Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, April 7, 2011

.::Nyah Tapi Rock::.

Salam Alaikh!

Ahahahah. Kenal lagi ka? Ah? Sudah tidak kenal? Baeklah. Fine. Lupa la tuh. Mentang mentang jarang hapdate kan? Yah, blog ini berpunyakan empunya blog yang miskin. Dekat rumah tiada internet. Maka, terpaksalah mendaki gunung-ganang meredah hutan belantara demi sampai ke sebuah cc yang mempunyai internent berkelajuan siput sedut. "^_^

Sementara aku duduk menyepi dari dunia blog ni, jangan pulak korang ingat aku berenti dari skodeng korang. Nasiblah blog blog yang haku folo tuh. Asal tajuk lucah jek, kompom aku terjah. HAHA. Eyh, jangan perasan okeh.  Ala.. Asal tajuk mantap. mestilah terjah. Klik klik apa apa yang patut di blog kalian. AMal jariah kan.. Mana tau bila aku klik, korang dapat rm200 ka kan. Siapa tau kan.. Sila say thanks cepat!

ALHAMDULILLAH.. Aku lulus ujian JPJ tadi. Yalah, umur tua tua nih amik la lesen kan. Walau sudah tua, hambek saja. Demi masa depan yang tidak menyusahkan orang. Betul tidak? Sekarang ni pulak, tengah bz amik kelas jahitan. Auwww~~

Walaupun mak rock, mak suka menjahit tau. Ahahaha.. Dapat sudah menjahit sebijik skirt sendiri. Orait lah kan.. Janji sudah boleh jahit baju sendiri, baju family, dapatlah jimat dari upah orang kan. Sudahlah upah sekarang mahal gila. Kalau kumpul kumpul, bolehlah beli vios sebijik. Sob sob..

Oklah, cukuplah laporan untuk kali ni. Arawani melaporkan dari.. Er.. Ah, cc kampung pisang.

p/s: Abg JPJ tadi baeklah jugak.