Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, September 9, 2010

.::Menentang 'Burn the Qoran Daya' (11 Sept 2010) dan Selamat Hari Raya::.

09092010(Khamis)

Salam terakhir ramadhan...=(
Ok,sedih plop. Hari ini last ramadhan. Sudah tiada solat tarawih untuk kita lakukan. Tidak kira la secara solo atau berjemaah. Semoga ALLAH menerima semua amalan kita.. Amin. Tidak tahu, sempat lagi ka kita akan merasa Ramadhan yang akan datang? Sempatkah? Hanya ALLAH yang mengetahui.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah.. Raya kali ini should be hectic sebab kami semua adik beradik dapat berkumpul lagi. Kakak yang kerja di KL, abg yang kerja di Sarawak, aku yang study d KK, hadek aku yang study d LD, and the rest, semua dapat pulang beraya di kampung. Alhamdulillah.. Jarang dapat peluang berkumpul ramai ramai begini. Masing masing sudah besar, ada hidup sendiri.. Sekali sekala saja dapat pulang ke rumah.

Buat semua teman teman blogger, follower follower aku, aku mohon maaf, zahir dan batin, andai ada kata kata aku di dalam post post terdahulu yang buat kalian terasa, or sedikit tersentap, atau apa saja perasaan yang tidak enak.. Maafkan ya. Selamat hari raya...=)

Moga moga  lebaran kali ini, membawa seribu keinsafan buat kita. Alhamdulillah.. Betapa bertuahnya kita, rakyat Malaysia. Tidak seperti negara negara islam yang lainnya yang menyambut lebaran tanpa rumah, tanpa keluarga. Tanah runtuh di Pakistan, penindasan yang tidak pernah habis di Palestin. Walau negara kita tidak sesempurna mana, namun masih dapat meraikan lebaran dengan aman. (Kecuali manusia manusia yang tidak menggunakan akal untuk berseronok. Main mercun tidak hengat hengat donia sampai putus jari).

 sumber, google.

Oh ya, let us mendoakan supaya kitab suci AL-Quran kita dilindungi ALLAH daripada dijahanamkan oleh kafir laknatullah sabtu ini. Dengan tagline 'Burn the Qoran day' yang dikatakan akan dilangsungkan pada hari Sabtu akan datang. BIADAP! Islam tidak pernah mempengapakan fahaman agama kalian, mengapa sibuk mahu mempangapakan kitab suci kami. Celaka ke atas kamu wahai kafir harbi. Golongan golongan ini memang intension mereka adalah untuk menghancurkan agama ALLAH ini.

Khabarnya, pembakaran Quran ini atas dasar mengenang kematian mereka mereka yang terkorban dalam kejadian 11 September. Apakah? Kalau begitu, mari membakar rumah rumah pemimpin AS, askar askar AS atas kematian para syuhada di Iraq yang diserang tanpa belas kasihan. Kematian yang berkali kali ganda ramainya berbanding kejadian 11 September tu. Berapa ramai nyawa para syuhada yang terkorban di Palestin? Kejadian ini bakal berlaku bertempat di sebuah gereja di Gainsville, Flo. Amerika, diketuai oleh seorang pederi (laknat ke atas kamu)

Semua pemimpin agama di US khabarnya menentang keras aktiviti ini. Semalam, bila tengok berita, aku sempat melihat pemimipin Jews sedang berucap. *thinking*. Wallahu'alam.. ALLAH saja yang Maha Mengetahui.

Lindungi kami ya ALLAH..
Lindungilah akidah kami..
Iman kami..
Jangan kau palingkan kami dari kebenaran..
Semoga hati ini tetap dijalanMU..
Selamatkan kitab kami..
Lindungilah peninggalan Rasul kami, Muhammad SAW..
Janganlah KAU izinkan mereka mempengapakan QalamMu ya ALLAH..
Amin..

Lihat Sini


Yang tersangat Heklas
AraWani