Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, August 11, 2011

.::Vista Angkasa, Rupanya Sarang Burung, Eh, Sarang Maksiat!::.

Salam Alaikh..=)

Hari ini banyak kerja. Semalam pun, semalam semalam pun banyak kerja. Walaupun banyak kerja, aku masih mampu melayari internet. Apakah~~

Dua tiga kucing berlari hari ini, aku risau. Tiket untuk mengalami hari paling penting belum dibeli lagi. Semuanya disebabkan MAS airlines yang tidak menawarkan perkhidmatan membayar secara debit card aka banking online. Hanya memberi pilihan bayar secara kredit kad atau bayar saja kemudian (pay later). Stok wanita(?) yang baru mahu membina hidup macam aku ini haruslah tiada kad kredit. Bayar saja kemudian itu memerlukan kos yang lagi tinggi. Ada cas perkhidmatan bila kita ke kedai wakil jualan. Adalah dalam 30 ringgit.  Maka, tiada pilihan lain selain memilih perkhidmatan tambang murah Air Asia. Murah la sangat. MAS lagi murah okeh. Sekalian perkhidmatan sangat awsome!

Dan seperti kebiasaannya lah, akan ada peristiwa mengisi maklumat diri dan sebagainya. Tiba turn alamat, aku blur. Okeh, aku lupa alamat rumah sendiri. Eh, bukan rumah sendiri, rumah sewa sendiri (kenapa mesti ada word SENDIRI?) Tapi disebabkan semua maklumat hanya di hujung jari, aku taip saja VISTA ANGKASA diruangan google search by makcik GOOGLE.

Lihat yang aku spray itu
Fine TUBELAWAK.. Fine! Lain yang kucari, lain yang ku jumpa. Sadis okeh. Rupanya current tempat tinggal adalah sarang maksiat kan. Kalian klik saja link yang diberikan. Pasti buta mata.(Dilarang keras lebih lebih lagi dibulan Ramadhan Al-Mubarakh ini). Empunya blog tubelawak itu rupanya tinggal disitu jugak. Dulu. Tidak lah pula aku tahu sekarang ini beliau masih bermastautin disitu ada sudah berpindah.

Bila lihat sekeliling, penduduk Vista Angkasa tuh, molek saja pada pandangan aku. Normal people with normal environment. Belum terserempak lagi dengan pemandangan yang boleh membutakan mata, menyemputkan urat pankreas. Doa doa lah supaya dilindungi pancaindera ini samada terlibat dengan maksiat secara terang terangan atau sembunyi sembunyian. Amin Ya RABB..

Oh yah, for those yang mahu lihat spesis burung merpati dengan lebih dekat, jemput datang ke rumah aku. Burung merpati dengan happynya beranak pinak berebut tempat tidur di balkoni rumah aku. Banyak warna, banyak jenis, banyak perwatakan. Banyak types of shit. Sehingga kami terpaksa melupakan niat lepaking di balkoni rumah ala ala remaja.

Akhirnya berjaya juga membeli tiket. Tiket pergi. Balik ke sini belum lagi. *pengsan*


p/s: Rupanya penat juga ya mendaki tangga ke tingkat 12. Bergegar kepala lutut!