ULASAN BUKU: ULU YAM DI LIVERPOOL

Mula aku tahu wujud buku ini, melalui IG FynnJamal. Penulis Nazali Mohd Noor. Harga RM19.90
Aku bagi 5 bintang dari 5 bintang. Haha! Serius. Sangatlah best buku ni. Kenapa best?

1. Sususan ayat mantap.
2. Latar belakang cerita sangat rapat dengan aku dan keluarga.
3. Kategori buku: Motivasi. Memang masuk dalam piawaian buku kegemaran.
4. Mengundang banyak emosi masa baca.

Penulis bermula dengan kisah kehidupan dia dan keluarga. Tinggal di kampung (Ulu Yam). Dengan jumlah adik beradik yang masih hidup seramai 6 orang. Asal 10 orang, tapi empat meninggal masa kecil. Penulis anak bongsu. Yang start menarik hati aku bila baca macam mana family penulis cuba untuk 'mengelirukan' takdir untuk mengelakkan penulis pun meninggal masa kecil. Kalau tidak silap, semua empat yang meninggal itu adalah yang lahir selepas yang terakhir sebelum penulis. Faham? Harap fahamlah. Oh berbalik pada cara family penulis cuba untuk mengelirukan takdir supaya penulis boleh survive masa kecil (baca: tidak meninggal macam adik-beradik sebelum dia) adalah dengan kononnya dengan memberikan penulis kepada keluarga lain. Tapi bukan bagi sebenar-benar bagi, cuma lakukan sebagai simbolik. Bagi adat kami, bangsa Bugis district Enrekang (since jenis-jenis bangsa Bugis itu dibahagikan mengikut nama tempat di Indonesia. Enrekang adalah salah satu nama tempat di Indonesia. Tempat asal nenek moyang aku. Jadi susur galur aku berpaksi pada Enrekang. Ya, aku berbangsa Bugis Enrekang). Kami juga ada cara kononnya untuk 'mengelirukan' takdir. Kalau ada kes anak lelaki meninggal masa kecil, bila lahir anak lelaki akan dipakaikan subang supaya kononnya yang lahir itu perempuan. Macam mengarut kan? Adat. Hanya mampu buat aku tergelak semasa penceritaan. Allah tahu segala-galanya. Sedang sifat DIA juga MAHA MENGETAHUI. Masakan ALLAH tidak tahu sedangkan yang menciptakan itu jua DIA. Aku anggap ini ujian bilamana kaedah berhasil. Tidak mahu terpesong. Moga ALLAH jauhkan.

Penulis dipanggil Onn oleh famili terdekat. Penceritaan dalam buku ini sebenarnya untuk berkongsi denai yang Onn lalui. Dari seorang anak ulu. Yang punya cita-cita tinggi untuk menyaksikan sendiri perlawanan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool FC di Stanley Park Stadium, Anfiel di bumi Mersey. Walaupun sebenarnya Onn ini kaki bangku. Budak gemok yang selalu menanti harap di tepi padang supaya di pandang cikgu untuk mewakili sekolah. Semasa Onn ceritakan bab ini, aku teringat zaman sekolah rendah. Betul kata Onn, masa dulu, siapa terer sukan lagi popular berbanding yang terer akademik. Zaman aku dulu, sempat jugalah mewakili sekolah hingga peringkat daerah untuk beberapa sukan. Hoki, bola jaring, bola tampar. Oh, untuk balapan, selalu dapat sukan budak gemok juga. Lempar peluru. Merejam lembing. Dasar budak gemok!

Kalau dilihat--
Ibu bapa zaman dulu-dulu. Susah. Tapi bab jaga anak, bagi semangat, bagi pendidikan memang superb kan? Macam Onn, bila dia berjaya dapat nombor satu, bapa dia akan belikan hadiah. Bukan hadiah mahal, tapi cukup untuk dituju 'Tahniah anak, bapa dan mak bangga dengan kejayaan kamu'. Mengakibatkan bergenang air mata juga bila arwah bapa Onn bawa dia naik bas. Dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur. Bawa pegi makan sedap. Pegi muzium. Terkenang dengan orang tua aku. Paling teringat bila dapat keputusan cemerlang masa UPSR. Bapa aku kerja buruh saja. Mak suri rumah. Sama macam mak Onn. Jadi kewangan memang terhad. Tapi sebab gembira anak dapat keputusan cemerlang, tiba-tiba malam tu ada sebiji kek di rumah. Mak masak spesial sikit. Ayam goreng salut tepung. Haha. Spesial sangat dah tu. Puas. Dapat makan sedap. Puas. Tengok mata mak bapa bersinar.

Dan sekarang. Onn berjaya gapai impian dia. Menetap di bumi ratu. Dengan rumah sendiri. Dan Ainon, pendamping setia susah senang Onn dapat jadi suri rumah sepenuh masa. Eh. Separuh masa i guess. Sebab Ain berniaga dari rumah. Jaga anak-anak yang kian membesar. Lagi membanggakan, selain menjadi Pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University, Onn juga ada charity fund tersendiri di bawah nama Branded Bargain UK (BBUKIANS). Yang sealiran dengan Onn, kipas-susah-mati LIVERPOOL FC, boleh join. Tapi untuk charity tu, tiadalah terkisah pun kalau berkehendak untuk join the venture. Best juga tengok aktiviti dorang. Kepuasan dalam memberi.

Alhamdulillah. Jerih perih Onn berbayar dengan kejayaannya sekarang. Berkat taat dengan ibu bapanya. Berkat sabar dengan liku-likunya. Sampai jumpa dengan kemuncak kejayaannya. Di dunia. Dan insyaALLAH di akhirat juga.

Cerita dia. Bagi inspirasi buat aku. Bermimpi. Bermimpilah. Selepas itu, bangun. Kejar. Walau tiada jaminan. Bukan dihitung pada kebolehan mendaki kejayaan akhirnya saja, tapi kemahuan untuk beranjak. Bergerak untuk mula. Sakit mungkin di awalnya. Yalah, keluar dari zon selesa. Luar dari kebiasaan. Tapi lama kelamaan pasti terbiasa jua. Bak kata pepatah orang tua-tua. Alah bisa, tegal biasa. Bukan begitu pak munawe??



Nah. Onn dengan bukunya. Sumber ihsan google.

P/S: Ada buku Ulu Yam di Liverpool 2. Akan beli. InsyaALLAH.

Comments

Popular Posts