Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, January 3, 2011

.::Selamat Tahun Baru!::.

Salam Alaikh!

SELAMAT TAHUN BARU!!!

^_^'

Ok2. Suda telat. Aku tau itu. Tapi aku mahu juga wish seperti orang orang yang lainnya. Makanya, biarkan saja lah ya.

Tahun 2010 sudah habis. Kiranya, itu buku sudah sampai ke muka surat yang paling akhir. Tutup. Noktah. Sekarang tahun 2011 sudah mari. Buka buku baru. Lembaran baru. Pen baru. Pen merah, pen biru. Tapi tahun ini, aku ingat, aku mahu pakai pen warna warni. Biar hidup aku tahun ini penuh dengan warna. Hitam, putih, merah, biru, hijau, jingga, ungu, oren, kuning, pink, maroon, coklat. Ah, semualah.

Tahun lalu harus aku jadikan kenangan. Harus ada kejadian yang mesti aku jadikan iktibar. Pengalaman. Tapi betullah, cikgu terbaek adalah pengalaman. Sejarah. Eyh, sejarah mungkin berulang kalau sejarah itu dilupakan. Makanya, ambil iktibar.

Banyak kenangan pahit manis di tahun lalu. Tapi yang paling besar, aku kehilangan chenta dia. Tapi syukurlah. Kini aku sedar. Kejadian yang ku ingat malapetaka rupanya nikmat. Aku sedar ALLAH itu sayangkan aku. Walau pahit, yeah. Aku yakin, inilah yang terbaek untuk aku. Satu lagi pengalaman aku kutip untuk di simpan di dalam bakul peringatan. Another kejadian yang beri impak besar untuk tahun 2010.

  1. Tangguh sem.
  2. Let cinggu balik ke tempat masing masing.
  3. Mendaftar sem dengan hanya bertemankan satu cinggu. So sad!
  4. Spend time together2 dengan lecturrer.
  5. Berjimba dengan cinggu menjelajah ke ranau.
  6. Menyaksikan cinggu cinggu lain bergraduasi sedangkan aku bz mentelaah pelajaran. Dem sakit!
  7. Start doin' my praktikal.
Tujuh saja? Sikitnya! Watever~~

Tapi itulah, masih terjumpa dengan nilai nilai murni mengenai kehidupan ni. Patut bersyukur dengan apa saja yang ALLAH tentukan buat aku.

  1. Syukur masih punya mak.
  2. Syukur masih punya bapa.
  3. Syukur masih punya kakak.
  4. Syukur masih punya abang.
  5. Syukur masih punya adik adik.
  6. Syukur masih punya sanak saudara.
  7. Syukur masih boleh makan dengan tenang.
  8. Syukur masih boleh bernafas di bumi TUHAN.
  9. Syukur masih punya organ dalaman yang sihat. Erk? Sihat kot. Tapi syukurlah nak.
  10. Syukur masih punya jari jemari.
  11. Syukur masih punya tangan yang sempurna. Syukur ya ALLAH..
  12. Syukur masih punya kaki yang kuat.
  13. Syukur masih punya badan yang ada lemak. Harus di jaga nih!
  14. Syukur masih punya mata yang dapat melihat walau terpaksa di bantu dengan spek.
  15. Syukur masih punya hidung yang masih mampu bernafas.
  16. Syukur masih punya bibir.
  17. Syukur masih punya lidah untuk merasa.
  18. Syukur masih punya gigi walaupun... Ah. Mahu nanges lah.
  19. Syukur masih punya kulit.
  20. Syukur masih punya telinga untuk mendengar.
  21. Syukur masih punya rambut.
  22. Syukur masih punya hati untuk merasa.
  23. Syukur masih punya dua ketul hp.
  24. Syukur masih punya dua nombor telefon.
  25. Syukur diterima untuk berpraktikal di SKM ni.
  26. Syukur punya sahabat bernama Zay.
  27. Syukur punya sahabat bernama San.
  28. Syukur punya sahabat bernama Mi.
  29. Syukur punya sahabat bernama Alin.
  30. Syukur punya sahabat bernama Ayim.
  31. Syukur punya sahabat bernama Ahnick.
  32. Syukur punya ramai sahabat la.
  33. Syukur punya kucing yang ramai.
  34. Syukur bila buka mata, masih berada di dalam rumah yang aman.
  35. Syukur masih boleh bertudung dengan bebas.
  36. Syukur masih boleh berjalan jalan dengan bebas.
  37. Syukur masih boleh mendengar azan bila tiba waktunya.
  38. Syukur tiada kedengaran upacara tembak menembak orang di sana sini.
  39. Syukur boleh pergi ke kedai tanpa perlu pakai baju kalis peluru.
  40. Syukur masih boleh bentang sejadah tanpa risau kena bom.
  41. Syukur hidup dikalangan masyarakat yang masih berpegang pada ajaran agama. Erm. Adalah sikit.
  42. Syukur punya penghidupan yang sederhana.
  43. Syukur masih dapat lihat daun menghijau di sana sini.
  44. Syukur masih dapat lihat laut.
  45. Syukur dapat tengok gajah.
  46. Syukur dapat join mesyuarat koperasi.
  47. Syukur dapat kenal banyak orang.
  48. Syukur dapat lihat karenah manusia untuk dijadikan pengajaran.
  49. Syukur dapat belajar.
  50. Syukur boleh dapat ilmu dengan mudah.
  51. Syukur dapat hidup di zaman yang serba canggih nih.
  52. Syukur punya blog.
  53. Syukur boleh membaca.
  54. Syukur boleh menaip.
  55. Syukur ada bapak tolong hantar pergi praktikal setiap hari.
  56. Syukur ada banyak baju kurung.
  57. Syukur ada kakak yang bagi banyak tudung.
  58. Syukur ada tukang mengumpat orang disekeliling aku.
  59. Syukur ada budak yang buat lawak tapi tidak la lawak mana.
  60. Syukur ada bos yang tidak selalu keluar bilik.
  61. Syukur ada encik yang tidak lokek ilmu.
  62. Syukur ada meja disediakan di ofis ni.
  63. Syukur ada permohonan online untuk mintak kerja.
  64. Syukur ada orang cipta email.
  65. Syukur ada mesin basuh boleh bantu ringankan beban,
  66. Syukur ada kuali untuk masak.
  67. Syukur boleh mandi pagi pagi.
  68. Syukur boleh pakai eyeliner. Uff. Terharu.
  69. Syukur boleh melintasa jalan walau ada sedikit ragu.
  70. Syukur keyakinan diri sudah meningkat.
  71. Syukur punya kalkulatur yang semalam ku sangka hi;ang.
  72. Syukur ada toto yang boleh dibuat lapik untuk limpang limpang depan tb.
  73. Syukur punya kawan kawan yang sudah start kerja hari ni. Harap harap dorang boleh spend bila gaki.
  74. Syukur diletakkan di ofis yang ada pantry.
  75. Syukur dikelilingi oleh manusia manusia yang tidak kedeks.
  76. Syukur dapat belajar macamana guna mesin fotokopi canggih.
  77. Syukur dapat tekan keyboard.
  78. Sukur dapat belajar matematik.
  79. Syukur punya minat yang tinggi untuk membaca. Membaca itu jambatan ilmu ya anak anak.
  80. Syukur punya kesedaran sivik untuk jaga kesihatan adalah tinggi.
  81. Syukur punya keinginan minum air kosong yang tinggi.
  82. Syukur punya belas kasihan kepada makhluk ALLAH yang lain.
  83. Syukur punya adik yang suka belajar agama.
  84. Syukur lah ada cimbclicks.
  85. Syukur tiket flight boleh beli secara online.
  86. Syukur boleh bermesej dengan kawan kawan.
  87. Syukur boleh pakai syampu murah.
  88. Syukur punya kulit yang tidak sensitif.
  89. Syukur dapat pakai cincin.
  90. Syukur dapat pakai gelang.
  91. Syukur dapat tengok masjid.
  92. Syukur boleh kawal nafsu amarah. Kadang kalah jugak le... Haish! Setan setan... *menggeleng*
  93. Syukur boleh dengar muzik yang di ingini.
  94. Syukur boleh pakai earphone.
  95. Syukur ALLAH bagi akal.
  96. Syukur ALLAH kurniakan iman.
  97. Syukur ALLAH masih kekalkan iman dalam hati.
  98. Syukur ALLAH kurniakan kesihatan.
  99. Syukur ALLAH kurniakan agama Islam..
  100. Syukurlah.. ALLAH masih bagi peluang untuk hidup.
Pergh! See.. Aku ada seratus reason untuk sentiasa bersyukur. Gembira. Bahagia. Makanya, bila rasa down, aku harus ingat seratus reason ini untuk aku halang diri sendiri untuk mengalah dengan masalah. Cewah! O ya. Hari ni adalah monthlysary ke empat aku stay single. Cis. Perlukah monthlysary. Haa.. Yelah. Kawan kawan..

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!

Apa azam kalian? Uff.

 101. Syukurlah satu azam 2010 aku tercapai. Tidak akan menggunting rambut!

Azam aku yang lain? Erk. Aku lupa apa azam aku. Ciskek betul. Langsung tiada azam untuk berazam. Tapi tahun ini. Banyak sungguh azam aku. Biar aku senaraikan.
  1. Dapatkan lesen memandu.
  2. Pastikan tahun ini dapat bergraduasi.
  3. Dapatkan kerja yang baik.
  4. Jadi anak yang baik dan cantik.
  5. Jadi orang yang baik baik saja.
  6. Mencoba meningkat kan amalan.
Eyh. Cukuplah. Banyak sudah ni. Harap harap boleh tercapai. InsyaALLAH. Kalau panjang usia. Cakap pasal usia ni, tiba tiba rasa.. Urm.. Sudah tua. Tidak lama lagi angka umur bertambah.

p/s: Bagi saja hadiah kalau sudi. Sekian.