Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, September 23, 2013

PARANOIA

Semalam bersamaan DuaPuluhDuaSeptemberDuaRibuTigaBelas di mana kebanyakan manusia kekontangan, kegersangan poket, aku dan azzua walaupun kontang dan gersang poket jua gigih menuju ke IOI MALL (mengapa capslock?) dengan nawaitu menonton wayang. Mihmihmih. Inisiatif ini berlangsung selepas mengorek tabung simpanan Palestine (?) kami. Palestine tu kamilah. Sob sob sob.

Selepas gigih tahan lapar dua-dua bersiap cepat-cepat dan berbreakfeast di mamak ABC. Lebih kurang pukul 12 tengahari gitu, sampai ke GSC IOI Mall. Sukanya aku di GSC IOI ni, manusia kurang. Hairan bin ajaib juga. Kenapa kurang orang ah?

Selepas bertafakur dan sesi soal jawab soalan yang sama "mau tengok apa?" berulangkali, kami sepakat memilih cerita PARANOIA. Tawakkal sajalah kalau cerita adalah cerita sampah. Syukurlah bukan cerita sampah bagi akulahninyerpun. Daripada 10, aku bagi 7 bintang untuk ini cerita.

Summary ceritanya pasal rakyat marhaen, Adam Cassidy (Liam Hemsworth) yang punya cita-cita tinggi untuk hidup senang. Eh, untuk hidup senang itu bukan cita-cita tinggi apatah lagi rakyat marhaen MALAYSIAku. Sebab menteri kebanyakannya baghal. Adakah patut cadangkan subsidi gula diturunkan (maka, harga gula akan naik) untuk elak diabetes. Ha? Apa? Tahiklah menteri itu. Sila meninggal secepat mungkin. Mereka bersuka ria belanja duit negara, hutang himpit rakyat yang bayar? Cantik muka kau? Sekali lagi, sila pergi meninggal secepat mungkin *take breath* aku sampai mana tadi? Ha, pasal si Adam ni. Dia mahu hidup senang akibat himpitan kapitalis. Dia kerja di sebuah syarikat elektronik. Invent handphone. Biasalah produk-produk seperti ini perlu kemajuan. Sentiasa maju so that boleh seiring dengan teknologi. So, selepas adam ni dengan teammate dia bersusah payah invent satu teknologi untuk upgrade handphone keluaran syarikat dia, tiba masa untuk buat pembentangan, Adam ni jadi agak rude sebab bos dia macam tidak memberi perhatian terhadap pembentangan kumpulan mereka. Paling manang ayat dia 

"U didnt hire us to see u drink u'r tea, do u?"

Takazut si bos. Selepas beberapa sesi menghentam Adam, terus dia dan semua ahli kumpulan dia kena fired. Mistake Adam mula bila dia guna  kredit kad company dan habiskan di sebuah kelab bernama The Ritz.

Mula dari situ, Adam kene ugut oleh bos diorang, Nicholas Wyatt (Gary Oldman). Disuruh pilih samada jadi spy aka pencuri maklumat untuk diorang, atau kena penjara akibat fraud. Adam pilih jadi spy. Adam dilatih oleh seorang wanita bernama Judith Bolton (Embeth Davidtz). Bekerja di syarikat bekas mentor Wyatt, Jock Goddard (Harrison Ford) supaya dapat curi produk terkini syarikat itu. Jock ni nampak macam baik, sedeyh pun ada juga. Rupanya, Jock sudah dapat menghidu pun pasal keberadaan si Adam ni. Masa kemucak Adam mahu mencuri product syarikat Jock ni, Jock sendiri yang kantoikan Adam. And dia suruh Adam datang bawa Wyatt jumpa dia keesokan harinya.

Adam pula, dengan bantuan member dia yang terrer tu, Kevin (Lucas Till) godam handset Jock dan Wyatt untuk rakam perbualan mereka dan terus report kepada FBI. Haibat bukan?

Sebenarnya ada watak heroin (?) macam bukan heroin juga. Tiada aksi heroitic pun ku lihat. Emma Jennings (Amber Heard). Adam suka Emma ni and dorang terkenal each other masa Adam dan kawan-kawan joli sakan wang syarikat. Dorang terone night stand. Secara kebetulan pun, Emma ni kerja as pegawai pemasaran di syarikat Wyatt. Dekat sini, Adam memang banyak manipulasi Emma untuk kepentingan dia. Masa kantoi Adam ni siapa, Emma ni memang sedih gila. Tapi hebatnya Emma ni, sebab dia memang hebat. Study background mantap. Semua mantap. Body pun cantik saja sehingga membuatkan aku nekad untuk dapat body seperti dia. Ahem! Kahkahkahkah. Ada orang gelak baca statement aku ni. Aku yakin.

At the end, Wyatt dan Jock kena tangkap. Sebab masing-masing reveal kejahatan masing-masing untuk jatuhkan lawan masing-masing dan FBI dengar semua.  Adam pula bina syarikat dia sendiri. Dan pujuk Emma dan Emma pun terpujuk. 

Nilai murni dia, untuk capai kejayaan, no shortcut mortcut. Kena mula dari bawah. Usaha dari bawah. And for mosleem, semua bergantung juga kepada rezeki kita. Yang penting usaha kena ada. Lepas usaha, tawakkaltu'alallah saja. Orait?

Wyatt, Adam dan Jock


Emma Jennings

Ha! Ni team Adam sejurus kena pecat
Itu saja. Okbai!