Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Sunday, September 26, 2010

.::Cahaya Cinta by UNIC::.

26092010 (Ahad)

Salam Alaikh.
Ahahaha. Sudah masuk tengah malam la pulak kan? Sebelum aku jiwang, baek korang lari. Hahahahaha. Ok2. Lets layan lirik.

Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya

Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan

Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini

Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya…

Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya

Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

Digalakkan membaca lirik sambil mendengar lagu sebenar. Sesiapa yang ada lagu ini di dalam laptop tanpa perlu mendonlod laju laju sila email aku untuk no talipon aku. Aku mahu bekenalan. Hahaha. Ok, tidak lucu. Bye!

p/s: sila jangan menipu.

Yang tersangat Heklas
AraWani

'AKU MALUUU'

26092010 (Ahad)

Situasi : Memberi movie yang direquest oleh teman.
Masa : Lebih kurang selepas solat Isyak waktu Sabah
Tempat kejadian : Bilik teman yang merequest movie.

Tok tok tok tok<----------Bunyi pintu diketuklah.

Aku : Nah, amik movie nih. Ko mahu kan?

Kawan : Ih, movie apa? Bila lagi aku mintak movie dengan ko ni?

Aku : Ai ai ai.. Ni yang mahu marah ni! Ko cakap ko mahu sangat tengok cerita Kuch Kuch Hota Hai. Nah, ambil ni!

(Sambil menghulurkan pendrive, menjeling si teman yang sudah mula membuat muka ala ala shy shy cat kerana terlupa yang sememangnya beliau ada merequest. Cis! Pok kang baru tahu.)

.........................................................

Aku : Eh, mana member bilik ko ni?

Kawan : Ntah. (Sambil sebok menggodek cerita yang baru beliau dapat dengan penuh semangat)

*tengok kiri kanan*
Berlalu ke meja member bilik si kawan aka roomatenya. Ada laptop dengan berscreensaverkan gambar gambar beliau. Memerhati sambil menganalisis.

Aku : Eh eh, member bilik ko ni, macam jantan kan?

Kawan berpaling sekalian dengan muka terkejut.

.
.
.
.
.
.

Roomate kawan : Hah? Apa dia? Ko cakap aku apa tadi?

*pengsan*
Rupanya beliau ada disebalik pintu locker selama ini. Melakukan aktiviti menebas semak samun dibahagian yang.. Erk, bersemak samun lah!

Kawan : Erk.. Ara.. Pendrive mu... (Sambil memerhatikan aku perlahan lahan menjadi invisiblewoman)

Semenjak peristiwa tersebut. Bila nampak budak tu dari jauh, aku akan cuba lari. Lari jaoh membawa muka yang maluu. Ish! Susah tahu, hidup dalam keadaam hidup malu mati tak mahu.

Moral of the story : Tu lah, ALLAH sudah larang kita kita ini bercakap buruk mengenai orang lain. Azabnya bukan sekadar di rasa di akhirat kelak, malah di dunia ini saja aku sudah cukup siksa dengan bahananya. Sudahnya, heyh, jangan kita bermulut jahat!


Sekian, terima kasih.

Entry ini adalah akibat memenuhi tuntutan contest "AKU MALUUU" (Double check. Letter U must be definitely just 3!)


Mereka yang ku tag untuk menjohin contest ini adalah..


Yang tersangat Heklas
AraWani