Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, August 22, 2013

Kerja

Sebenarnya, aku banyak kerja ni. Kerja aku. Campur dengan tanggung kerja member office. Memang terbaek jumlah kerja yang datang. Bertalu-talu. Sampaikan--
Bila datang kerja yang baru, aku hanya mampu pandang sekali lalu. Dengar arahan. Sambil tangan menari laju di atas keyboard.
"Baiklah--"

Sekejap-sekejap datang lagi. Bawa fail bertingkek-tingkek.

Kalau ikut hati. Rasa macam mau maki. Dengan oktaf suara mampu aku yang paling tinggi.

Tapi laju logik akal neutralkan situasi.
"Kau buat kerja, berbayar apa?"
"Baik--"

'Astaghfirullah--'

Buat kerja. Biar ikhlas. Kalau pun tiada bayaran di dunia, harap boleh topap apa yang kurang di akhirat kelak. Amin.

Ok, sambung buat kerja balik.