Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, August 30, 2010

.::Mengapalah bawa anak kecil ke masjid atau surau?::.

29082010 (Ahad)

Assalamualaikum, dan salam sejahter.

Kalau ditanya tentang keadaan mataku. Sungguh. Mengantuk. Puas aku pujuk. Puas aku lawan. Perasaan kemengantukkan tahap mokdja ini tetap tidak mahu mengaku kalah. Haih. Kenapakah? Dan mengapakah? Jawapannya pastilah kerana aku sedang membuat assignment. Bila saja aku buka internet. Huh! Sedikit cerah mata aku jadinya.



Mungkin post kali ini, tiada pengisian. Ya, mungkin. Sebab, aku cuma mahu mengsharekan ketidakpuasan hati aku ketika di surau tadi.

Kenapalah dibawa anak anak kecil ke surau atau masjid? Kenapa? Secara jujurnya, kehadiran mereka sangat sangat mengganggu kekhusyukkan aku untuk bersolat. Tidak tahulah dengan orang lain. Lari lari, jerit jerit, buka buka tirai, lalu depan orang tengah solat. Bukankah sangat mengganggu perbuatan itu. Lebih lebih lagi, aku ini pengguna tegar kacamata. Iya, namanya juga rabun. Maka, kacamata itu adalah satu keperluan. Keperluan yang pasti. Bila solat, aku letak kacamata itu di depan, atas sejadah. Namun, bila anak anak kecil ini belarian dihadapan.. Tiba tiba aku menjadi tidak tenang. Risau kalau kalau anak anak tersebut berlari sambil pijak spek mata aku. Tidakkah boleh mendatangkan kepengsanan. Bukan sepusen dua harga spek tu ya.

Tidak tahu lah kan. Yalah, aku ini masih belum punya anak. Kawen pon belom lagi tau *malu malu*. Macamana mau kawen kalau calonnya juga belom ada? Aku belom tahu asbab dan musabab kenapa anak anak kecil ini dibawa kesurau atau masjid. Mungkin juga.
  1. Tiada bibik yang jaga di rumah
  2. mahu didik anak agar dekat dengan masjid
  3. ...................
  4. ...............................
  5. ........................................
  6. .....................................................
Ok cukup. Aku tiada jawapan. Harap kalian boleh isi. Baiklah. Aku memang serius mengantuk ni. Mahu tidur dulu ya. Gudnyte.. Everybody gudnyte~~~~. Salam.

 Ha! tengok tengok. Tidak khusyuk la bapaknya mau solat tu.

p/s:kang kalau aku ada anak karang, mahu bawa ke masjid tidak? *berangan kah?*

Gambar adalah ihsan dari makcik jiran sebelah google. 

Yang tersangat Heklas
AraWani