Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, April 25, 2013

Resepi Mangga Sagu

Bismillahirrahmanirrahim~

Hari ni, kena sopan sikit. Sebab hari ini mahu berkongsi ilmu. Al-maklumlah. Entry sebelum ni pasal Mango Blended tu mendapat sambutan yang sangat GAH. Ko mampu? Walhal dua orang je nye pun yang minta share resepi. Tapi, walaupun dua orang je, yang sorang tu mak buyung sebenar. Yang sorang lagi tu kembong banyak angin kot. Hahahaha. Gelakkan orang, walhal~ Nyah Arjuna-lah sangat. Mak mintak mahap k nyah. Gurau okay.. Gurau~

Okaylah. Sudah seperenggan kau melalut pehal? Terus berkongsi mari.

Bahan-bahan
  1. Beberapa biji mangga ikut tahap pernafsuan masing-masing. Agak-agak eh? Membazirun itu amalan syaitonnirrojim.
  2. Susu Cair
  3. Susu pekat/ Krimer pekat
  4. Ais kiub
  5. Gula
  6. Susu Full Cream dutch lady (Optional)
  7. Sagu (Optional)
Cara- Cara
  1. Kupas kulit mangga dan hiris kecil-kecil
  2. Masukkan bahan 1, 2, 3, 4, 5, 6 ke dalam blender yang dapat masa kawin hari tu kan. Ha, masanya ni lah nak guna.
  3. Kalau ada sagu, then letak sagu. Gaul.
  4. Minumlah dengan penuh gembira.
Bebeb sekalian. Semua sukatan bergantung pada kalian. Kalau mahu manis, letak gula lebih. Kalau namo manis, then letak sikit-sikit sudah. Okay? Chare dop?? Masa beli mangga hari tu, aku beli yang sek sek gini:
Gambo aku curi dekat google. Tapi yang gini lah. Siyes manis rasa nak nanges jah. Over.
Korang. Sebenarnya iolls xreti sangat pun nak explain nih. Benci. Bila baca balik rasa nak cakar dinding je. Tapi, adalah eh? Hopefully korang boleh paham. Wuwuwuwuw. Nak g nanes kat tandas jap.