Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, December 6, 2010

Salam Alaikh.

Apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ni? Apa tujuan aku dilahirkan oleh parents aku ke dunia ni? Untuk lengkapkan keluarga? Untuk senangkan mereka di kala tua? Entahlah. Kadang kadang, bila aku tenung, fikir fikir tentang hidup ni. Aku jadi pening. Pening betul. Sampai kadang kadang migrain. Sebab tu aku malas mahu fikir pasal kehidupan ni. Aku lebih suka memasang angan angan indah. Dalam bahasa sopannya, merangka masa depan.

Bila aku berdepan masalah, aku mudah kembali menjadi pemikir. Bagi aku pemikir lah. Tidak tahu pula bagi orang lain. Kenapa. Kenapa aku yang dipilih untuk berdepan masalah masalah tersebut. Bila melibatkan family, kenapa. Kenapa aku ditakdirkan untuk dilahirkan di dalam keluarga sekian sekian. Kenapa bukan dilahirkan pada keluarga yang sekian sekian. Bila berdepan dengan masalah study, kenapa aku. Kenapa bukan orang lain. Biarpun terlalu banyak soalan pop kuiz yang hati aku bagi kepada otak aku untuk difikirkan, jawapannya. Haruslah aku sentiasa berfikiran positif. Kalau tidak, sia sia aku membuat membercard kedai buku popular. Sekarang memang sudah sia sia kerana daerah aku ini tiada kedai buku popular mahupun harris. Sekotak buku buku motivasi yang aku beli bakal menjadi sia sia kalau aku tidak didik akal aku untuk berfikir secara positif. Jadi, aku mesti berfikiran positif dan tabah di samping bersabar.

Semasa aku di alam rahim lagi, aku sudah bersetuju dengan perjalanan hidup yang ALLAH tentukan buatku semasa hidup di dunia ini. Jadi, aku tidak perlu pertikaikan apa apa. Kerana aku yakin, apa yang terjadi itu adalah sebaik baik kejadian walaupun aku terpaksa merasa sakit dan boleh menyebabkan menangis sampai bengkak mata sambil berdoa semoga segala galanya cepat berlalu dan ALLAH gantikan dengan nikmat yang bermanfaat.

Aku bukan lahir dari keluarga yang sempurna. Aku juga bukan lahir dengan otak yang genius. Malah, aku juga bukan lahir seiring dengan kekayaan harta benda. Mungkin sebab itu aku tidak suka minum menggunakan gelas. Aku lebih suka minum melalui botol air. Senang. Cuma teguk dan boleh menyukat jumlah air yang sudah aku minum untuk hari ini. Oh ya, aku seorang yang mementingkan jumlah air yang aku minum setiap hari. Malah, cepat risau jika botol air aku dikongsi dengan orang yang kuat minum juga tapi malas masak air. Harap harap bila kerja karang, aku tidak akan bertemu lagi dengan manusia seperti ni. Amin.

Sebenarnya, aktiviti menulis blog ini seboleh bolehnya aku tidak mahu ada sesiapa yang aku kenali pun tahu. Kerana aku merasa malu. Bila membaca entry yang sudah aku tulis pun aku akan merasa malu betul. Sebab itu, once aku sudah publish satu satu entry, aku akan sedaya upaya tidak membaca semula kerana aku akan merasa malu dan rendah diri. Mungkin aku akan pengsan sekiranya mengetahui ada adik beradik atau keluarga aku yang membaca blog ini. Baca saja tidak mengapa, tapi jangan mengulang tayang segala yang aku tulis dengan suara yang mengejek. Itu aku tidak boleh terima. Pernah kejadian begini berlaku apabila adik aku menjumpai diari aku yang terlalu banyak rahsia di dalamnya dan mengulang tayang apa yang aku tulis di samping adik beradik lain khusyuk mendengar siap bergelak ketawa lagi. Maka, dengan tanpa sedar aku telah melempang beliau. Tapi mereka tetap tidak serik dan akan sedaya upaya mencari lagi diari aku yang aku sembunyikan. Hairan betul aku. Apa yang syok sangat membaca diari orang. Tapi memang seronok juga sebab aku pernah membaca curi curi diari peribadi adik angkat aku. Mungkin, inilah namanya karma. What goes around, come around.

Minggu hadapan aku akan mula berpraktikal. Berdebar pun ada juga. Al maklumlah. Dunia baru. Berhadapan dengan kerja kerja ofis. Macam mana agaknya penerimaan mereka ke atas aku? Berdebar pula bila memikirkannya. Sedangkan sedang menaip ini pun aku merasa berdebar juga. Takutnya!

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Mudah mudahan tiada subjek yang sangkut dan mudah mudahan pointer aku lebih baik dari sem sebelumnya. Amin. Dan mudah mudahan juga, aku akan segera dapat kerja. Tidak sabar rasanya memulakan hidup baru dengan tiada kebergantungan kepada orang lain.

p/s:lagi sedang kacau dan sekadar menghapdate blog supaya jangan disangka tidak bertuan.