Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, July 27, 2011

.::Thanks NUFFNANG::.

Salam Alaikh..=)

Ok, once again aku telah menghapdate blog. Semua gara gara.. erm.. Gara gara.. aku bangun pagi terus senyum! Hahaha.. Hari ini memang sangat indah bagi aku. Kenapa kenapa kenapa? Sebab.. Akhirnya NUFFNANG telah menghadiahi aku dua.. Sekali lagi diulang ya.. DUA DUA DUA DUA buffer earning aka BE yang macam orang lain dapat tuh. Awwww~~ Soo Sweet.. ALHAMDULILLAH...

Nampak? Kalau tidak nampak, jangan la segan untuk mengklik gambar yang terlibat. See.. Ada dua kan? Kan? Kan? <--- Sorilah, orang ini nampak pathetic sebab pertama kali dapat BE. *lompat lompat!!!!*

Satu for Reebonz SS which aku tidak tahu iklan dia yang mana satu. And the other one pula ialah Maxis NYC Music SS. 
Kecik juga kan? Ok~~ Sila klik.

Syukur. Rezeki di situ. Ini yang buat aku kembali semangat berblogging dan berblogjogging nih. Orait guys.. Sila senyum di kala pagi supaya dapat BE macam aku!!!! Oh yeah~~~~~~~~~~~

.::Aku Perantau::.

Salam Alaikh..=)

Orait, mulakan hari dengan senyuman. A BIG SMILE. Yah, itu petua yang sangat bagus diamalkan sejurus selepas bangun pagi. Demi mendapatkan hari yang insyaALLAH baik sepanjang hari.

Hidup diperantauan ni hati kena kental. Hati kena kuat. Hati kena cekal. Let me share aktiviti aku sehari hari.

1. Bangun pagi tunggu turn mandi.
2. Mandi, siap siap.
3. Tunggu bas/teksi.
4. Naek lrt.
5. Naek bas.
7. Kerja.
8. Balik kerja, ulang 5, 4, 3.
9. Sampai rumah, rehat dan tidur.

Ok, itulah sehari hari sepanjang dua minggu saya di sini.

Oh, selingan. Ada juga aktiviti dihujung minggu. Aktiviti yang membuatkan hati aku tidak tenang. Sekaligus membuatkan aku berfikir, apa relevennya in relationship dengan relatuionship yang illegal? Ia jauhkan saya dari TUHAN.



Serius, aku mahu semuanya berhenti. Biar sepi, janji hati happy. Tenang, aman.
Bukannya aku baik sangat, cuma biarlah kesilapan lalu tetap jadi sejarah. Jangan diulang. Kerana hidayah ALLAH bukan selalu datang menjengah.

.::Ya ALLAH, jadikan aku hambaMu yang tahu untuk bersyukur, ya ALLAH, jadikan aku hambaMU yang taat dengan segala perintah dan laranganMU, ya ALLAH, lindungi aku dan keluargaku dari segala kejahatan, dan ya ALLAH, jadikan aku anak yang solehah. Lindungi maruahku, dan maruah keluargaku. Ya ALLAH, murahkan rezeki ku, bukakanlah pintu rezekiMU seluas-luasnya untuk ku, supaya dapat ku berbakti kepada kedua orang tuaku, dan juga agamaku. Kuatkan peganganku ya ALLAH. Tabahkan hatiku dalam apa jua halangan yang mendatang. Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat ya ALLAh, ya Rabbul Izzati.. Amiin~~::.



p/s; Gambar semua adalah ihsan makcik google.