Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, September 9, 2011

.::Perempuan Pondan::.

Salam Alaikh..

Agaknya, perempuan itu memang diciptakan cengeng kali kan?

Sejak sudah tahu berfikir, selalu aku nafikan bahwa aku ini sebenarnya perempuan cengeng. Aku telah mengkategorikan diri sendiri as wanita macho. Ahah! Memang rasa pondan la kononnya bila menangis. Euww.. Langsung tidak rock. Tapi, walau macam mana pun aku try berlakon hati batu, still. Termenangis. Hairan betul. Hairanlah. Walau kadang benda itu tidak sepatutnya ditangisi.

Tengok pic kucing mati : Nangis.

Tengok iklan 'mak, shah ada bu bu bu at salah ke?' : Nangis.

Tengok orang lain nangis : Nangis.

Tengah marah sangat : Nangis.

Rindu family : Nangis.

Rindu kucing : Nangis.

Rasa sayang sangat : Nangis.

Ah. Merepek. Dekat fb ada member post video orang cacat menyanyi. Tengok tanpa bunyi pun, hai.. Nangis jugak? Pelik bin ajaib.

Hm, mungkin aku sebenarnya kategori perempuan pondan. Erm, rupanya wujud perempuan pondan. "-.-

p/s : will b fly to Sabah this nite. Bye Kehel, hai Sabah.
p/s/s:agaknya bila aku dapat menangis kerana rindukan TUHAN? Promprakkatakprak!!!!!!!! *petir*