenal orang lain. Dasar lelaki ______. Cepat saja cari lain. Hmmpph!

As i said before. WATEVER~~
Malas aku. Dengan demikian, aku mengambil keputusan untuk menutup kes penyiasatan ini. Bahaha! Nonsence!

p/s: sangat benci bila dipaksa buat sumthing yang aku tidak suka buat.