Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Tuesday, January 29, 2013

Tadi--
Sembilanempatpuluhtigapagi
Dihari bertarikh duapuluhsembilansatutigabelas

Jiwa haus lapar ilmu.
Raga kontang gersang cahaya.
Alhamdulillah--
Dengan izin.

Dengan izin Sang Maha Pemurah.
Digerakkan hati menuju ibadah.
Menuntut ilmu itu kan juga ibadah?

Akhirnya bertemu jasad dia yang terpilih.
Terpamer depan mata walau samar.
Jauh.
Dek ratusan jiwa-jiwa yang sama dahagakan setitis ilmu.

'Mahabbah Cinta'

"Seronoklah. Tenanglah. Bahagialah orang-orang yang bertaqwa"

"Cuba kenali Rasulullah. Ciptaan Allah terpaling agung. Tahu tidak? Nama penuh baginda sehingga ke datuk moyang?"

Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

--senyap

Malu sebenarnya.
 
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murroh bin Ka'ab bin Luai bin Gholib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Hafal dop?
Okbai.

Monday, January 21, 2013

Dulu kan.
Pernah ada seseorang cakap.

'Hidup ini bukan tentang kau seorang'

--Dengar.

Yah.
Bukan tentang aku seorang. Bukan tentang kau seorang.

Hidup ini tentang berorang-orang.
Tentang banyak benda.
Terlalu banyak.

Jadinya.
Untuk kau.
Biar aku ulang.


HIDUP INI BUKAN TENTANG KAU SEORANG.


Apa saja yang aku nukilkan.
Apa saja yang aku taipkan.
Apa saja yang aku katakan.

Ku katakan indah buat kau.

MOHON JANGAN TERASA.

Perkara kita itu sudah sepenggal berlalu.
Hal kau, sungguh tidak pernah aku mahu ambil tahu.

Mungkin apa yang aku kata--
Kau terasa.

Tapi,
Persoalannya.
Kenapa? Kenapa mahu terasa?

Mungkin.
Aku yang keluarkan statement tu. Agak-agak, kalau si polan yang kau tidak kenal, keluarkan ayat yang sama, soalan aku, adakah kau akan terasa? Jawab, mohon jangan bias.

*senyum*

Kau manusia bijak.
Kelahiran universiti lebih tinggi dari degree.
Kau berfikiran positifkan?
Positifkan lagi.
Positifkan lagi.
Positifkan lagi.
Positifkan sampai kau tiada berburuk sangka. Terutamanya untuk aku.
Buat. Jangan asyik keluar di mulut. Sedangkan hati, minda kau masih begitu.

Kau.
Tengok hadapan jangan pandang belakang.
Jangan dijenguk-jenguk blog yang tiada apa ni. (aku tahu kau buat-- untuk apa masih mengintai?)



p/s: cukuplah setakat unfriend. jangan sampai niat aku ke tahap blok. Tapi kalau kau mahu, yah aku persilakan Bukan kau tidak pernah buat dahulu kan? Bukan apa, aku cakap kau terasa. Aku cakap kau terasa. Kasihan kan kau?



Monday, January 14, 2013

Dulu--

Aku pernah ada kami.
Aku. Dia. Kami.
Aku pernah ada.
Dianugerahkan rasa bersama.
Aku perlu kau untuk terus rasa ada.
Untuk terus rasa lengkap.
Kau perlu aku untuk dijaga.
Untuk rasa terpelihara.

Tapi khilafnya.
Ah. Klise.Pernyataan selalu guna dek manusia seperti aku.
"Aku manusia selalu lupa"
Terus-terusan alpa.

Masa kau dengan aku sayang~
Yakin aku kau akan sentiasa wujud.
Ada untuk aku.
Sampainya aku yakin,
-- Malah terlalu yakin.
Kau akan selalu ada.
Sentiasa bersedia apa adanya untuk aku.
Terima buruk baikku.
Terima sempurna kekurangan ku.

*diam*

Aku lupa.
Kau juga makhluk biasa.
Bukan malaikat sabar tahap dewa.
Bukan superhero kebal dengan duga.

Tiba detik
Masanya kau berserah lemah.
Kalah.
Kau kalah dengan semua kesakitan yang aku hadiahkan buat KITA.

Tapi sayang~
Kalau iyapun kau kalah.
Tapi kenapa reseptor sakit aku yang teraniaya?
Berdenyut-denyut lahai~ Sakitnya bak kata orang tua~
"Sakit kedua selepas sakit bertarung nyawa menyambung zuriat"
(Over kan?? Kau dah kenape dengan hidup kau Jemaaaah~)


'Makan, makan lah lagi yang manis-manis'
Marahku pada diri sendiri.
Eh, boleh marah diri sendiri.

Sayang ku Raymond.
Kerlas nama gigi Raymond.
Cepat baik. Janji xmakan manis kerap sangat.
Seminggu dua tiga kali ya?
Pelis sembuh jangan uji hubungan kita sampai macam ni sekali.
Kang aku jumpa dentist kang, ada jugak kau jadi EX ni.
Ex gigi.

Orait2.
Baiklah Juna, xterus cabut. Tampal. Menggelupur cepat sangat nak marah orang kan??

p/s: Semalam genap sebulan jadi bukan lagi penganggur. Alhamdulillah~

Sunday, January 13, 2013

TigabelasSatuTigaBelas..

Terjaga dari lena pukul 2:49 pagi
Terkebil-kebil.
Rencana tergendala.

Cait. Bakpe ngantuk naw anak dara sorang nih??
Lena sejak maghrib membawa ke dinihari begini.
Ish ish ish.
Padahal tiadalah berbuat kerja berat sangat sepanjang hari.

Bangun. Laundry. Kemas rumah.
--
Sirius. Itu saja. Jadi kenapa lenanya sampai sebegitu?

Hihi. Mesucing.
Memang ini harinya--
Letih tahan hati
Mahu khabarkan tentang perasaan.
Sengaja dipilih tarikh ini.
-13113-

Nah.
Tiada perjanjian.
Ambil. Nikmati.
Selagi ada waktu.
Aku ditambah dengan kau. Jadi KITA. Jadi KAMI.

p/s: kesal. HKR finale masih tidak jua aku terjoinkan.

Wednesday, January 9, 2013

Sembilansatuduaributigabelas.

Genap lagi setahun usia berganda. Kepada tujuhbelastahun.
--

Terima kasih keluarga. Untuk doa dan ucapan yang terawalkan sehari. Apakah? Eksaited atau lupa tarikh besday sebenar??
Terima kasih sahabat. Terima kasih untuk tarikh yang tidak kalian lupakan.
Terima kasih Juna-- Untuk apa yang jadi semalam. Enjoice.

Pertambahan umur.
Pertambahan dekat dengan kubur.

Baiklah.
Okbai.

p/s: Mana sebuah kek seperti yang dijanjikan?
p/s/s: Terima kasih persalinan yang terironkan. Hahahaha. Thanks juna!

Tuesday, January 1, 2013

01012013 aku hanyalah seperti hari-hari biasa.
Bangun pagi. Buat breakfeast for two, picit jerawat. Buat sudoku. Keringkan rambut. Tidur. Masak tengahari. Makan aiskrim. Keluar dengan dak jc. Jalan-jalan di tesco baru buka. Balik. Bermalas-malasan. Mandi. Iron baju. Buat susu. Makan epo. Makan collagen rumpai laut. Pakai stoking. Dan sekarang bersedia untuk lari dari kenyataan (baca: tidur)

Cuti sudah habis maka esok akan bekerja di tahun baru.

Berdebar. Tuan besar sudah mari.

'Tahun ni tahun sayang. 2013'
*senyum*

In shaa Allah.

Doa yang terbaik.

P/s: Aku. Maafkan kamu. Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku.