Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, May 25, 2013

Minggu lalu. Kurang waktu senggang untuk bos. Maka. Tiba-tiba aku terlantikkan menjadi pengasuh kepada Yusuf Zaki.

Bayi paling senang untuk dijaga. Kurang meragam dan selalu gelak.

Pertamanya malas juga mahu jaga. Lebih-lebih lagi sudah ada plan. Tapi memikirkan this tiny little boy tiada siapa akan jaga. Maka sudikanlah juga. Comel kan?

Friday, May 24, 2013

Bila beberapa hari lalu dengar berita yang kurang enak pasal seseorang yang aku kira rapat. Terkejut. 
Bercinta dengan suami orang itu, sisi mana yang orang pandang bagusnya? 

PERAMPAS SUAMI ORANG

Gelaran begitu bakal disandang, sampai mati barangkali?
Nasib tidak baik, sekali terpalit sampai tujuh keturunan. Anak-anak disogok dengan "Eh, mak kau rampas laki orangkan?" Pedih woooo~

Di manalah dapat di sisip bahagia kalau berbahagia itu atas kesengsaraan orang lain?
Di manalah mahu di kais tenang bila mahal restu dari dua insan pembawa ujud kita ke dunia ni?

*Istighfar*
ALLAH~ setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Dipertemukan mereka berdua pasti ada asbab yang rahsianya susah untuk kita paham.
Dia yang aku rapat pun- makin baik dari segi penutupan aurat. Penjagaan amalan. Alhamdulillah. Lagi baik aku turut terpalit sama. 

"Ara sayang, jom~"

Mohon dengan Sang Khaliq. Moga dipermudahkan urusan beliau. Kalau itu yang tertulis di Louh Mahfuz. Moga dipermudahkan. Dilembutkan hati mak ayah untuk restu. Dibuka hati bakal madu untuk redha dengan perkongsian.

Rahsia ALLAH.
Siapalah aku untuk tahu.




Monday, May 20, 2013

Kami. Legacy Abd Aziz bin Kadir. Ada tujuh orang semuanya. Kayak anak nabi, tiga lelaki empat perempuan.
Di suatu malam yang tidak seberapa hening dan agak hangat. Tiba-tiba dapat mesej. Dari kakak yang paaaaaaaling sulung.

=')
Baca sambil bergenang, apa lagi yang korang expect? Kikikikikiki. Lepas tu tanya apa respon adik beradik lain. Seperti yang dijangka. Jangkitan tangisan pasti akan berlaku. Hahahahahahaah!
Teringat satu peristiwa sekitar Ramadhan duaribusepuluh.
Aren, adik yang ke-lima eksiden motor. Motor pula abang punya. So, bila abang balik dari Sarawak, memang mendapatlah ceramah beserta petiran yang memang boleh mengakibatkan pedih di ulu hati.
Masa tu, aku, Kak Lin dengan adek Era tengah berjemaah melipat kain baju selori. Al-maklum. Keluarga besar. Kalau lipat sorang-sorang, mau dua kali tahun lompat pun belum pasti berakhir seloka lipat melipat ni.
Sambil dengar lah adek Aren kena petir. Sambil belakon tengok tv. Ko mampu? Mata ke tv telinga ke petir.
Lepas habis drama petiran, adek Aren pegi tempat kitorang, senyum-seyum tapi mata berair. Masih ada hati cover macho yang terguris akibat dimarah. Mungkin tidak tertahan pilu di hati, akhirnya menangis jugak hadek hadek aku tu. Bila dia start menangis, adek Era pulak terjangkit. Aku pantang betul lah dengan Era ni. Suka jadi pencetus drama. Era nanges, paling ke Kak Lin.. Apa lagi.. Turut banjir. Dah tu, takan aku sorang sorang pulak tiba-tiba jadi wanita kental? Berjemaah lagi afdhooool. Sekali harung empat beradik menangis pujuk each other. Lepas tu tuduh menuduh.
"Ko la ni, nanges. Kan aku terikut nanges jugak" marah Kak Lin kepada Era. Sambil gelak-gelak. Adui. Aku kalau ingat balik benda ni, mesti aku tergelak sendiri-sendiri.
Dan biasa, bila kami berkumpul dekat kampung, time mau balik, Kak Lin akan warning awal-awal jangan ada siapa-siapa pergi hantar dekat airport.. Bukan apa, drama beginilah yang hendak dielakkan. Tapi abang aku peduli apa, dia akan cakap, "Kak Lin mo balik.. jom hantar dia ramai-ramaaaaaaaaaiii. Cepat tukar baju!" Maka, semua pergi hantar dan menangis lagi beramai-ramai.
Ya ALLAH, rindunya. Rindu dengan adik-beradik aku. 
Masa kecil dulu, kami bukan rapat pun. Makin besar dan dewasa ni, mungkin sebab semua duduk jauh. Jumpa sekali sekala. Alhamdulillah~ Rapat. Yang tidak pernah terbayang kami boleh seperti ini.
Terima kasih Ya RABB~ Terima kasih untuk semua nikmat. Alhamdulillah..

Friday, April 26, 2013

Sesungguhnya, dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Hari ini. DuaPuluhEnamEmpatTigaBelas. Jumaat.
Dijemput pulang Timbalan Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri)
Datuk Sharuddin bin Ibrahim ke pangkuan Yang Maha Esa.

Terkejut. Kecoh satu bahagian. Al-maklum, kejadian berlaku di dalam kawasan Putrajaya, sebelah balai polis dan di dalam negara paling aman. Ironi huh?

Entahlah. Terkesanlah. Tahulah. Sedar 100% semua itu hanya asbab kematian. Sudah termaktub begitu jalan kembalinya arwah.Tapi, memikirkan hati keringnya pembunuh, sanggup meragut nyawa manusia lain, di Malaysia ini.. *sigh*

Ya ALLAH..
Selamatkanlah negaraku.
Lindungilah tanah tumpah darahku ini.
Kau bukaanlah hijab yang menyembunyikan kebenaran.
Aku mohon ya ALLAH,
Lemahkanlah pihak yang menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Kau hancurkanlah pemimpin zalim yang mempergunakan rakyat jelata.
Kau hancurkanlah, mereka-mereka yang bertanggungjawab atas kematian arwah.

Amin.

Thursday, April 25, 2013

Resepi Mangga Sagu

Bismillahirrahmanirrahim~

Hari ni, kena sopan sikit. Sebab hari ini mahu berkongsi ilmu. Al-maklumlah. Entry sebelum ni pasal Mango Blended tu mendapat sambutan yang sangat GAH. Ko mampu? Walhal dua orang je nye pun yang minta share resepi. Tapi, walaupun dua orang je, yang sorang tu mak buyung sebenar. Yang sorang lagi tu kembong banyak angin kot. Hahahaha. Gelakkan orang, walhal~ Nyah Arjuna-lah sangat. Mak mintak mahap k nyah. Gurau okay.. Gurau~

Okaylah. Sudah seperenggan kau melalut pehal? Terus berkongsi mari.

Bahan-bahan
  1. Beberapa biji mangga ikut tahap pernafsuan masing-masing. Agak-agak eh? Membazirun itu amalan syaitonnirrojim.
  2. Susu Cair
  3. Susu pekat/ Krimer pekat
  4. Ais kiub
  5. Gula
  6. Susu Full Cream dutch lady (Optional)
  7. Sagu (Optional)
Cara- Cara
  1. Kupas kulit mangga dan hiris kecil-kecil
  2. Masukkan bahan 1, 2, 3, 4, 5, 6 ke dalam blender yang dapat masa kawin hari tu kan. Ha, masanya ni lah nak guna.
  3. Kalau ada sagu, then letak sagu. Gaul.
  4. Minumlah dengan penuh gembira.
Bebeb sekalian. Semua sukatan bergantung pada kalian. Kalau mahu manis, letak gula lebih. Kalau namo manis, then letak sikit-sikit sudah. Okay? Chare dop?? Masa beli mangga hari tu, aku beli yang sek sek gini:
Gambo aku curi dekat google. Tapi yang gini lah. Siyes manis rasa nak nanges jah. Over.
Korang. Sebenarnya iolls xreti sangat pun nak explain nih. Benci. Bila baca balik rasa nak cakar dinding je. Tapi, adalah eh? Hopefully korang boleh paham. Wuwuwuwuw. Nak g nanes kat tandas jap.