Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Tuesday, October 30, 2012

Semalam semalam (read: dua malam sebelum) lepak mamak, jumpa member.
'Ayah sakit, angkara dengki, busuk hati' #risau
'Sekarang dia mahu hantar untuk seluruh keluarga'

#tepuk dahi

Apa mahu jadi dengan umat manusia masa kini?
Mana pergi hati nurani?
Bagaimana boleh hilang perasaan insani?
Apa kau fikir hidupmu panjang tanpa berjabat dengan mati?
Apa sangat lah kau kejar dengan duniawi ini wahai si pendengki?

Dengki~
ALLAH HU RABBI~
Mohon dilindungi dari sifat sebegini.
Mohon dijauhkan dari merosakkan diri.


Dengki.
Wujudnya tersembunyi.
Duduk diam dalam hati.
Kadang-kadang hadirnya tanpa disedari.

Kadang-kadang #klise

Kau sedar, cuma turut atau tidak sahaja jawapannya.
Kau turut, mati lah kau.
Puaskah?
Tengok orang yang kau dengkikan menderita?
Puaskah tengok keluarganya sakit angkara kau yang ikut rasa?

ALLAH~
Timbang tara kejadian sekeliling,
Yang namanya manusia itu akan selalu lupa.
Hidup ini bukan untuk selama-lamanya.
Hidup ini bukan tentang kau saja.
Kalau hari ini kau susah, yakinlah kau, susah itu hanya sementara.
Dan andaikata hari ini kau senang, Hamdalah~ bersedialah, sebab yang senang itu juga akan ada penghujungnya.
Tiada kekal.
Sedarlah kau, tiada kekal.

Buat peringatan untuk aku jua.
Berbuat baiklah sesama makhluk.
Baik yang biar datang dengan ikhlasnya niat.
Lumrahnya manusia,
Sedangkan ada yang baik pun buruk balasnya,
Apatah lagi jika buruk diberi dari awal.

Nauzubillah~

Jauhkan aku Ya RABB~
Jauhkan aku dari sifat-sifat yang menjauhkan aku dariMU.
Dari rahmatMU.
Dari kasih sayangMU.




p/s: Mohon teguh prinsip diri. Amin!

Saturday, October 27, 2012

Perayaan Hari Raya Eid Adha kali ini adalah sangat simple.
Bangun pagi. Solat raya. Salam. Makan. Tengok tivi. Bergomolan. Makan. Tengok tivi. Menggigit. Makan. Online. Makan.

Cuba kira berapa kali perkataan makan terjadi. Begitulah ciri ciri gadis gemuk yang meraikan raya secara SEDERHANA. Motip sangat tibatiba capslock.

Bosan bosan di petang raya kedua sememangnya mengundang aktiviti personality quiz. Jadi hari ini, aku memilih untuk menjawab quiz 'What animal are you and your magical ability'. Dulu masa interview dengan CIMB, interviewer tanya, kalau aku diandaikan sebagai binatang, aku ini jenis binatang apa?? Bolehlah siap sebuah kek sementara tunggu masa untuk aku berfikir. Jujur aku buntu. Binatang apakah aku ini? Last-last.. ok, lets keep it secret.

So, untuk jawapan quiz di atas,

You are a hawk. Hawk people are intelligent, and love to be around and know about other hawks,. You are fast and friendly but can fierce and dangerous when you want. People come to you to pass messages and get news. The powers of the three stages for Hawk are; 1st- better eyes sight and faster reflexes 2nd- Be able to feel other hawks' minds and where they are 3rd- message other hawks via your mind over long distances.
Extras are you are able to guesstimate (although not always right) what animal someone will get. What kind of Hawk you are depends on where you live and your appearance.

result image
Me as a HAWK!
 Hihi. Haah, me as hawk. Selepas ni, boleh lah buat gorengan kalau interviewer tanya soalan yang sama. 

Setuju atau tidak. Well~ Biarlah rahsia. Again. Hahahah~!

p/s: tiada kaitan dengan kau. Tapi kalau mahu terasa juga, apa boleh buat~

 


Thursday, October 25, 2012

Sayang.

Kau kira itu apa?
Mainan murahan?
Tiada harga?
Sesedap rasa laju terucap lidah sepertinya sudah biasa.

Sayangmu untuk semua.
Begitukah inche?

#Senyum

Maaf. Sayang saya punya harga.
Mungkin tidak setinggi nilai sayang makhluk lain.
Tapi cukuplah kamu tahu,
Sayang dari saya bukan mudah.
Setakat ayat manis, pantas kamu tahu,
Kalis.
Saya kalis ayat manis.


Ayat manis sebegitu saya boleh kutip di jalanan.
Banyak.
Dari mereka gelandangan cinta.
Kasihan kan?
Oh, mungkin kamu juga sebahagian dari mereka? Mungkin.

Kachak luar.
Bolehlah.
Boleh blah!

p/s : hati saya bukan lego. Okbai!

Ihsan Inche Google

Monday, October 22, 2012

Orang kata, bila si gadis masak terlebih masin, maknanya jodoh beliau sudah makin hampir.

#Malu

Maknanya, Ikan sambal aku yang terlebih masin itu menjadi bukti dekatnya jodoh aku dengan beliau? Begitukah? Kehkehkeh.. Sesungguhnya itu adalah mengarut. Member sampai kebas lidah merasa kemasinan ikan sambal berlada, aku pula boleh berangan berjumpa dengan bakal imam yang ALLAH cipta untuk aku?? Memang boleh mengundang pitam.

Ok straight to the point, no belok belok. Semalam mencoba resepi baru. Ikan sambal berlada. Tapi nampaknya kena mencuba dengan lebih gigih untuk menyeimbangkn rasa. Masin sangat. Cik Nhazwa cuba untuk bersopan dengan mengatakan, 'mungkin tahap rasa kemasinan kita berbeza' damn adalah sangat menyentap ulu jantung terus ke usus besar nyah. Bukan sebab kerana beliau mengomen masakan aku, tapi disebabkan komen yang tidak jujur bagi aku. Macam mana aku akan membangun diarena permasakan ini kalau komen adalah tidak telus?? Makanya, saya bantah yang arif! Tapi sebenarnya, apa yang aku pinta adalah, sila bagi komen yang jujur. Biar aku tahu di mana silapnya. Lepas ini boleh masak dengan lebih baek. Tak gitteww??

HAHAHA~ *ko dah kenapa tiba tiba seja ketawa!*

Oh, kalau kau tanya kenapa susah sangat aku mahu bagi kepercayaan aku pada seseorang. Aku ada sebab. Well. Aku ada sebab. Motip sangat sampai ulang dua kali bukan?

Percaya dari aku itu kenalah kau gain. Dia tidak datang selonggok seperti itu saja. Mungkin kelihatan cruel, tapi hakikatnya, aku kena melindungi diri sendiri. Cukup dengan apa yang pernah aku lalui. Mohon ALLAH, palis palis. Jauhkanlah. tapi andaikata terjadi lagi, ya redhalah yang pasti. ALLAH knows the best. ALLAH knows the best. Sebab aku masih berpegang pada kata kata, contohnya seperti, everything happened for a reason mungkin? Iya, pasti ada hikmah untuk setiap kejadian. Pasti. So jangan question kenapa aku banyak berahsia. Jangan question kenapa ini begini, itu begitu. Yang pasti perisai itu untuk aku, dan mereka disekeliling aku. Kehkehkehkeh~ Haah, aku bakalan pergi berperang. Lagi mau tanya??

Senang hati. Satu hari satu surat dari Dia, Bila baca hati jadi semacam. Terima kasih, kekasih.

p/s: hidup kena ada prinsip. Pegang pada prinsip. jangan lekas lupa. Bila urusan dunia buat kau tidak tenang, carilah ilmu akhirat nescaya jiwa akan kurang getarannya.

Saturday, October 20, 2012

"Ara.. Minyak masak dah habes.. Kunyit xde, Cili boh pun xde.. Habeslah.. Camana nak masak.." #Mengucing

"Minyak masak habes? Bukan ada lagi ka?" #BermukaToya

"Ade.. Tapi takut ta cukup.." #Mengucingagain

"Nak orang pegi beli tak?" #Rollingeyes

Jawapan sepantas kilat "Nak! Hehehe. Duit dalam dompet. Yeay!"

Tak yah duit dalam dompet sangatlah. Hengat aku miskin sangat xmampu beli tiga barang tersebut?

Capai tudung, sarung cardigan. Sepertinya perasaan ini persis berada di rumah kampung. Bilamana ada bahan yang tiada, maka segera ke kedai. Tapi opekos bukan aku. Apa guna adik ramai kalau aku jugak yang kena pergi mengedai. Apakah ayat mengedai?? Kehkehkehkehkeh~

Alhamdulillah. Hidup indah. Makin indah. Walau tidak sesenang mana, Tapi still.. Syukur ya ALLAH. Untuk semua nikmat dan ujian.

Punya sahabat. Punya keluarga. Cukup. Sangat cukup. Saaangat. Tinggal berusaha bahagiakan mereka.

Isnin nanti mula dengan kerja baru. Oh. CSE sangat mencabar. Sampaikan tidak tercabar diriku ini. Pengsan layan karenah manusia.

Tibatiba teringin makan ikan masak sambal berlada. Nor Azzua, sila kamu bersedia. Pinjam dapur okeh. Apa? Xnk? Ada aku kesah. Aku kata aku mahu, maka mahulah.

Banyak benda mahu urus selepas ini. Cari rumah sewa baru. Biar dekat dengan tempat kerja.
Fokus dengan kerja baru. Satu satu matlamat harus dicapai.

Oh untuk kamu, walau kemungkinan besar kamu tidaklah membaca blog picisan ini, sila kamu jangan berharap. Kawan. Cukup sekadar kawan. Sampai itu saja aku mampu. Mahu lebih? Boleh pergi. Bai!



p/s: Kesayangans~ Korang siyes sangat sangat mewarnai hidup iolls. Thnks uolls.. Ada hikmah kenapa ALLAH temukan kita. Sayang uolls sangat2! Miaww~