Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, July 31, 2010

.::Keistimewaan Ramadhan Al Mubarakh::.

31072010 (Sabtu)

Tengok kalender dekat sidebar itu? Oh, sudah masuk 19 Sha'ban hari ini kan? Apa maknanya? Maknanya, Ramadhan Al-Mubarakh sudah dekat. Tinggal beberapa hari saja lagi. Buat kawan kawan yang belum habis ganti puasa tu, sila lah berbuat sedemikian secepat yang mungkin ya. Alhamdulillah, masih ALLAH bagi izin-NYA untuk bernafas di muka bumi ini. Masih diizinkan untuk menumpang di bumi ciptaan-NYA. Dan insyaALLAH, masih diberi peluang untuk merasa nikmat Ramadhan yang kemungkinan untuk tidak berjumpa dengan bulan penuh keberkatan ini pada tahun yang akan datang pasti ada. *insaf*

Bila buka akaun blog hari ini, terlihat sesuatu dekat ruangan post yang aku ikuti perkembangan blog blog mereka. Dan.. Ahha, Kak Chik buat giveaway. Terasa ingin mencuba memandangkan memang berniat ingin membuat post mengenai kejadian kejadian yang tidak terlupakan di bulan Ramadhan ini.

Bila sebut pasal Ramadhan, perkara pertama yang timbul dalam fikiran ini pastinya mengenai syaitan yang dibelenggu. Bila syaitan ini dibelenggu, mak cakap, tiada lah hantu atau segala macam benda yang menakutkan. Maka, pada bulan ini, keberanian seorang aku pastinya berada ditahap yang tertinggi sehingga tidak takut untuk berjalan seorang diri pulang dari surau. Ahahaha..
Syaitan in leaving us!


Paling menarik dalam bulan Ramadhan ni, bila tiap tiap malam, akan ada satu solat yang kita tidak lakukan pada malam malam biasa. Iya, hanya dibulan Ramadhan saja solat ini dilakukan. Tidak kira sama ada secara jemaah atau seorang diri. Yang penting, keistimewaan Ramadhan ini terletak pada malam malamnya. Solat tarawih. Inilah saat paling menarik dalam bulan Ramadhan. Ntah la ya. Syukur.. Semenjak dari kecil, semenjak tahu untuk melakukan solat ini, ALLAH sentiasa mengurniakan aku dengan sahabat sahabat yang secara lazimnya akan membuatkan aku sentiasa sering ingin menunaikan solat tarawih ini. Tidak boleh tidak. Terasa rugi bila ada malam yang ditinggalkan secara sengaja untuk tidak bertarawih bersama sahabat sahabat. Akan terdetik dalam hati,'ah,si sahabat yang ini pergi tarawih malam ini, kenapa aku tidak? Rugi betul!'. Lantas cepat cepat bersiap untuk bersaing dengan si sahabat. Sebab itu, jarang terdengar perkataan 'tidak mahu' bila si sahabat mengajak untuk bertarawih melainkan kepenatan yang melampau akibat kelas atau kuliah pada pagi harinya Ramadhan. Terima kasih ALLAH, terima kasih sahabat.

Lagi yang istimewanya di dalam Ramadhan ini bila akan adanya satu malam yang keberkatan beramal pada malam ini adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar. 10 malam yang terakhir, kan? Kita tidak tahu malam yang mana, maka, pergi saja tiap tiap malam. Mudah mudahan saja segala amalam kita di dalam  bulan ini diterima ALLAH swt.

Bila Ramadhan, akan ada peringatan dari ibu bapa ke anak, dari kakak ke adik supaya jangan lupa memasang niat pada malam hari. Cukup membuatkan betapa berbezanya bulan keberkatan ini dengan bulan yang lainnya. Cantiknya agama ALLAH, bila puasa orang islam dibezakan dengan puasa orang bukan islam hanya dengan bersahur. Salah satu golongan yang malaikat berdoa untuknya adalah golongan yang bangun untuk bersahur tau. Jadi, jangan malas bangun sahur.

Lagi menggamit memori, bila tiba Ramadhan, seluruh penduduk kampung akan bergilir gilir menghantar juadah ke masjid. Sedekah, orang kata. Best bila teringat. Hantar juadah ke masjid. Terasa seluruh penduduk kampung bersatu. Sememangnya, ini lah yang dituntut dalam beragama.

Kalau mahu disenaraikan perkara perkara yang menarik dalam bulan Ramadhan ini, mahu sampai esok pun tidak habis. Secara ringkas saja, (Ringkas? Sudah terlalu panjang post kamu ini, Ara ui..), Pada bulan Ramadhan, aku akan cuba berbuka dengan buah kurma. Barulah beriya iya mencari buah ini. Sunnah rasulullah la katakan.. Hihi. Suka bila adanya bazaar.. Suka bila dapat mengatasi ujian nafsu serakah ketika melihat jenis jenis makanan yang ada di bazaar. Sebab tahu kebanyakan makanan hanya indah kabar dari rupa. Uhuk uhuk. Dan yang paling penting, suka bila fikir, lepas Ramadhan, akan adanya hari raya. O yeah!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarakh wahai umat islam. Mari kita sama sama mengumpul saham untuk bekalan di alam sana. Mudah mudahan saja segala amalam baik kita di terima ALLAH swt. Amin.

Sedikit ilmu untuk dikongsi:

  • Bulan yang penuh Barakah
  •  Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
  • Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
  • Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  • Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  • Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama


.::Dia : Adolf Hitler, Aku : Mengagumi Beliau::.

31072010 (Sabtu)

Sabtu! Selepas terlihat sedikit sawang di sini, seperti yang dijanjikan, mari kita berbicara mengenai Adolf Hitler. Shiapa ya beliau ini? Maybe, ada yang mendengar tentang kekejaman beliau dengan kejadian kejadian seperti kejadian (Apsal ini ayat seperti berbelit belit saja? *_* " ) HOLOCAUST.

HOLOCAUST tu apa? Ini lah kejadian yang dinamakan pembunuhan orang Eropah berbangsa YAHUDI sekitar Perang Dunia ke II secara berjemaah sermai lebih kurang 6 juta orang oleh tentera Nazi bawah pimpinan manusia berani bernama Adolf Hitler.

tanam saja ramai ramai
 
Sumber dari abang Google
 
 Beliau ini, dilahirkan pada bulan April dan matinya juga pada bulan April akibat membunuh diri. (Yang ini, sila jangan kamu ikut ikuttan ya! ). Seorang yang sangat mengagumi negara sendiri yakni malaysia GERMAN. Sedikit tentang kehidupan Hitler:

Nama : Adolf Hitler
D.O.B : 20 April 1889
Tempat Lahir : Braunau Am In, Austria
Pendidikan Awal : Sekolah awam di Fischlham
Hobi : Melukis dan pernah menjana pendapan dengan melukis semula gambar dari post card

Sumber adalah dari makcik wikiwiki.

Tapi yang lagi menarik perhatian aku mengenai lelaki ini adalah hasil dari seorang Mak Dara Terdiva melalui entry beliau yang ini. dia. Adolf Hitler.bukan.saya. Mulanya aku banyak mendengar melalui lelaki ini hasil dari cerita adik aku yang juga sangat meminati Hitler ini. Pantang saja wujud siaran mengenai German dan lelaki ini,pastinya dia akan melekat dihadapan tv dan mampu menjadi monster.inc apabila remote dirampas dan channel bertukar. Sungguh kejam walaupun kadang aku terlalu ingin menonton cerita motivasi seperti Shin Chan, CSI dan juga drama siri Benci Bilang Cinta (Ini mengarut!)

Petikan dari post mak dara tersebut:

kali ni saya nak share sesuatu yg menarik utk dikongsi bersama..asyik2 citer pasal perasaan jer..orang pun jelak nak baca kan?kan?kan?

petikan ni saya dapat dari FB seorang kawan..tentang seorang lelaki bernama Adolf Hitler ..sejauh mana kesahihannya..wallahualam...kalau dia tipu..maksudnya..kita semua pun kena tipu..haha!! tak kelakar!

ok layan..

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak)
pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat


Apa macam? Adakah Adolf Hitler zaman sekarang ini?