Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, August 15, 2012

Salam Alaikh~

Hari ni, hari terakhir aku duduk dikerusi yang sama aku duduki untuk setahun ini. *tarik nafas*
Perasaan pelik. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku pijak Tanah Malaya. Datang dengan niat mahu perbaiki kehidupan. Mahu beranjak ke arah yang lebih baik. 

Hari ni, hari terakhir aku jejakkan kaki di sini. Di ofis yang sama ALLAH turunkan rezeki. *senyum*

Lain perasaan ini. Lain sangat. Pertama kali perasaan ini timbul. Rasa bakalan tinggalkan sesuatu yang besar. Bukan menyesal. Tiada rasa itu. Rasa sedang beranjak. Beranjak menuju hadapan. Selepas ini, bakalan ada lagi yang sedang menunggu untuk dihadam. Dicerna. Semalam itu kenangan, hari ini kenyataan, dan esok? Esok, belum pasti datang bertandang.

Dan hari ini juga, hari terakhir aku di Tanah Malaya. Esok, jika diizinkan Sang Maha Kaya, insyaALLAH sudah boleh bertemu dengan kesayangan. Kesayangan yang menanti kepulangan. Teringat kejadian minggu lalu. Bila si bongsu telefon. Dengan nada manja..

'Kak Ra, bila mau pulang? Sudah dua malam aku mimpi Kak Ra'

*sebak*

'Sabar ya dek, minggu depan insyaALLAH, hari Khamis. Hari Khamis kita jumpa'

'Yalah, aku rindu sama Kak Ra' *nangis*

Hailah sayang, kalau lah kau tahu aku di sini juga begitu. Rindu. Dengan kalian darah dagingku. Yang sekarang ini hanya kalian harapanku. Fokusku. Asbab perjuanganku. Mohon si DIA Sang Pencipta mudahkan jalanku untuk berbakti dengan kalian. Amin.

Dan buat kalian juga sahabat sahabatku. Kalian yang ada di kala aku jatuh tersembam sujud ke tanah. Terlalu banyak pengorbanan kalian untuk ku. Terlalu banyak budi yang kalian tabur dihadapanku. Kenyang. Aku kenyang dengan budi kalian. Risau, harus macam mana bakal aku membalas segalanya? Mohon terus temani aku, sebolehnya aku doa dengan rahmatNYA, temani aku hingga ke JannahNYA. Mohon lembut hati hati kita dengan hidayahNYA, mohon ikhlas hati hati kita untuk berukhwah. Mohon saudara hingga ke Jannah.

Untuk kalian, sahabat. Kamu kamu tahu kamu siapa. Percayalah, nama kalian penuh di hati ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.

p/s: insyaALLAH ada jodoh, ada rezeki, kita jumpa lagi. Mohon doanya.