Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, September 23, 2010

.::Seharian Aku Hilang!::.

23092010 (Khamis)

Salam Alaikh..

Seharian aku hilang. Bukan maksud aku menghilangkan diri. Sebab aku bukan invisibleman yang boleh hilang hilang. Tapi, kalaulah aku boleh jadi invisibleman.. Ngeh ngeh ngeh.. Pasti aku akn menginvisiblekan diri, pergi rumah seseoranng. Tengok dia dekat dekat. Cis! Apa? Ingat aku saiko ka? Tengok saja ok. Tidak kacau..

Seharian aku hilang. Means. Aku hilang diri aku. Aku hilang semangat aku. Aku hilang motivasi yang aku kumpul banyak banyak tempohari.

Tapi, tidak mengapalah. Manusia memang begini. Bila ada masanya kuat. Alhamdulillah. Memang kuatlah menghadapi satu satu masalah. Satu satu cabaran. Namun, ada masanya juga, perasaan lemah datang menjengah. Bila datang perasaan ini... Ya ALLAH, DIA saja yang tahu. Rasa seperti mahu lari. Lari dari masalah. (Hey masalah, Jangan kau ikut aku! Syoh syoh...)

Hey, aku bukan pencundang. Sebab aku tahu, bilamana masalah datang, mahu tidak mahu, aku harus berjuang. Berjuang sebab aku bukan pencundang. Sekali lagi. Aku bukan pencundang!

Semalam, aku keluar seorang. Sengaja aku memilih untuk keluar seorang. Mahu rasa, bagaimana bila tiada kawan. Bagaimana bila tiada berteman. Bukan keluar ke mana pun. Hanya ke hypermall berhampiran. Berjalan la aku seorang seorang.. Beli itu ini untuk kehidupan seharian. Apa dia? Toileteris saja pun. (Jangan mengumpat aku mengeja Toileteris. Aku memang sengaja tulis sebegitu. Hahahah!)

Lagi tempat yang wajib aku kunjungi selain Watson dan Guardian, (Oh ya! Aku sudah ada membercard Watson. Jangan jeles.. Ngeheheeh..) Mana lagi kalau bukan Harris. Kedai buku yang umpphhh! Best berada dalamnya. Kamu boleh duduk dalam kedai buku ini, sambil baca apa saja yang kamu suka. Hey hey.. Bila berada di sini, sampai malam pun aku tidak kesah. Bukan seperti kedai buku lainnya. Hahaha. Kamu duduklah membaca di situ, pasti akan ada jelingan tajam dan ehem ehem ciktidakbolehmembacadisinikalau maubacasilalahbeli!

Sempat juga rembat dua buah buku. Satu buku hasil tulisan Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni yang sudah diterjemah dan satu buku lagi hasil tulisan Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Oh, Dr Tuah memang penuli kegemaran aku. Motivasinya bersahaja, tapi sangat kena dengan jiwa aku. Setakat ini, ada lebih kurang 6 buah buku hasil penulisannya aku sudah miliki. Ala, buku yang comel comel tuh. Tajuknya, 'Nak ke Tak Nak' Harga Rm 13 saja pun. Tapi, disebabkan aku ni ada member card kedai buku Popular tuh, aku hanya bayar dengan harga RM11.90. Haah, dapat diskaun 10%. Yihha! Buku yang satu lagi tu, ala. Xkan xkenal kot. Popular gila gila buku dia ni. Tajuk La Tahzan tu la. Tapi yang ini, khasnya untuk wanita. Mudah mudahan saja, semangat juang aku akan kembali. Kembali untuk berjuang after baca buku buku sebegini.

Pagi tadi, aku bangun dengan semangat. Tapi tidak lah ku tahu kenapa. Semangat aku hanya sementara cuma. Cis! Tiada benda yang berfaedah pun yang aku buat hingga ke masa ini, sepanjang hari ini. Rasa sedih dengan diri sendiri. Cuba mentelaah, tapi sehabuk ilmu pun tidak lekat di kepala. Ai ai ai.. Apa mau jadi ni, ha..

Ok la. Mahu sambung mentelaah. Esaimen pun belom siap siap juga.. Waaa...

Tapi, syukurlah. Kerana aku tahu. ALLAH itu ada. Mari berdoa!

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Engaku dari segala kesulitan dan kesedihan. Aku belindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan penindasan orang lain"  
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

p/s: Blogger.com tengah pening mungkin. Mahu upload gamabar pun tidak boleh.



Yang tersangat Heklas

.::Maaf, aku terpaksa jiwang. Bye!::.

 230920101 (Khamis)

Before that. Mahu ketawa sekejap! Hahahahahahahahahahahaha....! Ok, sudah.
Ni lah. Ni lah jadi kalau aku stay tengah tengah malam ni. Macam ni lah kejadiannya. Kalau aku stay up untuk bertahajjud kepada ALLAH kan, bagus jugak. Tapi kalau stay up tanpa hasil. Ha, macam ni lah. Macam niiiiiiiii lah!

Aku rindu dia. Ha! Gelak lah. Gelakkan aku kuat kuat.

Serius, berhari hari aku bina kekuatan. Tapi bila tiba tengah malam. Perasaan aku jadi sentimental. Sentimentalnya melebih lebih. Segala kejadian mahu diingat. Kejadian antara aku dengan dia. Bukan apa. Kami mula berkenal dulu pun, waktu waktu macam ni lah. Mula dari forum, dia add fs aku. Then kami betukar tukar ym. Hengat lagi, waktu tengah malam gini, kami chatting. Dengan segala kesabaran memandangkan kelajuan internet wifi ehsan pihak universiti sangat la menyedihkan. Asik connect disconnect saja. Sampailah, dia kurang sabar, dia mintak number phone aku. Jenuh katanya tengok aku asik in out saja dalam YM. And dia bagi aku number phone dia...^_^<--- Walaupun ini adalah ikon orang senyum, tapi aku xtahu,kenapa air mata aku bergenang. Cis! Hilang kerockesan aku!

After that, kami pon setat la bersms bagai. Mulanya as kawan saja. Iya, kawan. Aku tidak pernah expect kami akan lebih daripada seorang kawan. Aku hormat dia. Serius. Aku sedar, aku ini budak budak yang tidak matang, sedangkan dia. Ish ish ish.. Memang bagai langit dengan bumi la perangai kami ni. Buktinya? Buktinya, ih ih ih.. Lagi mahu tanya. Buktinya, kami sudah hilang kami. (Nick, pinjam hayat ye.. Thanks. Bye!)

Bila kami sudah hilang kami (Nick, sekali lagi. Pinjam tau! ) ni. Jatuh bangun, aku tahu, aku kena hadapi sendiri. Memang kasih masih ada, cinta juga masih bersisa. Tapi hubungan hanya akan berjaya kalau keduanya ambil kisah. Aku sedar, walau macam mana banyak pun kasih ini still ada untuk dia, Tiada apa apa yang jadi kalau perasaannya untuk aku tidak sama. Then, aku tahu, aku harus pasrah. Paksa diri, paksa hati untuk redha. Dan sekarang, sekarang.. Aku sedang bertatih untuk cuba menerima. Menerima yang mungkin, (mungkin. mungkin saja..) memang dia sudah tiada apa apa rasa untuk aku, pencintanya. (Cis! Kenapa ahyat aku xboleh blah?)

Silapnya mula bila aku mengada ngada. Haha. Padan la muka. Dulunya, dia seorang pencinta yang sabar. Sangat sabar. Dan aku akui kematangannya. Yalah, jarak umur kami agak jauh. Tapi, aku tidak kesah. Mahu kesah apanya, kalau hati suda suka. Betul tidak? Betul kan? Aku tidak peduli apa, yang penting, masa itu, dia aku yang punya. Hahahahahahaha.. Bahagianya!

Ingat lagi, masa tuh, 2 ramadhan bersamaan dengan 2 September, 2008. *blush*. Kami declare untuk bersama. Wuhhuiii.. Segalanya indah, dunia ini bagai ana yang punya. Awal awal berchenta, semuanya memang chantek belaka. Memang bahagia. Tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Yalah, hati tengah berbunga bunga. Mahu bunga apa? Bunga raya? Bunga seroja? Bunga kemboja? Ah, semua ada. Pokoknya, hati memang gembira.

Dan jenisan aku ni pula, memandangkan dia jaaaaooooooooooooooh di sana, asik minta untuk bermesej saja. Hahahaha. Memang gaya kanak kanak. Bayangkan la, dia yang masa tu tengah bz kerja, dengan bznya mengejar cita cita, aku pulak buat perangai xtentu arah. Haaa... Sekarang baru la padan muka. Bila si dia hilang rasa, gara gara bosan dengan perangai aku yang tidak matang katanya.

Setahun lebih juga la dia cuba untuk bersabar. Cuba untuk adapt dengan perangai aku yang keanak anakan. Tapi, aku faham. Dia manusia biasa. Punya sabar yang pasti ada hadnya. Bila aku bertindak bodoh dengan pulangkan sesuatu yang berharga buat kami berdua, masa itulah rupanya aku telah pulangkan sedikit hatinya yang dia bagi ke aku untuk di jaga. Rupanya, masa itulah perasaannya juga sedikit sedikit sudah mula berubah... Aku? Mahu menyesal pun... Tiada guna... Uhuk uhuk uhuk..

Betul la katanya, aku ini, terlalu rapuh emosi. Jarang berfikir sebelum bertindak. After aku pulangkan 'sesuatu' yang penting buat kami berdua, aku sedar, yang aku masih punya cinta untuk dia. Cis! Apa lagi, mula la episod rayu merayu. Tapi itulah, dia tetap begitu. Untuk dapatkan dia kembali, bukanlah mudah ya kawan kawan. Ada syarat yang perlu aku penuhi.
Tidak perlu aku bagi tahu apa syaratnya la. Hahaha. Ok, continue.

After beberapa kejadian, oh yes! Kami kembali bersatu. Punya lah aku gembira bukan kepalang. Walau aku nampak, aku rasa dan aku lihat, semuanya sangat berbeza. Tidak seperti dulu. Tapi, ada aku kesah? Janji dia tetap jadi milik aku. Dan aku milik dia. Dan kami saling memiliki. Start ayat keling, tapi tidak mengapa lah.

Serius, rasa macam mahu melompat bila dia cakap, eh, bukan cakap. Taip. Dalam sms.

"*** sayang, sy dh mula jatuh cinta  kat awak, balik. Sy harap awk tk sia sia kn peluang yg ada ni ye?"

*Terbang* bye!

Hahaha. Kami kembali menyulam bahagia. Dengan kepayahan untuk dapatkan dia, aku berjanji untuk berubah. Jadi seperti yang boleh membuatkan dia senang dengan aku. No merajuk merajuk bagai. No gaya kebudak budakan. No benda benda yang boleh membuatkan dia marah. Aku cuba. Aku sudah cuba. Tapi sayang. Semuanya sudah terlambat. Apa boleh buat. Perubahan aku tiada makna. Sebab apa? Sebab katanya, perubahan yang aku buat bila mana perasaan dia juga sudah berubah.

Macam mahu pecah jantung ni baca ayat ayat dia. 

Apa lagi yang aku mampu buat? Sabar saja la. Hope one day, semua ini akan berlalu. Semua. Semua benda yang menyakitkan ini akan pergi, dan aku akan akan ada cerita baru. Walau mungkin sudah tidak sehebat seperti cerita antara dia dan aku.

Ha? Sudah pun aku minta dia halal kan apa yang jadi antara kami. Mudah mudahan, dia temui bahagia yang dia cari. Begitu juga dengan bahagia yang aku cari. Tengok dia dari jauh, dia teruskan hidup dengan mudah. Haruslah aku contohi dia. Bahagia aku bila tengok bahagianya dia. 

Mudah mudahan. Air mata yang jatuh atas kepergian dia akan ALLAH balas dengan kebahagiaan lain yang lebih membahagiakan. Dua tahun dari hayat aku ini, telah aku habisi dengan mendampingi dia. Mana mungkin mudah untuk lupakan dia begitu saja. Walaupun, hanya dua tahun.
Sudahlah. Mahu basah towel ni dek air mata. Ya ALLAH, kuatkan lah hati aku. Kuatkan hati aku. Kuatkan hati aku.

Hahaha. Kepada sesiapa yang baca ni. Mahap. Kali iini aku mahu berjiwang. Memang sangat lari dari tema. Tapi, hanya ini saja cara. Biar kurang sikit beban di dada.

Secara jujurnya. AKU RINDU DIA!

p/s: mudah mudahan, ini saja entry aku yang berkisar tentang dia dan perasaan jiwa jiwa ni. Amin.


Yang tersangat Heklas
AraWani