.::Menggiurkan sungguh...!! Shortbread Biskut::.




Hihi. Aku kalau bab masak memasak ni memang failed. Sangat. Apa yang aku tahu? Just pandai goreng telur, goreng ikan, masak air, masak maggi. Yang lain? Memang failed. Kalau aku bantu mak aku dekat dapur pun, bab kupas mengupas, kacau kuali tu, pandai la. Haha. Sedih kan? Sedih sungguh! Sebagai perempuan memang sedih betul. Perempuan tidak pandai masak? Gulp!!!

Tidak mengapa. Karang, bila aku sudah bekerja,ada dapur sendiri. Aku akan cuba belajar memasak sungguh sungguh. Bukan apa, kalau dapur mak aku, kang aku buat silap mak aku marah plop. Sedih tahu. So, tunggu kena ada dapur sendiri, duwet sendiri, baru boleh belajar masak sungguh sungguh. Ehehe.Apa kau bilang? Alasan semata? Awas ya. Cili mulut tu baru tau!

Tapi tapi tapi. Disebabkan sekarang ini bulan Ramadhan yang akan bakal tibanya Syawal, tiba tiba sistem makanan dan pemakanan aku tergiur dengan ini. Iya. Yang ini lah! Ah.. *telan liur*. Teringin la.

Biskut Shortbread *like*

Aku pernah makan biskut ni 2 tahun lalu. Sedih kan? Hahah. Thanks for my roomate tahun tu. Cik Fazura Jamaluddin. Eh. Rindu la pulak aku dengan minah ni. Apa khabar agaknya beliau. Tapi bukan itu yang aku mahu kongsi. Aku mahu kongsi pasal how to make this biskut ok. Ini pun aku tercopy dari blog ahkak ni.eh eh. Bukan ahkak ok. Ahbang. Bukan ahlong tau!

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan cutter ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.
Dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Nanti nanti, bila aku sudah selesai mencuba. Aku show dekat korang korang korang dan korang hokeh? Tapi tidak la aku berjanji. Hihi. Bukan apa, semangat aku ni selalunya tahi tahi ayam saja *sigh*. Maafkan saya *kedip kedip mata banyak kali*.

p/s:semoga berjaya menjadi anak dara yang pandai serbi serbi.

Comments

Popular Posts