Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, December 31, 2012

Hari ini 311212.
Hari terpaling akhir untuk tahun 2012. Terpaling. Dengan janji esok kalau sempat, merasalah hirup udara untuk 2013 pula.
13. Heh. *tibatiba*

Teringat sepanjang perjalanan 2012.
*senyum*
Momento manis. Hangat. Gembira. Bahagia. Wujud. Terasakan.
Momento pedih. Ngeri. Sakit. Ngilu. Juga wujud. Terasakan.
Terpahat. Tertatu dalam hati. Satu persatu.

Alhamdulillah.
Untuk semua nikmat dan ujian.
Betapa betul frasa pengalaman bentara guru terhebat.
Tinggal aku mahu belajar atau terus berbuat khilaf.

Selamat tinggal 2012.
Kau pergi dan yakinlah aku kau tidak pernah akan kembali.
Hanya satu 2012.
Dan kau akan jadi masa lalu yang jauh. Tidak akan pernah dapat aku kembali ke satu detik pun dari waktumu.

Tidak di waktu gembiramu, dan oh memang tidak akan sekali-kali aku mau kembali ke masa jahanam, yang kau bagi ruang untuk aku terperosok.

Walau apa pun.
Terima kasih Ya Khaliq.
Untuk semua kesempatan yang KAU berikan pada hamba hinaMU yg satu ini.
Aku sesali setiap catitan khilaf.
Mohon jangan pernah biarkan aku.
Mohon pelihara setiap langkahku.

Dan untuk setiap lembaran tulisan hidupku di 2012.
Dengan rasminya aku tutup mulai saat ini.
-tamat-

--Buka buku baru--
Eh eh!
Jangan tulis dulu.
Detiknya 2013 belum bermula.

Tapi, lets welcoming this new day, new year.

2013,
Kamu tolong baik- baik saja denganku ya.
Jadi tahun yang saksikan kemajuan aku dalam hidup.
Duniawi dan ukhrawi.
Tamak, aku mahu dua-dua berpasangan.
Sebab aku akn tempang jika tertinggal salah satunya.

2013,
Jujur.
Tiada jaminan aku akn bersamamu menongkah arus sampai ke penghujung hari.
Namun kalau saja sampai masa janjiku dengan Yang Maha Besar untuk kembali ke pangkuanNya,
Biarlah cara aku kembali itu dengan sebaik-baik cara.
Dan biar sudah aku usahakan sehabis cara sehabis usaha setiap harapan.

2013,
Eh.
Hahaha.
Banyak pula catitan.
Tolong jadi baik untuk semua kesayanganku ya?
Family, bestfren dan dia.
*senyum*
Haah. Dia tu. NAOSM.
Tolong jaga dia elok-elok since aku tidak termampu.

Wednesday, December 5, 2012



Punya soulmate itu seronok.
Tidak perlu ungkap apa apa.
Dia terus mengerti.
Seolahnya di raut wajah itu tertulis kata kata.
Apa maunya.
Apa rasanya.
Apa keinginannya

Dan aku beruntung punya mereka yang aku anggap soulmate.
Seolahnya ada ikatan antara jiwa.
Bluetooth antara dua device. Ok yang ni memang tibatiba. Tapi tolonglah mengerti perbandingan. Kiranya begitulah. Ok sambung.
Connection antara network.

Yang mana tidak perlu terzahirkan dengan katakata.

Si polan Nani.
Kenal sejak zaman friendster.
Sahabat sampai sekarang dan insyaALLAH jika diizinkan Sang Khaliq, sahabat hingga jannah.
Terdetik rasa sekelumit terkenang dia.
Sekejapan sampai perutusan bertanya khabar tiba.
Terjadi bukan sekali dua, bahkan selalu saja.

*pause*

Si polan Azzua.
Juga kenal sejak zaman friendster.
Beberapa bulan terkebelakang rapatnya bagai smartphone dengan charger.
Atau smartphone dengan powerbank?
Berkongsi senang sama dirasa, duka makin didukakan. Dasar! (HAHA!)
Senang ceritera, banyak yang tidak perlu aku kata, dia sudah awal merasa.

Klause 1:
"Nak masak ape nanti?"
Ikan masak sambal
'Entah. Tak tahulah'
"Ikan masak samballah. Lama tak makan"
'Erk. Okay'

Klause 2:
Kejadian di dalam kereta. Lagu berkumandang entah hapahapa.
Bengom lagu apakah ni!
"Hei, lagu apa nih???" Sambil tukar channel.
'Hihihi.. Taupun tak best!'
"Tahu. Sejak zaman blablabla.. Blablabla... Blablabla.. Lagu tak best.."
'Zzzzzzzzzzzz...'
"Thanks~~ "

Klause 3:
Petang petang macam ni best jugak kalau dapat goreng kentang. Kejap lagu aku gorenglah. Layan FB dulu.
"Nyah, nak makan kentang tak? Aku goreng"
'Hihi. Naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!'

Ok itu sebahagian contoh untuk dua manusia penting dalam hidup aku. Manusia seterusnya, next entry.
Aku jumpa soulmate aku walau mereka bukan bergelar kekasih, apatah lagi suami. Mereka sahabat. InsyaALLAH. Till jannah.

Wanita lambang kejayaan. Berjaya dari konteks aku walau tiada banyak harta. Apatah lagi kaya raya,
AraBella The Great!

Puuuiiii~

Saturday, December 1, 2012

Dulu. Ada satu statement aku pernah terbaca. Tanya aku di mana dan bila, aku sagat pakai parut kelapa. Dulu. Mungkin di blog terfaktab.
'Kita rasa seseorang itu chantek/kachak sebab waktu itu kita dikaburi dengan perasaan suka'
Bila baca pernyataan itu, aku senyum. Mungkin ada benarnya. Contoh. Kau tanya saja pasangan bercinta di luar sana, bagi mereka, pasangan mereka itu chantek/kachak kah? Mahu saja jawabannya, 'Iya. Terpaling chantek/kachak di dunia'
'Dia sempurna bagi saya'
'Dengan dia segalanya menjadi mudah'
Blablablablabla.
Tibatiba interview ramai pasangan kan?
Contoh. Kau tanya ibubapa perihal anak mereka.
'Makcik/pakcik, apa pendapat kalian tentang anak dara/teruna makcik/pakcik?'
Kecuali mak aku, pasti jawabannya setara gini.
'Anak pakcik/makcik anak terkendu di donia tahu. Mengerti??' sambil cepatcepat tolak troli takut ditanya pula tentang perilaku.
Tapi. Kalian mengerti sekarang?
Ada sebab seseorang itu boleh nampak jelita di mata kalian.
Hakikat kejadian itu memang chantek. ALLAH pencipta maha agung. Namun, chantek itu subjektif bukan? Chantek/kachak di mata aku tidak semestinya begitu di mata kalian.

So. Sotong.
Bila tibatiba kamu nampak seseorang itu chantek/kachak. Punya kemungkinan kamu ada itu perasaan suka. Pelisss jemah, skop suka itu besarkan. Suka tidak semestinya chenta. Tampaaar. Suka juga mungkin tercalit nafsu. Petir!

P/s: Jaga diri. Jaga peribadi.

Wednesday, November 21, 2012

Eh, bulan!
Nan ado. Bulan malu ini malam. Sembunyi belakang awan. Ingat comel la main sembunyi sembunyi macam tu?
Bulan pun pandai malu. Apa sudah jadi dengan aku? Mana maluku? Sembunyi dalam baju? Spot check diri sendiri. Malu makin jauh. Hailah malu. Kenapa tinggal aku? Akukah yang menghalau. Malu, mari kembali, biar aku kembali terdidik seperti perempuan bermaruah macam dulu. Yang pentingkan harga diri. Yang pandai jaga kehormatan. 
Sebelas 2011. Sudah bulan ke sebelas atau dalam dalam bahasa Yunani nya, November. Aku tipu. November tu aku tidak tahu asal mana. Asal dari laut barangkali. Aku saspek begitulah. Bagaimana pula dengan korang? Melalut tiba tiba taip pasal November rainlah. Yunani bagai. Back to tracksuit bebeh~
Cakap pasal malu. Malu itu ada dua kesan. Baik atau buruk. Oh, untuk makluman, semua benda di dunia ni, kesan dia dua sahaja. Baik atau buruk. Are sure? Yes I am. Kalau bab malu, malu di tempat yang sesuai, jadilah wanita solehah, dan kesan dia baik. Kalau malu tidak bertempat, samada kau jadi antisocs atau boleh mengakibatkan kekurangan yakin diri which is sangat tidak membantu bila sampai fasa kau memerlukan kerja. Juga kalau tiada kemaluan berbuat dosa contohnya seperti.. Ah. Dosa. Sendiri tahu. Okbai. Kesan dia? Noda yang tidak tertanggalkan. Matilah! Ok aku tipu. Boleh saja tanggal. Semua dari diri sendiri. Yang penting rajin menyental.
Rindulah. Rindu masa-masa tenang. Rindu masa belum kenal dunia. Belum kenal rasa. Ok ok u know what i mean. Budak suci yang tiada tahu apa apa kecuali buku buku buku buku dan buku novel.
Zaman duduk hostel rebel-kuat-melawan-avrilavigne-wannabe punya skill. Bangga bila dapat stay up sampai pagi lepas tu jalan mereng. Rindu zaman, what?? Boys?? Alergik lalu rebel.
Zaman itu tenang. *senyum*
Bila sudah pernah rasa bencinta. Hm. Ok. Bai.
Sebenarnya. Aku rindu zaman tenang. Zaman malu masih teratas. Zaman maruah dijunjung setinggi bintang. Zaman tiada noda.
Sebab sekarang aku rasa kotor. Bekas dosa dulu. Jijik. Dengan diri sendiri. Hm lagi.
Cuba bunuh, tapi belum meninggal. Eh, mungkin sudah meninggal. Tapi jadi hantu. Membayang sesetengah waktu. Heyh kamu, aku mahu maju. Mohon jangan kacau boleh?
Kau masa lalu yang harus aku tinggal. Khilaf. Aku. Benci. Kau.
Jadi jangan mampir. Kamu dan kamu dan kamu dan kamu. Jangan cuba mampir. Risaulah kau aku bisa bertukar jadi mak lampir. Bukan pengamal sihir. Tapi aku jamin, aku bisa hilang sekejapan tanpa sempat kau sedar.

'If you love someone, let them go'. FULLSTOP.

Set them free. Samje?

Sebab kau kena sedar. Aku juga manusia. Manusia full of shit. Kau mahu terpalit? Aku sedang membersih diri dari TAHI masa lalu. Bantu aku yah kawan? Bantu aku jadi suci. Aku mahu suci. Sebab tahi yang terpalit itu, terhumbannya dua kali. Kotoran degil. Melekat jadi daki. 

Terbaik. Mungkin itu terbaik. Pergi jauh.

Yang Khilaf,
Troublemaker^87 <--- Macam gampang. HAHA!

Monday, November 19, 2012

Terlalu banyak masa terluang ni pun boleh mengakibatkan kematian pada kutu-kutu [hashtag] matikutu.

Tapi hairan jugak dengan page facebook sekarang ni. Bila buka tab lain, buka ke tab facebook semula. Segalanya menjadi legam tapi bila kita gerakkan cursor, ada la nampak beberapa abjad. Mungkin dia berlakon papan hitam dan cursor sebagai pemadamnya. Mungkinlah. Tapi kenapalah aku pegi mengarut sepanjang satu perenggan ni? [hashtag]mengarut

"Free tonight??"
"Asal? Partaaaayyyyyyy~~~?"
"Party qiam at masjid Kg Baru?"
"On"

Bagus ada kawan macam ni. Mudah jalan kembali ke jalan yang benar. Ayat~ Tapi siyes best. Pastu boleh borak-borak. Borak-borak lagi sambil fikir masa depan. Bukannya macam orang tu dok main game guna hp pinjaman ALLAH ke aku sampai tidak mahu bangkit walhal sudah pukul doblas tengahari. Ayam pun pandai jeles kalau melihat keadaannya itu.

Berfikir fikir untuk kemungkinan kembali ke kampung halaman. Masih dalam pertimbangan. Moga bertemu keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak. Amin.

Sebenarnya. Aku tiada benda pun mahu tulis. Saja habiskan masa kalian membaca. HAHA! Oktalucu.

p/s: ketuaan tidak selari dengan kematangan.

Tuesday, October 30, 2012

Semalam semalam (read: dua malam sebelum) lepak mamak, jumpa member.
'Ayah sakit, angkara dengki, busuk hati' #risau
'Sekarang dia mahu hantar untuk seluruh keluarga'

#tepuk dahi

Apa mahu jadi dengan umat manusia masa kini?
Mana pergi hati nurani?
Bagaimana boleh hilang perasaan insani?
Apa kau fikir hidupmu panjang tanpa berjabat dengan mati?
Apa sangat lah kau kejar dengan duniawi ini wahai si pendengki?

Dengki~
ALLAH HU RABBI~
Mohon dilindungi dari sifat sebegini.
Mohon dijauhkan dari merosakkan diri.


Dengki.
Wujudnya tersembunyi.
Duduk diam dalam hati.
Kadang-kadang hadirnya tanpa disedari.

Kadang-kadang #klise

Kau sedar, cuma turut atau tidak sahaja jawapannya.
Kau turut, mati lah kau.
Puaskah?
Tengok orang yang kau dengkikan menderita?
Puaskah tengok keluarganya sakit angkara kau yang ikut rasa?

ALLAH~
Timbang tara kejadian sekeliling,
Yang namanya manusia itu akan selalu lupa.
Hidup ini bukan untuk selama-lamanya.
Hidup ini bukan tentang kau saja.
Kalau hari ini kau susah, yakinlah kau, susah itu hanya sementara.
Dan andaikata hari ini kau senang, Hamdalah~ bersedialah, sebab yang senang itu juga akan ada penghujungnya.
Tiada kekal.
Sedarlah kau, tiada kekal.

Buat peringatan untuk aku jua.
Berbuat baiklah sesama makhluk.
Baik yang biar datang dengan ikhlasnya niat.
Lumrahnya manusia,
Sedangkan ada yang baik pun buruk balasnya,
Apatah lagi jika buruk diberi dari awal.

Nauzubillah~

Jauhkan aku Ya RABB~
Jauhkan aku dari sifat-sifat yang menjauhkan aku dariMU.
Dari rahmatMU.
Dari kasih sayangMU.




p/s: Mohon teguh prinsip diri. Amin!

Saturday, October 27, 2012

Perayaan Hari Raya Eid Adha kali ini adalah sangat simple.
Bangun pagi. Solat raya. Salam. Makan. Tengok tivi. Bergomolan. Makan. Tengok tivi. Menggigit. Makan. Online. Makan.

Cuba kira berapa kali perkataan makan terjadi. Begitulah ciri ciri gadis gemuk yang meraikan raya secara SEDERHANA. Motip sangat tibatiba capslock.

Bosan bosan di petang raya kedua sememangnya mengundang aktiviti personality quiz. Jadi hari ini, aku memilih untuk menjawab quiz 'What animal are you and your magical ability'. Dulu masa interview dengan CIMB, interviewer tanya, kalau aku diandaikan sebagai binatang, aku ini jenis binatang apa?? Bolehlah siap sebuah kek sementara tunggu masa untuk aku berfikir. Jujur aku buntu. Binatang apakah aku ini? Last-last.. ok, lets keep it secret.

So, untuk jawapan quiz di atas,

You are a hawk. Hawk people are intelligent, and love to be around and know about other hawks,. You are fast and friendly but can fierce and dangerous when you want. People come to you to pass messages and get news. The powers of the three stages for Hawk are; 1st- better eyes sight and faster reflexes 2nd- Be able to feel other hawks' minds and where they are 3rd- message other hawks via your mind over long distances.
Extras are you are able to guesstimate (although not always right) what animal someone will get. What kind of Hawk you are depends on where you live and your appearance.

result image
Me as a HAWK!
 Hihi. Haah, me as hawk. Selepas ni, boleh lah buat gorengan kalau interviewer tanya soalan yang sama. 

Setuju atau tidak. Well~ Biarlah rahsia. Again. Hahahah~!

p/s: tiada kaitan dengan kau. Tapi kalau mahu terasa juga, apa boleh buat~

 


Thursday, October 25, 2012

Sayang.

Kau kira itu apa?
Mainan murahan?
Tiada harga?
Sesedap rasa laju terucap lidah sepertinya sudah biasa.

Sayangmu untuk semua.
Begitukah inche?

#Senyum

Maaf. Sayang saya punya harga.
Mungkin tidak setinggi nilai sayang makhluk lain.
Tapi cukuplah kamu tahu,
Sayang dari saya bukan mudah.
Setakat ayat manis, pantas kamu tahu,
Kalis.
Saya kalis ayat manis.


Ayat manis sebegitu saya boleh kutip di jalanan.
Banyak.
Dari mereka gelandangan cinta.
Kasihan kan?
Oh, mungkin kamu juga sebahagian dari mereka? Mungkin.

Kachak luar.
Bolehlah.
Boleh blah!

p/s : hati saya bukan lego. Okbai!

Ihsan Inche Google

Monday, October 22, 2012

Orang kata, bila si gadis masak terlebih masin, maknanya jodoh beliau sudah makin hampir.

#Malu

Maknanya, Ikan sambal aku yang terlebih masin itu menjadi bukti dekatnya jodoh aku dengan beliau? Begitukah? Kehkehkeh.. Sesungguhnya itu adalah mengarut. Member sampai kebas lidah merasa kemasinan ikan sambal berlada, aku pula boleh berangan berjumpa dengan bakal imam yang ALLAH cipta untuk aku?? Memang boleh mengundang pitam.

Ok straight to the point, no belok belok. Semalam mencoba resepi baru. Ikan sambal berlada. Tapi nampaknya kena mencuba dengan lebih gigih untuk menyeimbangkn rasa. Masin sangat. Cik Nhazwa cuba untuk bersopan dengan mengatakan, 'mungkin tahap rasa kemasinan kita berbeza' damn adalah sangat menyentap ulu jantung terus ke usus besar nyah. Bukan sebab kerana beliau mengomen masakan aku, tapi disebabkan komen yang tidak jujur bagi aku. Macam mana aku akan membangun diarena permasakan ini kalau komen adalah tidak telus?? Makanya, saya bantah yang arif! Tapi sebenarnya, apa yang aku pinta adalah, sila bagi komen yang jujur. Biar aku tahu di mana silapnya. Lepas ini boleh masak dengan lebih baek. Tak gitteww??

HAHAHA~ *ko dah kenapa tiba tiba seja ketawa!*

Oh, kalau kau tanya kenapa susah sangat aku mahu bagi kepercayaan aku pada seseorang. Aku ada sebab. Well. Aku ada sebab. Motip sangat sampai ulang dua kali bukan?

Percaya dari aku itu kenalah kau gain. Dia tidak datang selonggok seperti itu saja. Mungkin kelihatan cruel, tapi hakikatnya, aku kena melindungi diri sendiri. Cukup dengan apa yang pernah aku lalui. Mohon ALLAH, palis palis. Jauhkanlah. tapi andaikata terjadi lagi, ya redhalah yang pasti. ALLAH knows the best. ALLAH knows the best. Sebab aku masih berpegang pada kata kata, contohnya seperti, everything happened for a reason mungkin? Iya, pasti ada hikmah untuk setiap kejadian. Pasti. So jangan question kenapa aku banyak berahsia. Jangan question kenapa ini begini, itu begitu. Yang pasti perisai itu untuk aku, dan mereka disekeliling aku. Kehkehkehkeh~ Haah, aku bakalan pergi berperang. Lagi mau tanya??

Senang hati. Satu hari satu surat dari Dia, Bila baca hati jadi semacam. Terima kasih, kekasih.

p/s: hidup kena ada prinsip. Pegang pada prinsip. jangan lekas lupa. Bila urusan dunia buat kau tidak tenang, carilah ilmu akhirat nescaya jiwa akan kurang getarannya.

Saturday, October 20, 2012

"Ara.. Minyak masak dah habes.. Kunyit xde, Cili boh pun xde.. Habeslah.. Camana nak masak.." #Mengucing

"Minyak masak habes? Bukan ada lagi ka?" #BermukaToya

"Ade.. Tapi takut ta cukup.." #Mengucingagain

"Nak orang pegi beli tak?" #Rollingeyes

Jawapan sepantas kilat "Nak! Hehehe. Duit dalam dompet. Yeay!"

Tak yah duit dalam dompet sangatlah. Hengat aku miskin sangat xmampu beli tiga barang tersebut?

Capai tudung, sarung cardigan. Sepertinya perasaan ini persis berada di rumah kampung. Bilamana ada bahan yang tiada, maka segera ke kedai. Tapi opekos bukan aku. Apa guna adik ramai kalau aku jugak yang kena pergi mengedai. Apakah ayat mengedai?? Kehkehkehkehkeh~

Alhamdulillah. Hidup indah. Makin indah. Walau tidak sesenang mana, Tapi still.. Syukur ya ALLAH. Untuk semua nikmat dan ujian.

Punya sahabat. Punya keluarga. Cukup. Sangat cukup. Saaangat. Tinggal berusaha bahagiakan mereka.

Isnin nanti mula dengan kerja baru. Oh. CSE sangat mencabar. Sampaikan tidak tercabar diriku ini. Pengsan layan karenah manusia.

Tibatiba teringin makan ikan masak sambal berlada. Nor Azzua, sila kamu bersedia. Pinjam dapur okeh. Apa? Xnk? Ada aku kesah. Aku kata aku mahu, maka mahulah.

Banyak benda mahu urus selepas ini. Cari rumah sewa baru. Biar dekat dengan tempat kerja.
Fokus dengan kerja baru. Satu satu matlamat harus dicapai.

Oh untuk kamu, walau kemungkinan besar kamu tidaklah membaca blog picisan ini, sila kamu jangan berharap. Kawan. Cukup sekadar kawan. Sampai itu saja aku mampu. Mahu lebih? Boleh pergi. Bai!



p/s: Kesayangans~ Korang siyes sangat sangat mewarnai hidup iolls. Thnks uolls.. Ada hikmah kenapa ALLAH temukan kita. Sayang uolls sangat2! Miaww~

Wednesday, August 15, 2012

Salam Alaikh~

Hari ni, hari terakhir aku duduk dikerusi yang sama aku duduki untuk setahun ini. *tarik nafas*
Perasaan pelik. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku pijak Tanah Malaya. Datang dengan niat mahu perbaiki kehidupan. Mahu beranjak ke arah yang lebih baik. 

Hari ni, hari terakhir aku jejakkan kaki di sini. Di ofis yang sama ALLAH turunkan rezeki. *senyum*

Lain perasaan ini. Lain sangat. Pertama kali perasaan ini timbul. Rasa bakalan tinggalkan sesuatu yang besar. Bukan menyesal. Tiada rasa itu. Rasa sedang beranjak. Beranjak menuju hadapan. Selepas ini, bakalan ada lagi yang sedang menunggu untuk dihadam. Dicerna. Semalam itu kenangan, hari ini kenyataan, dan esok? Esok, belum pasti datang bertandang.

Dan hari ini juga, hari terakhir aku di Tanah Malaya. Esok, jika diizinkan Sang Maha Kaya, insyaALLAH sudah boleh bertemu dengan kesayangan. Kesayangan yang menanti kepulangan. Teringat kejadian minggu lalu. Bila si bongsu telefon. Dengan nada manja..

'Kak Ra, bila mau pulang? Sudah dua malam aku mimpi Kak Ra'

*sebak*

'Sabar ya dek, minggu depan insyaALLAH, hari Khamis. Hari Khamis kita jumpa'

'Yalah, aku rindu sama Kak Ra' *nangis*

Hailah sayang, kalau lah kau tahu aku di sini juga begitu. Rindu. Dengan kalian darah dagingku. Yang sekarang ini hanya kalian harapanku. Fokusku. Asbab perjuanganku. Mohon si DIA Sang Pencipta mudahkan jalanku untuk berbakti dengan kalian. Amin.

Dan buat kalian juga sahabat sahabatku. Kalian yang ada di kala aku jatuh tersembam sujud ke tanah. Terlalu banyak pengorbanan kalian untuk ku. Terlalu banyak budi yang kalian tabur dihadapanku. Kenyang. Aku kenyang dengan budi kalian. Risau, harus macam mana bakal aku membalas segalanya? Mohon terus temani aku, sebolehnya aku doa dengan rahmatNYA, temani aku hingga ke JannahNYA. Mohon lembut hati hati kita dengan hidayahNYA, mohon ikhlas hati hati kita untuk berukhwah. Mohon saudara hingga ke Jannah.

Untuk kalian, sahabat. Kamu kamu tahu kamu siapa. Percayalah, nama kalian penuh di hati ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

p/s: insyaALLAH ada jodoh, ada rezeki, kita jumpa lagi. Mohon doanya.


Sunday, August 12, 2012


Salam alaikh..

Setelah masuk ramadhan yang ke duapuluhdua tibatiba punya keinginan membuak-buak untuk melakukan aktiviti permasakan (boleh?)

Nasi ayam. Ayam masak merah.

Nafsu memakan nasi itu datang tanpa dijangka. Ramadhan kali ini menyaksikan ramadhan paling jimat bagi aku. Even penah berbuka sekadar kurma dan susu. Masih sihat dan kuat. Alhamdulillah. *rolling eyes*

Dan percayalah perasaan kagum terhadap diri sendri kerana masak tanpa merasa masakan tetapi berjaya. Masakan masih boleh dimakan. Kahkahkah.






Kofkofkofkof #batuk

See.. Lengkap sekali nan lada. Oh...

P/s : Anak pokcik Omar kata, teruskan usaha memasak dengan kadar yang berterusan kerana wa ada bakat memasak.

P/s/s : Petang ni mahu masak suun sup ayam pulak.

Tiada kesabaran mahu pulang ke rumah manis rumah.

Wednesday, August 8, 2012

.::DAMAI::.

Salam Alaikh

Pagi indah~ *senyum*
Pandang atas, terlihat birunya langit.
Putihnya awan,
Cantiknya sinar mentari.
Cerah, warna emas.
Burung terbang,
Sama riuh keluar mencari rezeki,
Hiasan alam. Cantik.

Pandang bawah,
Konkrit.
Tanda bijak, majunya manusia.
Mana tanah?
Habis bersadur.
Rindu mahu merasa elemen kejadian manusia.
Nyaman kaki bersatu dengan ia.

*tarik nafas*
Sesak.
Hilang nyamannya,
Terasa kotor dengan debu.
Tidak mengapalah, masih boleh bernafas bebas.
Syukur.

Sesuatu menusuk ke kalbu.
Besar anugerahMU TUHAN.
Terlalu besar.
Mohon jadikan aku hamba yang tahu bersyukur.

*betulkan earphone*
~Kerna KAU yang satu, yang setia bersamaku,
  Di kala ku jatuh, ku bangkit kernaMU~

Aku bangkit kerna MU, RABB~

Damai~ Alhamdulillah.




Tuesday, July 31, 2012

Salam Alaikh~

Alhamdulillah. Bahagia rasa hati. *senyum*

Banyak hubungan yang terputus dulu, dengan izin ALLAH tersambung kembali. Kawan yang pernah aku tinggal, aku lupa bila bahagia, satu-satu datang memeluk. Ingatkan aku untuk terus hidup. Hidup ini perjuangan, dan iya, kita pejuang. Aku pejuang.

Alhamdulillah~
ALLAH titipkan aku dengan ukhwah persahabatan. Sahabat dari beberapa belah, yang mana aku tahu akan ada saat susah dan senang aku. Saat bangun dan jatuh aku. Saat gelak dan nangis aku. Aku mohon ya ALLAH, tolong pelihara aku dan ukhwah ini. Mohon ikhlas hati hati kami, ukhwah ini terjaga till jannah~ Mudah-mudahan. Amin.

Alhamdulillah~
Untuk segala nikmat dan ujianMU ya ALLAH. Cukup. Biar aku jadi manusia yang tahu bersyukur. Bahagia itu asasnya letak dalam hati ini. Aku mohon padaMU ya ALLAH, jadikan hati ini hati yang mudah memafkan salah silap orang lain. Jadikan minda ini minda yang cepat melupakan kejahatan orang lain. Amin.

Alhamdulillah~
Tiada nikmatMU yang patut aku dustakan TUHAN.
Mohon aku jadi manusia yang tahu mengambil ikhtibar dari semua ujian. Sedar, KAU rindukan aku kn?

Mudah2an bukan aku selemah-lemah manusia itu.


p/s: teruskan hidup.

Friday, July 20, 2012

Jumaat. 
Jumaat terakhir Sya'ban. 
Marhaban. Marhaban ya Ramadhan.

Alhamdulillah, InsyaALLAH bertemu lagi kita. 
Hati, entah apa warnanya.
Sihatkah dia?
Atau sudah celaka?

Pergi meninggal.
Segala yang menyesakkan.
Semua yang menyakitkan,
Daki dalam hati, tolonglah tanggal.

Tuhan,
Tolong sucikan secebis daging ini.
Bersihkan dengan air ikhlas kemaafan,
Keringkan dengan kekuatan,
Balutkan dengan ketabahan,
Biar utuh, kukuh, ampuh,
Jangan mudah dibiar jatuh.
Jangan mudah dibuat lego,

Didik aku Tuhan,
Didik aku untuk jadi srikandi,
Luar dalam bagai puteri,
Cantik, molek, indah peribadi,

Terima kasih Tuhan,
Untuk segala nikmat dan ujian,

Terima kasih Tuhan,
Sedarkan aku dari mimpi yang bukanbukan

Terima kasih Tuhan,
Untuk kesempatan beRamadhan,
Moga diakhirnya Ramadhan, aku mampu, bangun berdiri kembali.

Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban ya Ramadhan..




p/s: kalian, mohon maaf dari segala kesalahan. Kosong-kosong plis.


Thursday, July 19, 2012


Salam Alaikh..

Hujung minggu aku terlalu ohsem bila dapat back to nature! Ikut member pulang ke kampung, dapat tengok kelapa sawit, pemandangan hijau.. Rasa macam balik ke kampung halaman. Oh memang boleh mendatangkan kerinduan yang amat! Sabarlah hati, lagi sebulan saja lagi. Sebulan saja lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi peladang. Dapat jumpa semua kesayangan.


Ini bukanlah kelapa sawit yah. 
See? Uffff.. Miss my hometown! Bukak mata, hijau. Dengar bunyi kokokan ayam. Ya ALLAH~ Rindu!

Thanks sahabat, untuk keluarga yang kelakar. Berada di tengah-tengah kalian tidak langsung buat aku jauh. Abahmu banyak tutur bicaranya, senda guraunya. Begitu juga dengan emakmu, suka dengar nasihatnya, nampak kasihnya padamu, sahabat. Sanak saudaramu yang mengiyakan kehadiran aku di sana. Bahagianya, ALLAH saja yang tahu. Terima kasih untuk rasa ini. Terima kasih untuk perkenalan aku dengan si kecil ini. Keletahnya menghiburkan. Manjanya menenangkan. Terima kasih dari hati paling dalam.

Tengoklah de ni! Geram!

Si comel ni, nama dia Nurul Atiqah. sangat manja dan yang bagusnya, beliau bukan jenis yang takut dengan outsider. Mahu saja dengan sesiapa. (Time mood baiklah, kalau mood kurang, mahu dengan AB dia saja) Dia panggil ibu dia AB. Hahaha. Lawak. Paling best bila dia datang peluk. Ei. Geram!

Bai sayang, nanti-nanti, ada rezeki kita jumpa lagi yep.
p/s: Terima kasih TUHAN, untuk semua nikmat dan ujian.  
p/s/s: Sahabat, terima kasih. Ingat, sahabat till jannah. InsyaALLAH.
p/s/s/s: Setahun kerja. Selamat ulangtahun setahun bekerja Ara.





Friday, July 13, 2012

Salam Alaikh~

Oh. Jumaat. Again.
Petang ni ada temu janji dengan the girls~ Rindu. Esaited. Lama tidak bersua. Semenjak status bertukar dari cik ke puan, mahu berjumpa itu memanglah susah.

Seharian kemalasan. Lantasan sakit kepala ya amat. Syukurlah beransur pulih. Alhamdulillah.

Usaha menjejaki si dia buntu. Hm, harus bagaimana lagi? Mungkin masih belum diizinkan ALLAH.

Setakat ini, seafood buffet bukan lagi pilihan yang bijak. Selera makan kurang. Pergi ke Flaming Steamboat, Sunway hanya menyaksikan pembaziran. Aiskrim? Pffft~ Boleh di dapati di mana-mana.

Transform diri pelan-pelan. Terima kasih ya ALLAH, untuk semua rezeki dan ujian. Merangkak, bertatih untuk merelakan. InsyaALLAH akan sampai masa, ikhlas hati memaafkan. Sabar, moga kesengsaraan ini ALLAH gantikan dengan lain kebahagiaan. Amin.

p/s: Setahun sharp sampai ke sini. Dan sebulan lebih semua terjadi. Syukur, aku masih bernafas.

Wednesday, June 27, 2012

.::Menghapus Bedakmu, Parodi Menghapus Jejakmu::.

Salam Alaikh~



Hihihi.. Well, lets laugh!

Tuesday, June 26, 2012

Salam alaikh...:-)

Alhamdulillah.. Finally setelah beberapa kurun teringin sangat mahu makan makanan ini. Akhirnya. Haah, burger kawkaw.

Uff.. Sedap tapi tiadalah sedap sangat. Over lah pengacara JJCM tempohari. Lebihlebih lagi aku bukan penggemar daging. Maka ayam yang aku dapat serupa ayam segera burger mcD. Tapi tidak kisahlah.. Janji sudah merasa. Datang lagi? InsyaAllah lain kali.

Lepas makan, untuk firstimernya iolls solat dekat masjid putrajaya di.. Putrajayalah! Bagus. Staff ramah. Besar dan sangat chantek......... Dan sangat ramai outsider.




P/s: syukur... Alhamdulillah...

Monday, June 25, 2012

Salam Alaikh~

Satu yang aku enjoy dengan ujian ialah.. Membaca! Serius. Bila aku involve dengan satu ujian yang aku rasa maha berat untuk aku tanggung, perlahan-lahan aku akan balik, menjadi manusia ulat buku. Baca, cari buku apa saja. Stop, bukan apa saja. Buku yang mampu merangsang motivasi.

Tadi, menuju ke tempat kerja dari rumah kakak aku, aku singgah KL Central atas urusan bulanan. Dan aku dapati ada pesta jualan buku secara murah. Tiada dapat resist untuk menolak dugaan. Damn! Buku bibliography sangat banyak. And mostly, oh, not mostly, overall adalah buku bibliography orang barat. Of course aku sangat-sangat-sangat cari buku yang dikarang oleh Kimora Lee Simon, Fabulosity. Tapi memandangkan itu waktu mahu ke kerjaan, memang susah mahu teliti satu-satu. Rancangannya pulang kerjaan nanti. Siaplah!

This book, please. Hopefully it exist! *sangat berharap*
Yes, I adore her. Orang yang masa mudanya sangat dipandang pelik, akhirnya kepelikan beliau membawanya ke atas. Ok ok, mesti ada yang cakap, baek adore Fatimah al-Zahra, ataupun Siti Khadijah isteri Rasulullah. Baeklah, tapi buat masa ini, mahu baca yang ini dulu. Please, kalau ada sesiapa yang sudah beli and mahu jual, give me a message! *lajulaju buka mudah.my*

Hmmmpfft~ dekat mudah.my non ada!

Berbalik kepada cerita, disebabkan aku memang jenis memandang luaran untuk perkenalan pertama kali, which is not good for ur health *tetibe* makanya, aku mengambil keputusan untuk membeli buku yang ditulis oleh isteri pemain bola sepak England, Wayn Rooney yakni COLEEN MCLOUGHLIN.

You see, cover dia comel.

Buku ni, cerita macam mana dia dari gadis biasa menjadi luarbiasa. Erk, bukanlah dia boleh bertukar menjadi burung atau kucing or watever, tapi disebabkan hidup dia yang normal tiba-tiba menjadi tumpuan bagai, and dia share banyak benda yang dia belajar, share apa yang dia buat, of course kebaikan, macam mana dia jaga diri, jaga kesihatan semua. And paling penting, tips shopping, sebab dia shopaholic katanya. Well, aku sudah start baca dan aku rasa ok. Bahasa mudah faham. Thihihi~

p/s: please, fabulosity!


Sunday, June 24, 2012

Salam Alaikh~

Hai, rileks rileks. Oh. Erm, nampaknya ada orang telah mengabaikan blog sendiri tanpa belas kasihan. Berbulan sunyi tanpa posting. Salahkan pada tahap malas menaip. Hidup pun biasa saja. Turun naik, normal. Penuh warna, ALHAMDULILLAH~

Well~ seme orang tahu sekarang tengah hangat EURO kan? Apa? Biarlah kalau aku juga mahu ikut ikutan update mengenai EURO. Harharhar~

Oh, posting ini ofkoslah berkaitan dengan dia tu. Ehem2~ Siapa lagi kalau bukan.. Ahbam bermata seksi, Mesut Ozil kesayangan. Terbit idea bila dak Rapunzil Ozil kata dak ozil ni sudah tidak seberapa inesen. Well, yah. I can see that dear. Dah nampak makin pemarahnya tu. Masa separuh akhir menentang Greece, nampak beberapa kali dia memberontak. Walaupun hidung kembang kempis sikit bila kamera fokus ke dia. Auch!

Opkos terasa sepertinya EURO kali ini akan diungguli oleh German. Percayalah. German akan menang. Sila jangan jeles. Sekarang pun tengah tercari cari Jersi German. Wiuwiuwiu~

Last but not least. See this picture. Officially become my screenlock. Hot sangat. *pengsan*

*pengsan*
p/s: if only~~~~

Monday, April 30, 2012

.::BERSIH 3.0::.

Salam Alaikh~

Hihih~ baru-baru ini BERSIH 3.0 telah berjalan dengan JAYANYA kan? Maaf, jangan deny. Kamu tahu iya berjaya. Tapi saja deny. Kehkehkeh~ Aku baru saja terjumpa dengan artikel ini. Buat kamu kamu kamu dan kamu yang persoalkan BERSIH 3.0, baca ini. Mudah-mudahan terbukalah minda kalian, BERSIH 3.0 itu apa.

BERSIH 3.0..do you care?

Salam Alaik~..
kisah yg share skit psal BERSIH 3.0..
kepada yg masih lagi x faham..
cerita dibawah adalah copy pasta dri seorng hamba Allah di fb..
semoga dpt mmberi kesedaran... :)
.....................................................................................................


Setengah orang KUTUK saya sebab sertai BERSIH 3.0
Cuba kongsi pengalaman apa yang sebenarnya berlaku di sana pun, saya dipersendakan. Kononnya baru kena tear-gas, dah kecoh. Orang lain kena tembak live-bullet & bom phosphorus di Palestin, tak kecoh macam Bersih (walhal diaorang ni setakat sedut asap rokok je, tak pernah rasa tear-gas CS yang dinaikkan isipadunya)

Malahan, ada yang kutuk duduk rumah lagi baik, Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia, menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan & manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun...

JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”


SAYA YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...

SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN....

Apa pun boleh...




klau kat media massa..ktenyer ni baru 2 orng yg dtg~ LOL




p/s: BERSIH 3.0 ni xde kaitan dgn isu agama, xde kaitan dengan politik.. just duduk bantah yg memohon supaya PRU kali ni bersih,adil dan lain2.. tu saja.. tolong bersihkan hati,minda,jiwa,raga bgi yg still x paham tu..sekian~
"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan."(Annisa':104)


p/s : ini baru satu. Ada baaanyak lagi artikel, bahan bacaan yang perlu kalian baca. Supaya kamu mengerti, BERSIH itu apa. Maka, banyakkanlah membaca yep? Jangan tahu melalak di bawah tempurung saja, sebab aku yakin, perjuangan mereka ini yang kamu kutuk habis-habisan, kalau berjaya, kamu juga akan menikmati faedahnya.

Saturday, April 28, 2012

DOAKU UNTUK KALIAN, BERSIH 3.0!!

UNTUK SEMUA SAUDARAKU YANG MENYERTAI BERSIH 3.0. DOA AKU UNTUK KALIAN. INGIN AKU SERTAI, TAPI WUJUD KEKANGAN YANG TERPAKSA AKU HADAPI. BERJUANG DEMI MASA DEPAN NEGARA. SEMOGA KALIAN SELAMAT DARI UNSUR-UNSUR KEKEJAMAN. MAAFKAN MEREKA YANG MENCACKI MAKI PERJUANGAN KALIAN, MAAFKAN MEREKA, MEREKA TIDAK TAHU, MEREKA TIDAK PAHAM, MEREKA NAMPAK, TAPI TIDAK SAMPAI AKAL UNTUK BERFIKIR. DITUTUP PEMIKIRAN UNTUK MELIHAT KEBATILAN. BERJUANG SAUDARAKU! DOAKU UNTUK KALIAN. TAKBIR! ALLAHU AKHBAR!

Monday, April 23, 2012

Salam Alaikh~

Nampaknya seolah olah sudah dua ratus tahun aku biarkan blog ini gersang. Gersang tanpa new post. Entah, jadi malas mahu update. Jadi malas mahu menaip. Bukan aku tidak log in ke blog ni. Log in, tapi lebih kepada mahu melihat update blog lain. Mahu melihat, mengetahui perkembangan semasa. Apa sudah jadi dengan negaraku Malaysia. Pergh. Semangat~

Pilihan Raya tahun ni, entah jadi entahkan tidak. Aku nampak makin lama, makin meroyan satu pihak ni, makin nampak kebatilan, makin nampak teras perjuangan mereka berlandaskan, 'duit rakyat, duit aku, duit aku, duit akulah~' Nyaman. Kenyang tengok kau berbelanja ikut suka. Tanpa fikir pihak yang menanggung derita. Rakyat marhein seperti akulah. Damn. Tidak sabar menunggu next election, mahu lihat kau dan kroni kau gulung tikar. Mahu tengok nafas baru, negaraku. Oh. Buat kamu mahasiswa, teruskan perjuangan. Aku sokong kalian dengan doa. Moga di makbul ALLAH ta'ala.

28 April 2012. Satu lagi sejarah bakal dicipta. BERSIH 3.0. Mahu join, tapi memikirkan kakak sendiri bakal bertugas mengawal situasi, aku jadi.. Aaa.. Cemana ni?

Ehsan guggly
Walau jauh diperantauan, rasa rindu mahu menjahit. Siap dua pasang seluar dijahit hujung minggu lalu. Perancangan seterusnya, jumpa saja kedai jahit yang boleh jahit tepi, on. Susah bila tiada mesin jahit tepi. Tapi semua itu bukan alasan, hendak seribu daya, tak hendak, berdalih dalih la kau sana. Mahu jahit terus kurung aidilfitri tahun ni. InsyaALLAH. Siap rancang untuk jahit satu family. InsyaALLAH, jika cukup masa dan iltizam tinggi. Kehkehkeh~ 

Progress mahu jadi wanita celik memasak makin mantap. Apa? Iya aku kasar. Memang kasar, tapi dalam hati ada taman tahu *shy*
Bukan kekasaran yang dilihat bila memasak di dapur. Ye dak? Janji punya keinginan mahu berubah. Maksud aku, berubah dari pandai masak ke pandai masak. Gittew~
Mantap ittew untuk level aku lah. At least sudah pandai mengagak rasa, ini kurang, perlu tambah itu. Masak itu juga satu seni bukan?

Kesihatan. Uff~ kesihatan makin kurang. Merisaukan sekarang ni bila selalu tumpah barang, terlanggar benda. Walau sudah ingatkan diri sendiri untuk berhati-hati. Migrain selalu melanda begitu juga dengan gastrik. Aku suspek semua ni gara-gara Encik Stress yang selalu mengganggu.

Oh. Minggu lalu hari Khamis, aku langgar myvi guna myvi bos aku. Mantap. Memang cetek la duit gaji untuk bulan ni. Tapi sabarlah, pasti ada hikmah atas segala yang jadi. InsyaALLAH.

Apa lagi?

Itu saja.


Wednesday, February 22, 2012

.::Magic:Dari Fridge Terus Ke Tong Sampah::.

Salama Alaikh~

Ya ya ya.. Semalam aku baru post je publish satu post. Hari ini aku mahu publish lagi. Tidak payahlah mahu memerli ya kamu kamu kamu kamu di sana ittew~ Benci~

Aku kan. Sudah lebih kurang 5 bulan menyewa di rumah tersebut. Berhousematekan dua orang budak cina yang datang dari China. Ha. Gittew kekdahnya. Awal-awal tu memang tiada masalah. Lebih lebih lagi kami mengamalkan gaya hidup bebas. Heyp! bukan bebas yang gitu gitu. Bebas. Kau buat hal kau, aku buat hal aku.

Tapi makin lama, aku makin neves. Bila barang aku dan member, (ya ya, aku share bilik) di dalam peti ais pandai berpindah tempat ke dalam tong sampah tanpa izin. Mula mula tu, suspek macam.. Erm.. Mungkin aku hilang ingatan, terbuang barang tanpa sedaw.. Yelah~ kan, umur pun dah tua ni. Mungkin la penyakit pelupa makin kronik.

Tapi, makin lama, rasa neves tu makin meneveskan.. Haa~~ Giteww kekdahnya!

And lagi teruk bila beli telur sekotak, kami hanya mampu makan bukan sejumlah sekotak. Ala.. Macam angry bird tu.. Ada babi curi telur tu kan. Tapi korang tidak perlulah pesimis terhadap aku. Bukanlah aku ingin mengatakan mereka babi. Tapi aku cuma menyinonimkan perbuatan mereka ittew~ sama kan? sama kan? Cuma yang tidak samanya, aku bukanlah bird!

Oh yah, kejadian buang barang orang dari fridge ke tong sampah itu selalu berlaku bila beliau balik dari China. Yalah.. Macam korang jugak, kalau mahu balik ke asrama, mak bekal itu ini. Tiada space untuk barang dia, barang orang dibuangnya. Molek sangat perangai. Siaplah~ sekali lagi dia buat, kompom aku pindah rumah!

*search at mudah.my*

p/s:korang bleh suggest tempat tinggal murah yang fully furnidh dop?

Tuesday, February 21, 2012

.::New Blogshop::.

Salam Alaikh..

Oh. Hiatus yang sangat panjang. Maafkan aku. Tapi serius tengah bz. Bz yang amat. Amat sangat. Sehinggakan Nuffnang pun sudah berhenti bagi BE. *nanes*

Tengok! Untuk Januari saja, hanya satu post? Memang the bad history ever. Satu? Satu saja?

Untuk Februari pun, ini nasib sempat catch up. Bangun pagi pagi, tengok kalender. Apa???!!! Sudah 21 hb Feb 2012? (belakon) Yang hari sebelumnya ittew rasa macam belum dilalui. Over kan?

Oklah oklah. Biar aku bagi satu reason kenapa blog ini sudah kelihatan seperti terabaikan. Sebab aku berjaya melahirkan satu lagi blog. Iya, memang. Aku curang dengan blog yang ini. Miahahahahahahaha~

Kalau korang rajin, and especially untuk the ladies out there yang suka membeli belah shopping secara online, u guys can click the colourfull link below.


Hins hins hins *kembang hidung*

Haah, thats my blogshop. No no no. Not my. Our blogshop. Build by me and my friend. Kalau dah klik tu, sekali lah tolong folow, and sekali jugaklah beli apa apa yang belom orang lain beli yah. Jangan risau, harga aku bagi murah. Korang cakap je korang salah seorang follower blog aku yang ini, aku pasti bagi murah dengan pengurangan harga sebanyak seringgit. Hewhewhew~ Apa? Tidak cukup? Ok lah tu. Hey, bagi sokongan boleh? (memaksa)

Setakat ini, sambutan memang menggalakkan. Kalau korang tidak percaya, ha pegi tengok. Banyak tudung sudah sold out. Tinggal beberapa helai saja lagi. Cepatlah korang sebelum semuanya habis di ambil orang. *gaya mak bedah*

Mari aku bagi preview sikit.




Ha, chantek kan? Banyak lagi dekat TUDUNGSEMASA COLLECTIONS~


Thursday, January 26, 2012

.::Kehilangan::.

Salam Alaikh~

Kehilangan. Seekor kucing kesayangan. Berita disahkan oleh penanam bangkai beliau sendiri yakni adek haku. Jantan. Ya jantinanya. Juga namanya. Jantan. Setelah bertahun, akhirnya dia pergi dulu. Lebih dulu dari mak mak and bapaknya. Mila, Nana and Adib. Punca kematian, bisul. Bisul seekor kucing. Uff. Sedih. Last tengok dia, 7 bulan yang lalu.... *nanges*

masa muda muda
'Kau pergi jua... Setelah cinta ini membara~' *pegang mic*

Ehem! Ok stop. Tiba tiba karok lagu sedih. Sudah lah!

Gong Xi Fa Choyyyyy! *tiba tiba*

Ok untuk kamu ahlong, ah pek dan juga ahmoi. Selamat tahun baru naga.

Pemalas tahap gaban. 26 hari di tahun 2012 baru mahu update ini blog. Pengsan tengok sesawang di mana mana. Tapi haku tipu korang. Haku tiada lihat sawang pun. Muahaha~ Sebab tu haku kurang rasa bersalah sebab tidak menghapdate blog dengan kadar berirama.

Malas mahu tanya azam kalian. Sudah telat. Azam aku? Biarlah rahsia. Tapi azam tahun lalu, ya. Almost tercapai. Hahahahahahahahaha *gelak sambil cekak pinggang*

Lesen. Ya sudah ada.
Graduate. Ya, sudah.
Kerjaan. Alhamdulillah. Sedang (curi tulang online time kerja)
Good in english. Okbai.

Tiga teratas dapatlah. Alhamdulillah. Yang ke empat itu masih sedang belajar dan terus belajar.

p/s : aku juga sedang dalam chenta. Harharharhar. Ok jangan sebok.
p/s/s : tolonglah kau jangan mendownload macam macam. Gara gara kau internet sangat lembap, lembap!