Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, October 21, 2011

.::Sekadarnya Saja::.

Salam Alaikh..=)

Eh. Jumaat lagi. Cepat sangat msa berlalu.

Tahukah kalian hidup sebagai manusia di muka bumi ini memang tidak akan lari dari ujian?

Tiba tiba bagi soalan dengan orang. Feeling ada orang mahu menjawab la teww. Kehkehkeh.

Hidup semenjak dua menjak ini memang tidak sunyi dengan dogaan. Ujian bertimpa-timpa. Maha berat juga kalau dirasa. Iyalah kan, aku manusia iman senipis kulit bawang. Baru diuji sebegini sudah menggelupar bagai nak rak. Maka apekedehel saja dengan ujian ujian ini.

Hairan juga. Bila aku duduk diam, sampai juga ke telinga. Sekali lagi aku manusia iman senipis kulit bawang, ditambah dengan perisa mudah lupa, maka aku terjebak lagi dengan permasalahan yang supposely tiada juga kena mengenanya dengan haku. Senang saja menjatuhkan hukuman. Walhal sentiasa aku sematkn dalam diri, jangan didengar dari sebelah pihak saja. Hai, aku anak adam yang cepat terlalai dek kurangnya ilmu.

Cinta punyaku cinta murahan.
Entah bila sampai waktunya ikhlas kutujukan cintaku hanya kerana DIA. Pemilik cinta agung sekalian alam.

"Kalau hati ikhlas mencintai, telankan saja yang pahit. Sebab pahit tidak selamanya pahit. Nanti nanti yang pahit itu akan manis. Bukankah hakikatnya ubat itu memang pahit? Tapi pahit disebaliknya ada penawar. Penawar bagi setiap kesakitan" 

Senyum.

"Cintailah sesuatu yang kamu cintai sekadarnya saja, kerana biasa jadi suatu hari nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu sekadarnya saja, kerana biasa jadi suatu hari nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai"

Dan tahukah kalian yang manusia ini ALLAH ciptakan dengan fitrah cepat merasa bosan? Kehkehkeh. Sekali lagi aku feeling. Tapi tidak mengapa. Kalian mahu jawab, jawab saja. Tidak mahu, maka biarkan. Maka aku tahu lama lama aku akan bosan dengan semua rasa sakit ni. And insyaALLAH will get through this and become a better person. Pecayalah, dugaan yang kita dapat lalui dengan jayanya akan mentransformkan kita menjadi manusia yang lebih kental.

Lagi satu aku gain dari apa yang jadi, aku kena sentiasa remind diri sendiri supaya jangan jadi judgemental. Tiada kebaikan langsung tau nyah. Selagi benda belum pasti, jangan pecaya apa apa. Dengar dari dua dua pihak. Sebab boleh jadi akan ada percanggahan antara dua cerita. And kepercayaan yang orang bagi dekat kita, silalah dijaga dengan sempurna. Sebab once orang sudah tiada rasa percaya dengan kita, maka jangan lah diharap kita akan menjadi kepercayaan seseorang lagi. Paham dop?

P/S : Trust nobody.


Tuesday, October 18, 2011

.::Syaiton Gondol::.



ALLAH.. Tidak tahu patut berkata apa. Sangat rude, sangat berhati syaitannirrajim.. Sangat tiada perasaan. Agaknya bila terkena batang hidung sendiri baru merasa. Ye dak?

P/s : Makin hari donia makin kejam!

Monday, October 10, 2011

.:: Kejadian Memahami Erti Naif::.

14072011

"Jaga diri baik baik di tempat orang. Jangan naif sangat. Paham kamu??" Pesan seorang abang kepada adiknya yang sedang mengenter(baca:masuk) ke fasa baru dalam kehidupan.

"Haha. Baiklah~" Aku? Naif? Amit amit deh. Balas si adik di dalam hati. Serasanya dia sudah cukup bijak mengatur kehidupan. Setakat Kehel, Wa talak helan. Aku tiadalah naif sangat. Pandailah aku jaga diri. Doakan saja. Selama ini pun sudah biasa jauh dari keluarga. Cuma kali ini lagi jauh. Bukan setanah lagi. Terpisah dek Laut China Selatan. Kalau dulu pergi belajar, kini pergi untuk bekerja. Cari rezeki. Mudah mudahan rezeki yang halal. Amin ya Rabb. 

26082011

"Boleh bagi pokcik duit tak? Pokcik nak balik ^*&*%^&^&$, tapi duit takdop" Suara bergetar, seraya tangan dihulurkan ke arah mereka. Juga dengan tangan yang bergetar. Dua gadis manis lagi comel serta sedikit anggun berpandangan. Stuck. Tanpa banyak cakap, duit RM5 dihulur. Pokcik berlalu pergi. Dua gadis melihat saja dari jauh. Kesian. Cukup ka tidak duit RM5 tu untuk beli tambang. Pandang lagi pokcik tua sampai hilang. Simpati. Mudah mudahan cukup. Padahal dua gadis sendiri kurang duit.

081011

"Miss, boleh minta tolong support kamiolang ka? Cuma tulis nama, umo, and dali negeli mana. Eh, miss umur blapa? Ah? 24 ah? Waa... Macam tidak pecaya loo.. U muka kecik saja. Kita sama umo tau. U masih single ka? Waaaa.. Sy pun single jugak. Eh, negeri S****??!! Wah, sama oo.. Kila support olang kita, telima kasih. Tulis sini 30.
Bla bla bla bla bla bla bla bla..
Bla bla bla bla bla bla bla bla..
Bla bla bla bla bla bla bla bla..




Ok, kasi saya RM30."

Erk? Ah? Adui. "Eh, saya tiada duit kecil lah"

"Tilak mengapa. Duit besar pun tidak mengapa. Saya ada banyak duit kecil"

"Erk. Saya tiada duit. Nak withdraw dlu boleh tak?"

"Boleh. Tu bank sana" Tangan laju tunjuk arah Maybank. Damn.... Apsal la ada bank dekat sini. Ish ish ish.
Dalam hati rasa blank. Aku kena tipu ka ni? Tadi dia cakap support jek. Apsal kena bayar pulak? RM30 pulak tuh. Lagi hairan bin ajaib, apsal aku senyap ikut saja arahan?

Tanpa sedar. Eh, duit bertukar tangan. 

"Telima kasih miss. Tolong support kawan saya juga. Tidak perlu bayar.. Tulis saja"

"Oh? Ok." Menulis. Sekali lagi.

"Ok, thanks miss. Bayar saya RM20"

Tepuk dahi.

"Eh, tadi cakap no need bayar-bayar ni. Ah sudah. Xnak!"Jalan laju-laju sambil tarik member.

Tengah tunggu monorail.

Dua gadis berpandangan. 

Gelak dalam marah. "Hahahahaha. Apsal dua dua bengom ikut jek cakap mereka?" Sambil ketuk ketuk kepala dengan hujung hp. Member senyap.

"Aku xhalal duit aku tu. Penipu! RM50 aku kena tipu hidup hidup." Bicara si member. 

The other gadis senyap. Istighfar laju laju dalam hati. Cuba cari titik neutral. Cuba berfikir secar rasional. Bukan rezeki aku. RM30 tu. Even bukan dengan cara begini aku kehilangannya, mungkin dengan cara begitu. Redha saja. Senyum.

"Hahaha.. Hailah.. Tulah. Sudah pesan kan? Jangan naif sangat. Cepat sangat percaya dengan orang. Lain kali jangan layan. Faham tidak? Tiapa la. Bukan rezeki. Learn from mistake okeh? Hati-hati ditempat orang tu. Pandai pandai lah bawa diri."

"Baiklah" Si adik senyum lagi. Baiklah. Cuba untuk tidak khilaf lagi dikemudian hari.

Cuma saja duit RM30 dapat diberi kepada pokcik tua mintak tambang, tiadalah ralat sangat.

P/S: Rupanya si gadis masih sangat naif. Thanks la!

P/S/S :Sila kalian berhati hati di tangga monorail Bukit Bintang. Sana ada penipu tahu?

Thursday, October 6, 2011


If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita

Abadi untukmu
Yang ku ukir indah namamu

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Yeah. Will ukir namamu dengan indah.
InsyaALLAH, I will be fine. Someday. One day.

Hmppfttt~~ Build it again. And again.

p/s: Cari ilmu please.

Monday, October 3, 2011

.:: Kentut lalu Tekejut ::.

Salam Alaikh..=)





Hahahaha! Sendiri kentut, sendiri tekezut, sendiri nangis. Adoilah~


Saturday, October 1, 2011

.::Nonsence::.

Salam Alaikh.

Hujung minggu kali ini aku decide untuk menghabiskan masa di rumah sendiri. Malas mahu mengembara ke rumah kakak aku, hatta ke rumah orang orang lain.

Oh ya, tadi aku cuba resepi baru. Ayam masak kicap. Cilok resepi dari CIKTOM. Mudah pun iya, sedap pun bolehlah. But terlebih pedas kot. Member tuh sampai batuk batuk makan. Kesian. Haha. Sedap bagi lidah aku la. Aku ni baru belajar masak sikit sikit. Mana tau lama lama boleh jadi masterchef Malaysia. Tapi berangan saja la. Memang mustahil dapat jadi Mastechef. *nangis*

Oh. Lagi sedang layan Private Practice season 4 secara pukal melalui online. Sedap cerita ni. Banyak moral and value. Cuma kena tahan mata sikit lah. Cerita omputih ni, pantang betul kalau tiada adegan 18 SX. Sabar sejalah!

Apa lagi yah. Oh, teringin mahu buat kerja part time.

Bosan.

p/s : sekadar menghapdate.