Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, September 29, 2010

.::Wajah Kesayangan Hamba::.

Salam Alaikh..

Tiba tiba teringat peristiwa sedih tapi lucu.

Aku angkat dua lori bakul kain yang belum berlipat. Yalah, sementara tunggu berbuka. Daripada buang masa tidak tentu hala. Duduk di ruangan kedua, tiba tiba datang Kak Lin (kakak) dan A-ra(sebut: Era) (adik). Oh maaf, bukan membantu, sekadar mahu duduk bersama. Sambil sambil tengok drama Korea. Sedang melipat laju laju, datang lagi si adik yang lagi satu. Aren (abang dari A-ra). Bermuka sayu. Baring di tepi aku.

Kejadiannya, Aren jahanamkan motor abang dengan terlibat dengan kemalangan minor. Walaupun kemalangan minor, tapi kerosakan motor sungguh tidak minor. Cis. Start ayat keling. Tapi, sila abaikan. Barusan juga Aren baru terima pengadilan dari abang.

Kak Lin : Di pukul ka tadi?
Aren : *gelengsambilmataberair* Tapi dia juga yang cakap, motor tu, aku yang jaga *suaramahunangis*
Kak Lin : Cis! Jangan nangis *sambilnangissama*
A-ra : Kak Lin pun janganlah nangis *nangis*


Hadek beradek haku masa ahkak kawen
Dari kiri : Aren, Amil, Abang, Kak Lin, ........., A-ra, Pila
 Aku? Hahahaha. Aku gelak sambil lap mata dengan baju. Lipat baju laju laju. Tidak mahu sesiapa tahu. Aku gelak, tapi dalam hati, hanya TUHAN yang tahu. Heish. Penyakit nangis ini memang menular dan berjangkit. So, sila jangan nangis depan aku.

p/s : Homesick. Mahu berkumpul beramai ramai lagi.


Yang tersangat Heklas