Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, August 23, 2010

.::Ah, sentap la macam ni!::.

23082010 (Isnin)


Rasa macam mahu nangis la. Aku sentap tahu. Macam ni la kan.. Macam ni la.. Aku tahu la aku menumpang. Menumpang di sudut sudut. Tapi memang macam ni lah nasib orang yang menumpang kan. Apa boleh buat. Kenapa? Kenapa aku sentap. Aku sentap sebab aku terkunci pintu. Ah. Teda teda seja bah kau ni. Gara gara itu pun mahu sentap.

Eh eh. Aku terkunci bukan sekejap tahu. Bak kata pepatah, bagai menunggu durian jatuh pada bukan musimnya. Aku ketuk, jerit ala ala suara tersepit gitu sebab malu jiran sekeliling dengar. Ketuk pintu kuat ala ala tidak kuat sebab malu juga kalau orang tengok. Lamaaaaaaaaaa.

Nora ada dekat dalam. Tapi dia buat bodo saja tengok aku jerit jerit suruh orang bukak pintu. Nora, ko memang kejam kan? Tapi aku paham. Ko hanya seekor nora yang memang tidak akan pandai membuka pintu. Siapa Nora? Teka la! Jawapan ada di sini. (Oh, nama itu timbul secara tiba tiba. Maaf Nora)

Ketuk ketuk ketuk ketuk ketuk sampei lebam, barulah housemate yang laen tolong buka. Uh uh. Syukur ko sambut aku dengan senyuman. Terpadam api kemarahan ni. Naek atas, kreukkkkk (Macam ni la lebih kurang bunyi tombol di putar.) Ah???!!!! Kunci lagiiiiiiiiiiiiii..............................................

Begini la kan.. memang begini la......

Akhirnya, dapat masuk jugak. Ah, malas sudaa mahu sentap sentap. Happy mother's day mak. Mahapkan anak mu yang jauh ni ya. Ni bideo untuk mak. (Tiba tiba pula kan?)

VIDEO UNTUK MAK SAYA. THANKS UNTUK PEMVIDEO DAN PENGHAPLOAD. AKU TUMPANG MAHU BAGI UCAPAN UNTUK MAK HAKU JUGAK, HAA.. JANGAN MARAH..

P/S: Sayangi lah mak mak kita selagi mereka ada. Sayang bapak jugak. Ah,sayang dua
dua lah!

.::Solat dan Tenaga Alam::.

23082010 (Isnin)

Salam Ramadhan. Kawan kawan, mari kita berkongsi ilmu. Perkara ini mungkin tidak diketahui ramai. Mungkin la. Sebab, perkara ini juga baru ku tahu kejadiannya beberapa bulan lalu. Secara suratan dan kebetulan. Atau mungkin juga hanya aku seorang saja yang belum tahu? Ah. Tidak kisah la. Mari kita berkongsi bersama sama. Ahahaha. Baca saja pun, tidak di minta membayar. Tapi kalau mahu bayar juga, kecil tapak tangan, padang bola aku tadahkan. Haha. Gura gurau. Jangan marah.

Ini berkaitan dengan amalan solat kita. Iya. Solat. Solat ini kan amalan yang paling pertama ALLAH akan tanya bila di akhirat kelak?  ALLAH meWAJIBkan kita solat bukan sekadar sebagai tanda seorang hamba berterima kasih dengan TUHANnya, tapi, solat ini juga memberikan seribu satu kebaikan kepada pengamalnya. ALLAH tidak suruh kita solat saja saja. Pasti ada kebaikannya. Nah, baca perenggan seterusnya. Pasti kamu akan teruja dengan rahsianya.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.





Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .