Selayaknya dinamakan sebagai anak dagang.
Bertuahlah kiranya direzekikan tempat berteduh menumpang
kasih.
Diterima umpama darah daging sendiri.
Di tatang di layan tiada beza dengan yang hakiki.
Syukur ya ALLAH~
Ditemukan jodoh dengan keluarga Pakcik Omar dengan Makcik
Hamimah.
Dengan budak debok Azzua. Aditditditdit~
Dengan Atiqah, Kak Nisa, Abang Bani—
Sekurang-kurangnya
Ramadhan, tiadalah terasa sangat jaraknya dengan keluarga.
Seperti mak sendiri, bila request makanan dibuatkan dengan
penuh kasih. *sebak*
Terasa kasihnya bapa bila pergi bazar, dihulur wang ‘nah,
beli apa kamu mahu. Tapi jangan
berlebih pula. Makanan banyak dekat rumah’
Ya ALLAH~
Syukurnya dalam
hati, hanya KAU saja yang tahu ya RABB.. Terasa indahnya ukhuwah.
Semoga panjang
jodoh ini berterusan hingga ke alam sebelah sana. InsyaALLAH. Semoga diberi
izinNYA.
| Feel like home. Hmph. Rindu Tawau! |
Dalam tidak terasa jarak, tetap hadir rindu pada orang tua nan jauh di sana.
Mak... Pak.. Adik-adik.. Rindu...........
12 hari lagi. Sebelum bertemu muka. Haiyoh-
Sabarlah hati. Cepatlah masa berlalu.
Paling tiada kesabaran mahu bersua muka dengan budak lempeng geramnya rasa mo makan! Grr....
| Siapa kacau tidur ni? Awas ko yah! |
| Hai, saya gadis inesen balah tepi rambut. |
Haiyo~
Sambil menaip sambil ketap gigi ada jugaklah patah gigi tengok ko ni nak. Hmph. Bertabahlah raya nanti ya nak.. Bertabahlah....
Comments