Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, July 28, 2011

.::Tahi Judi Buat Anak Untuk di Jual. Memang Very The Syaithon!::.

Salam Alaikh...

Senyum senyum senyum. Jangan lupa senyum walau dalam hati berdarah membuak buak pun. Sebab senyum itu tandanya tabah. So, sebelum membaca terus, mari senyum beramai ramai! 1.. 2.. 3... Senyum!

Sudah? Okay.. Mari kita tengok, lepas kalian membaca artikel ini, adakah kalian boleh senyum macam tadi lagi. Inilah spesis mak bapak syaithonirrajim!


 AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandarDongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanakmalang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
  
Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafeinternet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungankerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahunkemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumahsemata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiatperjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulungmereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.
 
Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkanmereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

P/s: Gila!

p/s/s : ^%$#^%$^@^&^&*^^&%^!!!!

Sumber: Sini

Wednesday, July 27, 2011

.::Thanks NUFFNANG::.

Salam Alaikh..=)

Ok, once again aku telah menghapdate blog. Semua gara gara.. erm.. Gara gara.. aku bangun pagi terus senyum! Hahaha.. Hari ini memang sangat indah bagi aku. Kenapa kenapa kenapa? Sebab.. Akhirnya NUFFNANG telah menghadiahi aku dua.. Sekali lagi diulang ya.. DUA DUA DUA DUA buffer earning aka BE yang macam orang lain dapat tuh. Awwww~~ Soo Sweet.. ALHAMDULILLAH...

Nampak? Kalau tidak nampak, jangan la segan untuk mengklik gambar yang terlibat. See.. Ada dua kan? Kan? Kan? <--- Sorilah, orang ini nampak pathetic sebab pertama kali dapat BE. *lompat lompat!!!!*

Satu for Reebonz SS which aku tidak tahu iklan dia yang mana satu. And the other one pula ialah Maxis NYC Music SS. 
Kecik juga kan? Ok~~ Sila klik.

Syukur. Rezeki di situ. Ini yang buat aku kembali semangat berblogging dan berblogjogging nih. Orait guys.. Sila senyum di kala pagi supaya dapat BE macam aku!!!! Oh yeah~~~~~~~~~~~

.::Aku Perantau::.

Salam Alaikh..=)

Orait, mulakan hari dengan senyuman. A BIG SMILE. Yah, itu petua yang sangat bagus diamalkan sejurus selepas bangun pagi. Demi mendapatkan hari yang insyaALLAH baik sepanjang hari.

Hidup diperantauan ni hati kena kental. Hati kena kuat. Hati kena cekal. Let me share aktiviti aku sehari hari.

1. Bangun pagi tunggu turn mandi.
2. Mandi, siap siap.
3. Tunggu bas/teksi.
4. Naek lrt.
5. Naek bas.
7. Kerja.
8. Balik kerja, ulang 5, 4, 3.
9. Sampai rumah, rehat dan tidur.

Ok, itulah sehari hari sepanjang dua minggu saya di sini.

Oh, selingan. Ada juga aktiviti dihujung minggu. Aktiviti yang membuatkan hati aku tidak tenang. Sekaligus membuatkan aku berfikir, apa relevennya in relationship dengan relatuionship yang illegal? Ia jauhkan saya dari TUHAN.



Serius, aku mahu semuanya berhenti. Biar sepi, janji hati happy. Tenang, aman.
Bukannya aku baik sangat, cuma biarlah kesilapan lalu tetap jadi sejarah. Jangan diulang. Kerana hidayah ALLAH bukan selalu datang menjengah.

.::Ya ALLAH, jadikan aku hambaMu yang tahu untuk bersyukur, ya ALLAH, jadikan aku hambaMU yang taat dengan segala perintah dan laranganMU, ya ALLAH, lindungi aku dan keluargaku dari segala kejahatan, dan ya ALLAH, jadikan aku anak yang solehah. Lindungi maruahku, dan maruah keluargaku. Ya ALLAH, murahkan rezeki ku, bukakanlah pintu rezekiMU seluas-luasnya untuk ku, supaya dapat ku berbakti kepada kedua orang tuaku, dan juga agamaku. Kuatkan peganganku ya ALLAH. Tabahkan hatiku dalam apa jua halangan yang mendatang. Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat ya ALLAh, ya Rabbul Izzati.. Amiin~~::.



p/s; Gambar semua adalah ihsan makcik google.

Monday, July 25, 2011

.::Aku Suka Tapi Aku Tidak Suka::.

Aku tinggalkan rumah lagi demi masa depan yang cerah. Ya, mudah mudahan. Masuk minggu ketiga, walau susah awalnya, tapi sekarang aku mula rasa biasa. Ok, aku boleh adapt dengan keadaan sini. Cuma masih sedang belajar, masih sedang memahami dan masih sedang cuba untuk tepu dengan sekeliling. Doakan yang terbaik untuk aku. Dan untuk kalian juga. Amin.

Dia ada di sini. Thanks untuk segala bantuan. Support terutamanya. Eh, tidak lupa belanja makan. Trimas. Aku bahagia dengan kehadiran kau, aku bahagia dengan keadaan kita, cuma aku tidak tenang. It so wasnt me. Aku mahu tapi tidak rela. Dan aku hairan, hilang kekuatan untuk "dare to say NO" bila dengan kau. Its sin. Exactly. Semuanya gara gara aku punya iman hanya senipis kulit bawang. *Tunjal kepala sendiri*

Satu ini buat aku risau. Ya ALLAH, lindungi aku. Tolong pelihara aku. Bukan sifat maksum yang aku mohon, cuma iman seteguh benda paling teguh apa? Ok, apa apa sajalah yang teguh. Mula aku cipta jurang antara kita. Limitkan saja perjumpaan.

Sekali lagi aku mesti refresh niat. Datang sini demi rezeki yang halal. Yang lain, sila abaikan secara beransur ansur.





Tuesday, July 5, 2011

.::Maybe::.

Salam Alaikh.

Erm. Hai. Ya, sayalah empunya blog ini. Haha. Sila jangan bosan. Blog lamabat berupdate. Semuanya gara gara kekangan internet. Tapi bukan itu topik utama. Topik utama kali ini adalah mengenai re-kapel. Erm, apa pulak re? Eh, entah. Baca saja ayat seterusnya.

Hampir setahun lalu. Hati kecheper. Broke up. Perkara biasa daalam kehidupan. Sudah bertekad cemerlang, kononnya perkara begini(read:kapel) tidak akan berlaku lagi. Malah, mengekang keras aktiviti menuju ke arah perkapelan. Aktiviti menjadi sombong dan berlakon kool selalu terjadi. Semuanya gara gara rasa takut untuk merasai rasa kecheper lagi. Ah? berapa banyak rasa ha? Iya. Kecheper itu sakit okeh. Ambik masa jugak lah untuk menghampiri neutral.

Sekalinya, dalam bulan lalu, muncul seseorang. Eh, pelik kejadiannya. Kami baru jumpa itu pun atas urusan kerja yang tidak lah seberapa kerja pun. At first, berurusan dengan mak dia. Masa jumpa saja, terus mak dia cakap sambil peluk "eh, bagusnya kalau dapat buat dia ni jadi menantu" Ah? Ahahaha.. *pengsan*

Mulanya, abaikan saja. Anggap sebagai ayat manis ibu ibu berjumpa dengan perempuan sopan seperti aku. Hahaha. Sopan sangat....*Rolling eyes*
Lepas tuh, malam tuh kan.. Mak dia suruh pegi makan dengan anak dia aka budak tuh la. OMG! OMG!
At first, memang lah malas. Malas mahu bercakap, malas mahu bersiap, malas lah. Berniat untuk stay dibilik saja. Tapi dipaksa ni. Ai ai ai...

Oh, lupa inform, that budak muda tiga tahun dari aku ya. Diulang sekali lagi.. MUDA TIGA TAHUN. Bye!

Memang la di boo layan kan. Eh, tidak melayan adik adik ya.

Ok, sambung cerita. Selepas bersiap ala kadar, keluar la ni kan. Before keluar tuh, kita ni pun berbasa basi la dengan orang tua.. Aku cakap lah, "Makcik, kami jalan dulu ya..." *senyum* Dan berjalan malas menuju ke kereta.

Masuk saja kereta, terus budak tuh cakap "Eh, macam suami isteri pulak kita ni kan. Baguslah ko ni, hormat orang tua" Erk. *Pengsan lagi*

Lalu, dia pun bawa pergi makan sekaligus bawa tengok tempat dia. Yah, 1st time datang tempat dia walaupun sebenarnya tempat kami adalah dekat. Tidak paham? Abaikan saja.

Start dari situ dia tunjukkan aura suka. And macam biasalah, ayat ayat manis.
Aku? Hanya mampu gelak. Dia budak lagi, bagi lah dia masa untuk matang kan. Ahaha. Tapi, apa yang aku anggap hanya main main bertukar serius. Bukan secarra perlahan, tapi agak drastik. Dan, parents dia sudah jumpa parents aku. Eh, bukan untuk meminang, tapi sekadar berkenalan.

Ntah. Aku jadi heran. Erk, adakah aku sekarang berada dalam zon yang selama ini aku cuba jauhi?



p/s: Rindu maybe.