Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, August 26, 2011

.::Senangnya Mo Buat Hati Senang. Erk?!::.

Salam Alaikh..=)

Im a music maniac. Love music much much. Bila suka music ni, mestilah suka dengar lagu. Bila suka dengar lagu, gadget yang mesti ada adalah mp3, mp4, i-pod segala yang boleh masukkan lagu kan. Mestilah aku tiada benda dua ni. Yang aku ada hanyalah hp cap ayam. Even cap ayam, still boleh memuatkan hingga 2000 buah lagu. Okeh, aku tipu. Setakat ni paling banyak pun aku masukkan 184 buah lagu.

Memang puas hati~~


Benda yang aku tidak akan tinggal bila pergi mana mana adalah ini. Hp dan Earphone. Erk, dan ada juga benda benda lain yang tidak perlu dikongsi di sini. Siryes pegi mana saja aku akan bawa dua benda ni. hatta pegi basuh kain pun aku bawa dua benda ni.

Bila dengar lagu. Siryesly aku boleh lost. Hilang pergi dunia mana entah. Tup tup buka earphone, seekor anak ayam bapak aku sudah di baham oleh si ibu kucing. *tiba tiba* Yalah, menggambarkan betapa lostnya aku bila start layan lagu. Anak ayam belarian tepi aku gara gara dikejar kucing pun aku boleh tidak sedar.

Aku dengar mostly all type of music. RnB, soul, pop, rock, erm.. jazz? Nope. Kureng sket. Haha.. Kurang gemar dengar suara yang berombak/beralun sangat. Rasa cringe seluruh badan. Jazz huh? Ok, it remind me with someone. =)

And mostly mesti la lagu orang putih sangat dan orang hitam sangat. Western. Cis. Bukan mahu berlagak, tapi lagu melayu tiada yang mampu menarik hati. Even sumtym ada la jugak yang aku save dalam hp, tapi had masa penyimpanan tu mesti akan sekejapan cuma. Salah aku kah? Sebab ada certain certain lagu tuh buat aku rasa macam mau marah ni bila dengar. Contohnya lagu Ah Ah Ahmad tu. Eeee~~ Serius rasa macam mau marah sangat ni. Punya la busuk hati kan.

Tapi sebenarnya, bukan itu isi penting entry aku kali ni. Aku cuma terfikir, bahawasanya aku ini boleh saja jadi gembira mood baik hanya dengan satu kejadian simple. Kejadian simplenya ialah..
Aku beli earphone baru semalam!!
Yay! Betul ni. Bila bangun subuh tadi, aku terus tersengih, toleh kat earphone baru. Sebab sudah sebulan lebih aku terpisah dengan earphone lama. Tertinggal di kampung halaman. Siap pesan dekat adik bongsu suruh jaga earphone tu baik baik.

Sudahnya sampai sekarang mood happy gembira dan lagi bertambah tambah gembira bila bos bagi duwet raya.. ALHAMDULILLAH~~~

Thanks ALLAH, untuk semua rezeki yang ENGKAU kurniakan ke atas aku.

Thursday, August 25, 2011

.::Senggugut ke Sesungut?::.

Salam Alaikh =)

Beginilah kalau ALLAH jadikan kita perempuan. Akan ada masanya kita ABC. Tahu apa itu ABC? Ya betul. Itulah alphabet! (Sambil ketuk kepala korang) ABC ni ayat moden, cis moden la sangat. Ayat internet macam OMG, TGIF, TQSM segala tuh. But ABC ni, muslim and malays saja yang tahu. Bhahahaha. ABC stand for ALLAH Bagi Cuti. Kan ABC tuh. Haruslah diingatkan bahawa, ABC ini tiada kena mengena dengan kaum lelaki. Bye!

Jadi, ABC tu memang lumrah. Lumrah bagi seorang makhluk bernama perempuan yang sudah matang sebab ABC ni memang tidak releven untuk kanak kanak dan bayi perempuan. Maka, senggugut juga adalah releven bagi tidak semua wanita. Ya, bukan semua wanita yang mengalami peristiwa ABC ini juga akan mengalami peristiwa senggugut. Tapi mostly wanita yang akhil baligh akan melaluinya juga. Cuma berbeza kekerapan. Ada yang asal-period-saja-senggugut. Ada yang kadang kadang. ada yang jarang jarang.

Sangat sakit. Itu saja perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan sakitnya senggugut. Sangat ya, sangat. Sehinggakan sakit yang ini merupakan punca nombor satu kenapa wanita tidak dapat hadir ke tempat kerja, kelas, etc. Apa? Tidak percaya? Ini adalah hasil kajian Institut Kesihatan Kebangsaan di Amareka. Rujuk sini kalau sangsi.

Sebagai pesakit berstatus asal-period-saja-mesti-senggugut, aku terpanggil diri sendiri untuk share mengenai si sesungut ni.

Melalui pembacaan yang aku buat, perlu kita tahu bahawasanya, senggugut ini asalnya ada dua jenis. Primer dan juga sekunder.

Ok, baca nih. 

Primer:

• Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
• Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
• Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:
(a) kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk mengeluarkan ketulan darah haid.
(b) pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.
• Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder. Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
• Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
• Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.

Sekunder:
• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.• Antara punca penyebabnya adalah:(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. 

 Okeh. So, untuk gadis gadis yang belom berkahwin, senggugut yang kita alami itu (apsal kita?) adalah senggugut jenis primer. Dengan izin ALLAH akan hilang SELEPAS BERKAHWIN. Hahahaha. Eh, apsal ketawa? Husband for hire plisss~~ Ok. Mengarut. Bye!

And here beberapa tips untuk kurangkan sakit ni.

  1. Ambil botol dan isi dengan air panas, balut dengan tuala, then tuam la atas bahagian yang sakit tuh.
  2. Ambil halia, hancurkan then letak dalam segelas air. Bila sudah rasa seolah olah air halia itu berosmosis dengan air biasa, then minum.
  3. Ambil bawang putih, buat macam tips no dua.
Itu saja. Semua petua di atas aku TIDAK akan buat kecuali yang first. Haha. Tips 2nd and 3rd tu, my nenek yang bagi. Siapa yang sanggup, sila la buat. Tapi percayalah petua orang orang tua memang mujarab.

Mahu lagi banyak petua, then klik lah di SINI, SINI dan SINI. Mahu lagi? Amboi.... Korang boleh lah google sendiri kan. 


Ini memang fav position ever bila terkena gangguan sesungut! =)

Seboleh bolehnya, elakkan ambil ubat ubatan kimia sebab sangat banyak bad effect yang kita akan lalui. Ok, terus sendiri sedih sebab untuk kali ini.. I have to amik ubat ubatan ini sebab sakit yang dilalui tidak tertahan lgi. Fine ubat... Fine. U menang!

Tuesday, August 23, 2011

.::Aku Sudah, Korang Sudah?::.

Salam Alaikh! =)

Hari ini masuk hari ke-23 Ramadhan. Sedih kan? Rasa macam baru semalam kita start puasa. Masa berjalan dengan sangat pantas okeh. Erm, mungkin boleh tukar word 'berjalan' tuh kepada 'berterbangan' kan? Masa berterbangan dengan sangat pantas. "^_^ (Boleh la.....)

Aku baru start kerja. Sebulan lalu. Namanya pun sudah kerja. Maka, dengan ini, aku mengisytiharkan kepada diri sendiri untuk.. Membayar zakat menggunakan duit sendiri! Yeeha!

Erm. Umur sudah tua begini baru start bayar zakat sendiri. Sedih sangat. But syukurlah.. Sudah berpeluang membersihkan harta (walaupun..) sendiri, insyaALLAH harta keluarga juga.

Bila inform dekat mak, boleh mak aku cakap

"La.. Kenapa bayar? Kami masih mampu lagi bayarkan untuk ko bah~~~"

"........" (Terharu)

Its ok mak. Im working already. Bila sudah kerja ni, tiba tiba rasa sudah bertukar menjadi big girl. Ala.. Big girl dont cry. But this big girl, do cry. Uff~~ Eh. lari tajuk. Ya.. Big girl do big thing. So, let me start dengan this big thing. Membayar zakat sendiri.

Selama hidup di muka bumi ni, aku tidak pernah sekalipun ada pengalaman pergi bayar zakat. Biasanya, bayar zakat ni tugas beliau (Bapak) aku, atau tugas abang aku, atau tugas adik adik lelaki aku.

So, semalam adalah my first experience membayar zakat. =)
Rupanya, macam ni lah adab adab bayar zakat. Duduk depan amil, then amil show satu kertas tuh, suruh baca then hulur duit. Pas tu, baca doa. Siap! Saya sudah bersihkan segala harta harta saya.. Alhamdulillah~~


Aku sudah. Korang sudah?

Thursday, August 18, 2011

.::TIdak Ada Sebab Untuk Aku Tidak Bersyukur Kepada ALLAH::.

Salam Alaikh..=)

Masa masuk dalam train tadi, terpandang seorang lelaki ni. Umur dalam 30-an mungkin. Sedang baca Quran. Mungkin. Ataupun Tafsir Al-Quran. Sekali lagi mungkin. Tapi yang penting antara dua itu sajalah. Quran, atau tafsirnya. Dalam hati aku.. 'Ehm, bagusnya~~"

Sekali sampai satu destinasi ni, lelaki tu berdiri. Dan.. Beliau adalah seorang OKU.

Sentap dalam hati. Malu sendiri. Dia, ALLAH tidak bagi nikmat kaki yang sempurna, tapi still dalam kekurangan dia masih mencari redha ALLAH. Aku?

Hm. Tidak ada sebab untuk aku tidak bersyukur kepada Sang Pencipta.


Senyum!


Monday, August 15, 2011

.::An Awsome Weekend Together With Love One, Two, Three::.

Salam Alaikh!=)

Hari ini kita sudah berada separuh daripada Ramadhan Kareem. Macam mana pencapaian? Makin ok kah? Atau makin tidak ok kah? Sendiri boleh jawab..=)

Hujung minggu aku sangat awsome. Bersama mereka mereka yang tersayang, Alyn Lavign, Zay Jolie dan juga Ayyim Black. Ah, my name, mestilah Ara Perry. Tapi disebabkan tamak, kadang nama ini boleh bertukar ke Ara Swift! *waving* *pengsan*

Berada diperantauan jauh dari keluarga memang dugaan yang menyedihkan. Walaupun aku ada kakak, tapi tetap sedih sebab kakak bukan parents. Yah, parents yang utama. Lagi lagi kita jauh dengan rumah kita. Sedih kan. Tapi aku jadi kurang sedih sebab aku tidak pernah sendiri. Di sini, walau aku jauh terpisah dengan darah daging ku, tapi aku sangat dekat dengan mereka mereka dan mereka. Sahabat baik ku. Sahabat yang aku kenal ketika di alam kampus.

Jumaat petang fetch Zay di lrt universiti. Maka bermula kisah cik Kiah. We are laughing, chatting, and sharing. Main tekejut tekejut semua. And the best part is, our buka puasa on that day are sponsored bye Zay Jolie. Thanks buddy! Kami berbuka di A&W. Syukur Alhamdulillah.

And the next day, Ayyim Black pula menjejakkan kaki. Ada sesi membongokkan diri di SOGO. Ya TUHAN, sangat ramai orang okeh. We all are gasping for air dalam SOGO tuh. Sumpah will never be there again! (Tym puasa saja. HAHA). Cannot take it anymore, kami lari ke Armcorp Mall. Lagi selesa maybe. Then searching for tempat untuk berbuka. Cari punya cari sampai terjatuh dekat escalator (OMG!! Sangat memalukan okeh)
here we are.. UNCLE CHILLI's kot ejaan dia. Memang superb. Sangat. Ikan Masak Cheese, Sayur Kangkung, Ayam goreng, Banana Split.. Semuanya sangat sedap. Tidak lah rugi Ayyim Black belanja kamiorang. Ahahahaha. Asyik member saja yang belanja ni? Turn i bila pulak? Heyp, tunggu i kaya okeh. Sekarang baru mahu memulakan hidup. Thihihihi..=)

And that night I treat my buddy with.. SOSEJ SALUT ROTI TOGETHER WITH CHEESE! Ehm, panjangnya tajuk. Taken from here. INAHAR'S COOKING TIME. First time buat. But syukur, they like it. Kot. Ahaha. And for our sahur, i made them BIHUN SUP SIMPLE. Sebab sangat simple. Taken from MyResepi. And again, syukurlah. Dorang boleh makan. Itu jek i mampu. Belanja makan dengan masakan di rumah. Heyp, i masak dengan penuh kasih sayang okeh.

Ini lah antara kebaikan duduk jauh dengan family. At least aku ada courage untuk masak. Sebab aku ini memang kayu dalam bab masak memasak. Uff.

Ok, disebabkan aku bukan blogger yang suka upload picture, maka entry ini bersih daripada picture. Bye!

P/S: Kami berpisah di KL central. Sob! Sob!

Thursday, August 11, 2011

.::Vista Angkasa, Rupanya Sarang Burung, Eh, Sarang Maksiat!::.

Salam Alaikh..=)

Hari ini banyak kerja. Semalam pun, semalam semalam pun banyak kerja. Walaupun banyak kerja, aku masih mampu melayari internet. Apakah~~

Dua tiga kucing berlari hari ini, aku risau. Tiket untuk mengalami hari paling penting belum dibeli lagi. Semuanya disebabkan MAS airlines yang tidak menawarkan perkhidmatan membayar secara debit card aka banking online. Hanya memberi pilihan bayar secara kredit kad atau bayar saja kemudian (pay later). Stok wanita(?) yang baru mahu membina hidup macam aku ini haruslah tiada kad kredit. Bayar saja kemudian itu memerlukan kos yang lagi tinggi. Ada cas perkhidmatan bila kita ke kedai wakil jualan. Adalah dalam 30 ringgit.  Maka, tiada pilihan lain selain memilih perkhidmatan tambang murah Air Asia. Murah la sangat. MAS lagi murah okeh. Sekalian perkhidmatan sangat awsome!

Dan seperti kebiasaannya lah, akan ada peristiwa mengisi maklumat diri dan sebagainya. Tiba turn alamat, aku blur. Okeh, aku lupa alamat rumah sendiri. Eh, bukan rumah sendiri, rumah sewa sendiri (kenapa mesti ada word SENDIRI?) Tapi disebabkan semua maklumat hanya di hujung jari, aku taip saja VISTA ANGKASA diruangan google search by makcik GOOGLE.

Lihat yang aku spray itu
Fine TUBELAWAK.. Fine! Lain yang kucari, lain yang ku jumpa. Sadis okeh. Rupanya current tempat tinggal adalah sarang maksiat kan. Kalian klik saja link yang diberikan. Pasti buta mata.(Dilarang keras lebih lebih lagi dibulan Ramadhan Al-Mubarakh ini). Empunya blog tubelawak itu rupanya tinggal disitu jugak. Dulu. Tidak lah pula aku tahu sekarang ini beliau masih bermastautin disitu ada sudah berpindah.

Bila lihat sekeliling, penduduk Vista Angkasa tuh, molek saja pada pandangan aku. Normal people with normal environment. Belum terserempak lagi dengan pemandangan yang boleh membutakan mata, menyemputkan urat pankreas. Doa doa lah supaya dilindungi pancaindera ini samada terlibat dengan maksiat secara terang terangan atau sembunyi sembunyian. Amin Ya RABB..

Oh yah, for those yang mahu lihat spesis burung merpati dengan lebih dekat, jemput datang ke rumah aku. Burung merpati dengan happynya beranak pinak berebut tempat tidur di balkoni rumah aku. Banyak warna, banyak jenis, banyak perwatakan. Banyak types of shit. Sehingga kami terpaksa melupakan niat lepaking di balkoni rumah ala ala remaja.

Akhirnya berjaya juga membeli tiket. Tiket pergi. Balik ke sini belum lagi. *pengsan*


p/s: Rupanya penat juga ya mendaki tangga ke tingkat 12. Bergegar kepala lutut!

Sunday, August 7, 2011

.::Bilamana Tukang Komen Menjadi Over!::.

Salam Alaikh..=)

Rasanya, seluruh dunia sudah tahu akan keberantakan hubungan antara pemain bola sepak negara Khairul Fahmi Che Mat dengan Aimie Harmelia. Ok lah, mungkin agak over, bukan satu dunia. Cukuplah satu Malaysia kan? Dari makcik makcik, pakcik, kanak kanak 2 tahun malah kucing peliharaan pun tahu tentang gosip panas yang melanda ni apatah lagi ceritera kisah pasangan ini menjadi muka depan satu akhbar tempatan. Nampak sangat mentaliti orang Malaysia ni kan, pentingkan gosip semata.Thats the fact. Teruk betul.

Post ini bukan hendak mengulas bagaimana, bila, di mana, siapa dan kesudahan kisah mereka berdua. Rasanya, sudah cukup banyak bloggers di Malaysia ini yang mengulas berita mengenai mereka. Sudah cukup banyak. Sampai kadang kadang aku sendiri tertanya, 'Eh, kenapa semua orang take care sangat dengan makhluk berdua ni?'<--Ok, sound like im jelous isnt? Nope. Im not. Really. Percayalah..=)

Honestly, memang lah aku ikuti perkembangan cerita hubungan mereka berdua ini. Yalah, baru saja terbaca berita pertunangan mereka kan, baru toleh kanan sekejap, eh? Putus tunang? Cepat bangat. Mahu tidak mahu dalam hati mesti tertanya, Why? Why is that happened? Maka terjadilah kejadian mengklik portal portal gossip pasal mereka ini. Thihihihi...

Bila baca artikel pasal mereka, then fine.Oh, begitu rupanya. Sekalinya, bila baca bab komen... *geleng geleng kepala* Aku lebih fokus kepada feel pengkomen. MasyaALLAH, sangat ngeri okeh. Bila baca komen, tiba tiba aku konfius, eh? Sekarang ni bulan Ramadhan ka? Atau sudah hilang berkahnya bulan mulia ini bila umat Islam sendiri tidak menghormati kesuciannya dengan aktiviti menulis kata kata nista yang mampu melukakan hati manusia yang terlibat.

Kata kata makian, kata bergembira atas kesusahan orang lain, kata kata berbaur perkauman, malah ada yang cetek akal, mengeluarkan kata kata berbaur racist yang memang mengundah panas dihati mereka yang erm, yah.. Cetek akal juga, maka terjadilah peristiwa menghina negeri negeri lain. Apakah~~~


Orait, kalau korang mahu lihat ragam mereka, silakan klik pada link berikut.
WARNING : Hati kena cekal, mental kena kuat bila baca komen. Cukup sekadar membaca, jangan terpengaruh okay? Peace..=)










Okay, setakat itu yang mampu aku bagi. Kalian bacalah, lihat dan rasakan betapa masyarakat kita hari ini sangat mudah terpengaruh dengan anasir jahat disekeliling kita. Yah, termasuk aku juga. Memang termsuk aku juga *sad face*



Waktu bahagia ketika mentunang.





Tuesday, August 2, 2011

.::Freedom::.

Salam Alaikh..=)


Apa macam Ramadhan kalian? Ada ok? Hari ini masuk hari kedua kita di bulan keberkatan. Selamat ya para sahabat. Selamat menyambut bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH ini. Mudah mudahan saja, Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Aaamiin ya RABB.


Tadi tengah berjalan jalan, cari bahan bacaan yang ilmiah, aku terserempak dengan satu blog ni.
........  <--- Klik.


Biasanya kalau buat blogwalking ni, aku paling malas la kalau orang letak lagu dekat blog dia. Yang auto play. Memang kalau tiada kesabaran, haruslah aku pangkah awal awal. Sekalinya, bila aku lalu di blog beliau, masyaALLAH, dengar awal awal lagu pun sudah jatuh cinta ni.


Cepat cepat mencari di mana beliau meletak music gadget dia, lantas mencari maklumat yang perlu. Ah~~ Patutlah, empunya lagu ini memang milik penyanyi genius MAHER ZAIN. Terus laju laju ke 4SHARED dan mendonlod lagu ini. Freedom by Maher Zain.


Ihsan makcik googy


Gathered here with my family 
...My neighbours and my friends 
Standing firm together against oppression holding hands 
It doesn't matter where you're from 
Or if you're young, old, WOMAN or man 
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God, thank you 
For giving us the strength to hold on 
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom 
We know you can hear our call, ooh NO 
We're calling for freedom, fighting for freedom 
We know you won’t let us fall, oh NO 
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes 
No more being afraid to talk 
Our dream is just to be free, just to be free 
Now when we've TAKEN our first step 
Towards a life of complete freedom 
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God, thank you 
For giving us the strength to hold on 
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom 
We know you can hear our call, ooh NO 
We're calling for freedom, fighting for freedom 
We know you won’t let us fall, oh NO 
We know you're here with us

I can feel the pride in the air 
And it makes me strong to see everyone 
Standing together holding hands in unity 
Shouting out LOUDLY demanding their right for freedom 
This is it and we're not backing OUT 
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom 
We know you can hear our call ooh NO 
We're calling for freedom, calling for freedom 
We know you won’t let us fall oh NO 
We know you're here with us

LINK DOWNLOAD

Serius lagu ni memang sedap. Sedap sangat. As u all guys can see the lyric.. Its hoping for freedom. There is many of our saudara yang fighting for freedom kan such as Palestin. Erm, not only at Palestin, we also here actually are fighting for freedom. Freedom from nafsu kita sendiri. Agaknya, bila kita akan bebas dari nafsu serakah yang membelenggu?

Ok guys.. Listen to this song. Hayati. Moga terbuka pintu hati. Salam Ramadhan..

P/S: TUHAN, sabarkan aku dengan apa jua dugaan. Kuatkan hatiku ya ALLAH..