Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, January 12, 2011

.::Testing!::.

Pergaduhan membawa kerugian yang nyata!
Ahha. Sila berbangga dengan blockquote versi baru. Terima kasih kepada cik DL kerana disebabkan beliau aku meniru perbuatan menghapdate blockquote ini. Spesel thanks to cik tomyam, eh, cik tom kerana tutorial yang sangat berguna ini. *terharu*
Salam Alikh..=) *mesra*

See. Bila ada smiley memang automatically kita merasa mesraaaaa...
Akibat mengikut kelas aku buru buru membeli masker okeh. Memang dasar perempuan. Katanya tidak seberapa mengejar kecantikan. Heyh heyh, ini bukan mengejar. Ini menjaga apa yang ALLAH amanahkan kepada aku. Haha. Okeh okeh, aku memang impikan kulit yang mulus. *sigh*
yang ini!
Kali ini produk St. Ives jadi sasaran. Ha, seperti gambar di atas la. Kalau muka tidak chantek, haruslah merajuk kan.

Hope dengan pelaburan yang aku buat membuahkan hasil yang memberangsangkan. *mata bersinar sinar*

Kata orang orang tua, bekawan biar seribu, bekaseyh biar satu. Eh, tiba tiba. Iya, betul itu. Aku lebih menjurus ke arah berkawan sebab berkasih aku sudah malas mau fikir. Padahal sedang sedih. Cukup!

Tadi aku meneman seorang kakak hopismate berjalan. See. Beliau pengembang koperasi. Bila sudah pengembang itu, pastinya beliau punya ramai kenalan. Marathon melawat kenalan kenalannya memang bisa mengurangkan sejumlah lemak di peha. Banyak okeh. Dan jaraknya juga bukanlah alang alang dihiasi lagi dengan cuaca membahang. Memang la terbaek dari ladang!

Macam macam karenah manusia yang aku jumpa. Memanglah membuka minda. Apa yang aku sedari, orang politik memang pandai cakap. Terus tanpa sekat. Pergh. Jauh dari aku. Malas bercakap apa lagi mengenai hal hal berkaitan politik bagai. RIMAS.

Cuma itulah. Bila jumpa ramai manusia ni, hati senang saja membuat penilaian. Apa? Judge orang? Ha, begitulah. Aih, sedang mendidik hati untuk berhenti menilai orang secara rawak. Belajar dari sekeliling, tidak semua orang boleh dibuat kawan. Betul ni. Cukuplah bergaul atas dasar ukhwah. Dibuat kawan jangan.

Sedangkan manusia manusia di opis aku ini pun, sudah cukup memberi aku pengajaran. Ahkak ini cakap belakang ahkak itu, bawak gaduh pakcik ini, bergeng balik dengan ahkak yang itu. Korang pening? Aku lagilah pening. Rupanya masih ada frasa 'Jangan kawan dia tuh, dia tuh bukan bagus tu'. Haha. Bila sudah benci, segala yang bagus pun jadi tidak bagus, bukan? Tipikal malay betul!

p/s: Jangan mudah percaya dengan orang. Bagus dihadapan tidak semestinya bagus dibelakang. Ngeri eh!