Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, March 7, 2011

.::Auw.. Cabut Cepat Puhlisss....::.

Salam Alaikh.

Rabu lalu, aku pegi cabut gigi bersama seorang kawan. Sebelum sampai ke hospital, aku sudah suspek macam macam dengan gomen punya hospital ni. Biasalah, hospital gomen servis biasanya memang agak buruk kan. Eh, ini bercakap berdasarkan pengalaman. Tengok macik macik kena marah, kena tengking. Tunggu sampai tumbuh bulu baru kena layan. Dulu kan. So, ada sedikit prejudis di situ. Ready ready untuk kena marah, tidak di layan, menunggu sehingga tua baru dapat layanan kan. Yalah, sediakan payung sebelum hujan kan adalah lebih baek kan. Kan? *big smile*

Sampai hospital, aku memang start neves. Cabut gigi okeh. Hazab sungguh bila memikirkan kesakitan bila kene suntik bius, kena cabut gigi. *telan liur* Jalan secara tersipu sipu untuk mengelakkan sampai cepat ke kaunter. Start terbayang cerita scary pasal doktor gigi. Korang tahu tidak cerita THE DENTIST? Ngeri gila cerita tu.
Ngeri bukan?
Gila la. Sampai bayang hospital tuh jadi gelap dan menakutkan. Hampir saja aku naik kereta balik. Cancel. Iya iya, aku sanggup nangis guling guling bila sakit gigi datang menyerang balik, kataku dalam hati. (Tipu)


Sampai kaunter, mahu berlagak gengster dengan tujuan supaya dilayan secara ramah. Maka, nurse yang terlibat memang ramah dan murah dengan senyuman. Gila amazing. Senyum. Ramah. Mesra. Terus kensel jadi gengster bertukar ke adek manis.

Dapat nombor, tunggu sekejap wahai kasih.. kerana hujan belom berhenti... Bayar dua ringgit. Lepas itu, diarahkan ke bilik nombor 3. Belum sempat bulu mahu tumbuh, terus kena panggil masuk. Dr senyum. Ih, malu i (kataku dalam hati lagi). Dia keluarkan suntik sebesar gajah. Senyum. Check check sikit. And suntik tempat yang berkaitan. After suntik, tunggu sekejap lagi sekali, 5 minit lepas tuh, kena panggil balik. 

Saat yang mendebarkan sebenarnya adalah di sini.

Doktor suruh baring.. And beberapa orang nurse datang dekat. 

'Lembutkan badan ya miss... Jangan takut. Sekejap saja'

Lepas tu, ada nurse pegang kepala.

Zup! Zap! Kebabom!!


Siap! The dentist show my gigi yang sudah pun tercabut. Uh. Lega~~

'Ok miss.. Ini kapas ganti, jangan kumur kumur dalam masa setengah jam ni ya. Jangan makan panas panas dan jangan kacau bekas gigi tuh guna jari atau lidah'

"Oh? Ok.. Thengs.."


'Ur welcome'


*senyum*


Hehe. Puas hati eden. Terus balik laju laju dan show off dengan kakak kandung sendiri sebab dia pergi klinik swasta, bayar mahal maka sakit. (Ketawa ala ala pirates of carribean)


Agaknya, begini la tupa bekas cabutan gigi aku tuh kan?


euw.. ngerinya!!

So, anak anak.. sila jaga gigi bebaik. Elakkan minum minuman bergas secara pukal.


p/s:Kejadian sama berulang hari ini. =)