Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, September 23, 2010

.::Seharian Aku Hilang!::.

23092010 (Khamis)

Salam Alaikh..

Seharian aku hilang. Bukan maksud aku menghilangkan diri. Sebab aku bukan invisibleman yang boleh hilang hilang. Tapi, kalaulah aku boleh jadi invisibleman.. Ngeh ngeh ngeh.. Pasti aku akn menginvisiblekan diri, pergi rumah seseoranng. Tengok dia dekat dekat. Cis! Apa? Ingat aku saiko ka? Tengok saja ok. Tidak kacau..

Seharian aku hilang. Means. Aku hilang diri aku. Aku hilang semangat aku. Aku hilang motivasi yang aku kumpul banyak banyak tempohari.

Tapi, tidak mengapalah. Manusia memang begini. Bila ada masanya kuat. Alhamdulillah. Memang kuatlah menghadapi satu satu masalah. Satu satu cabaran. Namun, ada masanya juga, perasaan lemah datang menjengah. Bila datang perasaan ini... Ya ALLAH, DIA saja yang tahu. Rasa seperti mahu lari. Lari dari masalah. (Hey masalah, Jangan kau ikut aku! Syoh syoh...)

Hey, aku bukan pencundang. Sebab aku tahu, bilamana masalah datang, mahu tidak mahu, aku harus berjuang. Berjuang sebab aku bukan pencundang. Sekali lagi. Aku bukan pencundang!

Semalam, aku keluar seorang. Sengaja aku memilih untuk keluar seorang. Mahu rasa, bagaimana bila tiada kawan. Bagaimana bila tiada berteman. Bukan keluar ke mana pun. Hanya ke hypermall berhampiran. Berjalan la aku seorang seorang.. Beli itu ini untuk kehidupan seharian. Apa dia? Toileteris saja pun. (Jangan mengumpat aku mengeja Toileteris. Aku memang sengaja tulis sebegitu. Hahahah!)

Lagi tempat yang wajib aku kunjungi selain Watson dan Guardian, (Oh ya! Aku sudah ada membercard Watson. Jangan jeles.. Ngeheheeh..) Mana lagi kalau bukan Harris. Kedai buku yang umpphhh! Best berada dalamnya. Kamu boleh duduk dalam kedai buku ini, sambil baca apa saja yang kamu suka. Hey hey.. Bila berada di sini, sampai malam pun aku tidak kesah. Bukan seperti kedai buku lainnya. Hahaha. Kamu duduklah membaca di situ, pasti akan ada jelingan tajam dan ehem ehem ciktidakbolehmembacadisinikalau maubacasilalahbeli!

Sempat juga rembat dua buah buku. Satu buku hasil tulisan Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni yang sudah diterjemah dan satu buku lagi hasil tulisan Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Oh, Dr Tuah memang penuli kegemaran aku. Motivasinya bersahaja, tapi sangat kena dengan jiwa aku. Setakat ini, ada lebih kurang 6 buah buku hasil penulisannya aku sudah miliki. Ala, buku yang comel comel tuh. Tajuknya, 'Nak ke Tak Nak' Harga Rm 13 saja pun. Tapi, disebabkan aku ni ada member card kedai buku Popular tuh, aku hanya bayar dengan harga RM11.90. Haah, dapat diskaun 10%. Yihha! Buku yang satu lagi tu, ala. Xkan xkenal kot. Popular gila gila buku dia ni. Tajuk La Tahzan tu la. Tapi yang ini, khasnya untuk wanita. Mudah mudahan saja, semangat juang aku akan kembali. Kembali untuk berjuang after baca buku buku sebegini.

Pagi tadi, aku bangun dengan semangat. Tapi tidak lah ku tahu kenapa. Semangat aku hanya sementara cuma. Cis! Tiada benda yang berfaedah pun yang aku buat hingga ke masa ini, sepanjang hari ini. Rasa sedih dengan diri sendiri. Cuba mentelaah, tapi sehabuk ilmu pun tidak lekat di kepala. Ai ai ai.. Apa mau jadi ni, ha..

Ok la. Mahu sambung mentelaah. Esaimen pun belom siap siap juga.. Waaa...

Tapi, syukurlah. Kerana aku tahu. ALLAH itu ada. Mari berdoa!

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Engaku dari segala kesulitan dan kesedihan. Aku belindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan penindasan orang lain"  
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

p/s: Blogger.com tengah pening mungkin. Mahu upload gamabar pun tidak boleh.



Yang tersangat Heklas

4 comments:

Catherine- said...

heyy...mati pon sendiri donkk...jangan sedih2...



ai kan ada...

tetttt..

>__<

muah!

-catherine-

|| A r a W a n i || said...

hakhakhak...
yes catherine..
mmg bila mati kita sendiri..
tidak mengapalah..
hati ini akan dididik utk menjadi kuat...
ngahahaha..
thanks cat..

Bijen M. said...

Salam alaik.
Bunyi macam tengah kesedihan saja.
Ha ha.
Kalau mahu tabah melupakan perkara yang lalu, amalkan membaca surah Tahaa ayat 115.
Sini ada cerita pasal ayat ni - Gadis bagaimana patut jadi pilihan anda sebagai lelaki?

|| A r a W a n i || said...

Heh!
Memang sedih..
Tapi insyaALLAH, sedih hanya sementara.
Hahahaha..
Oh, thanks utk artikel tuh..
very the membantu..
Ok la kalau macam tuh..
mana tahu ujian yg DIA bagi ni bleh menyebabkan aku mati syahid..
Amin!