Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, February 14, 2011

.::Retro Menggamit::.

Salam Alaikh

Pulang sudah. Abangku yang satu ini. Safe journey ya. Panjang umur, berkumpul lagi kita satu keluarga. (Kelip-kelip mata sambil tarik nafas)

Hari ini berapa haribulan? Ha? Tidak ingat. Bye!

Semalam, sedang membasuh pinggan mangkuk kuali sudu garfu sambil menghadap alam ciptaan TUHAN, terus terfikir.

Eyh. Masa sangat cepat berlalu.

Tiada sudah zaman bermain guli.
Tiada sudah zaman bermain lempar selipar.
Bermain masak masak.

Bermain panjat pokok.
Bermain pertandingan menyanyi.

Zaman pergi rumah kawan panggil nama kawan ramai ramai secara berirama.
Zaman kalau balik rumah terlampau petang mak menunggu dengan rotan.
Uff.
Zaman kalau dapat seringgit, pergi jumpa kawan dan menayang seolah olah "ah? akulah paling kaya sebab ada seringgit' sambil bermuka riak.
Zaman masih menggunakan lampu minyak. Tunggu arwah atuk hidupkan lampu bersama kazen kazen lain. Heyh, sekarang mana ada orang guna lampu tu lagi kan?
Zaman kalau hujan, sanggup berkaki ayam demi mengelakkan kekotoran pada kasut. Sayang okeh!

Zaman yang ada 'eh, ko sudah bekawan dengan dia balik?' "Ha? Mana ada, aku kawan pura pura seja okeh.."

Oh. Rindunya. sekarang ini zaman moden. Zaman kena bergerak pantas. Zaman sudah besar tidak boleh bermain permainan kanak kanak dulu. Uhh. Permainan kanak kanak sekarang apa? Tidak mengeluarkan peluh langsung!

Jauhnya aku tinggalkan masa dulu. Sekarang sudah tua. Masa depan pula tidak pasti. Haruslah hargai apa yang ada sekarang ni.

Erm. Berada di minggu terakhir praktikal. Harap murah rezeki senang dapat kerja. Amiiiiin.


p/s : Apa beza budak dulu dengan budak sekarang?