Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, August 15, 2009

.::Jumaat punya kisah::.

15082009 (Sabtu)
Now, jam menunjukkan pukul 12:36 tengah malam. Tengah malam tuh, waktu di antara malam dan pagi. Agak lewat untuk waktu malam, dan awal sangat unutk pagi. Tlong lah, kenapa aku explain tentang benda nih? Ok, sebelum aku mengarut dengan lebih banyak, aku sebenarnya ingin bercerita tentang hari jumaat ku, yakni yang telah berlalu 38 minit yang lalu.

Pagi jumaat, aku bangun dengan harapan, semangat yang aku dambakan datang balik. Aku bangun awal, mandi awal seperti kebiasaan yang aku lakukan, ketika bersemangat waja dulu. Yah, dulu.. Masa muda-muda dulu yakni tahun lalu2.

Aku brekfest seperti biasa, nescafe cicah beskot gula munchys, dambil ngadap tv. Oh, selepas itu, aku try connect internet, tapi maybe id n password untuk acces internet sudah diblok oleh pihak universiti, aku kena terima kenyataan yang id itu expired.

Pas tuh, aku mesej kroni-kroni yang berkaitan dengan hal yang bakal aku uruskan. Terasa darah naik ke muka bila yang berkaitan itu masih berdengkur atas kati, walhal sudah pukl 9,30 di kala itu. Aku pujuk diri sendiri, besridap ala kadar, aku dengan menyusun langkah menuju ke bawah bus stop. Tapi sebelum tuh, hajat di hati ingin mendapatkan sticker kediaman yang perlu dilekat pada kad pelajar, yang sampai sekarang aku xtau apa tujuan pelekatan itu.. (Matilah ayat.. Bikin panas!!)

Sampai ke skola (sampai sekarang aku heran kenapa fakulti untuk universiti laen, tapi sekola untuk universiti aku), aku cari port untuk menunggu manusia yang ingin aku jumpa. Tengok sana, ah ada orang, kiri, ada orang, kanan, ada orang, tengok di sudut-sudut sket, hah! tempat kosong! Melabuhkan (tempat kososng), aku duduk sambil mata melilau, takot terlepas pandang kelibat manusia yang aku tunggu-tunggu. Tengah syok menunggu, aku diganggu dengan kedatangan makhluk bermata sepet, dok kat depan aku. At 1st, aku mau buat bodo jek, last2, datang segerombolan makhluk bermata sepet yang laen. Mengerumumi (betol ka hayat aku tuh?) meja tempat aku duduk tuh, sambil menghadang pandangan aku ke arah tempat untuk melihat manusia yang ku tunggu. Aku start buat muka (tapi, orang kata, aku xpayah buat muka pon, memang muka jenis ngeri, korang kejam!!!!)

Sambung crita, daripada aku dok mencarut dalam hati, aku mengambil keputusan untuk blah, sambil menanti dengan penuh sabar kelibat manusia itu. Tunggu punya tunggu, last2, dapat lah jugak aku bertemu beliau. Maka, sesi beramah mesra berlaku, diakhiri dengan keputusan yang aku sendiri xtau mo explain camana. Semuanya terlari daripada apa yang dia kata sebelum ini. Dan now, aku ada kerja baru, menuntut surat daripada semua lecturer2 yang aku join kelasnya, bagi surat sokongan, tunjuk dekat TNC, yang aku ikut penilaian berterusan selama berminggu-minggu nih. My GOD.. Jantung aku macam mahu pecah! (statement nih, melebih2, sebab aku xrasa macam tuh pon. Rasa cam mo marah, sambil ingin menangis di sudut2)

Sambil berjalan dengan langkah longlai menuju ke lebri (untuk surf internet, bukan untuk study) aku terserempak dengan sorang kroni. Jumpa aku, dia bagi signal hp, aku wat2 signal xpaham. Dekat jak dengan aku, tanpa kata-kata, dia gosok bahu aku, signal supaya aku banyakkan bersabar, tenang. Aku biar, tapi, honestly, ia sangat membantu. Selepas itu, bermula lah sesi umpat mengumpat, vcarut mencarut plus cerita dongeng yang akan kami tambah2, membayangkan menda2 yang tidak akan jadi, diakhiri dengan gelak akibat lawak yang kami sendiri buat.

Sampai di lebri, surf internet kejap, then pegi menjamu perut yang meronta-ronta ingin di isi. Aku kerling hp, ah, hp off. Bateri low. So, pada siapa2 yang mesej aku di waktu ini, harap mahap. Waktu berjalan, aku dan Dila bergerak ke skola balik, untuk berinternet. Menghubungi ketua program aku untuk tanya dia pasal surat tuh.

Selebihnya, banyak kejadian yang menyayat hati aku, di hari jumaat:

1. Aku buat muka dengan kroni aku yang laen. (aku saket hati ok)
2. Aku carik pasal dengan sum1.. Again!

p/s: Semoga aku berubah..