Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, January 14, 2013

Dulu--

Aku pernah ada kami.
Aku. Dia. Kami.
Aku pernah ada.
Dianugerahkan rasa bersama.
Aku perlu kau untuk terus rasa ada.
Untuk terus rasa lengkap.
Kau perlu aku untuk dijaga.
Untuk rasa terpelihara.

Tapi khilafnya.
Ah. Klise.Pernyataan selalu guna dek manusia seperti aku.
"Aku manusia selalu lupa"
Terus-terusan alpa.

Masa kau dengan aku sayang~
Yakin aku kau akan sentiasa wujud.
Ada untuk aku.
Sampainya aku yakin,
-- Malah terlalu yakin.
Kau akan selalu ada.
Sentiasa bersedia apa adanya untuk aku.
Terima buruk baikku.
Terima sempurna kekurangan ku.

*diam*

Aku lupa.
Kau juga makhluk biasa.
Bukan malaikat sabar tahap dewa.
Bukan superhero kebal dengan duga.

Tiba detik
Masanya kau berserah lemah.
Kalah.
Kau kalah dengan semua kesakitan yang aku hadiahkan buat KITA.

Tapi sayang~
Kalau iyapun kau kalah.
Tapi kenapa reseptor sakit aku yang teraniaya?
Berdenyut-denyut lahai~ Sakitnya bak kata orang tua~
"Sakit kedua selepas sakit bertarung nyawa menyambung zuriat"
(Over kan?? Kau dah kenape dengan hidup kau Jemaaaah~)


'Makan, makan lah lagi yang manis-manis'
Marahku pada diri sendiri.
Eh, boleh marah diri sendiri.

Sayang ku Raymond.
Kerlas nama gigi Raymond.
Cepat baik. Janji xmakan manis kerap sangat.
Seminggu dua tiga kali ya?
Pelis sembuh jangan uji hubungan kita sampai macam ni sekali.
Kang aku jumpa dentist kang, ada jugak kau jadi EX ni.
Ex gigi.

Orait2.
Baiklah Juna, xterus cabut. Tampal. Menggelupur cepat sangat nak marah orang kan??

p/s: Semalam genap sebulan jadi bukan lagi penganggur. Alhamdulillah~