.::Keistimewaan Ramadhan Al Mubarakh::.

31072010 (Sabtu)

Tengok kalender dekat sidebar itu? Oh, sudah masuk 19 Sha'ban hari ini kan? Apa maknanya? Maknanya, Ramadhan Al-Mubarakh sudah dekat. Tinggal beberapa hari saja lagi. Buat kawan kawan yang belum habis ganti puasa tu, sila lah berbuat sedemikian secepat yang mungkin ya. Alhamdulillah, masih ALLAH bagi izin-NYA untuk bernafas di muka bumi ini. Masih diizinkan untuk menumpang di bumi ciptaan-NYA. Dan insyaALLAH, masih diberi peluang untuk merasa nikmat Ramadhan yang kemungkinan untuk tidak berjumpa dengan bulan penuh keberkatan ini pada tahun yang akan datang pasti ada. *insaf*

Bila buka akaun blog hari ini, terlihat sesuatu dekat ruangan post yang aku ikuti perkembangan blog blog mereka. Dan.. Ahha, Kak Chik buat giveaway. Terasa ingin mencuba memandangkan memang berniat ingin membuat post mengenai kejadian kejadian yang tidak terlupakan di bulan Ramadhan ini.

Bila sebut pasal Ramadhan, perkara pertama yang timbul dalam fikiran ini pastinya mengenai syaitan yang dibelenggu. Bila syaitan ini dibelenggu, mak cakap, tiada lah hantu atau segala macam benda yang menakutkan. Maka, pada bulan ini, keberanian seorang aku pastinya berada ditahap yang tertinggi sehingga tidak takut untuk berjalan seorang diri pulang dari surau. Ahahaha..
Syaitan in leaving us!


Paling menarik dalam bulan Ramadhan ni, bila tiap tiap malam, akan ada satu solat yang kita tidak lakukan pada malam malam biasa. Iya, hanya dibulan Ramadhan saja solat ini dilakukan. Tidak kira sama ada secara jemaah atau seorang diri. Yang penting, keistimewaan Ramadhan ini terletak pada malam malamnya. Solat tarawih. Inilah saat paling menarik dalam bulan Ramadhan. Ntah la ya. Syukur.. Semenjak dari kecil, semenjak tahu untuk melakukan solat ini, ALLAH sentiasa mengurniakan aku dengan sahabat sahabat yang secara lazimnya akan membuatkan aku sentiasa sering ingin menunaikan solat tarawih ini. Tidak boleh tidak. Terasa rugi bila ada malam yang ditinggalkan secara sengaja untuk tidak bertarawih bersama sahabat sahabat. Akan terdetik dalam hati,'ah,si sahabat yang ini pergi tarawih malam ini, kenapa aku tidak? Rugi betul!'. Lantas cepat cepat bersiap untuk bersaing dengan si sahabat. Sebab itu, jarang terdengar perkataan 'tidak mahu' bila si sahabat mengajak untuk bertarawih melainkan kepenatan yang melampau akibat kelas atau kuliah pada pagi harinya Ramadhan. Terima kasih ALLAH, terima kasih sahabat.

Lagi yang istimewanya di dalam Ramadhan ini bila akan adanya satu malam yang keberkatan beramal pada malam ini adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar. 10 malam yang terakhir, kan? Kita tidak tahu malam yang mana, maka, pergi saja tiap tiap malam. Mudah mudahan saja segala amalam kita di dalam  bulan ini diterima ALLAH swt.

Bila Ramadhan, akan ada peringatan dari ibu bapa ke anak, dari kakak ke adik supaya jangan lupa memasang niat pada malam hari. Cukup membuatkan betapa berbezanya bulan keberkatan ini dengan bulan yang lainnya. Cantiknya agama ALLAH, bila puasa orang islam dibezakan dengan puasa orang bukan islam hanya dengan bersahur. Salah satu golongan yang malaikat berdoa untuknya adalah golongan yang bangun untuk bersahur tau. Jadi, jangan malas bangun sahur.

Lagi menggamit memori, bila tiba Ramadhan, seluruh penduduk kampung akan bergilir gilir menghantar juadah ke masjid. Sedekah, orang kata. Best bila teringat. Hantar juadah ke masjid. Terasa seluruh penduduk kampung bersatu. Sememangnya, ini lah yang dituntut dalam beragama.

Kalau mahu disenaraikan perkara perkara yang menarik dalam bulan Ramadhan ini, mahu sampai esok pun tidak habis. Secara ringkas saja, (Ringkas? Sudah terlalu panjang post kamu ini, Ara ui..), Pada bulan Ramadhan, aku akan cuba berbuka dengan buah kurma. Barulah beriya iya mencari buah ini. Sunnah rasulullah la katakan.. Hihi. Suka bila adanya bazaar.. Suka bila dapat mengatasi ujian nafsu serakah ketika melihat jenis jenis makanan yang ada di bazaar. Sebab tahu kebanyakan makanan hanya indah kabar dari rupa. Uhuk uhuk. Dan yang paling penting, suka bila fikir, lepas Ramadhan, akan adanya hari raya. O yeah!

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarakh wahai umat islam. Mari kita sama sama mengumpul saham untuk bekalan di alam sana. Mudah mudahan saja segala amalam baik kita di terima ALLAH swt. Amin.

Sedikit ilmu untuk dikongsi:

  • Bulan yang penuh Barakah
  •  Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
  • Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
  • Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  • Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  • Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama


Comments

Popular Posts