Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Tuesday, November 11, 2014

CLUMSY

Aku tinggalkan bilik meeting sambil mengelap darah yang keluar dari hujung jari tengah. Bawah kuku.
Tarik nafas dalam-dalam.
Kenapa? 
Dalam dua tiga menjak ni. Sifat clumsy aku menjadi-jadi. Semalam selamat terhiris pertengahan jari telunjuk dengan cutter. Dalam. Darah sampai petang masih keluar. Padahal cuma beraktiviti membalut hadiah sempena Hari Terbuka Bahagian Pengurusan Aset Awam. Eh, jemput datang kalau ada masa. Hari Khamis ini bersamaan 13 November 2014. Banyak aktiviti dijalankan.

Pagi tadi, masa sediakan sarapan di office pun. Terlanggar cawan. Cuba selamatkan, terpecahkan sebiji pinggan pula.
Botol air jatuh. Dua tiga kali kalau dalam pegangan aku. 

Dulu. Banyak kali aku hilangkan dokumen penting. Tertinggal. Di mana-mana ntah.

Entahlah. Sakit hati juga sebenarnya. Lebih-lebih lagi time mengemas. Kemas sini, sana jatuh. kemas sana, sini jatuh. Geram. Kadang geram sangat aku jatuhkan saja semua. Dengan sengaja. 

Kalau masak pun. Bila sudah selesai segala. Baru rasa pedih sini sana. Ada terhirislah. Luka lah. 

Haih.

Sunday, November 9, 2014

ULASAN BUKU: ULU YAM DI LIVERPOOL

Mula aku tahu wujud buku ini, melalui IG FynnJamal. Penulis Nazali Mohd Noor. Harga RM19.90
Aku bagi 5 bintang dari 5 bintang. Haha! Serius. Sangatlah best buku ni. Kenapa best?

1. Sususan ayat mantap.
2. Latar belakang cerita sangat rapat dengan aku dan keluarga.
3. Kategori buku: Motivasi. Memang masuk dalam piawaian buku kegemaran.
4. Mengundang banyak emosi masa baca.

Penulis bermula dengan kisah kehidupan dia dan keluarga. Tinggal di kampung (Ulu Yam). Dengan jumlah adik beradik yang masih hidup seramai 6 orang. Asal 10 orang, tapi empat meninggal masa kecil. Penulis anak bongsu. Yang start menarik hati aku bila baca macam mana family penulis cuba untuk 'mengelirukan' takdir untuk mengelakkan penulis pun meninggal masa kecil. Kalau tidak silap, semua empat yang meninggal itu adalah yang lahir selepas yang terakhir sebelum penulis. Faham? Harap fahamlah. Oh berbalik pada cara family penulis cuba untuk mengelirukan takdir supaya penulis boleh survive masa kecil (baca: tidak meninggal macam adik-beradik sebelum dia) adalah dengan kononnya dengan memberikan penulis kepada keluarga lain. Tapi bukan bagi sebenar-benar bagi, cuma lakukan sebagai simbolik. Bagi adat kami, bangsa Bugis district Enrekang (since jenis-jenis bangsa Bugis itu dibahagikan mengikut nama tempat di Indonesia. Enrekang adalah salah satu nama tempat di Indonesia. Tempat asal nenek moyang aku. Jadi susur galur aku berpaksi pada Enrekang. Ya, aku berbangsa Bugis Enrekang). Kami juga ada cara kononnya untuk 'mengelirukan' takdir. Kalau ada kes anak lelaki meninggal masa kecil, bila lahir anak lelaki akan dipakaikan subang supaya kononnya yang lahir itu perempuan. Macam mengarut kan? Adat. Hanya mampu buat aku tergelak semasa penceritaan. Allah tahu segala-galanya. Sedang sifat DIA juga MAHA MENGETAHUI. Masakan ALLAH tidak tahu sedangkan yang menciptakan itu jua DIA. Aku anggap ini ujian bilamana kaedah berhasil. Tidak mahu terpesong. Moga ALLAH jauhkan.

Penulis dipanggil Onn oleh famili terdekat. Penceritaan dalam buku ini sebenarnya untuk berkongsi denai yang Onn lalui. Dari seorang anak ulu. Yang punya cita-cita tinggi untuk menyaksikan sendiri perlawanan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool FC di Stanley Park Stadium, Anfiel di bumi Mersey. Walaupun sebenarnya Onn ini kaki bangku. Budak gemok yang selalu menanti harap di tepi padang supaya di pandang cikgu untuk mewakili sekolah. Semasa Onn ceritakan bab ini, aku teringat zaman sekolah rendah. Betul kata Onn, masa dulu, siapa terer sukan lagi popular berbanding yang terer akademik. Zaman aku dulu, sempat jugalah mewakili sekolah hingga peringkat daerah untuk beberapa sukan. Hoki, bola jaring, bola tampar. Oh, untuk balapan, selalu dapat sukan budak gemok juga. Lempar peluru. Merejam lembing. Dasar budak gemok!

Kalau dilihat--
Ibu bapa zaman dulu-dulu. Susah. Tapi bab jaga anak, bagi semangat, bagi pendidikan memang superb kan? Macam Onn, bila dia berjaya dapat nombor satu, bapa dia akan belikan hadiah. Bukan hadiah mahal, tapi cukup untuk dituju 'Tahniah anak, bapa dan mak bangga dengan kejayaan kamu'. Mengakibatkan bergenang air mata juga bila arwah bapa Onn bawa dia naik bas. Dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur. Bawa pegi makan sedap. Pegi muzium. Terkenang dengan orang tua aku. Paling teringat bila dapat keputusan cemerlang masa UPSR. Bapa aku kerja buruh saja. Mak suri rumah. Sama macam mak Onn. Jadi kewangan memang terhad. Tapi sebab gembira anak dapat keputusan cemerlang, tiba-tiba malam tu ada sebiji kek di rumah. Mak masak spesial sikit. Ayam goreng salut tepung. Haha. Spesial sangat dah tu. Puas. Dapat makan sedap. Puas. Tengok mata mak bapa bersinar.

Dan sekarang. Onn berjaya gapai impian dia. Menetap di bumi ratu. Dengan rumah sendiri. Dan Ainon, pendamping setia susah senang Onn dapat jadi suri rumah sepenuh masa. Eh. Separuh masa i guess. Sebab Ain berniaga dari rumah. Jaga anak-anak yang kian membesar. Lagi membanggakan, selain menjadi Pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University, Onn juga ada charity fund tersendiri di bawah nama Branded Bargain UK (BBUKIANS). Yang sealiran dengan Onn, kipas-susah-mati LIVERPOOL FC, boleh join. Tapi untuk charity tu, tiadalah terkisah pun kalau berkehendak untuk join the venture. Best juga tengok aktiviti dorang. Kepuasan dalam memberi.

Alhamdulillah. Jerih perih Onn berbayar dengan kejayaannya sekarang. Berkat taat dengan ibu bapanya. Berkat sabar dengan liku-likunya. Sampai jumpa dengan kemuncak kejayaannya. Di dunia. Dan insyaALLAH di akhirat juga.

Cerita dia. Bagi inspirasi buat aku. Bermimpi. Bermimpilah. Selepas itu, bangun. Kejar. Walau tiada jaminan. Bukan dihitung pada kebolehan mendaki kejayaan akhirnya saja, tapi kemahuan untuk beranjak. Bergerak untuk mula. Sakit mungkin di awalnya. Yalah, keluar dari zon selesa. Luar dari kebiasaan. Tapi lama kelamaan pasti terbiasa jua. Bak kata pepatah orang tua-tua. Alah bisa, tegal biasa. Bukan begitu pak munawe??



Nah. Onn dengan bukunya. Sumber ihsan google.

P/S: Ada buku Ulu Yam di Liverpool 2. Akan beli. InsyaALLAH.

Friday, August 29, 2014

Blog Kegemaran

Dalam beberapa tahun aku terlibat dengan dunia blogging. Ada beberapa blog, yang bila kulihat update dari mereka, aku tanpa perasaan teragak-agak untuk pergi menjengah.

Jadi orang, jadi insan, alangkah bagus kalau boleh jadi inspirasi, jadi pedoman untuk orang lain.

Begitulah yang aku rasa, bila membaca nukilan mereka-mereka. Pengalaman hidup, penceritaan mengenai sesuatu kejadian, sesuatu perkara yang mereka atau orang lain alami. Kalau tidak mampu menjadi asbab kesenangan kepada orang lain, jangan pula menjadi asbab kepada kesusahan orang pun sudah cukup membantu kan?

Macam kakak KARIPAPSAYUR ni. She is a single mother. A mother of two. Aku mula follow blog beliau semasa beliau baru bercerai buat kali pertama. Dan Qaiser still a baby on that time. Sampai sekarang, bila beliau dah ada Zaqwan, Lillah.. Cerita-cerita beliau sangat menyentuh hati paling dalam. Pengajaran-pengajaran yang beliau cuba sampaikan melalui penceritaan pengalaman beliau sendiri dan juga pengalaman orang lain, sangat-sangat memberi bukti kepada aku, tidak ada satu pun di dunia ini yang pasti, kecuali mati. Kan? Dan buat aku makin yakin untuk setiap perancangan yang ALLAH s.w.t sudah tentukan buat hamba-hambanya. Sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah DIA, yang Maha Mencipta. Siapalah yang paling tahu kita ini, kalau bukan pencipta kita sendri. Rabbul 'Izzati. Setiap nikmat adalah ujian, dan setiap ujian juga adalah nikmat. Dan satu yang masih terngiang-ngiang kat mata aku, kat fikiran aku, 

Kejadian kepada orang lain adalah alarm clock kepada kita untuk berjaga-jaga

Satu blog lagi yang aku nanti-nantikan entrinya adalah JUMIESAMSUDIN. Sekali nampak, sekali imbas, blognya banyak ke arah keduniaan. Tapi kalau lihat sesungguh-sungguh lihat, ada pengajaran juga yang terselit. Blog dia ni pun dah lama aku follow. Lama mana tapi sebelum beliau kahwin dengan Encik Khafi yang ganteng tu. Eh? Persahabatan, kekeluargaan, tips, dan bagaimana sepatutnya kita menjadi orang. Menjadi manusia. Jangan jadi judgemental. Sebab setiap orang, setiap kejadian, ada asbab, ada hikmah untuk dijadikan iktibar, pengajaran, untuk mereka-mereka yang mahu berfikir. Best. Padat.

Ini blog kegemaran aku. Blog kegemaran korang pula bagaimana?

Monday, July 14, 2014

Selayaknya dinamakan sebagai anak dagang.
Bertuahlah kiranya direzekikan tempat berteduh menumpang kasih.
Diterima umpama darah daging sendiri.
Di tatang di layan tiada beza dengan yang hakiki.

Syukur ya ALLAH~
Ditemukan jodoh dengan keluarga Pakcik Omar dengan Makcik Hamimah.
Dengan budak debok Azzua. Aditditditdit~
Dengan Atiqah, Kak Nisa, Abang Bani—
Sekurang-kurangnya Ramadhan, tiadalah terasa sangat jaraknya dengan keluarga.

Seperti mak sendiri, bila request makanan dibuatkan dengan penuh kasih. *sebak*
Terasa kasihnya bapa bila pergi bazar, dihulur wang ‘nah, beli apa kamu mahu. Tapi jangan berlebih pula. Makanan banyak dekat rumah’

Ya ALLAH~
Syukurnya dalam hati, hanya KAU saja yang tahu ya RABB.. Terasa indahnya ukhuwah.
Semoga panjang jodoh ini berterusan hingga ke alam sebelah sana. InsyaALLAH. Semoga diberi izinNYA.

Feel like home. Hmph. Rindu Tawau!


Dalam tidak terasa jarak, tetap hadir rindu pada orang tua nan jauh di sana.
Mak... Pak.. Adik-adik.. Rindu...........
12 hari lagi. Sebelum bertemu muka. Haiyoh-
Sabarlah hati. Cepatlah masa berlalu.
Paling tiada kesabaran mahu bersua muka dengan budak lempeng geramnya rasa mo makan! Grr....
Siapa kacau tidur ni? Awas ko yah!

Hai, saya gadis inesen balah tepi rambut.

 
Adek manes~

 Haiyo~
Sambil menaip sambil ketap gigi ada jugaklah patah gigi tengok ko ni nak. Hmph. Bertabahlah raya nanti ya nak.. Bertabahlah....

Sunday, June 15, 2014

Seingat aku. Paling last aku potong rambut maha pendek, adalah pada zaman rebellious gila-gila remaja. Tingkatan empat dulu. Kalau aku tidak silaplah.
Zaman budak-budak perasan hebat. Zaman siapa paling tahan stay up lama. Zaman earphone sentiasa ada dekat telinga dengar lagu jerit-jerit. Sum41, Blink182, Greenday, Good Charlote. Zaman walkman. Haha. Besar gedabak bawak ke hulu ke hilir. 
Zaman tu, belum muncul cd lagi. Masih kaset. Bersusun lahai dekat locker kaset-kaset milik sendiri dan kaset pinjam.

Tapi lagu bukan tujuan utama topik aku untuk kali ini. 
Rambut pendek. 
Sebenarnya, tadi aku join ceramah(?) ke kursus(?) pengurusan jenazah. Kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama orang perseorangan. Kawan-kawan rapat ajak pergi. Bukan dalam perancangan sebenarnya pergi ke kursus/ceramah ni, tapi perancangan Allah itu maha cantik, terizinkanlah aku pergi ke majlis ilmu yang sangat seronok. Dengan penceramah yang sempoi dan lawak. I loike that ustazah very much.

Ustazah Suriati binti Shaadan. If im not mistaken.

Satu sebab yang buat nekad untuk potong habis rambut aku bila sentuh bab jenazah yang tidak terangkat hadasnya. Benda mewarna rambut ni sebenarnya banyak pendapat. Ada yang kata harus, ada yang kata sunat, ada yang kata haram. Bergantung pada situasi. Islam itu cantik, tidak menyusahkan dan sangat mudah.

Memang ada pewarna rambut yang halal di pasaran. Halal itu tapinya bukan dari kebolehserapan air masuk ke rambut. Halal mungkin dari bahan-bahan produk. Halal pewarna rambut tidak semestinya menjamin ianya tidak menghalang air dari melepasi rambut. Maka, itu yang menjadi pokok pangkal, apabila mewarna rambut. Entah kenapa aku jadi was-was padahal dulu yakin saja. Dengan itu, nekad mencari saloon. Hilanglah rambut panjang aku. Dengan harapan, rambut yang diwarnakan hilang. Tumbuh rambut baru, yang suci dari warna. 

Nervous sebenarnya. Raya dalam sebulan lebih lagi. Mak pula bukan boleh tengok anak perempuannya berambut pendek. Memang siap siagalah mendengar nyanyian lagu-lagu zikir kasih akibat menggunting rambut pendek sangat macam ni.

Aku tiadalah berjanji untuk tidak mewarna rambut lagi lepas ni. Haha. Tapi akan lebih berhati-hati untuk memilih jenis pewarna. Hanya inai yang dibenarkan.

Baik ustazah. 

Friday, June 6, 2014

Mencabar juga pada masa kini dalam memenuhi nafsu halwa sang telinga.
Industri muzik Malaysia terasa semakin parah. Lambakan lagu-lagu tanpa seni semakin merosakkan mood untuk mendengar dan lagi parah boleh menyebabkan radio dimatikan terus. Puas hati. Daripada mendengar sambil memaki, baik dimatikan terus radio lalu sambung memaki pengguna jalan raya lain yang memandu secara tidak berhemah. Eh? Kau sajalah yang betul di atas jalan raya kan? HAHA. Sebenarnya, maksud aku. Radio pun hanya didengar bila berada dalam kereta sahaja. Selain itu. Nan adoooo~

Aku ambil satu contoh. Dinyanyikan oleh (rahsia) bertajuk KAU-KALAU-MAU-GILA-KAU-GILALAH-SEORANG-DIRI-SAHAJA-MOHON-JANGAN-DIJADIKAN-LAGU
Aku hairan bin ajaib juga machiam mana lagu sebegini boleh terlepas dari tapisan siaran oleh pihak-pihak yang berkuasa. Tidak buat kerja ka kamu?

Mereka berkata aku tak normal
Otakku tak bisa put something moral
toleransi dan hemah tinggi ku tak mengerti
Hormat menghormati ku besar hati
Aku tak tahu hatiku macam batu
Tapi ku tahu kamu pun begitu
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna
Bila Aku Tiada
Aku Selamba Aku Gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Ku suka berfoya bersama Beyya
Bila ku ketawa dia gembira
Makan aiskrim dan makan jelly oh favourite kami
Hidup bahagia selalu mengada
Aku tak tahu hatiku macam batu
Tapi ku tahu kamu suka aku
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna
Bila Aku Tiada
Aku Selamba Aku Gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Ketawa bersama Menari bersama
Aku dan kamu bersatu bersama
Cuba kau mengerti dan jangan sesali
Aku memang pilihan yang terbaik
[muzik]
(Dunia tak sempurna bila aku tiada)
(Aku selamba aku gembira)
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna
Bila Aku Tiada
Aku Selamba Aku Gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la
Ohhh.. (Aku selamba ketawa gila)
aku tak sabar nak jadi gila, jadi gila la la
Ohhh.. (Aku selamba ketawa gila)
aku tak sabar nak jadi, jadi gila la la
Ohhh.. Gila!

*tangan menggigil*
 Nampak bahagian yang aku highlight merah. Kevangangan apakah ini??? 
Lagu ini. Dari sudut pandangan aku. Tiada nilai keindahan seni. Di mana cantik seninya? Bait lirik saja sudah bikin pengsan. "Aku selamba, ketawa gila(?)" What happened with you girl? Boleh mengakibatkan anak-anak yang berfikiran level rendah menjadikan modal untuk 'Oh ketawa gila tidak kira dihadapan orang pun is selamba. Who cares~~~~~~~~' Dang!
Sambung, "dunia tak sempurna bila aku tiada" sigh. _________ who??

Lagu-lagu yang diciptakan di zaman ini. Terlalu berterus terang. Tiada ayat-ayat yang kita kena fikir baru tahu maksud. Aku paham kalau rentak muzik kena seiring dengan peredaran masa. Tapi takkan lirik dan bait ayat dalam lagu pun kena diubah sampai hilang kecantikan bahasa melayu. Ah sedih. Last-last aku layan lagu-lagu era Ukays. Kahkahkahkah~
Lagi mau veteren. Layan lagu Ali Baba bujang lapok. Bai.

Saturday, May 31, 2014

Marcapada--
Jaga-jaga anak-anak kita.
Dari sekecil bayi
Kanak-kanak sampai mumayyiz.

Kongkonglah jika perlu.
Biar kurang bebasnya.
Asal selamat.

Pukul la jika terpaksa.
Biar terdidik dunia luar lagi besar bahaya.

Siti Sofea. Mati terkelar putus kepala.
Dua remaja Kelantan. Dilauk 38 jantan.
Kanak-kanak jatuh tingkat tiga. Ibu bapa alpa(?)

Ini yang terlaporkan.
Yang belum? Yang kita tidak tahu? 
Belum direzeki aku punya anak.
Namun ya Allah, hati terdetik, apa sudah jadi dengan dunia?
Mana pergi akal yang Allah bagi?
Mana pergi rasa belas sesama insani?

Dunia hari ini...
Allah.. Allah.. Allah..


P/S: Pengelar kepala arwah Siti Sofea dijumpai mati lemas. Balasan Allah sekejapan cuma kan?

Wednesday, May 7, 2014

Jiwa kosong, perut sebu.
Semalam malam berdarah.
Pulang dari gym hanya untuk menjumpai si kecil galak tergolek keras dengan kepala berdarah.

Yak ampun sayang.
Pagi tadi baru kuusap geram badanmu.
Kubelai manja bebulumu.
Dan kau beri tindakbalas kau suka.

Banyak manalah pun air mata keluar menangisi pemergianmu,
kau memang tidak akan bangun kan?
Hantar jemput aku seperti kemarin.

*sebak*

Masih ada sang ibu dengan satu lagi saudaramu.
Maaf. Kalau aku punca putusnya hubunganmu dengan dunia ini.
Biar yang tinggal aku sayang semahunya.

Haih. Mudah2an betul ada syurga kucing.
Biarkan semuanya masuk ke syurga kucing.

Maaf sayang.
Jasad kakumu hanya mampu ku balut, ikat kemas.
Bukan tertanam seperti sepatutnya.

Selamat malam--
(Nama pun aku belum bagi. Waaaaaaaaaaaaa~~)

I love u. Kalau berpeluang aku ke syurga, semoga kita jumpa nanti di dunia sebelah sana.
Amin.

Monday, March 17, 2014

Hari ini.
TujuhBelasTigaDuaRibuEmpatBelas.
Ulang tahun kelahiran kesayangan arjuna beta.

Genap masuk angka 32.
Sudah cukup dewasa kan?

Selamat ulang tahun kelahiran kesayangan.
Semoga barokah usianya.
Tambah umur. Alhamdulillah.
Masih diberi rezeki bernafas di buminNYA.
Syukur~

Semoga murah rezekinya.
Kesihatan.
Kebahagiaan.
Kesabaran.

Semoga mudah jalannya.
Balik ke fitrah manusia sebagai hamba.

#sebak

Sayang kesayangan hamba.
Moga berpanjangan jodoh.
Walau apa jua nama diberi untuk suatu perhubungan.

Amin.


Friday, January 17, 2014

Lihat ke kanan. Kosong.
Lihat ke kiri. Sunyi.
Cuma kedengaran bunyi kipas dengan kelajuan sederhana.

Aku intai langit. Gelap. Bulan mana bulan?
21.56. Masih awal mungkin. Bulan belum sampai di orbit hadapan rumah.
Mahu senang melihat sang bulan penuh. Tengah bulan qamariah, fasa bulan mengambang.

Sunyi. Sendiri.
Aku sentuh raut wajah. Hati-hati.
Masker sudah kering. Perlu di cuci.

Bosan.
Ah. Ambil kunci.
Jom pergi ke dia.