Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, April 26, 2013

Sesungguhnya, dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Hari ini. DuaPuluhEnamEmpatTigaBelas. Jumaat.
Dijemput pulang Timbalan Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri)
Datuk Sharuddin bin Ibrahim ke pangkuan Yang Maha Esa.

Terkejut. Kecoh satu bahagian. Al-maklum, kejadian berlaku di dalam kawasan Putrajaya, sebelah balai polis dan di dalam negara paling aman. Ironi huh?

Entahlah. Terkesanlah. Tahulah. Sedar 100% semua itu hanya asbab kematian. Sudah termaktub begitu jalan kembalinya arwah.Tapi, memikirkan hati keringnya pembunuh, sanggup meragut nyawa manusia lain, di Malaysia ini.. *sigh*

Ya ALLAH..
Selamatkanlah negaraku.
Lindungilah tanah tumpah darahku ini.
Kau bukaanlah hijab yang menyembunyikan kebenaran.
Aku mohon ya ALLAH,
Lemahkanlah pihak yang menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Kau hancurkanlah pemimpin zalim yang mempergunakan rakyat jelata.
Kau hancurkanlah, mereka-mereka yang bertanggungjawab atas kematian arwah.

Amin.

Thursday, April 25, 2013

Resepi Mangga Sagu

Bismillahirrahmanirrahim~

Hari ni, kena sopan sikit. Sebab hari ini mahu berkongsi ilmu. Al-maklumlah. Entry sebelum ni pasal Mango Blended tu mendapat sambutan yang sangat GAH. Ko mampu? Walhal dua orang je nye pun yang minta share resepi. Tapi, walaupun dua orang je, yang sorang tu mak buyung sebenar. Yang sorang lagi tu kembong banyak angin kot. Hahahaha. Gelakkan orang, walhal~ Nyah Arjuna-lah sangat. Mak mintak mahap k nyah. Gurau okay.. Gurau~

Okaylah. Sudah seperenggan kau melalut pehal? Terus berkongsi mari.

Bahan-bahan
  1. Beberapa biji mangga ikut tahap pernafsuan masing-masing. Agak-agak eh? Membazirun itu amalan syaitonnirrojim.
  2. Susu Cair
  3. Susu pekat/ Krimer pekat
  4. Ais kiub
  5. Gula
  6. Susu Full Cream dutch lady (Optional)
  7. Sagu (Optional)
Cara- Cara
  1. Kupas kulit mangga dan hiris kecil-kecil
  2. Masukkan bahan 1, 2, 3, 4, 5, 6 ke dalam blender yang dapat masa kawin hari tu kan. Ha, masanya ni lah nak guna.
  3. Kalau ada sagu, then letak sagu. Gaul.
  4. Minumlah dengan penuh gembira.
Bebeb sekalian. Semua sukatan bergantung pada kalian. Kalau mahu manis, letak gula lebih. Kalau namo manis, then letak sikit-sikit sudah. Okay? Chare dop?? Masa beli mangga hari tu, aku beli yang sek sek gini:
Gambo aku curi dekat google. Tapi yang gini lah. Siyes manis rasa nak nanges jah. Over.
Korang. Sebenarnya iolls xreti sangat pun nak explain nih. Benci. Bila baca balik rasa nak cakar dinding je. Tapi, adalah eh? Hopefully korang boleh paham. Wuwuwuwuw. Nak g nanes kat tandas jap.


Wednesday, April 24, 2013

Hari ini. Ada hari TTP. TTP stand for Treasury Transformation Programme. Ala. Kan bekas PM kita ahbam Jib buat GTP tu.. Government Transformation Program dengan tujuh NKRA. So untuk Kementerian Kewangan, hari ini hari sambutan untuk menyokong Transformasi nilah kekdahnya. Aku suka jugak Transformasi ni. Tapi kalau transform nak dekat-dekat pilihan raya, baik tapayah la.. Macam- macam aktiviti ada. Paling hebak, dikir barat. Siryus terhibur. Terkenang zaman muda remaja dulu. Sekolah aku selalu johan seluruh Sabah untuk dikir barat. Memang hebat.

Masuk lambat, so sempat nampak yang kedua dari lima penyertaan
Ha, nampak tak permainan dia di situ? Semakin dekat ke pentas. yang ini penyertaan ketiga
Masuk kumpulan ke empat. Tajuk kumpulan? Pahlawan Transformasi. Kerlas~





Liplab beb. Wakil bahagian kamiorang. *kembang idung*
Entrance, hebaaaak~
Oh, peminat. Nanti iolls up resepi okay. No wery. Mak rase terharu atas permintaan uolls tau. Love uolls owez.. *waving*

Tuesday, April 23, 2013


Hahahha. Tiba-tiba seja kau ketawa kenapa??
Bukan apa. Sangat teruja. Selepas beberapa siri percubaan. Akhirnyaaaaa......!
Dipersembahkan..
Haah. Itulah. Nama dia. Mango blended yang sedap lagi menggembirakan. Hahahahahhahahahahahaha.. (gelak puas hati).
Rasa dia sedap. Betul ni.
Hai, nama saya mango blended. Saya sedap.

 
Hai, saya pun mango jugak. Tapi selamat dari di blend. Alhamdulillah.. '-_- dan saya berlumuran darah asamboi
Sebelum ini ada aku bercerita pasal Mango Sagoo dan Sanggar Cheese fofuler di tempat kelahiran. Disebabkan teringin, maka, try beberapa resepi tapi mangga di Tanah Malaya ni banyak yang peram. So, rasa manis tidak neutral. 
Sekali rezeki bertemu penjual magga yang masak tidak diperam, depan pasaraya OTK, PUCHONG tu, harga pula sangat memeranjatkan kemurahan beliau, maka belilah dalam empat biji satu tercicir dalam kereta. Hebat.
Alhamdulillah. Menjadi. Hahaha. Orang kata, kalau tidak belajar dari kesilapan, rugi kan. Before this buat, so bear in mind apa yang kurang. Dan akhirnya.. Ngam dengan panas terik membara di luar, apa lagi.. Minum Mango Blended sambil nangis sebab sedap sangat. Over sangat kan kau Jemah~ Gittew. Member sebelah pun dapat dua sudu je. Sebab rasa sayang nak bagi lebih. Hahahah! Ko mampu kedekut sampai macam tu?? Okbai.

Monday, April 15, 2013

TigaBelasEmpatTigaBelas--
Aku ada peperiksaan PTD. Again?? Ahaah.. Iya. Untuk kali yang kedua. Persiapan kali ini, better dari segi material. Tapi kesuntukan masa. Bertembung dengan waktu busy MOF. Memang waktu menelaah hanya di rumah. Berbeza dengan tahun lalu. Yang kedua ini hanya ada empat seksyen. Pengetahuan am, penyelesaian masalah, esei BM dan BI. Entah. Usaha. Still kebergantungan hanya pada yang di atas nun. InsyaAllah kalau ada, Alhamdulillah. Tiada, still Alhamdulillah. Of course, Allah knows the best.

Sepulangan exam, rehat di rumah. Sebab malam ada bowling tournement. Over sangat kan? Tiadalah. Saja main bikin sakit hati. Bikin panas bila main under nama sendiri tidak pandai sharp ni. Bila main under nama orang pandai pula jatuh semua. Keji sangat bowl dan pin itu.
Sempat main dua game sebelum aktiviti penggemukan di Lokas Makana. *cry*
Sudahnya. Memang gemuk sangat sekarang ni. Kofkofkof. Jadi? Bila yang kau kurus??

Teruk betul!
P/S: Tiga bulan yang gumbiralana. Terima kasih.

Sunday, April 7, 2013

Semalam.
Tigaharibulantigaduaributigabelas.
Bersaksikan keluarga dari kedua belah pihak, abang aku, telah selamat menikahkan diri. Bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Oh shooo shweet. 
Aku yang jauh ini hanya mampu melihat gambar la. Ihsan dari adik beradik lain yang pergi. Tiga pergi, tiga tidak pergi.
Save the date for majlis di sebelah kami nanti.

Tahniah. Okbai.

Disebabkan di waktu kejadian aku adalah di Tanah Malaya, maka, aku telah mengambil keputusan untuk berpiknik bersama rakan-rakan di Port Dickson.
Keseronokan tiada hingga. Firstimer memiknik, memang lah sakai. 
Bergerak waktu malam sampai lebih kurang pukul 9 malam, member terdahulu sudah mula berbbQ. Heaven sangat. Sedap yak ampun ALLAH saja yang tahu. 
Malam kami berborak banyak topik. Cerita alam lain. Sebab salah seorang dari member tu ada six sense. Yang lebih benci, pada keesokan harinya beliau mengesahkan kewujudan makhluk lain yang sebok mendengar sama. Benci! Tapi siryes perkongsian ilmu yang hebat. Beliau juga terrer mengurut. I mean, mengurut more to kebahagiaan rumah tangga. So for those yang mempunyai masalah puan, sila berhubung terus kepada beliau di talian 016-218 7310, miss B. Dengan syarat, hanya untuk ISTERI ORANG. Eh eh. Selepas berborak sepanjang malam, esoknya, kami sama-sama bergotong royong making an English breakfeast. Oh yeah, dapat tau resepi blueberry pancake. Terrer ar B tu, semua benda dia terrer. Make up artist, masak memasak for kenduri, and guys, untuk pengetahuan kalian, B adalah penyolek kepada majlis perkahwinan Sherly Merlis. Kagum okayh~ Sambung. Buat sandwiches and sambung makan ayam panggang, jagung bakar, dan ubi bakar. Penuh perut. Lepas tu berenang-renang ke hulu lah di pantai PD sebelum naik laju-laju apabila mengalami kegatalan pedih yang melampau. Saspisyes betul. Persoalannya, adakah aku telah di sengat obor-obor? Jawapannya, Opekoslah tidak. Tiada tanda dan tiada kegatalan lagi apabila selesai mandi. Alhamdulillah~

Selepas kenyang makan-makan dan berborak tanpa henti, kami terus bertolak ke Melaka. Sesat-sesat dan jam bagai, melepaskan lelah di Dataran Pahlawan dan sambung lelah menapak ke Selera Kampung. Kurus berjalan di tengah matahari terik. Dekat sini, aku dan Azzua tidak memakankan diri akibat kehausan melampau-lampau asyik minum air. Maka. Kenyang airlah kami. Menurut member, ada yang kata sedaaaap sangat, ada yang kata biasa saja. Selera lain-lain. Tapi harga memang HAIBAT! Ekor ikan parang. Ekor okay. Ekor sahaja. Ekor ikan parang berperisa asam pedas adalah berharga RM10. Pitam. Tapi mungkin hebatlah kedai tu. Kerusi sentiasa penuh dan ada saja pelanggan menunggu. Ternampak jugak tanda mata dari pihak TV3 suku untuk rancangan Singgah Sahur dan Jalan-Jalan Cari Makan. Lepas makan terus shoooooooooot to Selangor. Keletihan aras teratas. 

Thanks to AT and ROSE untuk sesi menumpangkan kereta akibat kereta Azzua yang bertukar menjadi transformer akibat kehebatan aku sambil memandu sambil tidur. Ngeri sangat.

Ha, nilah pantai PD. Blue Lagoon. Gambar di ambil sejurus sebelum blah
Pantai PD
Sekali update blog ni, update jugalah. 20-22 hb Februari 2013, aku berjaya memijakkan kaki ke Pulau Pinaaaaaaaang~ Tahniah. Hahaha. Walau atas alasan kursus, tapi tersangat enjoice sebab, lagi banyak berjalan dari berkursus. Bukit Bendera, Jeruk Pak Ali, and supposely Bukit Feringgi but i choose to stay at hotel sebab saaaangat letih berjalan kepetangan itu. Lain kali, merancang mahu pergi bersama rakan-rakan. And for next destination after PD, semua setuju untuk bercamping lagi di Janda Baek. Tarikh akan ditetapkan kemudian. Seronoooooooooottt!!

Jambatan Pulau Pinang

From Bukit Bendera with LoVE.

Monkey. And she is pregnant.
Last but not least~











































Adib. Ah, rindu.

P/S: Thanks Ajjun. Orang happy sangat-sangat!
Baaaanyaaak sangat benda mahu dicerita.
Tiba-tibakan?
Hahahahahahah~ Ko dah kenape dengan hidup kau?
Ah cukup. Intro cam hapa!

Beberapa hari selepas pulangan dari kampung halaman. Majlis penyambutan kakak ipar baru.
Alhamdulillah. Bertambah lagi satu ahli keluarga. Dapat kakak ipar made in Sarawak. Eh? Ahaha. Kakak ipar asal Sarawak. Tempat abang mencari rezeki sekarang. Seopis. Bila tanya macam mana cinta berputik, cinta pandang pertama katanya. Ouch shooo shweeet~

Agaknya, mesti kakak ipar dan keluarga terkejut tengok macam mana pengantin diraikan bagi kaum Bugis. Erm. Bagi aku, secara personal, adat yang agak berlebih-lebihan. dan pelik (?). Hahahahah! Agaknya, sampai ke tahap aku, memang pupus adat mengarut ni. Malas aku mo hambek. Sudah la al-pembazirun. Cumanya yang aku suka bila majlis begini, keterkumpulan ahli keluarga. Memandangkan kami ini gabungan keluarga dua negara. Eceh-eceh~ Yalah. Indonesia tu negara juga. So, keluarga dari belah sana semua turun, hadir memeriahkan majlis. Yang jauh didekatkan. Mana yang masih tidak terkenalkan, Alhamdulillah. Yang mana sapppissen (baca: sepupu) yang tidak pernah dikenali, Alhamdulillah. Kenal. Tahu. Hahahahah! Yang hebat, ada satu kazen sekali tu, umur baru mahu menginjak 20-an, anak sudah dua, dan besar. Boleh mengundang menangis. Okbai. 

So, seterusnya, layan gambar lah yah?

Chantek kan? Tapi ini bari sedikit. Dia laaaagi besar!

Eh??

Baju BODO. Heyp! Nama baju ni BAJU BODO okay. Baju tradisional Bangsa Bugis.  Oh, yang ini baju persalinan yang pertama.
Persalinan kedua. Prince and princess style. Bukan gangnam eh. Bukan. Awas kamu!
Permainan potong-potong kek.

Final. Merah. APA?? Bukan UMNGOK okay~ Tolong skek~
Comel dop? Comel dop? Kazen~
7 beradik yang gagah~ *sigh*

Salah satu adat Bugis. Selalu ada bila majlis kahwin, majlis cukur jambul, atau dalam bahasa Bugis, Maccera' (?).
Yalah. Gembira-gembira begini, terselit juga duka sebenarnya. Dua hari aku sampai kampung, kesayangan kami sekeluarga, Adib, ketua kucing di rumah kami pergi. Bukan pergi jalan-jalan cari makan atau jalan-jalan cari pasal, tapi pergi selama-lamanya. Maknanya, no more Adib, si kucing gangster. Adib, yang cukup lama wujudnya bersama kami. Eh. Sebaklah. Lepas ni. No more jawapan untuk panggilan namanya. Adib~ Adib~ 
Kehadiran kucing jantan lain pun makin berleluasa ke rumah kami. Al-maklumlah. Ada kucing betina manis di rumah tu. Malam-malam malar bunyi mahu mengawan. Dasar sangat. Ayahanda kawasan sudah tiada. Untuk menjaga.

Tanpa nyawa. 
Kucing manis rebutan abang jantan lain.
Kali ini berjalan juga. banyak tempat di daerahku itu, makanan best-best belaka. Contohnya,
Sanggar Cheese. Sedap. Serius.

ABC Milo. Sedap. Serius.

Mango Sagoo. Sedap sangat! Serius. *Nangis*
Balik ni mahu buatlah~
p/s: Buat entry gini, buat aku homesick. Tampaaar~