Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Tuesday, July 31, 2012

Salam Alaikh~

Alhamdulillah. Bahagia rasa hati. *senyum*

Banyak hubungan yang terputus dulu, dengan izin ALLAH tersambung kembali. Kawan yang pernah aku tinggal, aku lupa bila bahagia, satu-satu datang memeluk. Ingatkan aku untuk terus hidup. Hidup ini perjuangan, dan iya, kita pejuang. Aku pejuang.

Alhamdulillah~
ALLAH titipkan aku dengan ukhwah persahabatan. Sahabat dari beberapa belah, yang mana aku tahu akan ada saat susah dan senang aku. Saat bangun dan jatuh aku. Saat gelak dan nangis aku. Aku mohon ya ALLAH, tolong pelihara aku dan ukhwah ini. Mohon ikhlas hati hati kami, ukhwah ini terjaga till jannah~ Mudah-mudahan. Amin.

Alhamdulillah~
Untuk segala nikmat dan ujianMU ya ALLAH. Cukup. Biar aku jadi manusia yang tahu bersyukur. Bahagia itu asasnya letak dalam hati ini. Aku mohon padaMU ya ALLAH, jadikan hati ini hati yang mudah memafkan salah silap orang lain. Jadikan minda ini minda yang cepat melupakan kejahatan orang lain. Amin.

Alhamdulillah~
Tiada nikmatMU yang patut aku dustakan TUHAN.
Mohon aku jadi manusia yang tahu mengambil ikhtibar dari semua ujian. Sedar, KAU rindukan aku kn?

Mudah2an bukan aku selemah-lemah manusia itu.


p/s: teruskan hidup.

Friday, July 20, 2012

Jumaat. 
Jumaat terakhir Sya'ban. 
Marhaban. Marhaban ya Ramadhan.

Alhamdulillah, InsyaALLAH bertemu lagi kita. 
Hati, entah apa warnanya.
Sihatkah dia?
Atau sudah celaka?

Pergi meninggal.
Segala yang menyesakkan.
Semua yang menyakitkan,
Daki dalam hati, tolonglah tanggal.

Tuhan,
Tolong sucikan secebis daging ini.
Bersihkan dengan air ikhlas kemaafan,
Keringkan dengan kekuatan,
Balutkan dengan ketabahan,
Biar utuh, kukuh, ampuh,
Jangan mudah dibiar jatuh.
Jangan mudah dibuat lego,

Didik aku Tuhan,
Didik aku untuk jadi srikandi,
Luar dalam bagai puteri,
Cantik, molek, indah peribadi,

Terima kasih Tuhan,
Untuk segala nikmat dan ujian,

Terima kasih Tuhan,
Sedarkan aku dari mimpi yang bukanbukan

Terima kasih Tuhan,
Untuk kesempatan beRamadhan,
Moga diakhirnya Ramadhan, aku mampu, bangun berdiri kembali.

Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban ya Ramadhan..
Marhaban ya Ramadhan..




p/s: kalian, mohon maaf dari segala kesalahan. Kosong-kosong plis.


Thursday, July 19, 2012


Salam Alaikh..

Hujung minggu aku terlalu ohsem bila dapat back to nature! Ikut member pulang ke kampung, dapat tengok kelapa sawit, pemandangan hijau.. Rasa macam balik ke kampung halaman. Oh memang boleh mendatangkan kerinduan yang amat! Sabarlah hati, lagi sebulan saja lagi. Sebulan saja lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi peladang. Dapat jumpa semua kesayangan.


Ini bukanlah kelapa sawit yah. 
See? Uffff.. Miss my hometown! Bukak mata, hijau. Dengar bunyi kokokan ayam. Ya ALLAH~ Rindu!

Thanks sahabat, untuk keluarga yang kelakar. Berada di tengah-tengah kalian tidak langsung buat aku jauh. Abahmu banyak tutur bicaranya, senda guraunya. Begitu juga dengan emakmu, suka dengar nasihatnya, nampak kasihnya padamu, sahabat. Sanak saudaramu yang mengiyakan kehadiran aku di sana. Bahagianya, ALLAH saja yang tahu. Terima kasih untuk rasa ini. Terima kasih untuk perkenalan aku dengan si kecil ini. Keletahnya menghiburkan. Manjanya menenangkan. Terima kasih dari hati paling dalam.

Tengoklah de ni! Geram!

Si comel ni, nama dia Nurul Atiqah. sangat manja dan yang bagusnya, beliau bukan jenis yang takut dengan outsider. Mahu saja dengan sesiapa. (Time mood baiklah, kalau mood kurang, mahu dengan AB dia saja) Dia panggil ibu dia AB. Hahaha. Lawak. Paling best bila dia datang peluk. Ei. Geram!

Bai sayang, nanti-nanti, ada rezeki kita jumpa lagi yep.
p/s: Terima kasih TUHAN, untuk semua nikmat dan ujian.  
p/s/s: Sahabat, terima kasih. Ingat, sahabat till jannah. InsyaALLAH.
p/s/s/s: Setahun kerja. Selamat ulangtahun setahun bekerja Ara.





Friday, July 13, 2012

Salam Alaikh~

Oh. Jumaat. Again.
Petang ni ada temu janji dengan the girls~ Rindu. Esaited. Lama tidak bersua. Semenjak status bertukar dari cik ke puan, mahu berjumpa itu memanglah susah.

Seharian kemalasan. Lantasan sakit kepala ya amat. Syukurlah beransur pulih. Alhamdulillah.

Usaha menjejaki si dia buntu. Hm, harus bagaimana lagi? Mungkin masih belum diizinkan ALLAH.

Setakat ini, seafood buffet bukan lagi pilihan yang bijak. Selera makan kurang. Pergi ke Flaming Steamboat, Sunway hanya menyaksikan pembaziran. Aiskrim? Pffft~ Boleh di dapati di mana-mana.

Transform diri pelan-pelan. Terima kasih ya ALLAH, untuk semua rezeki dan ujian. Merangkak, bertatih untuk merelakan. InsyaALLAH akan sampai masa, ikhlas hati memaafkan. Sabar, moga kesengsaraan ini ALLAH gantikan dengan lain kebahagiaan. Amin.

p/s: Setahun sharp sampai ke sini. Dan sebulan lebih semua terjadi. Syukur, aku masih bernafas.