Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, August 28, 2010

.::Berkaitan Paderi Melayu. Hentikan Fitnah??::.

28082010 (Sabtu)

Asslamualaikum..
Ok lah, ini berkaitan dengan entry aku yang berkaitan paderi melayu ini. Menurut blog yang aku wajib baca setiap hari, DUNIA CACAMARBA, gambar yang digunakan itu hanya la sekadar fitnah. Maaf. Kalau ada yang marah dengan post aku dan let us together gede see this picture then fikir fikir lah...

Apa lgi? Lets us nilai n fikir fikir kan..


Yang tersangat Heklas
AraWani

.::Its Ok Kalau Tidak Chantek pun!::.

28082010 (Sabtu)


"Its ok if we're not beautiful, just dont put on stuff that make us look ugly and stupid"

Kan? Tidak mengapa kalau kita ini tidak seberapa mahu berupa dalam erti kata yang lain, tidak chantek, tidak jelita, tidak kiut, dan ayat ayat yang laennya. Tidak mengapa. Sungguh, tidak mengapa. Ada apa dengan rupa? Ada apa dengan kechantekkan? Ada apa dengan kejelitan? Ada apa dengan chenta?
Kalau maruah ditahap yang paling rendah. Rupa chantek kalau perangai mengalahkan mak ayam tidaklah juga berguna. Contohnya seperti membuang anak ayam tanpa belas kasihan. Ish ish ish *geleng kepala*

 
Tidak mengapalah. Cukup kita tetapkan di hati kita, let berusaha untuk perbaiki diri dan amalan. Sebab apa yang lagi penting disisinya ialah amalan kita, ketaqwaan kita. Ingat ya.Apa dia mohd adib? Kab Ba Ra Kap Alif  Ta Nun.. Iya.. KEBERKATAN itu yang lebih penting!



Yang tersangat Heklas

.::Menggiurkan sungguh...!! Shortbread Biskut::.




Hihi. Aku kalau bab masak memasak ni memang failed. Sangat. Apa yang aku tahu? Just pandai goreng telur, goreng ikan, masak air, masak maggi. Yang lain? Memang failed. Kalau aku bantu mak aku dekat dapur pun, bab kupas mengupas, kacau kuali tu, pandai la. Haha. Sedih kan? Sedih sungguh! Sebagai perempuan memang sedih betul. Perempuan tidak pandai masak? Gulp!!!

Tidak mengapa. Karang, bila aku sudah bekerja,ada dapur sendiri. Aku akan cuba belajar memasak sungguh sungguh. Bukan apa, kalau dapur mak aku, kang aku buat silap mak aku marah plop. Sedih tahu. So, tunggu kena ada dapur sendiri, duwet sendiri, baru boleh belajar masak sungguh sungguh. Ehehe.Apa kau bilang? Alasan semata? Awas ya. Cili mulut tu baru tau!

Tapi tapi tapi. Disebabkan sekarang ini bulan Ramadhan yang akan bakal tibanya Syawal, tiba tiba sistem makanan dan pemakanan aku tergiur dengan ini. Iya. Yang ini lah! Ah.. *telan liur*. Teringin la.

Biskut Shortbread *like*

Aku pernah makan biskut ni 2 tahun lalu. Sedih kan? Hahah. Thanks for my roomate tahun tu. Cik Fazura Jamaluddin. Eh. Rindu la pulak aku dengan minah ni. Apa khabar agaknya beliau. Tapi bukan itu yang aku mahu kongsi. Aku mahu kongsi pasal how to make this biskut ok. Ini pun aku tercopy dari blog ahkak ni.eh eh. Bukan ahkak ok. Ahbang. Bukan ahlong tau!

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan cutter ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.
Dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Nanti nanti, bila aku sudah selesai mencuba. Aku show dekat korang korang korang dan korang hokeh? Tapi tidak la aku berjanji. Hihi. Bukan apa, semangat aku ni selalunya tahi tahi ayam saja *sigh*. Maafkan saya *kedip kedip mata banyak kali*.

p/s:semoga berjaya menjadi anak dara yang pandai serbi serbi.

.::Senyum, sedekah paling mudah. Jom senyum!::.

28082010 (Sabtu)

*sengih*
Assalamualaikum. Ha! Tidak jawab salam,berdosa tahu. Ok ok. Let us berkongsi lirik hari ini. So, lirik for the day is...



Senyuman by Raihan.

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Sumber.

See? Tidak rugi pun kalau kita senyum. Aku pun sedang mencuba untuk sentiasa senyum. Heh. Bukan apa,aku tahu, aku ni kalau diam, muka nampak macam marah seja. Sedih tau. Padahal, memang itu lah keadaan aku bila tengah dalam keadaan neutral. Tiada perasaan. Tapi, tidak mengapa. Syukur saja dengan pemberian Ilahi. Sekurang kurangnya aku ada muka. Hahah. Apakah?

Kadang kala, bila aku bertembung mata dengan orang yang aku tidak kenal ketika sedang menunggu bas ka, jalan jalan ka, senyum dengan orang tu, tiba tiba orang tu bukannya mahu balas. Naik malu i jadinya! *blush*. Hei! Jangan fikir aku senyum dengan orang sebarangan tau. Hanya untuk perempuan okeh..

Tapi, memang tidak ada ruginya kalau kita bermanis muka. Ulang suara, bermanis muka. Bukan bermuka muka.
Mudah mudahan, bila kita mati karang,mati kita dalam senyuman. InsyaALLAH. Amin.


p/s: Teringat pesanan mak "cubalah senyum sikit. Muka tu kalau diam, macam mau makan orang!