Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, December 9, 2013

MataHati

Bijaksana kata--
Pengakhiran sesuatu adalah permulaan sesuatu yang lain pula.

Aku kata--
Aku kata. Aku kena sentiasa optimis.
Tegar.
Apa jadi tetap inilah aku.
Macam matahari pagi tadi.

Tidak kira ada awan hitam yang halang bulatnya matahari.
Tetap ada cahaya sikit biar mendung.
Tetap ada--

Apa pun jadi.
Jangan ulang yang pernah jadi.



Sunday, December 8, 2013

BEBAS

Pukul 15.23

Rumah senyap--
Aku saja yang dari tadi memetik not dan kod gitar.
Masih bertatih. Belajar pun hanya dari laman sesawang. Cari satu-satu. Mana yang senang. Ikut. Yang susah. Abaikan. 

Bila letih--
Letak gitar. Capai hp. Ambil gambar. Sudahnya. Aku melepak di sini pula. Blog.

Berat--
Nafas terasa berat.
Ada sesuatu di dalam dada.
Membeban rasa tidak terluah.
Letih sebenarnya. Letih sangat. Perlahan-lahan aku mulai bosan dengan hidup begini. Mana arah? 

Selalu aku pujuk hati. Diri. Tak semestinya selamanya begini. Sampai satu titik, akan ada perubahan. Bila? Wallahua'alam bissawaf--

Penat--
Terasa mahu sendiri.
Bebas.

BEBAS


Wednesday, December 4, 2013

K.A.S.I.H.A.N S.A.M.A S.I M.E.N.T.A.L

Bila belek social network pagi ini.
Ternampak sesuatu.

*senyum*
Tak habis-habis.
Word ikhlas untuk kau.

K.A.S.I.H.A.N

Memang betullah telahan aku.
Bawak-bawaklah berubat. Mental rupanya.

Tuesday, December 3, 2013

Selepas bercuti dan pulang semula ke Tanah Malaya atas nama tanggungjawab--
Sesuatu terasa di dalam hati di sudut paling dalam.

Aku tinggalkan dua insan yang bawa aku ke dunia.
Aku tingalkan insan-insan yang berkongsi rumah di alam rahim.

*ketawa*
Adik beradikku itu lucu.
Satu satu dengan perangai masing masing.

Allahurabbi.
Terlalu cinta akan aku merek.
Semoga saja KAU pelihara kasih sayang sesama kami.
Mudah-mudahan makin kuat rasa ini antara satu sama lain kami adik beradik.

Terima kasih ALLAH.
Atas anugerah yang kau pinjamkan kepada kami.

Terima kasih.
Untuk satu nyawa yang bakal datang dengan izin-MU.

Berasalah kami ini punya anak saudara.

Tidak sabar--
Ah. Mudah-mudahan saja segalanya berjalan dengan lancar.
Amin.