Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Friday, January 28, 2011

.::Lets Menangis Terharu::.



Satu, dua, tiga!

Wuwuwuwuwuw~~~~ *laphingus*

Sedih betul bideo nih. Buat aku menagis tersedu sedu. Masih adas rupanya lelaki berperangai setia dan tidak bertindak menginggalkan ahwek dikala ahwek sudah terketaq ketaq akibat kemalangan. Terharu kan? terharu betul...*nangis lagi*

Lagu dia pun aku feveret habes. Ha.. Aku tau. Ini LINK kalau korang mahu download yah.. Daripada The Script-Break Even.

Lelaki ini, bernama Chris Medina, berumur 26 tahun sudah bertunang dan sangat setia. Ya TUHAN.. Tolong temukan aku dengan insan seperti ini.

Ah, okeh. Mau cari tisu. ISK ISK!

p/s:Mesti ahwek dia superb gila sampai bf dia langsung tidak boleh tinggalkan dia.

.::Kakak Jahat!::.

Salam Alaikh..=)

Ingat lagi post yang ini? KLIK. Kakak tuh memang jahat. Alkisahnya, hari ini memang sangat kurang orang di ofis.Pagi pagi aku hanya mengular sambil blogwalking sampai haus.

Bila tiba tengahari, kakak P balik dari outstation. Kakak P, Encik H dan Makcik Y duduk berborak borak di bahagian tengah opis.

*draft*

Orait, sambung cerita. Semalam, dok mereka berborak, aku malas join. Layan blog lagi syiok. Tapi telinga masih terdengar isi cerita perbincangan mereka. Biasalah, hal hal ibu bapa. Susu anak mahal, belanja sekolah besar dan sekian sekian. Aku memanglah malas join sebab aku belum beranak. Thihi. Sudah beranak karang baru boleh jadi korum. Lama lama, masuk kes kakak S. Secara jujurnya, opis ini berpuak. Ada beberapa pihak yang tidak bertegur sapa. *gelenggeleng* Semuanya berpunca dari kakak S si mulut jahat.

Haruslah ingat kawan kawan, apa yang kita buat dekat orang, akan balik ke kita semula. Sekecil kecil perbuatan, yakin lah, akan ada balasannya. Macam yang kakak S nih buat. Memecah belah umat, sekarang dia kurang berteman. Kurang berteman satu, nama pun sudah buruk seburuk kain pengelap. Teman stay just teman. Bukan sahabat. Kasihan.

Kalau pertama kali bersua, kakak ini sangat baik. Sangat. Kata kata lembut, sopan. Kau lah yang paling baik, paling pandai oleh kata katanya. Peramah. Haih, pendek kata, memang dia sangat baiklah. Tapi rupanya....


Google

Aku yang sekadar budak praktikal ini pun terkena tempias. Hari di mana kakak S ni burukkan teman sekerjanya ke aku memang aku sudah remind diri aku untuk stay away dari ini orang. Bahaya. Bukan orangnya untuk boleh dibuat kawan. Semua orang buruk, semua orang tidak bagus. Dia saja yang bagus. Yang lagi haru, dia umpat aku. Katanya aku ini budak pointer rendah. HAHAHAHA. Memang pun kak. Tapi rasanya, tidak menyusahkan kakak pun kalau aku berpointer rendah. Kakak still boleh makan bukan? Still dapat gaji.. Still bernafas di bumi TUHAN ni. Pelik betul perangai kakak ni. Lagi serius, hal rumahtangga dia dengan suami, mak mentua semua dia cerita. Eh. Itu kan hal paling sulit bagi si isteri? Bukankah tugas isteri menjaga maruah suami kala suami berpergian? Ini tidak, semua benda diceritanya. Aku hanya mampu GULP! Opss. Bahaya!

Tapi biarlah. ALLAH itu maha adil kan? Biarkan saja. Malas mahu kesah.

p/s: Nyanyi lagi timberland lagi best.