Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Tuesday, March 15, 2011

.::THANKS NUFFNANG! HAHA..::.

Salam Alaikh..=)


Oh ya. Mahu jugak tunjuk... Stelah beberapa tahun, akhirnya, berjaya jugak kumpul 40 sen. Syukur ALHAMDULILLAH..

Tunggu la 12 tahun lagi..Kot kot boleh kaya macam korang...=)

*tiru ayat ahkak REALITI KEHIDUPAN*

.::Buat Duwet::.

Salam Alaikh..

Ehem! Ehem ehem.. *malu malu*

Hai, sila tengok dekat atas dan sebelah tu. Ada nampak iklan HB kan? Kan?
Tolong la klik.. Miaww~~

Iya.. Aku telah terpengaruh dengan blog orang lain. Iya iya.. Jangan risau wahai kawan kawan semua.. Bila join HB ni, status glitterati korang tidak terganggu sama sekali. Di ulang sekali lagi, tidak terganggu sama sekali ya. So, mari pakat pakat join affiliate HBni untuk sama sama menjana keuntungan selain berblog.

Ceh. Ayat macam ahli politik!

So, how to create an account at HB ni, kalian tengoko lah step dia kat bawah ni ye. Kredited to MAMIUYUN


Apa itu Affiliate HeartBeat & Cara Register..

Rasanya ramai blogger dah tahu pasal HeartBeat! nie kan.. Kebanyakkannya tengah menjana pendapatan dengan join HB!Affiliate...

Sebenarnya HeartBeat nie syarikat yang menjual barangan hadiah dan sourvenir yang unik dan produknya tidak terdapat di kedai sourvenir lain di Malaysia.. Semuanya dibuat khas mengikut kehendak pelanggan.. Oleh itu, menjadi Ahli Affiliate HB! tidak menggangu status Glitterati Nuffnang.. Sebab HeartBeat! bukan pesaing Nuffnang dalam bidang pengiklanan..


Ini hasil pendapatan Cute Mum selama 2 minggu lebih.. Dah dapat RM67.88... Minimum CashOut sama macam Nuffnang.. RM50...


Disebabkan ada yang bertanya bagaimana nak join HB! nie.. Cute Mum berbesar hati nak tunjukkan cara-caranya... Semoga kita boleh menjana pendapatan bersama-sama...


TQ Putri Malu.. Cute Mum cuba terangkan satu persatu yer... Mula-mula bagaimana nak Register HeartBeat!..


2) Klik "Create Account".


3) Klik "Create Account" pada bahagian New Customer..


4) Isi semua details yang diperlukan di "My Account Information".. Pastue tekan Continue..


5) Dah berjaya.. Klik "Join HB! Affiliate"..


6) Klik perkataan "Online Application"..


7) Isi details yang diperlukan... Pastue tekan "Continue".. Pasal Payment tue boleh pilih bayaran melalui cek, transfer atau isi kemudian pon boleh....Cute Mum pilih isi kemudian..


8) Ok.. Dah siap...


Anda dah berjaya menjadi Ahli AffiliateHB!... Step seterusnya letak Kod Banner kat blog... Yang tue kejap lagi Cute Mum tunjukkan caranya yer...

"Selamat BerHeartBeat!... Jom join cepat..."

p/s: Sesiapa yang nak copy paste tutorial nie boleh sahaja... Cuma linkkan kepada Cute Mum yer... TQ..


Amacam? Ada faham? Apa lagi... Sign up le sekarang...=)

Monday, March 7, 2011

.::Auw.. Cabut Cepat Puhlisss....::.

Salam Alaikh.

Rabu lalu, aku pegi cabut gigi bersama seorang kawan. Sebelum sampai ke hospital, aku sudah suspek macam macam dengan gomen punya hospital ni. Biasalah, hospital gomen servis biasanya memang agak buruk kan. Eh, ini bercakap berdasarkan pengalaman. Tengok macik macik kena marah, kena tengking. Tunggu sampai tumbuh bulu baru kena layan. Dulu kan. So, ada sedikit prejudis di situ. Ready ready untuk kena marah, tidak di layan, menunggu sehingga tua baru dapat layanan kan. Yalah, sediakan payung sebelum hujan kan adalah lebih baek kan. Kan? *big smile*

Sampai hospital, aku memang start neves. Cabut gigi okeh. Hazab sungguh bila memikirkan kesakitan bila kene suntik bius, kena cabut gigi. *telan liur* Jalan secara tersipu sipu untuk mengelakkan sampai cepat ke kaunter. Start terbayang cerita scary pasal doktor gigi. Korang tahu tidak cerita THE DENTIST? Ngeri gila cerita tu.
Ngeri bukan?
Gila la. Sampai bayang hospital tuh jadi gelap dan menakutkan. Hampir saja aku naik kereta balik. Cancel. Iya iya, aku sanggup nangis guling guling bila sakit gigi datang menyerang balik, kataku dalam hati. (Tipu)


Sampai kaunter, mahu berlagak gengster dengan tujuan supaya dilayan secara ramah. Maka, nurse yang terlibat memang ramah dan murah dengan senyuman. Gila amazing. Senyum. Ramah. Mesra. Terus kensel jadi gengster bertukar ke adek manis.

Dapat nombor, tunggu sekejap wahai kasih.. kerana hujan belom berhenti... Bayar dua ringgit. Lepas itu, diarahkan ke bilik nombor 3. Belum sempat bulu mahu tumbuh, terus kena panggil masuk. Dr senyum. Ih, malu i (kataku dalam hati lagi). Dia keluarkan suntik sebesar gajah. Senyum. Check check sikit. And suntik tempat yang berkaitan. After suntik, tunggu sekejap lagi sekali, 5 minit lepas tuh, kena panggil balik. 

Saat yang mendebarkan sebenarnya adalah di sini.

Doktor suruh baring.. And beberapa orang nurse datang dekat. 

'Lembutkan badan ya miss... Jangan takut. Sekejap saja'

Lepas tu, ada nurse pegang kepala.

Zup! Zap! Kebabom!!


Siap! The dentist show my gigi yang sudah pun tercabut. Uh. Lega~~

'Ok miss.. Ini kapas ganti, jangan kumur kumur dalam masa setengah jam ni ya. Jangan makan panas panas dan jangan kacau bekas gigi tuh guna jari atau lidah'

"Oh? Ok.. Thengs.."


'Ur welcome'


*senyum*


Hehe. Puas hati eden. Terus balik laju laju dan show off dengan kakak kandung sendiri sebab dia pergi klinik swasta, bayar mahal maka sakit. (Ketawa ala ala pirates of carribean)


Agaknya, begini la tupa bekas cabutan gigi aku tuh kan?


euw.. ngerinya!!

So, anak anak.. sila jaga gigi bebaik. Elakkan minum minuman bergas secara pukal.


p/s:Kejadian sama berulang hari ini. =)

Thursday, March 3, 2011

.::8 tahun yang advance::.

Salam Alaikh..=)

Hai, hai u oll.. Amacam hari nih? Sihat dop semua? *malu malu*

Iya.. Aku tahu. Ini blog suda sedikit berhabuk. Dua minggu lebih tidak berhapdate. Faham faham saja, bila sudah habis praktikal begini memang internet source sudah tiada ya. Ini pun berada di CC saja. Sabarlah.

Semalam semalamnya lagi, aku melawat rumah adek kepada mak aku. Menjaga rumah la *konon* maka mahu berintenet saja. Sedang berinternet menggunakan internet berkelajuan siput sedut aku belek belek lah buku anak anak macik aku nih.

Sekalinya, terjumpa diary seorang kanak kanak berumur 8 tahun. Tahu apa dia tulis?

DEAR DIARY *cloud*
IZZAT I LOVE U SO MUCH. I LIKE U SO MUCH I LOVE U AKU SAYANG ENGKAU VERY VERY MUCH KENAPA SEMUA TIDAK MENYAYANGI AKU, YA..................................... TUHAN NANTI BESAR AKU MAU BERCEWEK DENGAN SI IZZAT. AKU MAU DAPAT ANAK PERTAMA PEREMPUAN YANG PALING MONTEL DI DUNIA. AMIN...............................

*shocked*

Bila habis baca, aku terus ketawa sampai pengsan. Apakah. Anak anak sekarang memang sangat advance. Umur 8 tahun sudah pandai merancang untuk mendapatkan anak perempuan yang paling montel?!

DEM!!

DEM!!

DEM!! 

DEM!!

DEM!!

DEM!!

DEM!! 


DEM!!

DEM!! 


DEM!!  


...


..


.


Sedangkan aku belum merancang apa apa. *nangis*

Ah, mau merancang juga la. Aku juga mahu mendapatkan anak perempuan pertama yang beriman. Amin.

p/s: rancang saja.