Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, October 7, 2009

.::Katak sedang bergumbira::.

071009 (Rabu)
Bila aku bangun pagi nih, dikejutkan dengan alarm bertemakan jejak rasul, by Sami Yusuf, perasaan aku jadi malas. Aku malas untuk ke kelas hari nih. Haah, sangat2 malas! Mahu bangun untuk menunaikan kewajipan aku sebagai hambaNYA pun aku malas. Uff.. Tapi aku sedar hakikat kejadian aku. Bersyukur. Aku harus bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakanNYA untuk ku. Maka, dengan malas2 pun, aku kuatkan semangat untuk bangun. Bukan apa, aku takut karang aku lewat. PAgi awal sangat sekarang ni.


"aku kena puasa hari nih, puasa enam.
Haah, kena puasa.
Selepas batuk2, **GuLp**
Aih.. Esok lah aku puasa.. Haahha..."

Kejadian di atas selepas aku ingin berpuasa, tapi xjadi. Ok, aku ada tugasan sebenarnya nih. Goal Programming. Dari semalam lagi aku mahu buat. Tapi tuh lah, kemalasan merajai hati. Lagi2, aku tidak puas hati dengan pembahagian tugas. Geram! Tapi aku malas mengeluh. Hanya menyakitkan hati! Stop2.

Hujan sangat lebat. Mesti katak sedang bergembira. Xmacam aku, kurang gembira. Tapi aku malas bila begini. Ah, aku mesti segembira katak di kala hujan2 begini.
Nampaknya aku kena pergi kelas, meredah hujan, atau aku akan stay di bilik dengan alasan, "Hujan, aku tiada payung".

Mungkin aku terpaksa, (cehh.. 'terpaksa' saja bila xmahu pegi kelas ya?) untuk tidak ke kelas. Aku mesti siapkan tugasan. Al-maklumlah, esok kena hantar! Citpoodah!

Semua yang aku bebelkan di atas, bukan tujuan sebenar untuk aku memblog pagi nih. Yang sebenarnya,

AKU RISAU.. (pasal rayuan!)

Oh TUHAN.. Bagi aku jawapan pasti.

p/s : Semoga mak bapak aku tenang dengan apa jua kejadian yang menimpa aku. Amin...