Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, July 27, 2009

.::Selepas Makan::.

27072009 (ISNIN)

Baru selelsai makan untuk hari ini. Sekarang sudah pukul 5. Alhamdulillah.. Dapat jugak makan untuk hari ini yah.. Syukur2...
By the way, saya baru balik dari kelas matematik lanjutan. Dapat lagi ilmu. Erm.. Dekat kelas, aku semangat untuk ulang kaji pas nih. Tapi, bila dah kenyang ni, HuH.. Mula lah rasa malas menginterrupt. Dalam ketika ini pun, aku berada di library. Ingin menghabiskan esaimen, sambil menunggu panggilan dari prof, apa lagi.. Mengenai status aku ni lah.. Budak GB.
Well.. 2 jam berada dalam kelas math lanjutan tuh, uff.. Pada mulanya, aku tersengguk2 bak burung belatuk, tapi ntah napa, tiba2 mengantuk aku hilang. Bukan disebabkan kecantikkan miss K, tapi maybe kesedaran untuk belajar itu datang. Dan mata plak segar bugar secara tiba2. Dan, selepas itu, aku pun memaksa otak ini unutk menganalisis data dan input yang miss k bagi. Hope, subjek ini nanti, aku boleh skor, demi meningkatkan mutu dan keunggulan PNGK ku. Oops.. Banyak mahu tulis ni, tapi otak jem dan agak2 malas2 gitu.. Then, aku berhenti kat sini saja lah ye... Adios..

.::Fuzzy Math::.

27072009 (ISNIN)



Ah, baru habes kelas matematik kabur. Yah.. Hari ini, aku menanti lagi. Menanti panggilan dari TNC mengenai rayuan kami untuk meneruskan pengajian pada semester ini. sejak tadi, hp cap ayam ini tidak penah lepas dari pandangan ku. Sangat menunggu panggilan tersebut. Sekarang, berada di lab komputer sekolah aku. Sekolah untuk universiti aku ini sama dengan fakulti bagi universiti2 lain. U aku memang unik. Yah.. Unik lah sangat..



Kelas tadi, bila study pasal theorem, formula2 matematik, adalah disebutkan kisah pencipta2 theorem matematik kabur bagi compliment. Ntah kenapa, nafsu aku untuk teruskan pengajian makin membuak2. Makin memuncak2. Uff.. hati ini kadang menyesali diri yang tidak belajar bersungguh2 dahulu. Cait! Walaubagaimanapun.. Inilah perjalanan hidup aku. Sebab, kadang tuh, aku study bagai nak rak pun, result tetap dok macam tuh jugak. Ah! wateva la kan, menda dah jadi. Apapun, hidup mesti terus. Terus dan terus..



Kali ini, aku terdetik untuk menyiasat kehidupan beberapa tokoh2 matematik yang aku sudah belajar tadi. Tidak lah belajar pasal mereka pun, cuma belajar tentang theorem2 mereka. Pertama, pakcik yang bernama Sugeno. Agak sukar untuk mencari asal usul kejadian manusia ini. Yang aku jumpa kebanyakan berkaitan dengan Fuzzy dan disebut sedikit2 tentang beliau. (ah, keypad komputer ini tidak best!). Sugeno ini, hebat bagi aku kerana mencipta theoremnya sendiri berkaitan dengan compliment dalam fuzzy math. Yah.. Melalui theorem asal compliment yang mana semua orang tahu, dia mencipta formulanya sendiri, juga under compliment.

A­­­­­c=1-µA(x)
Formula di atas ini adalah formula biasa yang digunakan sebagai compliment, di mana, nilai µ ini adalah nilai untuk 'degree of membership' dalam bahasa melayunya.. Erm.. Lu pikir la sendiri. Dengan kebijaksanaan Sugeno, pakcik ini telah mengconvert formula di atas dengan formula beliau sendiri yakni
cλ= 1-a
1+λa
Dengan nilai parameter λ, dan a itu adalah 'degree of membership'. Aku sendiri terdetik untuk mengenali beliau,tapi malangnya, kurang informasi tentang kehidupan beliau. Selain Sugeno, makhluk lain yang turut menyumbang dalam matematik kabur ini, adalah Yager, Dombi, Dubois dan Prade. Ah, itu jak la buat masa ni yah.. Sebab masa tidak mengizinkan dan line not clear. ok.. Bye!